Support My Blog

Tuesday, December 8, 2020

CPS3 - KLON BARU SAWIT BERKUALITI

CPS3
adalah klon baru kelapa sawit di Malaysia yang baru diperkenalkan untuk meningkatkan martabat industri kelapa sawit. Beberapa akhbat tempatan yang memetik berita dari Bangi, Selangor oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bersama syarikat perladangan iaitu Kulim (Malaysia) Bhd (Kulim) telah berjaya menghasilkan klon pokok sawit terbaharu dinegara kita dengan ianya dikenali sebagai Clonal Palm Series 3 (CPS3). Didakwa CPS3 adalah klon sawit berkualiti yang berupaya meningkatkan produktiviti dan hasil buah tandan segar yang lebih tinggi. Baka sawit CPS3 adalah antara siri bahan tanaman terkini yang ditawarkan oleh MPOB kepada industri untuk penanaman secara komersial. Bahan tanaman elit CPS3 diperkenalkan pada Seminar Pemindahan Teknologi dan Pameran MPOB 2020 pada Julai 2020. Apa pun aktiviti penyelidikan MPOB melalui biak baka dan juga teknologi kultur tisu sudah menghasilkan tiga siri bahan tanaman klon sawit berkualiti, termasuk yang terkini iaitu CPS3. Dakwa Ketua Pasukan Penyelidikan iaitu Siti Rahmah Abdul Rahman dimana penghasilan bahan tanaman CPS3 yang ditanam di ladang Kulim telah berupaya meningkatkan produktiviti dan hasil buah tandan segar yang lebih tinggi, berbanding bahan tanaman baka kacukan dura serta pisifera (DxP). Pokok klon CPS3 mempunyai produktiviti yang tinggi dengan memaksimumkan hasil bagi setiap hektar. Klon CPS3 yang ditanam dengan kepadatan 136 pokok sehektar ini didakwa mampu untuk menghasilkan 37.5 peratus minyak setandan (tan) dengan berat buah tandan segar (BTS) adalah sekitar 221.7 kilogram bagi setiap pokok dalam tempoh setahun. Dalam pada itu kadar nisbah minyak kepada tandan dan buah tandan segar klon CPS3 ini masing-masing adalah 21.8 peratus dan 7.6 peratus lebih tinggi berbanding pokok sawit (DxP) yang ditanam secara komersial di Malaysia, sementara hasil minyak sawit mentah pula adalah 30.7 peratus lebih tinggi berbanding DxP. Klon CPS3 juga dilaporkan mampu menghasilkan bilangan tandan yang ideal iaitu menghampiri 15 tandan setahun dan berat 15 kilogram setandan seperti yang disarankan oleh ahli biak baka sawit. Didakwa dimana apa yang lebih menarik adalah dimana klon CPS3 berjaya merekodkan 11.3 tan minyak sehektar setahun berbanding 8.6 tan sehektar setahun bagi kacukan DxP. Artikel didalam blog "Anim Agro Technology" malam ini melaporkan kejayaan saintis Malaysia menghasilkan klon baru kelapa sawit dengan nama CPS3 untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan pembaca semua.

Aktiviti penyelidikan biakbaka dan bioteknologi dilakukan adalah bertujuan untuk menghasilkan benih sawit berkualiti untuk penanaman secara komersial di sektor peladangan dan pekebun kecil. Antara beberapa asas mengenai klon ini adalah penghasilan bahan tanaman berkualiti sebagao satu strategi untuk menangani isu pengeluaran minyak sawit negara yang mendatar sekitar empat tan sehektar setahun secara purata. Dalam pada itu antara c
iri utama buah sawit klon CPS3 adalah lapisan mesokarpa yang lebih tebal iaitu 89.7 peratus berbanding 86.7 peratus pokok kacukan DxP (Sila lihat foto disebelah). Selain itu juga didakwa buah sawit CPS3 tersebut mempunyai nisbah isirung kepada tandan yang lebih kecil, iaitu 2.8 peratus berbanding 4.3 peratus pokok kacukan DxP. Bahan tanaman klon unggul CPS3 sedia untuk dikomersialkan kepada pengusaha ladang sawit dan pengeluar bahan tanaman bagi membiakkan baka klon di makmal kultur tisu masing-masing. MPOB nyatakan dimana bahan tanaman elit CPS3 telah diperkenalkan pada Seminar Pemindahan Teknologi dan Pameran MPOB 2020 pada bulan Julai 2020. Apa pun penghasilan bahan tanaman berkualiti adalah antara strategi untuk menangani isu pengeluaran minyak sawit yang mendatar sekitar empat tan sehektar setahun secara purata. Dinyatakan bahan tanaman yang telah ditanam di ladang Kulim itu berupaya meningkatkan produktiviti dan hasil buah tandan segar yang lebih tinggi berbanding bahan tanaman baka kacukan dura dan pisifera (DxP). Pokok klon CPS3 mempunyai produktiviti yang tinggi dengan memaksimumkan hasil bagi setiap hektar.

