Support My Blog

Saturday, September 28, 2019

PELANCONGAN DAN PRODUK KOPI YIT POH

PRODUK KOPI YIT POH atau KOPI TENOM merupakan satu produk berasaskan kopi dan menjadi kebanggaan Daerah Tenom di Sabah. Penulis blog baru-baru ini telah berkunjung ke kompleks kilang ini yang telah jauh berubah berbanding dengan lawatan sata pada tahun 2015 dahulu. Ketibaan saya di sambut oleh Pengurus Syarikat iaitu Alex Yong yang masih ingat akan kedatangan saya dahulu dimana beliau ada menyimpan gambar kenangan tersebut. Kini kilang tersebut telah dikembangkan dari segi pelbagai jenis produk kopi, pembesaran kilang memproses dan paling menarik telah ada kompleks Agro-Tourism sendiri untuk pelancong yang datang ke Tenom. Di sebelah kilang telah dibangunkan kompleks pelancongan dengan banyak Chalet dan Restoren siap beroperasi sejak beberapa bulan lalu. Kemudahan ini membolehkan pelancong yang datang ke Tenom untuk mendapatkan perkhidmatan terbaharu dari segi penginapan lebih selesa dan bertaraf terbaik. Bandar Tenom memang antara kawasan tumpuan pelancong dengan adanya tarikan seperti Hutan Tripoka Semulajadi, Taman Pertanian Sabah, Water Rafting, Orchid Garden, Fishing, Makanan Tempatan dan tentunya industri kopi yang unik. Terdapat satu lagi kompleks pelancongan dibangunkan berasaskan kopi di Tenom iaitu oleh SyarikatFatt Choi diatas kawasan berbukit yang cantik permandangannya iaitu ia menghadap Sungai Padas. Artikel kali ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya paparkan mengenai kemajuan industri kopi di Tenom dengan produk kopi barunya dan juga kemudahan pelancongan Agro Tourism yang baik untuk pembanguan Tenom yang berasaskan alam semulajadi dan produk kopi untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Kemudahan chalet ditepi kilang kopi Yit Poh menunggu kedatangan pelancong di Tenom. Chalet yang baru ini selesa dengan akan dapat aroma kopi apabila berada di sini (Sila lihat foto disebelah). Ini merupakan satu tarikan baru kepada pelancong yang boleh ke Tenom dengan laluan jalanraya selama 3 jam dan menaiki keretapi unik selama 5 jam daripada Kota Kinabalu. Apa yang unik dikilang ini adalah teknologi menggoreng kopi merupakan identiti produk kopi kilang ini yang masih dikekalkan semenjak lama dulu. Seorang pekerja perlukan masa selama 2 tahun untuk menjadi tukang goreng dengan cara unik ini (Sila lihat foto disebelah). Setiap proses penggorengan memerlukan masa 2 jam sebelum ia disejukkan dan seterusnya dikisar mengikut jenis produk. Kilang ini mempunyai sijil MESTI, Sijil HALAL, GMP dan pelbagai keperluan dalan operasi sebagai kilang makanan. Serbuk kopi yang dikisar akan dihantar kepada unit penyediaan produk seterusnya kepada unit pembungkusan. Bergantung kepada jenis produk, teknik pembungkusan juga disesuaikan dimana bungkusan kecil dalam sachet kini mendapat permintaan yang amat tinggi berbanding dengan bentuk serbuk kopi campuran. Pembungkusan dilakukan secara semi-auto dengan kapasiti pengeluaran disesuaikan. Pemerhatian penulis mendapati kilang ini mampu meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran dimasa akan datang dikawasan bersebelahan sebagai unit pengeluaran baru.


Encik Alex membuat penerangan beberapa peralatan dan mesin untuk menyediakan minuman kopi. Paling asas adalah alat membancuh kopi digelar 'Vietnam Coffee Maker' yang berharga sekitar RM10 satu set. Air panas dicurah terus diatas serbuk kopi dan seterusnya ia sedia untuk diminum. Alat kedua buatan Jepun menggunakan teknik 'vacuum filter' yang berharga RM2,500 memberikan citarasa sebenar keenakan dan kepahitan kopi yang disediakan. Bagaimana pun air kopi yang menggunakan mesin pembuat kopi berharga RM10,000 menggunakan tekanan (pressure) didapati memberikan rasa kopi paling pahit (tidak pernah minum kopi sepahit ini!). Kopi pahit tanpa gula ini telah ekstrak semua yang terkandung dalam serbuh kopi tersebut. Menurut Alex jika minum kopi ini akan mengurangkan kemungkinan Parkinson Disease. Penulsi bagaimana pun berjaya menghabiskan 2 cawan kecil kopi terpahit ini. Ramai dikalangan ahli rombongn yang tidak mengethui teknik-teknik minum kopi sebenar tanpa gula yang mencabar.

Pada penulis blog industri kopi Tenom sangat berpotensi sebagai sumber kekayaan baharu jika ia diperkasakan sebagai industri asas tani. Pada penduduk tempatan dan pelancong mereka kini setuju Kopi Tenom menjadi tarikan utama pelancong sehingga menjadi punca pendapatan masyarakat di daerah itu. Produk kopi Tenom mendapat permintaan tinggi bukan sahaja dalam negara tetapi pengguna antarabangsa. Memang dalam memperkasakan sektor agromakanan dan memperkasa sosioekonomi tanaman dan produk kopi masih relevan di Tenom dan beberapa Daerah lian di Sabah seperti Sipitang, Nabawan dan Sook. Kopi Tenom kini digabungkan dengan konsep Agrotourism. Pelancong yang berkunjung ke Daerah Tenom boleh melawat Taman Pertanian Sabah sejauh 15 km dari kilang kopi Yit Poh yang ada beribu-ribu koleksi janaplasma pelbagai tnaman tropika dari seluruh dunia. Alex juga memaklumkan ada 15 ekar tanah yang menanam kopi robusta boleh dikunjungi pelancong an bagaimana ia diuruskan. Pengurus kilang mendakwa beliau akan membeli sebanyak mana kopi robusta tempatan asalkan petani memberikan biji kopi berkualiti dan sesuai dijadikan produk kopi Tenom. Konsep industri kopi dengan pelancongan yang diusahakan oleh dua pelopor industri kopi di Tenom ini patut diberikan pujian. Bandar Tenom yang terletak dikawasan pendalaman Saban ini kini mendapat tarikan baru dengan adanya industri kopi. Pembangunan aspak penanaman kopi di negara mesti diperkukuhkan agar kadar pengimportan dapat dikurangkan. Semua artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANDAR TENOM ... KOPI DIUTAMAKAN...
KILANG KOPI... CANTUM PERLANCONGAN...
SIAPA YANG SUKA... BUAT KUNJUNGAN...
MEMINUM KOPI... UMUR DIPANJANGKAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kompleks Kilang Yit Poh,
Tenom, Sabah,
Malaysia.
(15 Muharam 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...