Anim Agro Technology

Intrested in Agriculture Technology? Visit this blog ...

Support My Blog

Monday, December 14, 2020

PERIOK KERA - SELAMATKAH DIMAKAN?

PERIOK KERA
(Nepenthes spp) merupakan sejenis herba tumbuhan unik jenis karnivor (memakan serangga dan haiwan) yang lazimnya hidup liar di hutan dan belukar di Malaysia. Penulis blog mengenai periok kera semasa muda dahulu dikawasan kampong dimana kemudian mengetahui dimana periok kera rupanya banyak kegunaan seperti untuk dijadikan bungkus makanan dikenali Lemang Periok Kera. Pokok periok kera ini biasanya tumbuh di tanah berasid, tidak subur dan tanah yang kekurangan unsur baja nitrogen (N). Ia merupakan pokok maging yang mana unik dengan apabila penuutupnya terbuka akan dapat memerangkap serangga dalam bukaannya yang berbentuk "periuk" untuk tujuan membekalkan sebahagian dari nitrogen yang diperlukannya. Tumbuhan jenis Nepenthes bermula sebagai pokok rosette dan matang sebagai pokok memanjat bersulur paut (tendril climbers). Sesetengah sulur membentuk periuk berongga. Spesies berlainan mempunyai periuk berbentuk dan bewarna yang berlainan. Kebanyakan spesies tumbuh di atas tanah, sementara sesetengah merupakan epifit (epiphytic). Terdapat lebih daripada 170 spesis pokok periok kera yang berlainan dari segi marfologi pokok, bunga, warna, saiz dan juga coraknya. Bagaimana pun penulis blog dapati dimana kebelakangan ini nama periuk kera menjadi bualan umum ekoran kebimbangan pencinta alam akan nasib tumbuhan liar itu seandainya periok kera ini dituai berlebihan oleh masyarakat. Periuk kera adalah tumbuhan yang mana ia mempunyai bentuk unik seakan periuk atau mangkuk ini. Apa pun di Malaysia menjadi tempat tinggal kepada 46 spesies Nepenthes dimana 11 daripadanya berada di Semenanjung manakala 35 spesies lagi dapat ditemui di Sabah dan juga Sarawak. Artikel malam ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya sempat menulis mengenai seorang usahawan periok kera di Masjid Tanah, Melaka secara komersil untuk dijadikan bahan rujukkan semua pembaca.

Tumbuhan Periuk kera merupakan antara tumbuhan yang didakwa pihak tertentu terancam dan ia merupakan mangkuk tandas buat haiwan mamalia seperti kelawar dan juga tupai (Sila lihat foto disebelah). Foto tersebut agak jelas seekor tupai sedang berada diatas kelongsong periok kera dipercayai ia sedang melakukan sesuatu. Memang agak sukar melihat foto seperti ini dimana ada dakwaan ia mungkin 'mangkuk tandas' bagi haiwan tersebut. Adakah ianya merbahaya kepada kita yang mengambil dan menggunakan periok kera ini?. Apa pun memang keunikan periok kera untuk dikutip dan djadikan lemang memang popular terutama se
bagai juadah pada musim perayaan Aidilfitri. Ada yang dakwa hidangan lemang periuk kera antara yang menjadi bahan perbualan sejak beberapa tahun lalu dalam laman web dan media massa lain.Lemang periuk kera dikatakan lebih enak berbanding lemang buluh yang sudah menjadi kebiasaan dihidangkan dimana ia menjadi makanan unik. Juadah ini dimasak dalam kelongsong periuk kera atau nama dan sangat popular di negeri Pahang, Johor, Melaka dan beberapa negeri lain. Namun di sebalik populariti lemang itu barangkali ramai antara pembaca yang tidak tahu bahawa tumbuhan periuk kera sedang mengalami ancaman jika diambil secara tidak terkawal. Jika pengambilan dilakukan hanya untuk musim hari raya sahaja mungkin bagi kawasan tumbuhan yang banyak dan luas tidak menjadi masaalah akan tetapi jika ianya dikomersilkan setiap hari berkemungkinan akan berlaku kekurangan. Bagaimana pun ada usaha untuk menanam pokok periok kera ini secara komersil sedang dilakukan.

