Support My Blog

Friday, December 11, 2020

TINJAUAN TEKNOLOGI DI LADANG CLAIRE

LADANG CLAIRE di Chaah, Johor merupakah salah satu ladang swasta yang menanam kelapa sawit semenjak beratus tahun dahulu sebagai komoditi utama tetapi kini telah pun mengusahakan tanaman makanan lain seperti Kelapa, Nanas, Durian dan beberapa lagi. Penulis blog dapat membuat tinjauan teknologi di ladang kumpulan Socfin ini disambut oleh pengurusan ladang diketuai oleh Encik Sukri dan pengurus ladang lain. Ladang seluas 12,000 ekar ini telah menjadikan kelapa sawit (Elaeis guineensis) sebagai tanaman utama dimana semasa lawatan harga minyak sawit mentah (MSM) agak tinggi sekitar RM3,200 satu tan. Tanaman kelapa sawit diuruskan dengan baik melibatkan amalan agronomi yang telah lama di syorkan. Terdapat banyak peringkat umur penanaman sawit diladang ini daripada peringkat tanaman semula, pebuaian hasil dan akan ditebang. Estet ini yang terletak dijalan utama Segamat-Yong Peng sanat strategik untuk membangunkan tanaman makanan lain kerana ada akses kemudahan jalan, eletrik dan pemasaran. Penulis blog dibawa kebeberapa plot iaitu plot kelapa sawit, plot nnas MD2, plaot tanaman durian dan plot tanaman kela Matag. Langkah pihak estet swasta membangunkan tanaman makanan yang diiktiraf sebegai tanaman Sumber Kekayaan Baru Negara (SKB) ini merupakan satu bentuk baru pengurusan ladang kearah mempastikan bekalan makanan negara akan terus stabil dan berkembang. Sebelum ini penulis blog pernah membuat tunjauan ke Ladang Kulim di Uku Tiram, Johor yang menukar seluas 800 ekar kelapa sawit kepada tanaman nanas MD2. Ladang Gopeng Berhad di Gopeng pula telah menanam selas 300 ekar nanas MD2 dan mensasarkan 1,000 ekar lagi untuk tanaman nanas dimasa hadapan. Di Kebun Baru Segamat pula seluas 120 ekar ditanam durian D197 dan di Estet Sagil seluas 500 ekar kelapa sawit ditebang untuk ditanam dengan kelapa. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan hasil tinjauan peribad penulis berkaitan lawatan ke Ladang Claire di Chaah sebagai satu model pembangunan tanaman makanan untuk negara sebagai bahan rujukkan anda semua.

Tanaman nanas (Ananas comosus) kini merupakan pilihan terbaru bagi ladang ini yang meibatkan kawasan seluas 4 hektar dengan sebanyak 200,000 pokok nanas MD2 yang ditanam dengan bantuan LPNM. Pihak LPNM telah memberikan bantuan pada tahun 2019 dimana kini ia telah mula berhasil secara berperingkat-peringkat. Kawasan tanaman adalah dibawah rizeb Laluan Kabel TNB yang merentasi ladang ini dimana terdapat seluas lebih dari 70 hektar yang masih kosong untuk dibangunkan dimasa akan datang. Tanaman nanas ini adalah satu bidangusaha baru diladang ini dimana ia dilaporkan masih sukar untuk pusingan pertama penanaman. Bagaimana pun dengan galakan dan khidmat nasihat teknikal daripada Jabatan Pertanian dan LPNM kini pengurusan berani unutuk memperluaskan lagi tanaman ini secara berperingkat dimasa akan datang. Penulis blog banyak memberikan khidmat nasehat teknikal kepada pengurus-penggurus diladang tersebut termasuk bagaimana kes kerosakkan akibat penyakit reput perdu (Heart rot) yang baru beraku merosakkan tanam akinat hujan lebat berterusan. Hasil yang dituai diambil oleh peraih buah nanas daripada Kuala Lumpur dan sebahagian kecil dijual terys ditepi jalan utama. Sambutan penngguna jalanraya yang singgah membeli nanas MD2 walau pun di pondok sementara telah membolehkan pengurusan estet untuk membina kpmpleks pusat jualan ditepi jalan uatama itu. 

