Support My Blog

Tuesday, September 3, 2019

NURSERY CHRYSANTHEMUM - SATU TINJAUAN

BENIH BUNGA CHRYSANTHEMUM (Chrysanthemum spp) dihasilkan oleh sekitar 20 syarikat untuk penanam bunga di Cameroon Highlands, Pahang yang dikomersilkan. Penulis blog membuat tinjauan teknologi ke Syarikat Blooming Affairs Sdn Bhd yang terletak di Jalan Simpang Pulai - Brinchang iaitu salah sebuah syarikat yang menghasilkan benih keratan Bunga Chrysanthemum atau Bunga Kekwa untuk penanam bunga di Cameroon Highland. Menurut pemilik syarikat Pn Jacklyn, syarikat telah beroperasi di tapak ini yang 3.5 km didalam hutan belantara kerana suhu, kelembapan dan sumber air yang sesuai untuk pengeluaran keran bunga kekwa. Menurut beliau lagi kawasan seluas 10 ekar ini didirikan rumah kalis hujan bagi tujuan penghasilan keratan bunga kekwa yang dijamin berkualiti untuk pelanggannya. Terdapat lebih daripada 12 struktru SPH yang bersambung sehingga menjadikan ianya mempunyai kawasan tanaman untuk stok pokok induk kekwa daripada 15 jenis varieti bunga kekwa tersebut. Keluarga beliau memang sudah beberapa keturunan mengusahakan tanaman bunga kekwa di tanah tinggi Cameroon Highland dan kini mengusahakan benih keratan berakar kepada pembelinya. Bunga kekwa di Cameroon Highland merupakan satu industri yang mempunyai skala ekonomi tinggi untuk hasilkan bunga keratan bagi pasaran domestik dan pasaran ekaport. Nurseri swasta ini diantara yang beroperasi di kawasan Bandar Ipoh sedangkan kebanyakan nurseri bunga kekwa berada disekitar kawasan tanah tinggi. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' mengenai catitan pengalaman penulis blog membuat tinjauan teknologi bagaimana benih tanaman bunga kekwa (Chrysanthemum) dihasilkan untuk bahan bacaan dan rujukkan anda.


Tanaman bunga kekwa di Malaysia kini merupakan industri florikultur yang terus berkembang. Benih ini diambil daripada bahagian pucuk (sekitar 10 cm) dan dipotong untuk disemai didalam dulang (tray) yang mengandumgi media tanaman cocopeat. Pucuk bunga kekwa ini lembut dan mudah dipatahkan dengan tangan semasa mengambilnya (Sila lihat foto disebelah).  Keratan ini akan dipetik pada waktu pagi dan dikumpulkan sebanyak 1,000 keratan dalam satu bekas plastik mengikut spesis (ada 15 spesis bunga kekwa disini). Pekerja akan membawa keratan ini ketapak nurseri dimana mereka akan membuat rawatan dengan racun kulat dahulu. Nursery Tray atau dulang semaian dengan ada 70 lubang sedia diisikan dengan cocopeat yang selalunya dilakukan pada waktu petang hari. Keratan pucuk kekwa ini akan di cacakan ditengah-tengah tray tersebut dan disiram setiap pagi dan petang sehingga akarnya keluar dalam masa 5-7 hari sebelum akarnya keluar. Apaabila sudah berakar maka ia akan dikeluarkan daripada trau dan cocopeat yang melekat pada akar akan diasingkan meninggalkan hanya keratan benih berakar sahaja yang akan dimasukkan didalam kotak. Setiap kotak dilapiskan dengan suratkhabar lama dan diisikan dengan 1,000 keratan benih berakar sebelum dihantar kepada penanam bunga kekwa di Cameroon Highland.


Semua susunan tray yang dicacak dengan pucuk keratan ini disusun didalam rumah SPH semaian yang terlkindung dari hujan. Didalam SPH ini dipasangkan dengan sistem pengairan kabus (misting) daripada sumber air berish dari sungai yang berpunca dari hutan disekelilingnya. Apa yang penting adalah dimana didalam rumah SPH ini mesti dipasang dengan Lampu dari mentol khas selama 4 jam sehingga pukul 10 malam baru dipadamkan. Bunga kekwa adalah jenis tanaman 'long day period' yang perlukan cahaya lebih daripada 12 jam setiap hari untuk pertumbuhan yang optima. Menurut Penggurus Jacklyn syarikatnya terpaksa memasang mentol baru yang terbakar setiap bulan dengan kos mencecah RM8,000 untuk pastikan semua tanaman kekwa mendapat cahaya matahari yang mencukupi bagi pertumbuhan terbaik. Kos untuk bayaran tenaga letik setiap bulan juga mencecah RM12,000 dimana tanpa infra lengkap ini anakbenih keratan tidak dpat hidup subur untuk penanaman selanjutnya di kebun. Didakwa anakbenih kertanan berakar darii kawasan tanah rendah ini memberikan prestasi pertumbuhan lebih baik daripada anakbenih yang disediakan dil=kawasan tanah tinggi Cameroon Highland. Beliau juga nyatakan media cocopeat terpakai yang banyak diproses melalui teknologi pengkomposan selama 2 tahun sebelum ianya sesuai untuk digunakan semula selepas di proses. 


