KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, June 10, 2015

KOSTING - TANAMAN KELADI

KELADI (Colocasia esculenta) adalah sejenis tanaman umbisi iaitu dari keluarga Araceae dan merupakan tanaman tropika. Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan lembah di Malaysia dan ditanam di India pada 5000 tahun sebelum Masehi sebelum dibawa ke Mesir. Pokok keladi mempunyai daun yang lebar berbentuk hati dengan saiz yang pelbagai. Sesetengah spesies keladi mengeluarkan sulur yang menjalar dan ia dikutip untuk dijadikan sayuan. Di negara seperti Fiji, ubi keladi ini telah dijadikan sumber makanan utama (Staple food). Keladi tidak boleh dimakan mentah dan dianggap beracun kerana kandungan calcium oxalate di dalamnya. Ia selamat untuk dimakan setelah direbus atau direndam dalam air semalaman. Di Malaysia ubi keladi dijadikan makanan manusia dan ternakan. Isi atau ubi keladi boleh digoreng, direbus, dibuat kuih muih dan juga bubur sementara batang dan sulur beberapa jenis keladi boleh dijadikan sayuran. Pengeluar utama keladi adalah negeri Johor. Ubi keladi mengandungi karbohidrat yang tinggi di samping zat-zat galian yang lain. Maklumat diperolehi mendapati terdapat banyak jenis keladi iaitu lebih daripada 35 kultivar. Umumnya jenis keladi boleh dibezakan dan umumnya keladi dibahagi kepada dua kumpulan utama jenis Keladi Eddoe iaitu ubinya kecil dan dikelilingi oleh ubi-ubi sisi yang sempurna bentuknya dikenali sebagai Colocasia esculenta var. antiquorum. Jenis kedua adalah Keladi Dasheen iaitu keladi yang mempunyai ubi yang besar dan terdapat kelompok ubi sisi yang kecil dipanggil Colocasia esculenta var. esculenta. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai amalan agronomi tanaman keladi dan kosting tanaman padi untuk dijadikan bahan rujukan.

Keperluan tanaman keladi secara umumnya boleh boleh hidup dalam julat suhu 270 - 300C. Ia memerlukan taburan hujan melebihi 100 sm/tahun. Keladi sesuai pada tanah lom berpasir dan tidak bertakung air dan juga tanah gambut dan kadar kemasaman tanag sekitar pH4.5 hingga 7. Tanah perlu dibajak dengan bajak piring untuk membalik-balikkan tanah untuk menghapuskan rumpai dan menambah bahan organik. Ia diikuti dengan bajak putar untuk menghancurkan tanah untuk mendapatkan tekstur yang gembur. Jika tanah terlalu berasid, pengapuran perlu untuk menaikkan pH. Keladi boleh ditanam sama ada di atas batas atau tanpa batas. Bahan tanaman iaitu benih keladi diperoleh dari sulur atau anak pokok yang berumur lebih kurang dua bulan dengan garis pusat 3cm. Pucuk anak benih keladi dipotong dan tinggalkan batang atau tangkai daun keladi sepanjang 30cm. Jarak antara pokok adalah 45cm dan antara barisan ialah 120cm. Penyiraman perlu pada peringkat awal pertumbuhan pokok terutama jika cuaca kering.

Pembajaan bagi jenis tanah yang berasid, pengapuran perlu untuk menaikan pH. Kadar pembajaan yang biasa adalah 60N:50P2O5:100K2O kg/ha bergantung kepada kesuburan tanah, jarak tanaman dan keadaan tanah. Pembajaan diberi selepas 3-4 minggu ubi keladi ditanam. Pengawalan rumpai dijalankan semasa pokok membesar iaitu tiga minggu selepas ditanam. Kawalan rumpai boleh secara manual atau menggunakan racun rumpai. Semasa merumpai secara manual, tanah akan dikambus ke pangkal perdu pokok selepas sulur keladi dibuang. Sulur yang tidak diperlukan dibuang untuk memastikan tumbesaran pokok induk lebih sempurna. Bagi kawalan perosak dan penyakit dilakukan mengikut jadual. Musuh ubi keladi adalah serangga seperti ulat dan belalang. Ulat Daun (Hippotion celerio) pula akan memakan daun keladi hingga ke tangkainya. Kawalan yang disyorkan adalah dengan mengutip ulat perosak ini dan dimusnahkan. Belalang menyerang dengan memakan daun keladi yang menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Kawalan dengan menggunakan racun serangga sekiranya serangan terlalu teruk. Penyakit hawar daun oleh Phytophthora colocasia dapat dikawal dengan amalan kultura yang baik dan membuang dan musnahkan pokok yang diserang. Penyakit reput umbisi oleh Sclerotium rolfsii juga boleh dikawal dengan amalan kultura seperti giliran tanaman dan musnahkan pokok yang dijangkiti.

KOSTING KELADI:







Pemungutan hasil keladi boleh dikutip selepas tujuh hingga 12 bulan ditanam bergantung kepada jenis keladi dan cara penjagaannya dimana saiz ubi keladi ini telah sesuai untuk dipasarkan. Anggaran hasil adalah antara 6-12 tan/ha bergantung kepada penjagaan dan jenis keladi. Kepadatan tanaman sebanyak 20,250 sehektar dengan kos bemih RM3,600sehektar. Jumlah kos pengeluaran bagi sehektar padi sebanyak RM 6,360 sehektar (Sila rujuk jadual-jadual diatas). Penghasilan keladi boleh dianggarkan berhasil rendah sebanyak 7,500 kg/ha atau sederhana sebanyak 9,000 kg dan boleh mencapai hasil tinggi sebanyak 12,000 kg sehektar. Harga jualan ladang keladi diantara paling rendah RM0.40/kg, harga sederhana RM0.80/kg dan harga tinggi sebanyak RM1.00 sekilogram. Ini menjadikan kadar pendapatan kasar tanaman keladi sebanyak RM 7,000 - RM12,500 sehektar pada harga jualan RM1.00 sekilogram. Analisa bagi pendapatan bersih bagi tenaman keladi sebanyak RM 1,152 - RM 5,651 sehektar. Anggaran ini mungkin berubah jika harga ladang meningkat lebih daripada RM1.50 - RM1.80 sekilogram seperti yang diterima oleh penanam keladi di Muar dan di Melaka (Tinjauan penulis pada 2014). Tanaman keladi merupakan aktiviti pertanian yang boleh memberikan pendapatan kepada mereka yang minat akan tanaman tersebut. Wasallam!. 


TANAM KELADI ... KELADI CINA...
LEPAS SETAHUN...MATANG DIA...
BILA DICABUT...DIJUAL SEGERA...
ANGGARAN KOS... BAGAIMANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Tananan Keladi,
Kg Bt 14, Air Hitam,
Muar, Johor,
Malaysia.
(30 Rejab 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...