Support My Blog

Sunday, December 6, 2020

FAKTA TENTANG UBI JAGA

FAKTA TENTANG UBI JAGA (Smilax myosotiflora) akan dibincang didalam artikel kali ini. Ubi Jaga adalah merupakan sejenis herba dari keluarga Smilacaceae yang kini semakin popular dan telah ditanam secara komersil. Ubi jaga yang dipercayai mempunyai lebih daripada 200 spesis didakwa sebagai tumbuhan asli atau natif di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Tumbuhan ini juga dahulunya hanya tumbuh liar didalam hutan belukar yang kurang dikenali kecuali oleh mereka yang berminat untuk mencarinya bagi tujuan perubatan dan makanan kesihatan. Ubi Jaga mempunyai rasa yang sedikit masam dan kelat memang sudah lama digunakan didalam perubatan tradisional. Bentuk umbisi ubi jaga yang diperolehi daripada internet seakan-akan bentuk seperti rizom halia. Didalam banyak rujukkan umbisi herba ubi jaga juga mempunyai banyak nama lain seperti Ding, Itah besi, Akar Ali, Akar Tanding, Kerating, Itah, Ubi Jaga, Ubi Besi, Dedawai Berisi, Sedawai, Caring, Ali Bertinggung, Akar Dedingin, Akar Restong, Keleh, Manto dan Maso. Produk yang berasaskan kepada ubi jaga kini telah banyak juga dipasaran untuk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan oleh usahawan tempatan dan yang diimpot dari seberang. Apa yang penting dimana kajian makmal mendapati bahagian Ubi dan Akarnya mengandungi Steroidal saponin yang berperanan sebagai afrodiasikArtikel tengahari ini  saya menulis dalam "Anim Agro Technology" beberapa fakta mengenai tumbuhan ubi jaga yang boleh kita rujuk jika berminat untuk menanamnya atau memprosesnya bagi rujukkan anda semua.

Ubi Jaga tumbuh dengan menghasilkan batang yang memannjant dengan halus tetapi panjang seperti dawai dengan kulit batangnya licin. Ia mempunyai jenis daun yang ringkas, nipis, pangkal daun yang melebar berukuran 10 - 15 cm panjang serta sekitar 2-5 cm lebar dan berkilat (Sila lihat foto disebelah). Jika pokok subur maka saiz daunnya akan menjadi lebih besar. Kedua-dua permukaan daun (atas dan bawah) berwarna hijau dengan sedikit berkilat. Tangkai daun berukuran 0.8 - 2.0 cm dengan akan ada sepasang sulur paut yang keluar dibawah sedikit daripada tangkai daun. Pokok ubi jaga akan mengeluarkan bunga sebanyak 1 -2 kuntum dengan keluar daripada ketiak daun dengan panjang tangkainya sekitar 5 cm panjang. Jambak bunga yang berbentuk bebola ini mempunyai 20 kuntum bunya yang selalunya berwarna putih atau warna hijau pucat. Apabila matag ia akan menghasilkan buah yang berwarna hijau semasa muda menjadi merah pekat apabila masak dengan ukuran garispusat buahnya sekitar kurang daripada 0.8 cm.

Penanaman ubi jaga yang dijalankan oleh usahawan tempatan belum banyak dilakukan. Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) dipercayai satu-satunya agensi yang ada maklumat tanaman ini berdasarkan kepada kepakaran penyelidik mereka. Di luar sana kebanyakan petani akan merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagaimana untuk mendapatkan benih, kaedah penanaman, amalan agronomi dan juga kawalan musuh dan penyakit. Pemerhatian penulis mendapati kebanyak pengusaha akan menanam ubi jaga dengan menggunakan rizom ubi jaga dewasa yang dipotong. Rizom ini dipastikan mempunyai mata tunas dan akan ditanam diatas tanah sekitar 6 - 10 cm dalam tanah. Ada juga yang menanam dengan menggunakan keratan batang yang disemai dahulu dalam tapak semaian sehingga ia mengeluarkan akar dan tunas daun. Jarak penanaman 0.5 m x 0..8 m atau lebih jauh sedikit mengikut kesuburan tanah dan kadar naungan. Lazimnya baja organik diberikan untuk tanaman ini dan jarang menggunakan sebarang racun kimia.


Khasiat Herba Ubi Jaga memang banyak diperkatakan semenjak ia dikomersilkan beberapa orang usahawan. Setiap tahun semasa Pesta MAHA atau HPPNK peringkat kebangsaan akan ada ramai usahawan tempatan yang menjual produk yang berasaskan ubi jaga. Nilai dalam bidang permakanan dan perubatan tradisional ub jaga dikaitkan dengan Afrodiasik dimana ubi jaga boleh dimakan begitu sahaja (Cara 1) atau bersama dengan daun sirih sebagai Adhodiasik. Cara menyediakan lain adalah dengan menggunakan 3 gelas air yang direbus dengan 3 hirisan ubi jaga sehingga air didalamnya tinggal 1 gelas (1/3) dan diminum apabila ia sejuk sedikit selama 3 hari berturut-turut sehingga kesan afrodiaosik dirasai. Cara lin adalan dengan air rebusan ubi jaga ini di rebus bersama akar pokok pinang dan dijadikan amalan meminumnya. Bagi merawat masaalah demam dan sakit kelamin disyorkan ambil daun dan buah ubijaga dan direbus sehingga 1/3 airnya dan diminum sehingga sembuh masaalah kesihatan dihadapi. Seterusnya ubi jaga boleh meningkatkan tenaga batin dan mengatasi beberapa masaalah penyakit lain. Air rebusan ubijaga yang dicampur dengan kayu akar tongkat ali boleh diminum bagi meningkatkan tenaga batin. Dalam banyak produk yang dihasailkan, apabila dibaca pada label mereka membuat dakwaan bahawa produk ubi jaga mampu mengatasi masalah kesihatan dan meningkatkan tenaga serta mampu untuk memulihkan tenaga batin termasuk membantu edaran darah dalam badan. Selain itu didakwa ia mampu meningkatkan tenaga seksual lelaki dan sering diminum sebagai tonik umum untuk lelaki. Ia boleh membantu menambahkan keinginan seks (sex drive) dan menambahkan sesitiviti, menguatkan kekerasan dan membolehkan lelaki pelbagai umur untuk menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama. Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sehat dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu didalam perhubungan intim. Semuga anda pembaca blog anim agro technology dapat ilmu berguna kali ini .Wasallam!...

HERBA UBI YANG UNIK... ITU UBI JAGA...
POKOK..MENJALAR... UMBISI HASILNYA...
BANYAK PROdUK... DIDALAM MALAYSIA...
BACA ARTIKEL... BERKONGSI ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 216, AB Inn Hotel,
Jalan Airpot Senai,
Senai, Johor,
Malaysia.
Published on-  7.12.2020

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...