Pasaran untuk benih keratan kekwa berakar ini dijual dengan harga RM0.065 satu unit. Keratan benih ini akan di masukkan dlam kotak dan dihantar kepada penanam bunga di Cameroon Highland mengikut tempahan (Sila lihat foto disebelah). Pada syarikat Blooming Affairs ini ketulinan benih mengikut 15 spesis yang ditanam dijaga dengan baik. Kaedah terbaik adalah menggunakan benih induk dari batang bunga sebanar pokok induk dan diambil tangkainya sebelum disemai diatas batas yang ditandakan dengan jelas menikut blok penanaman dalam SPH. Cara ini membolehkan kaedah pembiakan vegetatif 'true-to-type' dilakukan dengan sistematik. Pokok induk disimpan dan dijaga dengan baik dimana kesemua baka dari syarikat ini telah didaftarkan dibawah Akta Plant Variety Protection 2004 iaitu pada Jabatan Pertanian. Kawalan kualiti benih menjadi asas kepada perniagaan nurseri bunga kekwa dimana ketulinan benih akan menjadi satu perkara yang amat dipentingkan. Pokok dibaja dengan baik dan amat kurang menggunakan racun kimia bagi menjamin jaminan kesuburan tanah.


Benih bunga dari nurseri ini akan diedarkan kepada penanam dengan berakar dan boleh terus ditanam dalam kebun bunga. Biasanya ia akan membesar dan dijaga dengan baik dari segi pembajaan dan kawasan serangga perosak serta penyakit. Jika dijaga dengan baik pokok kekwa dilaporkan boleh bertahan sehingga 3 tahun bagaimana pun biasanya untuk penghasilan produktif sehingga setahun lebu=ib boleh digganti dengan benih baru. Antara masalah penyalit bagi pokok kekwa adalah seperti Penyakit Mozek (mozek berbintik pada bunga kekwa), Penyakit Aspermia (motling pada daun dan mengubah bentuk bunga) dan juga Penyakit Kerdil atau Terbantut (buang pokok tersebut sebagai kawalan). Bunga Kekwa yang dewasa akan menghasilkan kuntum bunga mengikut spesisnya dimana ada yang berwarna kuning, merah, putih, pink dan juga ada warna bercampur dimana inilah sebenarnya keindahan dari  bunga kekwa yang dihasilkan daripada anakbenih dari beberapa nurseri tang dijaga kualitinya. Batang atau tangkai bunga kekwa ini akan dipootong dengan pisau tajam sebelum ianya dibalut dalam kertas dan dimasukkan dalam kotak, dilabelkan untuk pasaran domestik dan eksport.  Industri bunga Malaysia mencatat pertumbuhan yang baik dengan kadar peningkatan kadar eksport 31 peratus sepanjang tempoh 2009 hingga 2015. Peningkatan permintaan terhadap produk bunga dalam pasaran dunia dijangka berterusan dengan kadar pertumbuhan enam peratus setahun. Kadar itu telah menjadikan nilai eksport meningkat sebanyak 51 peratus iaitu daripada RM283 juta pada 2009 kepada RM428 juta pada 2015. Pada masa ini negara Jepun merupakan negara pengimport utama iaitu sebanyak 25 peratus daripada jumlah pasaran diikuti Singapura (20%), Thailand (15%), Australia, Belanda, Hong Kong, Jerman dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing lima peratus. Bunga kekwa merupakan bunga keratan yang paling banyak dieksport diikuti orkid, mawar, teluki, lili dan lain-lain. Kawasan utama pengeluaran bunga di Malaysia tanah tinggi adalah di Cameroon Highland sementara bagi bunga Orkid di Sekitar Johor Bahru dan Lembah Kelang. Penanaman bunga di Cameroon Highland menghasilkan pelbagai jenis bunga temperate yang subur dan berkualiti untuk pasaran domestik dan eksport. Kini ada bunga lavender, kekwa, liliaceae, anthurium dan beberapa lagi ditanam secara intensif. Tinjauan penulis blog ke nurseri benih bunga chrysanthemum di Simpang Pulai, Ipon ini meberi info terbaik kepada penulis blog dan pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NURSERI BUNGA... BUNGA KEKWA...
DI SIMPANG PULAI... IA LETAKNYA...
BENIH BERAKAR... DIJUAL MURAHNYA...
INDUSTRI BUNGA... SEMAKIN BEJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1009, Kinta Waterfront Hotel,
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(20 Zulhijjan 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...