Support My Blog

Tuesday, December 29, 2020

TANAM ROSEL - SATU TINJAUAN

PENANAMAN ROSELLE atau ROSEL (Hibiscus sabdariffa L.) ialah tanaman yang terkenal dengan khasiatnya dimana ia dijadikan pelbagai produk yang berkait juga dengan makanan untuk kesihatan. Pada asalnya sejarah penanaman rosel ini bermula di Terengganu walau pun sebelumnya tumbuhan ini ditanam sekadar untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan sahaja (ornamental plants). Inisiatif kerajaan Terengganu untuk membangunkan beberapa lokasi tanaman rosel bagi menggantikan tanaman tembakau telah di lakukan pada penghujung tahun 1980'an. Mereka berjaya menjadikan pokok rosel daripada sejenis pokok hiasan kepada tanaman komersil dengan program khusus daripada Jabatan Pertanian. Benih varieti UMKL 1 yang dihasilkan oleh Universiti Malaya telah mendominasi penanaman rosel ini sehingga puluhan tahun. Apa pun memang pokok rosel nampaknya lebih sesuai sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini cantik dimana bunga dan buahnya juga seakan-akan bunga ros. Apa pun kehebatan rosel adalah khasiatnya yang tinggi dengan zat  vitamin C dan ini telah menjadikannya tanaman untuk produk kesihatan. Setelah itu beberapa laporan mendakwa dimana rosel pernah dianggap sebagai “pokok emas” kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan tertentu yang bermula daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok berkenaan dan boleh dijadikan sajian atau tujuan perubatan tradisional.  Pada penulis blog yang memperkenalkan tanaman rosel di Mersing, Johor pada tahun 1997 mendapati tumbuhan ini amat bernilai berdasarkan kepada kegunaannya serta mampu menyaingi pokok kelapa atau buluh sebagai pokok serbaguna. Tumbuhan yang tumbuh semusim ini dipercayai mampu untuk tumbuh membesar dan mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter. Ia mudah dibiakkan dari biji benih dan memerlukan cahaya matahari serta saliran yang baik. Daunya berwarna hijau tua dengan pelepah daun yang kemerah-merahan bagaikan sebuah mahkota dari segi bentuknya menjadikan buah ini dilihat sangat unik (Sila lihat foto diatas). Pokok dari keluarga Malvaceae ini adalah sama dengan pokok bunga raya dan bendi yang banyak ditanam. Artikel pada petang ini daripada Tingkat 19 Hotel Double Tree, Johor Bahru yang menghadap Selat Johor dan Singapura saya menulis artikel dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai satu tinjauan penanaman rosel di Malaysia dan beberapa laporan media mengenai industri ini.

Sebenarnya r
oselle ialah antara buah atau kalixnya yang agak popular dan sering ia dijadikan sebagai air minuman kordial. Buah yang diproses ini didakwa juga amat kaya dan berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya dalam usaha untuk penjagaan kesihatan dan mampu menjadi pencegah dari sebarang jangkitan kuman yang menyerang tubuh manusia. Sejak diperkenalkan untuk ditanam dengan komersil di Terengganu, tanaman rosel kini diusahakan petani diseluruh negara dan menjadi tanaman industri penting selain meningkatkan sumber ekonomi mereka. Meninjau sejarah rosel dimana ada juga pendapat yang menyatakan pokok roselle berasal dari India namun ada juga yang menyatakan roselle ini berasal dari Afrika Barat. Tanaman Roselle diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia sejak lebih dari tiga abad yang lalu dimana di Malaysia dilaporkan yang tanaman roselle ini juga dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Di India Barat pula ia ada disebut sebagai 'Jamaican sorrel'. Dalam laporan lain dinyatakan dimana di Afrika, biji roselle dimakan kerana dipercayai mengandungi minyak-minyak tertentu. Manakala di Sudan pula  tumbuuhan roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan 'Karkadeh' sebagai sejenis minuman kebangsaan orang Sudan. Kajian di Malaysia dilakukan oleh sekumpulan pensyarah daripada beberapa universiti termasuk oleh Dr Hasmah dair Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau mendapati dimana roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi sesuai diambil oleh manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang dilapor mengandungi bahan kandungan vitamin C, mineral dan juga serat. Roselle juga hasil kajiannya memang dilapor memang mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin juga rosele mengandungi hampir 486mg kalsium iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi unsur Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta AntioksidanRamai juga saintis percaya bahawa dimana dengan pengambilan produk roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan. Selain itu ia juga mampu untuk membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. Lanjutan itu beberapa laporan menyatakan dimana khasiat roselle mampu untuk mengubati beberapa penyakit: Antara penyakit tersebut seperti mempu mencegah penyakit kardiovaskular, mencegah kanser, demam panas/selesema, resdung (alergi) dan lelah (asma). Produk roselle juga mampu atasi masaalah stress atau sukar tidur, melancarkan peredaran darah, dapat mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang, mencegah penyakit jantung dan mengubati pening kepala atau masaalah migraine.