Berbalik kepada persoalan sama ada ia digunakan sebagai bekas makanan jika didakwa kewajarannya
diketahui juga dimana periuk kera merupakan mangkuk tandas buat haiwan mamalia seperti Kelawar dan juga tupai. Beberapa pertubuhan seperti pencinta alam dan individu tertentu memang prihatin akan perkara ini dan dijadikan modal agar pengusaha tegar mekanan berasaskan periok kera ini diharamkan. Mereka ini dilihat pernah mendedahkan dalam akaun facebook dan Instragram atau blog yang menyifatkan menghidangkan lemang periuk kera di hari raya bukan pilihan yang bijak. Dalam salah satu fb dengan diberi tajuk 'Lemang Periuk Kera, bukan pilihan yang bijak untuk musim perayaan' menarik perhatian penulis blog. Pemilik akaun ini nyatakan dimana berdasarkan kepada satu kajian baru yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) mendapati tumbuhan karnivor ini bertahan kerana ada kotoran daripada kelawar. Dilaporkan sejenis kelawar yang dikenali dengan nama 'Kelawar Hardwicke' dikatakan telah menjadikan tumbuhan tersebut sebagai tempat tinggalnya. Dalam pada itu didakwa periuk kera meraih sumber nutrien pentingnya daripada kotoron mamalia tersebut untuk tumbuh dengan lebih baik. Lazimnya periuk kera yang dikunjungi oleh kelawar mempunyai lebih banyak nitrogen di dalam daun mereka berbanding tumbuhan pokok kawalan. Memang logik jika ada najis kelawar boleh menyumbang pertumbuhan iaitu sekurang-kurangnya 34% daripada keperluan nutrien untuk periuk kera.

Dalam satu laporan media tempatan oleh Sinar Harian berjudul  'Lemang periuk kera selamat' yang dipetik daripada Kuantan menyatakan dimana lemang periuk kera merupakan salah satu juadah eksotik yang semakin mendapat permintaan umum di musim lebaran ini. Namun artikel yang tular mengenai pendapat seorang pensyarah universiti tempatan yang mendakwa aktiviti itu akan mengurangkan populasi tumbuhan berkenaan telah membuatkan seorang peniaga di sini tampil beri penjelasan. Peniaga tersebut dikenali sebagai Muhammad Shahrinnahar dari Kuantan yang telah lama menjual makanan itu sejak dua tahun lalu mendakwa dia hanya mengambil periok kera dari satu lokasi yang menjadi tempat sahaja dan tidak pernah berkurang. Dakwanya lokasinya adalah sekitar kawasan belukar dan lereng bukit di tepi jalan sepanjang Jalan Kuantan-Maran, Pahang. Dakwanya sebenarnya tidak perlu masuk jauh-jauh dalam hutan pun untuk cari periuk kera ini dan tiada masaalah kepupusan. Setiap tahun dia akan mencari di tempat yang sama dimana ini maknanya pokok periok kera tidak mati pun atau pupus seperti dakwaan ahli akademik ‘pencinta alam sekitar’ itu. Lazimnya proses membasuh kelongsong periuk kera dilakukan beberapa kali sehingga bersih. Dinyatakan pada tahun 2019 ini dia dapati hasil periuk kera yang dikutip lagi banyak dari tahun lepas. Ini juga bermkna pokok periuk kera semakin bercambah dan membiak dengan baik. Kawasan yang dikutip itu beliau sudah anggap macam kebun periuk kera sendiri. Setiap tahun dia akan datang kutip di situ. Beliau turut membantah dakwaan mengatakan kelongsong periuk kera menjadi tempat haiwan seperti tupai dan kelawar membuang najis. Katanya sehingga hari ini telah lebih 5,000 kelongsong yang telah dibasuh dan tidak pernah lagi menemui najis haiwan di dalamnya. Seterusnya dijelaskan dimana kelongsong yang dia gunakan adalah bersaiz kecil dan secara logiknya bagaimana tupai atau kelawar hendak berak dalam kelongsong yang selelunya tertutup juga. Persoalan beliau adalah kalau kawasan diluar sana banyak boleh berak apa perlunya berak pada periok kera. Kalau meminum air bersih didalamnya ada kemungkinan pula, dakwa beliau. Mohd Shahrinnahar seterusnya ada menegaskan pada awalnya dia juga enggan mengambil tahu mengenai artikel tular tersebut kerana menganggapnya sebagai pendapat peribadi individu. Kelongsong yang telah dibasuh dengan bersih memang selamat untuk digunakan sebagai bekas makanan yang unik lagi pun ia dimasak dahulu dan semua kuman akan mati. Bagaimana pun apabila ada kenyataan seperti itu menyebabkan ada pelanggannya membatalkan tempahan di saat akhir kerana kesan artikel tersebut dan amat dikesalkan. Beliau simpulkan agar hanganlah membuat fitnah yang memberi kesan kepada sejenis makanan tradisional masyarakat Melayu dan Orang Asli di negara kita. Dakwanya menjual lemang ni bukan boleh kaya pun akan tetapi ianya sekadar boleh beli baju raya anak-anak sahaja dan bermusim. Penulis blog yang pernah bertugas di Jabatan Pertanian Pahang pun agak setuju dengan promosi makanan lemang periok kera ini dijadikan makanan kulineri tradisional yang perlu dikekalkan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
PERIOK KERA... UNIK POKOKNYA...
AKAN PUPUS...ADA YANG DAKWA...
ORANG KUANTAN... NAFIKANNYA...
KULINERI UNIK... PROMOSIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 RabiulAkhhir 1442H).
Posted by M Anem at 12:09 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: PERIOK KERA - SELAMATKAH DIMAKAN?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILA IKLANKAN