Dalam kes lain Pihak Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan rakan penyelidikannya dari Amerika Syarikat mengenal pasti rahsia genetik untuk meningkatkan hasil minyak melalui penggunaan klon kelapa sawit. Kini m
elalui penyelidikan ke atas genom kelapa sawit, kami mengenal pasti elemen yang dapat berpindah dikenali sebagai ‘Karma’, yang bertanggungjawab bagi buah mantel dengan hasil rendah. Penemuan ini telah membawa kepada pembangunan, ujian berasaskan daun yang dapat mengenal pasti ‘Bad Karma’ dan menjangka mantel sebelum kelapa sawit ditanam di ladang. Ujian baru itu akan membolehkan penanaman klon kelapa sawit berprestasi tinggi dengan mengenal pasti hanya yang mempunyai sifat epigenetik ‘Good Karma’, mengoptimumkan lagi penggunaan sumber tanah yang sensitif kepada persekitaran. Klon kelapa sawit mempunyai potensi menghasilkan 20 hingga 30 peratus lebih banyak minyak di kawasan tanaman sama berikutan pokok ditanam daripada anak benih. Bagaimanapun, potensi terbabit tidak dapat dicapai sehingga kini kerana sebahagian besar buah kelapa sawit yang diklon itu mengalami fenomena dikenali ‘mantel’. Walaupun pokok yang diklon itu secara genetiknya mempunyai persamaan dengan pokok induk, buah mantel adalah abnormal dan akan mengurangkan hasil minyak.

Menurut kajian i
ndustri sawit adalah antara industri yang penting kepada ekonomi negara. Ekosistem industri sawit melingkupi tiga sektor iaitu huluan, pertengahan dan hiliran. Sektor huluan mewakili aktiviti perladangan, sektor pertengahan melibatkan aktiviti pengilangan dan pemprosesan dan sektor hiliran melibatkan aktiviti penghasilan produk akhir dan produk nilai tambah. Pada 2019, industri sawit menyumbang 234.48 juta tan iaitu 32 peratus pengeluaran minyak sayuran dunia. Pada peringkat global, Malaysia adalah pengeluar sawit dan pengeksport sawit kedua terbesar iaitu masing-masing 26 peratus dan 34 peratus berbanding negara pengeluar dan pengeksport sawit yang lain. Ternyata industri minyak sawit Malaysia adalah berorentasikan eksport. Negara-negara pengimport dan pengguna seluruh dunia pula mengutamakan produk pertanian yang dihasilkan melalui pengeluaran mampan. Beberapa industri agrimakanan menetapkan Certified Sustainable Palm Oil (CSPO) untuk memenuhi permintaan pembeli sebagai bukti kemampanan dalam rantaian bekalan minyak sawit. Namun, hanya syarikat perladangan berkapasiti besar mampu menanggung kos bagi memenuhi kriteria kemampanan yang tinggi seperti pensijilan Rountable Sustainable Palm Oil (RSPO). Oleh itu, penting untuk Malaysia mendapat keyakinan pengguna antarabangsa terhadap pengeluaran minyak sawit mampan daripada Malaysia. Mengenai definisi kemampanan iaitu hasil laporan Brundtland yang diterbitkan oleh World Commission on Environment and Development (WCED) pada 1987 memperkenalkan konsep kemampanan dengan definisi kemampanan sebagai pembangunan untuk memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan kebolehan untuk memenuhi keperluan generasi masa hadapan. Kemampanan terangkum dalam tiga rukun: kesejahteraan alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Dalam erti kata lain, kemampanan adalah pembangunan yang seiring dengan kesejahteraan alam sekitar, sosial dan ekonomi masyarakat. Daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations), tujuh daripadanya menjadi asas pembinaan industri sawit mampan di Malaysia.