Paling menarik pada penulis blog adalah penanaman kelapa Matag dengan nanas MD2 diladang ini. Tanaman Intergrasi ini dilihat amat berjaya diperingkat awal semasa tinjauan teknologi dimana prestai tanaman kelapa dan nanas dalam keadaan memuaskan dan subur (Sila lihat foto disebelah). Teknologi dilakukan adalah dengan membina dua batas diantara pokok kelapa matag dimana ada 4 baris tanaman nanas ditanam. Setiap batas direntang pula dengan plastik silvershine untuk kawalan rumpai, elakkan hakisan, kawal kelembapan dan memudahkan amalan agronomi. Bagi lorong antara batas pula diletakkan lapisan plastik silvershine untuk elakkan pertumbuhan rumpai dan kurangkan hakisan semasa hujan lebat. Tanaman intergrasi nanas secara intergrasi dengan kelapa ditanah mineral diantara program dibawah LPNM iaitu Program Intergrasi yang layak menerima bantuan. Pada penulis blog kawasan seluas 50 ekar ini yang ditanam dengan intergrasi seperti ini akan membolehkan penghasilan kelapa dan ananas negara akan bertambah. Pihak pengurusan estet mempunyai kelebihan dari segi tanah, penggurusan, modal dan infrastruktur lengkap untuk menjayakan program pengeluaran makanan negara seperti dilakukan oleh ladang ini. 

Penulis blog juga sempat membuat tinjauan penanaman kelapa Matag (Cocos nucifera) seluas 50 ekar diladang ini. Fasa 1 penanaman dilakukan dimana benih diperolehi daripada Jabatan Pertanian melalui pembekal dari United Plantation di Perak yang telah berumur 13 bulan. Pada peneliitian penulis blog penggurusan estet melakukan amalan agronomi terbaik dimana setiap pokok dipasang dengan sistem pengairan titis dan kawalan perosak seperti kumbang dilakukan dengan baik. Meneurut En Sukri pada peringlat awal penanaman memang dilakukan semua teknik kawalan kumbang tanduk sehingga berjaya mengawalnya. Kini pihak estet sedang membeli lebih daripada 10,000 benih matag tulis daripada PPNJ Bukit Bujang di Segamat dengan harga RM70.00 sepokok dan disulam semula didalam polibeg besar sementera kawasan ladang disediakan. Benih ini telah ditentusahkan oleh Jabatan Pertanian melalui program khas yang penulis sendiri terlibat perlaksanaannya. Benih ini disusun didalam tapak semaian (Sila lihat fotoo disebelah). Langkah beberapa estet kelapa sawit menanam kelapa dilihat sebagai satu langkah kehadapan untuk mengimbangai pengimportan biji kelapa dari negara jiran untuk diproses sebanyak lebih200 juta biji setahun. Negara hanya menghasilkan 550 juta jiji setahun dan keperluan kelapa di Malaysia adalah sebanyak 750 juta biji setahun.

Penanaman durian (Durio zibethinus) merupakan satu aspek penting di kalangan pihak estet. Pihak ladang menanam sebanyak lebih 880 pokok durian dikawasan sekitar 20 ekar dengan varieti durian Musang King (D197) sebagai tanaman utama. Durian jenis Tekka, Black Thorn dan D13 ditanam sebagai pelengkap untuk tujuan pendebungaan dan kepelbagaian jenis durian dari ladang ini. Setiap lokasi penanaman dinaikan busut setinggi 6 kaki dan pipasang dengan paip sistem pengairan titis. Kemudian disekeliling pokok di pasang 4 tiang besi dan dipasangkan jaring hitam (black netting) untuk menentukan kadar pertumbuhan pokok durian yang terbaik (Sila lihat foto disebelah). Teknologi penanaman durian diatas busut setinggi 6 kaki ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pertumbuhan terbaik kerana pengalaman pengurus ladang sebelum ini yang menanam tanpa busut banyak anak benih mati diperinglat awl lagi terutama semasa musim hujan. Dakw En Sukri dalam masa beberapa tahun (kini hampir setahun) busut itu sudah menurun kepada 5 kaki sahaja dan akan separas tanah seda ada apabila pokok atang kelak. Tidak ada penggunaan sebarang racun rumpai digunakan untuk mengawal rumpai sebaliknya trekter pemootong rumput digunakan diantara busut tanaman dan mesin potong rumput (power ripper) untuk membersihkan rumpao disekitar busut tanaman. Prestasi pertumbuhan pokok durian amat memuaskan dengan penggunaan banyak input dari agen baja dari Raub, Pahang (juga penulis blog kenal) yang berkonsepkan ladang durian organik. 
Ladang Claire merupakan salah satu ladang kelapa sawit yag berani mencuba bersama kerajaan untuk membangunkan sebahagian daripada tanah subur mereka untuk bersama menghasilkan makanan untuk rakyat Malaysia yang patut dicontohi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini.  Wasallam!!...
PERGI KE CHAAH... JAUH DISANA...
SAWIT DIGANTI.. DENGAN KELAPA...
NANAS MD2... BERHASIL MANISNYA...
DURIAN MUSANG KING.. DICUBA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 RabiulAkhir 1442).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...