Support My Blog

Wednesday, September 4, 2019

KELEDEK OREN GOPENG - TINJAUAN

TANAMAN KELEDEK OREN (Impomea batatas) di Kg. Changkat Tualang, Gopeng, Perak bersama rombongan Jabatan Pertanian Perak amat berbaloi kepada penulis blog. Pengusaha adalah En Badri dan rakan-rakan yang menanam seluas 30 ekar keledek diatas tanah bekas lombong (tanah berpasir) dimana jumlah keluasan fizikal tanah yang di lesen (TOL) pada keseluruhannya seluas 80 ekar. Lokasi kebun bersebelahan jalan utama Gopeng ke Lumut dengan ada beberapa tasek bekas lombong disekelilingnya. Memang kawasan tanah bekas lombong perlukan sistem pengairan sempurna untuk menanam sebarang tanaman termasuk tanaman keledek di kebun ini. En Badri maklumkan dimana asal benih tanaman keledek ini diberi nama Keledek Australia akan tetapi kini sudah biasa dpanggil sebagai Keledek Varieti Oren sahaja kerana isi keledek tersebut adalah berwarna Oren (Sila lihat foto diatas). Penanaman keledek ini sudah masuk 8 tahun sejak bermula dahul secara kecil-kecilan dan kini telah luas dengan dibantu oleh 17 orang pekerja upahan warga asing. Beliau maklumkan amat sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan bekerja di ladang keledeknya walau pun beliau sanggup memberikan upah yang baik kepada mereka. Kawasan tanah bekas lombong yang berpasir ini adalah panas diwaktu tengahari terutama ketika proses penanaman dan juga penuaian keledek. Selama 1.5 jam berada dikawasan ladang dan pusat pengumpulan hasil keledek didapati banyak perkara yang penulis blog dan En BAdri berbincang seperti isu kekurangan air, penggredan keledek, sistem pemasaran, keperluan menyediakan lot atau kebun benih khas, isu ubi keledek yang rosak semasa menuai dan juga bagaimana perlu dipelbagaikan tanaman didalam ladamgmya seperti tanaan kacang tanah untuk hasil dan penyuburan tanah. Artikel malam ini dalam bog ''Anim Agro Technolog'' saya menulis mengenai tinjauan teknologi ke kebun tanaman keledek komersil yang luas di Kg Changkat Tualang, Gopeng, Perak untuk bahan rujukkan anda.


Keledek merupakan sejenis umbisi yang ditanam di Malausai sebagai tanaman selingan atau tanaman kontan dan kini menjadi tanaman komersil sama juga dengan tanaman ubi kayu, keladi dan halia. Keluasan tanaman keledek di Malaysia yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada 2018 adalah seluas 2,890 hektar dengan penge;uaran hasil sebanyak 45,369 metrik tan. Negeri Perk sahaja menanam selias 1,115 hektar (37.5% daripada jumlah keluasan negara) diikuti dengan Negeri Kelantan (393 ha) dan juga Negeri  Selangor (359 ha) dimana merek menanam beberapa varieti yang berlainan (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian 201). Daerah Kinta di Perak merupakan pengeluar utama keledek di Malaysia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 14,026 metrik tan (31% daripada jumlah pengelluaran negara). Lokasi tanah bekas lombong di Daerah Kinta merupakan kawasan utama pengeluaran kelede di negara kita. Pegawai Pertanian Daerah Kinta En Sri membawa penulis blog dan rombongan Timbalah Pengarah Pertanian Perak En Safie dan beberapa pegawai teknikal bersama meninjau ladang keledek yang komersil ini. Semasa ketibaan penulis blog dua buah lori sedang memunggah keledek dari ladang ini untuk dihantar ke Johor Bahru dan juga Cameroon Highlands (Sila lihat foto disebelah). Buah gred A dihantar ke Johor Bahru dan Buah Gred C dihantar ke Cameroon Highland.