Memandangkan kandungan khasiatnya yang sangat tinggi, kini roselle telah diterima baik oleh masyarakat umum di Malaysia. Potensi produk berteraskan Roselle telah membuka peluang yang besar kepada masyarakat setempat untuk mengusahakan tanaman roselle secara ladang dan menjadikannya sebagai salah satu sumber pendapatan yang lumayan. Bagaimana pun t
idak seperti tanaman lain, tanaman roselle tidak memerlukan penjagaan yang sukar kerana ia hanya perlu disiram sekali atau dua kali sehari sahaja. Cara penjagaan yang mudah ini menyebabkan ramai masyarakat termasuk golongan muda giat didalam mengusahakan tanaman herba ini. Permintaan pasaran yang sangat tinggi membolehkan tanaman ini boleh menjana pendapatan yang besar kepada pengusahanya. Produk yang berasaskan roselle kian mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan kini ia telah dijadikan sebagai produk makanan seperti jus, kordial, jem, halwa, pes dan sebagainya. Kalau suatu masa dahulu kira-kira lewat tahun 1980-an masyarakat di Malaysia telah menggunakan roselle sebagai salah satu herba yang berkhasiat tetapi kini hasil kajian berteusan mampu menjadikan produk jus keperingkat antarabangsa. Penulis blog pernah ke Tokyo, Jepun dimana ada syarikat tempatan mempromosikan roduk rosel dinegara tersebut dalam Program Malaysia Fair. Warna roselle yang  sangat menarik dan pigmen merahnya kaya dengan bahan antosianin telah menjadikan ia sebagai produk yang lebih sesuai dalam bentuk jus, halwa, jeruk dan sebagainya untu dipasarkan.

Dalam media tempatan dilaporkan bagaimana beberapa usahawan roselle berjaya menjadikan tanaman ini berjaya menjana pendapatan. Dilaporkan jika tanaman roselle bijak diurus maka pastinya ia akan membuahkan hasil yang lumayan. Berpegang prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya dilaporkan seorang bekas pegawai di sebuah syarikat industri burung walet ini bernekad membabitkan diri dalam perniagaan makanan dan minuman berasaskan buah roselle. Walaupun tiada pengalaman dalam bidang ini tetapi En Zamri Abu berumur 38 tahun telah pun memberanikan diri menceburi projek tanaman roselle dimana ini sekali gus mengeluarkan pelbagai produk berasaskan buah ini. Tanpa memerlukan pengurusan tanaman cerewet dan merumitkan dakwa beliau dimana pokok roselle yang juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur memang ia mudah hidup subur. Tanaman seluas 10 hektar telah bermula secara kecil-kecilan di Negeri sembilan kini memiliki kawasan bagi di beberapa tempat antaranya di Batu Kikir, Jempol; Seri Menanti, Kuala Pilah; Pekan, Pahang dan Pokok Sena, Kedah. Kesemua tanah itu disewa daripada pemilik tanah secara tahunan dimana bliau bercadang untuk menanam sehingga 20 hektar dimasa akan datang. Kini dia mampu mengeluarkan kira-kira 2 tan buah roselle seminggu. Ketika ini kilangnya berupaya mengeluarkan sekitar 15,000 botol minuman roselle pelbagai saiz sebulan dan pihaknya menyasarkan untuk dinaikkan kepada 20,000 botol dalam masa beberapa waktu lagi. Selain itu syarikat beliau akan mengeluarkan losen, serum, sabun dan pencuci wanita yang dibuat dengan kerjasama MARDI dan beberapa pihak lain.  Dakwanya lagi dimana roselle di negara kita antara terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik. Syarikatnya turut membuka peluang kepada mana-mana individu atau syarikat yang ingin membina jenama sendiri berasaskan roselle. Dinyatakan dimana selain menjual produk roselle yang sudah diproses, beliau juga ada memberikan perkhidmatan menjual buah roselle mentah pada harga RM4.50 sekilogram dan roselle kering dengan harga RM60 sekilogram.  