Status k
emajuan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) perlu dilaksanakan oleh seluruh penggiat industri sawit Malaysia bagi meningkatkan kredibiliti produk sawit keluaran Malaysia yang berorentasikan kepada pasaran antarabangsa. MSPO dibangunkan hasil penglibatan MPOB dengan pakar kelestarian, SIRIM Berhad dan komuniti sawit negara. MSPO dilaksanakan secara sukarela pada 1 Januari 2015 dan telah dimandatorikan kepada seluruh rantaian industri sawit bermula 1 Januari 2020. MSPO mengandungi tujuh prinsip yang mencerminkan keperluan kemampanan untuk pekebun kecil, ladang dan kilang sawit. Tujuh prinsip ini menekankan komitmen dan tanggungjawab pihak pengurusan; ketelusan; pematuhan terhadap keperluan perundangan; tanggungjawab sosial, kesihatan, keselamatan dan syarat pekerjaan; alam sekitar, sumber semulajadi, kepelbagaian bio dan ekosistem; pelaksanaan kod amalan baik; dan pembangunan penanaman baru. Sehingga 23 Julai 2020, sebanyak 85.06 peratus daripada 5.9 juta hektar tanaman sawit di Malaysia dan 89.6 peratus daripada keseluruhan 452 kilang buah sawit telah mendapat pensijilan MSPO. Bagi pekebun kecil tersusun, seramai 231,576 orang dengan keluasan 679,075 hektar iaitu 99.64 peratus telah memperoleh sijil MSPO. Kementerian dan MPOB bergerak aktif untuk memastikan kesemua pekebun kecil persendirian mendapat persijilan MSPO. Pekebun kecil persendirian di bawah Kelompok Minyak Sawit Mampan atau SPOC akan dibantu oleh Pegawai TUNAS untuk melaksanakan Amalan Pertanian Baik bagi persediaan pensijilan MSPO kebun sawit secara berkelompok. Pada Julai 2020, semua 162 kumpulan SPOC di seluruh negara telah disijilkan melibatkan 62,009 orang pekebun kecil dengan keluasan tanaman sebanyak 237,876 hektar (24.12 peratus).

Antara cabaran yang dihadapi untuk mempersijilkan pekebun kecil persendirian ialah status pemilikan kebun yang tiada geran tanah sah. Ini berkaitan dengan status tanah atau memiliki geran tanah sementara, tanah ceroboh dan penukaran syarat nyata tanah kepada tanaman sawit.  Cabaran lain termasuk kesukaran untuk menghubungi pekebun kecil kerana tidak mengusahakan kebun secara sepenuh masa atau mengupah kontraktor untuk menguruskan kebun. Selain itu, terdapat tanaman sawit milik pekebun kecil yang ditanam tidak mengikut Amalan Pertanian Baik dan kesediaan untuk melaksanakan pensijilan MSPO. Kerajaan melalui Kementerian menyediakan insentif untuk membantu pekebun kecil persendirian membiayai kos yuran pensijilan, latihan berkaitan MSPO, penyediaan stor penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE). Apa pun kin isemua faham dimana sawit mampan kunci kemajuan. Kini tahap kemampanan kini adalah isu sejagat. Dalam melayari usia lebih 100 tahun industri sawit di Malaysia, pelbagai cabaran telah dapat dihadapi dengan cemerlang. Cabaran kali ini adalah meningkatkan reputasi industri sawit untuk mencapai tahap kemampanan yang diiktiraf dunia. Dengan kerjasama semua pihak, sasaran pencapaian 100 peratus penanaman sawit dipersijilkan dengan MSPO pasti akan dapat direalisasikan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
KLON BARU SAWIT....CPS3 NAMANYA...
HASIL TINGGI.. BENIH MPOB SEDIA....
LAMA DIKAJI... OLEH PAKAR BIAKBAKA...
BILA DITANAM... MAKMURLAH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...