Mobile Ads

Search This Blog

INFO OF MY BLOG

Semua tulisan dalam blog ini berkaitan dengan Teknologi Pertanian, Industri Makanan dan yang berkaitan. Penulis berpengalaman dalam sektor pertanian lebih dari 38 tahun. Artikel adalah ditulis sendiri daripada pengalaman penulis serta info daripada tinjauan teknologi sendiri dan pembacaan dari buku rujukkan, akhbar dan lamaweb. Blog ini mempunyai lebih 6,300 artikel sejak ditulis 12 tahun dulu yang diposting setiap hari satu artikel. Artikel ke 5,000 dicapai pada 12 Dec 2018. Penulis tidak bertanggungjawab diatas fakta yang diberikan untuk kegunaan rasmi. Purata jumlah pembaca blog ini lebih dari 350,000 orang sebulan.

Untuk mencari tajuk artikel dalam Blog Anim Agro Technology... Melalui search Engine sama ada Google, Yahoo, Bing dan sebagainya, Sila taip 'Anim Agro...dan tajuk dicari'. Contoh jika ingin tahu tajuk durian taip sahaja dalam google "anim agro durian"....

Dato' Mohd Anim Hosnan
Senior Agronomist Expert
Malaysia

Google Website Translator Gadget

PUTRAJAYA, MALAYSIA

 Time in Kuala Lumpur

Total Pageviews

Counter by Flag

free counters

My Blog List

  • Anim Agriculture Technology
    EXPLORE COCONUT OIL AS FOR COVID19
    2 days ago