Dalam laporan lain dengan b
erpegang kepada prinsip berbudi pada tanah pasti ada hasilnya menjadikan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memilih menanam roselle sebagai ‘medan tempur’ selepas menamatkan perkhidmatannya. Encik Alias Ali (46 tahun) telah memilih roselle diusahakan di Sungai Limau, Kampung Pasir Pandak di Sitiawan, Perak sejak bersara tentera. Roselle juga dikenali sebagai ‘bunga merah’ selain asam paya, asam kumbang dan asam susur itu hidup subur tanpa memerlukan pengurusan tanaman yang cerewet. Selepas menamatkan perkhidmatan dalam pasukan tentera dia memilih menanam roselle atas dasar minat selain turut disokong keluarga dan saranan rakan yang menanam tanaman sama. Sehingga kini dia mempunyai 3,000 pokok roselle yang ditanam di atas tanas seluas 0.6 hektar dimana dia dakwa sepokok boleh mengeluarkan hasil mencecah lebih 2 kilogram untuk sekali dipetik. Roselle antara tanaman yang mudah diuruskan dan kurang risiko penyakit. Dakwanya ia boleh dipetik seawal usia tiga setengah bulan ke empat bulan selepas mengeluarkan putik bunga selepas dua setengah bulan ditanam. Tanaman roselle juga tidak memerlukan air yang banyak dan siraman air ketika musim kemarau sekali sehari sahaja. Tanaman yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan ini ditanam daripada jenis UMKL 1 menggunakan tanah gembur berpasir. Kini biarpun tanaman itu kaya dengan khasiat namun dia menyedari roselle masih kurang dikenali dan ada segelintir individu tidak mengetahui kegunaan dan cara memasak buah itu. Beliau buka internet dimana  dia mendapati iaitu di Malaysia ada dakwaan mampu hasilkan produk roselle terbaik di dunia dan ia mempunyai kelebihan tersendiri serta nilai pasaran yang baik. Beliau sudah merasai kelebihan buah itu apabila saya kerap dijangkiti selesema sebelum ini dan menjadikan air roselle sebagai minuman harian saya sudah tidak mengalami masalah itu. Hasil ini dijual dengan harga RM5 sekilogram manakala RM2.50 pada harga borong. Dia kini juga sudah membuat benih sendiri dengan mengeringkan biji roselle selama seminggu sebelum ditanam. Antara produk dihasilkan adalah kordial, jus, jeruk, acar, jem dan halwa.

Dalam tinjauan lain dilaporkan dimana FAMA 
mensasarkan nilai pengeluaran tanaman bunga roselle meningkat kepada 25 tan metrik setahun dari petani di Rompin, Pahang. Kinn i terdapat jumlah permintaan tinggi iaitu bukan sahaja pasaran di dalam negara malah di luar negara. Menurut FAMA walaupun terdapat banyak kawasan di negara ini yang melakukan tanaman pokok roselle namun di Daerah Rompin merupakan kawasan yang terbaik dan menghasilkan bunga roselle yang berkualiti yang mampu dieksport ke luar negara. Sebelum ini cuma sebanyak 21 tan metrik hasil tanaman roselle dihasil di mana 10 tan daripadanya adalah untuk eksport ke negara seperti Singapura, Hong Kong dan China dan Australia. Tanaman roselle dilapor mengeluarkan hasil yang baik di Rompin atas beberapa faktor seperti tanahnya yang sesuai, penggunaan jenis benih roselle yang betul dan petani tempatan yang mempunyai kemahiran betul menanam pokok tersebut. Ada beberapa petani yang mendapat maklumat untuk menanam roselle setelah melawat tanaman roselle komersil di Endau, Mersing, Johor iaitu tidak jauh dari Rompin. Jika dirancang baik maka Daerah Rompin boleh dijadikan sebagai contoh dan sebagai role model untuk petani lain di negara ini. Antara kawasan utama penanaman roselle adalah di Kampung Tebu Hitam dan Kampung Desa Murni di Rompin di atas kawasan seluas kira-kira 50 ekar yang diusahakan oleh 55 petani. Projek ini adalah usahasama diantara Jabatan Pertanian dengan Kerajaan negeri dimana kesemua peserta adalah  terdiri daripada peserta Projek Perumahan Tanah Termiskin (PPRT) yang kini menjadikan tanaman Roselle telah menjadi pendapatan utama mereka. Petni disini berjaya mencapai standard untuk menjadi buah yang boleh dieksport kerana bukan mudah untuk kita eksport di negara luar kerana banyak piawaian yang perlu diikuti. Pihak FAMA membeli hasil roselle daripada petani dengan harga ladang RM4.70 sekilogram bagi gred premium yang bertujuan untum dieksport dan harga ladang RM3.20 sekilogram bagi roselle kegunaan tempatan. Selain itu diantara produk dihasilkan bagi tanaman yang mengeluarkan hasil selepas tiga bulan itu ialah kordial, jem, teh dan kini boleh dibuat untuk kegunaan farmasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN ROSELLE... SUDAH LAMA...
VARIET UMKL... TINGGI HASILNYA...
BERKHASIAT...MUDAH PASARANNYA...
BOLEH DITERUSKAN... OLEH SEMUA..

By,
M ANem,
Senior Agronomist, 
Room 1923, Double Tree Hotel,
Jalan Ngee Heng, Johor Bahru,
Johor,
Malaysia.
(14 JamadilAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...