Menurut En Badri penanaman keledek disusun atau dijadualkan agar pengeluaran dapat disusun sepanjang minggu. Satu kali menanam memerlukan masa 3.5 - 4.0 bulan sebelum tanaman keledek oren ini sedia untuk dituai. Penulis blog juga ada membuat cadangan dan menyarankan agar pengusaha membuat satu kawasan khas untuk mengeluarkan benih keledek oren yang mencukupi untuk dijadikan keratan benih. Pada waktu ini beliau hanya menggunakan anak benih keratan daripada tanaman keledek beliau yang baru dituai. Kaedah begini kurang sesuai kerana tiada jaminan akan kualiti benih tersebut dan sebaiknya hanya benih yang berkualiti sahaja dari kebun benih khas ini mampu membekalkannya.  Dakwa beliau apabila cukup masa maka penuaian dilakukan dengan menggunakan mesin trektor untuk pugarkan tanah dan kerja mengutip umbisi keledek diatas batas tanaman dilakkan dian dimasukkan kedalam bakul. Bakul yang mengandungi keledek pelbagai saiz ini akan dibawa kepusat pengumpulan hasil untuk penggredan dan juga disusun sebelum lori pemborong luar datang mengambilnya. Penuaian dijalankan setiap minggu menhgikut tempahan dan juga jadual pengeluaran. Setakat ini beliau sudah pandai menyusun jadual penanaman untuk memenuhi trend pasaran yang berubah mengikut bulan dan  musim perayaan atau musim buah. 


Pada masa ini beliau membuat 3 jenis pengredan untuk keledek oren yang dihasilkan. Terdapat Gred A yang bersaiz besar diasingkan dalam bakul pemasaran plastik dan ditutup dengan guni agar keledek tidak kering dan cepat rosak. Bagi keledek oren gred A ini harga ladang adalah purata RM2.00 sekilogram dan sesuai dibuat pelbagai makanan terutama sebagai Keledek Goreng (enak dicicah dengan sambal kica0 di Johor) dan juga dibuat kerepek atau pun banyak jenis kuih mueh. Kepada mereka yang pernah makan keledek goreng di KFC berkemungkinan dimana mungkin mereka gunakan keledek oren tempatan. Bagi  keledek Gred B pula bersaiz sedang dan dijual dengan harga ladang RM1.20 sekilogram. Keledek ini sebahagian besar dibuat inti karipap dan juga direbus atau p[un digoreng. Penulis blog memegang Keledek Oren Gred C yang mana kebanyakannya adalah dihantar ke Cameroon Highland untuk direbus dan pelancong tempatan amat menyukai akan keledek cameroon highland ini (Sila lihat foto disebelah). Keledek Gred C ini dijual dengan harga ladang RM0.80 sekilogram. Pemborang ini akan datang mengambil keledek ini setiap 3-4 hari bergantung kepada keadaan pasaran. Bayaran penuh diberikan dlam masa seminggu atau setiap kali pengambilan keledek pada pusingan berikutnya. Hingga kini pemarn keledek oren dsri ladang disini belum menghadapi sebarang masaalah. Kategori ke 4 dalam penggredan keledek ini adalah Gred D dimana keledek yang rosak semasa penuaian (pecah, putus, retak) akan diasingkan dan keledek ini akan dihadiahkan kepada kariah masjid di kampong serta penduduk kampung sebagai CSR (Community Social Responsibility). Penduduk kampung menerima pemberian ini dan mereka berterimakasih.


