Support My Blog

Wednesday, December 2, 2020

USAHAWAN PERIOK KERA

PERIOK KERA (Nepenthes spp) merupakan sejenis herba tumbuhan unik jenis karnivor (memakan serangga dan haiwan) yang lazimnya hidup liar di hutan dan belukar di Malaysia. Penulis blog mengenali periok kera semasa muda dahulu dikawasan kampong dimana kemudian mengetahui dimana periok kera rupanya banyak kegunaan seperti untuk dijadikan bungkus makanan dikenali Lemang Periok Kera. Pokok periok kera ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan tanah yang kekurangan unsur baja nitrogen (N). Ia merupakan pokok maging yang mana unik dengan apabila penuutupnya terbuka akan dapat memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk tujuan membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Tumbuhan jenis Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengan sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). Terdapat lebih daripada 170 spesis pokok periok kera yang berlainan dari segi marfologi pokok, bunga, warna, saiz dan juga coraknya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana kebelakangan ini nama periuk kera menjadi bualan umum ekoran kebimbangan pencinta alam akan nasib tumbuhan liar itu seandainya periok kera ini dituai berlebihan oleh masyarakat. Periuk kera adalah tumbuhan yang mana ia mempunyai bentuk unik seakan periuk atau mangkuk ini. Apa pun di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada 46 spesies Nepenthes dimana 11 daripadanya berada di Semenanjung manakala 35 spesies lagi dapat ditemui di Sabah dan juga Sarawak. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology"  saya sempat menulis mengenai seorang usahawan periok kera di Masjid Tanah, Melaka secara komersil untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Penulis blog yang pernah bertugas di Melaka selama 14 tahun memang mengenai semua daerah di negeri tersebut dan mempunyai rumah kediaman di Air Keroh, Melaka. Jarak diantara rumah dengan Masjid Tanah hanya mengambil masa 45 minit sahaja dimana dapat membuat tinjauan seorang usahawan periok kera yang komersil dan berjaya. 
Periuk kera spesis Nepenthes mirabilis kini semakin mendapat tempat di hati masyarakat apabila spesies tumbuhan itu adalah menjadi variasi dalam juadah masakan tempatan dibeberapa negeri khususnya dijadikan lemang dan nasi lemak periok kera. Apa pun pada penulis blog mendapati dimana hidangan unik yang berasaskan periuk kera ini bukan saja mendapat permintaan ramai ketika musim perayaan tetapi kini ia sudah turut menjadi hidangan bagi golongan orang kenamaan dalam majlis tertentu seperti majlis rasmi kerajaan, kenduri kahwin dan juga majlis kenduri lain. Pengusaha tersebut menjadikan ia bernilai komersial pada periuk kera dikenali sebagai Hashim Abdullah berumur 61 tahun dengan bntuan isterinya iaitu Rohaizat Jailani berumur 48 tahun yang kini menjadi pengedar utama dalam usaha memasarkan tumbuhan liar berkenaan.

Temubual dengan En 
Hashim mendapati dimana dia mula mengenali periuk kera secara lebih dekat sekitar tahun 1999 apabila berasakan tumbuhan itu mampu menjadi tarikan baharu dalam menu masakan, terutama bagi pengunjung mengenalinya secara lebih dekat. Dia memang tidak mengenali tanaman periuk kera sehingga datang ke Melaka. Selepas makan lemang periuk kera di Pahang dan Seremban kemudian dia cuba untuk mendapatkan kelongsong di Melaka tetapi agak sukar. Kemudian telah timbul idea untuk mencari dan mengumpul beberapa anakpokok periok kera dengan jumlah sedikit dan kemudian lebih banyak iaitu dari sekitar Pahang dan Johor. Dakwanya selepas beberapa lama kemudian dia beranikan diri untuk bertemu Orang Asli di Pahang dan bermula dari situlah dia telah mengupah mereka mencarinya dan kemudian memasarkan semula kelongsong periuk kera dengan harga berpatutan. Memang di kawasan orang asli sekitar Daerah Rompin, Pekan dan sebagainya masih banyak kedapatan pokok periok kera yang tumbuh meliar untuk diambil. Apa pun perlukan orang yang mahir untuk mendapatkannya terutama masyarakat orang asli. Periuk kera berwarna merah dan berbintik lebih banyak mendapat permintaan dalam membuat masakan seperti lemang kerana bau aroma wangi yang dikeluarkan, walaupun kulitnya mudah pecah, berbanding warna hijau yang lebih liat.

Beliau meneruskan kisahnya dimana apabila 
tiba musim perayaan jumlah permintaan bagi periuk kera boleh mencecah antara 2,000 hingga 3,000 guni sehingga memerlukan dia berulang-alik ke lokasi pencarian iaitu sejauh kira-kira 700 kilometer dua kali sehari menggunakan lori sewa. Dakwanya pada peringkat awal menjadi pengedar dia hanya mampu mendapatkan kutipan lima hingga enam guni pada hari biasa dan sekarang boleh mengumpul sehingga 50 guni dalam seminggu. Bagaimanapun dinyatakan jika awal bulan puasa sehingga sebulan selepas hari raya lazimnya jumlah permintaan meningkat berkali ganda. Beliau menambah dimana dia kini perlu mengutip tumbuhan itu sehingga kadar sebanyak 500,000 guni setahun. Katanya penjagaan periuk kera mempunyai risiko tinggi kerana ia mudah rosak dan mudah kering kerana tidak boleh terlalu terdedah dengan tiupan angin lebih lama. Oleh itu teknik dilakukan dimana tumbuhan ini perlu ditempatkan di kawasan redup dimana hanya mendapat pencahayaan matahari secara optimum dan apa yang penting adalah mempunyai medium lembap. Apa pun periuk kera dijual pada harga RM25 - RM45 bagi 100 biji bergantung kepada jarak penghantaran sama ada di dalam atau luar Melaka. Bagi pokok periok kera yang ditanam biasanya dia akan menjual pada harga RM100 sepokok iaitu harga ini termasuk pasu manakala anak pokok pula dijual pada harga RM15 setiap satu pokok. Pasaran dan juga tempahan kini diterima tempahan sehingga ke Negeri Johor, Kelantan, Terengganu dan Singapura. Apa pun dia agak  kecewa dengan sikap segelintir pengedar kecil yang telah mendapatkan tempahan periuk kera dengannya apabila mengambil kesempatan menjual semula tumbuhan itu pada harga lebih mahal sehingga tidak munasabah. Dakwany ada yang menjualnya pada harga RM60 bagi 100 biji, malah turut mengaku sebagai pengedar utama. Tindakan ini memberi kesan buruk kepada saya sehingga terpaksa menjelaskan perkara sebenar terhadap Orang Asli dan Tok Batin. Apa pun cabarnnya dia akan tetap teruskan perniagaan saya seperti biasa walaupun tidak untung banyak. Periuk kera merupakan sejenis pokok yang memerangkap serangga. Ia dilaporkan mampu bertahan sehingga dua minggu selepas batang serta tangkainya dipotong dan dibersihkan. Tumbuhan yang hidup subur meliar di hutan tropika dengan tabiat peliknya itu emmang dilaporkan ada yang menggelarnya pokok misteri dengan kuasa mistik. Semuga artikel malam ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
KELONGSONG UNIK...PERIOK KERA... 
ADA USAHAWAN...DIA DARI MELAKA...
RM25 - RM45... 100 BIJI HARGANYA...
POKOKNYA DITANAM... DIJUAL JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...