Support My Blog

Thursday, December 31, 2020

SEKURITI MAKANAN DI MALAYSIA

DASAR PEMAKANAN KEBANGSAAN
Malaysia telah dibentuk dan diluluskan oleh kabinet pada 2003 seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM I), 1996-2000. Dasar ini adalah bertujuan memantapkan usaha memerangi masalah kekurangan pemakanan dan penyakit kronik yang berkaitan dengan pemakanan. Ia menggariskan hala tuju untuk pembangunan dan pelaksanaan bagi semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini. Dalam Kenyataan Dasar dinyatakan dimana Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia berusaha memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan. Dasar ini bertujuan untuk memastikan agar segenap lapisan masyarakat mendapat bekalan makanan yang mencukupi, berzat selamat dan berkualiti. Ia menggalakkan dan menyokong strategi bagi amalan pemakanan yang sihat. Dasar ini juga akan menyepadukan dan menggemblengkan usaha pihak yang berkepentingan dalam perancangan, pelaksanaan serta penampilan program makanan dan pemakanan yang berkesan dan mampan. Matlamat Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia bertujuan memastikan kesejahteraan penduduk dicapai dan dikekalkan melalui pemakanan untuk membolehkan mereka menyumbang secara berkesan ke arah pembangunan negara, selaras dengan Wawasan 2020. Dalam pada itu objektif dasar adalah untuk meningkatkan dan juga mengekalkan kesejahteraan semua penduduk melalui pemakanan. Ia juga akan memastikan bekalan makanan yang terjamin untuk semua lapisan masyarakat. Ketiga adalah untuk mengukuhkan hubungan antara sektor yang terlibat dalam pembangunan serta pelaksanaan semua aktiviti pemakanan dan yang berkaitan dengannya di negara ini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi maklumat dariada MOH dan MAFI mengenai dasar pemakanan dan keselamatan makanan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Makanan bukan sahaja merupakan satu komoditi pertanian dan perdagangan tetapi yang lebih penting ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan awam. Dengan itu kemampuan untuk mengekalkan serta perkembangan di dalam sektor makanan bergantung kepada keberkesanan program keselamatan makanan yang bertujuan untuk melindungi pengguna daripada ancaman kesihatan dan penipuan, disamping mengalakkan perdagangan makanan. 
Memandangkan kemungkinan kesannya kepada ekonomi dan kesihatan awam terutamanya semasa krisis keselamatan makanan, kepentingan keselamatan makanan atau pengurusan risiko (risk management) tidak boleh dipandang ringan. Kemajuan dan perkembangan di dalam bidang sains dan teknologi telah melipatgandakan pengeluaran pertanian dan makanan. Walaupun ini mendatangkan manfaat, akan tetapi tanpa sebarang pengawalan ia boleh menimbulkan risiko yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Jika ada perubahan dalam citarasa dan kecenderungan pengguna serta peningkatan pendapatan telah memainkan peranan utama untuk mempelbagaikan pilihan dan kebolehdapatan (availability) makanan. Di samping itu keadaan globalisasi perdagangan makanan, peningkatan kebergantungan ekonomi dan pertukaran budaya juga telah beransur-ansur mempengaruhi penerapan pelbagai citarasa dan aspek kecenderungan pengguna. Ini telah mengakibatkan berlaku kemasukkan pelbagai jenis makanan secara meluas ke dalam pasaran, menjadikannya satu bebanan kepada kerajaan kerana sumber yang terhad bagi menjamin keselamatan makanan. Pelaksanaan perjanjian-perjanjian perdagangan antarabangsa dan serantau akan terus meliberalisasikan perdagangan makanan dan ini mengakibatkan kemasukkan makanan ke dalam pasaran secara mendadak. Dengan termeterainya Perjanjian Sanitary and Phytosanitary Measures(SPS) dan Technical Barriers to Trade (TBT) di bawah Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) negara-negara anggota telah dibebankan dengan kewajipan baru berkaitan keselamatan makanan dalam perdagangan makanan di peringkat antarabangsa bagi melindungi hak-hak negara anggota.