Penanaman keledek oren merupakan salah satu daripada usaha yang dijalankan paling luas di Gopeng dalam Daerah Kinta iaitu dikawasan yang penulis blog buat tnjauan. Tanaman keledek adalah satu bidangusaha yang mampu memberikan pulangan agak baik jika diusahakan secara komersil. Pada penulis blog tanaman Keledek perlukan kawasan yang panas dan cahaya matahari berterusan 3 bulan yang mencukupi. Tanah perlu lembab dan sesuai dikawasan tanah loam berpasir yang mengandungi bahan organik yang tinggi. Tanah gambut dan tanah bekas lombong juga sesuai untuk penanaman keledek dengan pengkayaan tanah tersebut. Bagaimana pun tanaman keledek oren di kg Changkat  Tualang, Gopeng ini diatas tanah lombong yang kuran bahan organik dan tanah yang bermasaalah. Pastikan kawasan mempunyai sistem saliran yang baik. Pengusaha perlu memasang sistem pengairan sprinkler diseluruh kawasan dimana ada kawasan yang tidak cukup air menyebabkan buahnya kurang berkualiti. Keledek sesuai ditanam diatas batas untuk tujuan pengurusan tanaman dan pungutan hasil. Batas disediakan berukuran 30-50 cm tinggi dan 0.8 -1.2 meter lebar. Benih tanaman dari keratan batang sepanjang 20-30 cm dari pokok induk varieti yang di syorkan dicucukan 10 cm dalam tanah . Ada juga kaedah penanaman menggunakan umbisi atau biji keledek tetapi kaedah ini kurang produktif dan lambat. Jarak tanaman disyorkan ialah 1 meter x 0.3 meter untuk memberikan kepadatan sebanyak 33,333 pokok sehektar. Buat penyiraman sekali sehari pada peringkat awal penanamkan jika tidak hujan. Pucuk-pucuk muda yang menjalar diatas batas perlu dialihkan kebahagian tengah batas untuk elakkan ianya mengeluarkan akar dan membentuk ubi. Biarkan umbisi keledek pada bahagian akar utama.


Walau pun tanah bris akan tetapi ada juga masaalah rumpai dimana kerja pengawalan rumpai dibuat dengan cara menggunakan kaedah sesuai. Pastikan racun rumpai tidak akan menjejaskan tanaman keledek. Pembajaan dijalankan berperingkat2 dengan baja kapur sebanyak 1.0 mt serta Urea sebanyak 57 kg/ha , Baja TSP sebanyak 70 kg/ha serta baja MOP sebanyak 55 kg/ha yang ditabur seminggu sebelum menanam. Sebulan lepas mananam kemudian tabur baja urea sebanyak 57 kg/ha. Hasil keledek biasanya dituai selepas 3-4 bulan selepas ditanam bergantung kepada varieti dan pengurusan. Kaedah menuai keledek dengan membuang daun-daun dahulu dan korek menggunakan cangkul dan menggali dalam batas. Antara masalah perosak tanaman keledek ialah Keruping Daun (Elsine batatas) yang menyerang daun sehingga keruping dan pokok terbantut serta dikawal menggunakan banih tahan penyakit serta racun kimia seperti Maneb, Benomyl dan Cuprum Oxcychloride. Serangan Penyakit Bintik Daun Cercospora (Cercospora timorensis) menyerang daun dan akan luruh pada cuaca lembab dan dikawal dengan racun Maneb atau Zineb. Serangan oleh Kumbang Umbisi (Cyclas formicarius) yang merosakan umbisi keledek dan dikawal dengan amalan tanaman bergilir seperti saranan penulis blog kepada En BAdri. Sebaiknya sebelum menanam direndam benih dalam racun, gunakan racun Carbofuran serta segerakan penuaian hasil jika sesuai. Buang dan bersihkan sisa-sisa keledek didalam kebun yang jadi perumah kumbang ini. Tikus juga merupakan musuh tanaman ini dengan mengorek lubang serta memakan umbisi keledek dan rosak. Kawalan tikun dengan umpan racun tikus seperti Matikus dan sebagainya. Keledek Oren dari kebun ini memang mempunyai warna isi yang menarik berwarna oren terang (Sila anda lihat foto disebelah). Diharapkan En Badri dan rakan-rakan akan terus menanam keledek di Perak dalam daerah penting sebagai pengeluar keledek negara. Semuga anda semua mendapat info berguna dari penulisan dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
KELEDEK OREN ... LUAS TANAMNYA...
DI KG CHANGKAT TUALANG...DISANA...
TANAH BEKAS LOMBONG... ASASNYA....
TINJAUAN DIBUAT... KONGSI INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronoomist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(1 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...