Followers

Siapa Datang Lawat

Blog Archive

  • ►  2023 (84)
    • ►  March (25)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2022 (369)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (32)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (30)
    • ►  January (31)
  • ►  2021 (370)
    • ►  December (33)
    • ►  November (29)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (33)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (28)
    • ►  January (32)
  • ▼  2020 (371)
    • ▼  December (31)
      • SEKURITI MAKANAN DI MALAYSIA
      • TANAM CILI PADI - HEBATNYA
      • TANAM ROSEL - SATU TINJAUAN
      • INDUSTRI KELAPA DIMALAYSIA - ANALISA
      • UBI KEMILI SEMAKIN PUPUS?
      • MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA (Part 2)
      • MENGENALI DURIAN TERBAIK MALAYSIA (Part 1)
      • SAWIT - CUKAI MSM 8% JANUARI 2021
      • KARTEL DAGING - JADI ISU PANAS
      • POTENSI KELAPA RENEK COKLAT
      • KELAPA MAWA (CN3) - VARIETI MULA DILUPAKAN
      • GUNA MIKRONUTRIEN KAWAL 'PAPAYA DIEBACK' (Pt 1)
      • GUNA MIKRONUTRIEN KAWAL 'PAPAYA DIEBACK' (Pt 2)
      • PERTANIAN DIBAWAH PANEL SOLAR?
      • JENIS MEDIA TANAMAN HIDROPONIK (Part 2)
      • JENIS MEDIA TANAMAN HIDROPONIK (Part 1)
      • ESTET DURIAN - APA TEKNOLOGINYA
      • PERIOK KERA - SELAMATKAH DIMAKAN?
      • NANAS, LANGSAT DAN TEMBIKAI - KURANG DIMINATI?
      • TANAMAN BAWANG MERAH - DIKAJI SEMULA
      • TINJAUAN TEKNOLOGI DI LADANG CLAIRE
      • TERNAKAN BABI DI PERAK - TERTINGGI
      • DRON - TEKNOLOGI SEMAKIN POPULAR DI MALAYSIA
      • CPS3 - KLON BARU SAWIT BERKUALITI
      • KAKTUS DAN CIRI-CIRINYA
      • FAKTA TENTANG UBI JAGA
      • EKSPORT DURIAN SEJUKBEKU KECHINA
      • KAPASITI ANTIOKSIDAN DALAM BUAH TERPILIH
      • KUIH KALAKATAR - ASAS KELAPA
      • USAHAWAN PERIOK KERA
      • REPAR - HORMON BENIH NANAS?
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (32)
    • ►  July (33)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (29)
    • ►  January (32)
  • ►  2019 (371)
    • ►  December (32)
    • ►  November (31)
    • ►  October (32)
    • ►  September (29)
    • ►  August (32)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (32)
    • ►  February (30)
    • ►  January (31)
  • ►  2018 (367)
    • ►  December (31)
    • ►  November (31)
    • ►  October (31)
    • ►  September (30)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (32)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2017 (370)
    • ►  December (32)
    • ►  November (30)
    • ►  October (33)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (32)
    • ►  June (29)
    • ►  May (31)
    • ►  April (30)
    • ►  March (31)
    • ►  February (29)
    • ►  January (31)
  • ►  2016 (396)
    • ►  December (31)
    • ►  November (32)
    • ►  October (34)
    • ►  September (31)
    • ►  August (33)
    • ►  July (44)
    • ►  June (34)
    • ►  May (32)
    • ►  April (32)
    • ►  March (32)
    • ►  February (30)
    • ►  January (31)
  • ►  2015 (371)
    • ►  December (31)
    • ►  November (31)
    • ►  October (31)
    • ►  September (30)
    • ►  August (32)
    • ►  July (32)
    • ►  June (31)
    • ►  May (31)
    • ►  April (31)
    • ►  March (32)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2014 (371)
    • ►  December (32)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (32)
    • ►  March (33)
    • ►  February (28)
    • ►  January (31)
  • ►  2013 (366)
    • ►  December (31)
    • ►  November (30)
    • ►  October (31)
    • ►  September (31)
    • ►  August (31)
    • ►  July (31)
    • ►  June (30)
    • ►  May (31)
    • ►  April (31)
    • ►  March (30)
    • ►  February (27)
    • ►  January (32)
  • ►  2012 (386)
    • ►  December (32)
    • ►  November (34)
    • ►  October (33)
    • ►  September (30)
    • ►  August (34)
    • ►  July (34)
    • ►  June (33)
    • ►  May (29)
    • ►  April (37)
    • ►  March (32)
    • ►  February (28)
    • ►  January (30)
  • ►  2011 (351)
    • ►  December (29)
    • ►  November (37)
    • ►  October (37)
    • ►  September (36)
    • ►  August (31)
    • ►  July (24)
    • ►  June (33)
    • ►  May (16)
    • ►  April (22)
    • ►  March (23)
    • ►  February (30)
    • ►  January (33)
  • ►  2010 (276)
    • ►  December (31)
    • ►  November (24)
    • ►  October (28)
    • ►  September (19)
    • ►  August (20)
    • ►  July (32)
    • ►  June (27)
    • ►  May (26)
    • ►  April (26)
    • ►  March (12)
    • ►  February (17)
    • ►  January (14)
  • ►  2009 (61)
    • ►  December (14)
    • ►  November (17)
    • ►  October (8)
    • ►  September (10)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
Copyright of M Anem Blog. Do not publish any part of the blog without writer consent. Powered by Blogger.