Kesemua tekanan dan cabaran ini telah mendorong kepada keperluan untuk memformulasikan dasar keselamatan makanan kebangsaan yang dirumus bersepadu. 
Dinyatakan dalam dasar ini dimana mekanisma pelaksanaan Dasar Pemakanan Kebangsaan Malaysia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan. Ianya digerak, dipantau dan dinilai oleh Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan untuk Makanan dan Pemakanan (NCCFN) melalui Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM). Dasar ini sedang dalam proses semakan semula supaya selari dengan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025 serta keperluan semasa, halatuju dan dasar-dasar terkini berkaitan pemakanan yang telah digubal dari dalam dan luar negara. Menurut Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Jaminan Makanan Dunia, sekuriti makanan boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana semua orang mempunyai akses fizikal, sosial dan ekonomi kepada makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat. Selain itu, makanan tersebut mestilah memenuhi keperluan pemakanan seharian untuk membolehkan manusia menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat. Peningkatan penduduk di kebanyakan negara, terutamanya di negara-negara membangun seperti Malaysia, menimbulkan ancaman buruk kepada sekuriti makanan. Dengan pertumbuhan penduduk yang semakin pesat, permintaan untuk makanan dijangka akan meningkat sebanyak 70 hingga 100% pada tahun 2050. Oleh itu, sekuriti makanan perlu diberikan perhatian yang lebih serius kerana ianya merupakan elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia di samping memenuhi keperluan asas berjuta-juta penduduk.

Walaupun Malaysia kini mempunyai bekalan daging ayam, daging babi, perikanan dan telur yang mencukupi, kita masih lagi bergantung kepada import dari negara luar dalam pelbagai komoditi makanan seperti beras, buah-buahan, susu tenusu dan daging lembu. Pada tahun 2015, jumlah bil import makanan sahaja hampir mencecah RM45.4 bilion manakala eksport negara hanya RM 27 bilion meninggalkan defisit sebanyak lebih RM18 bilion. Jika keadaan ini berterusan maka Malaysia tidak dapat membekalkan bekalan makanan yang berterusan kepada rakyat dan berkemungkinan besar akan menghadapi krisis makanan pada masa akan datang. Kajian terbaru menunjukkan bahawa masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah lebih terdedah kepada krisis makanan disebabkan oleh saiz keluarga yang lebih besar, bilangan kanak-kanak sekolah yang banyak serta golongan ibu yang tidak bekerja. 
Dalam usaha untuk memastikan sekuriti makanan terjamin sebaiknya Malaysia dengan kerjasama institusi kerajaan dan sektor swasta berganding bahu untuk meningkatkan pengeluaran makanan ruji dengan mereka memanfaatkan agro-bioteknologi, melabur di kawasan luar bandar, dan meminimumkan peminggiran petani kecil dan pemegang saham lain. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah menganjurkan pelbagai seminar, bengkel dan memorandum persefahaman (MoU) antara kementerian, firma swasta, agensi dan pemegang saham bagi memastikan bekalan makanan yang berterusan. Beberapa universiti termasuk UPM sebagai salah sebuah institusi pertanian berkedudukan tinggi di Malaysia dipercayai boleh menyumbang kepada agenda keselamatan makanan dengan menyokong inisiatif kerajaan dalam aspek sekuriti makanan.  Peranan meningkatkan kecekapan dan produktiviti makanan termasuklah merapatkan jurang teknologi yang timbul antara universiti, ladang dan sektor industri. Pelbagai kajian telah dijalankan oleh saintis untuk menangani isu-isu semasa dalam sektor pertanian seperti sektor pengeluaran, pemprosesan, keselamatan makanan, pengurusan sumber yang mampan, bioteknologi dan teknologi lepas tuai. Malaysia perlu memberi penekanan yang lebih kepada 'penghasilan makanan sendiri dan pelarasan strategik’ untuk menangani isu-isu sekuriti makanan. Sekuriti makanan adalah tanggungjawab semua orang sama ada organisasi rumah, petani, swasta atau kerajaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
SEKURITI MAKANAN... AGENDA NEGARA...
PERLU DIRANCANG... DASAR DISEDIA..
MAKAN CUKUP... SELAMAT KUALITINYA...
SATU JAMINAN... BAGI RAKYAT MALAYSIA...

By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...