KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, June 5, 2015

KOSTING : CILI BESAR

CILI MERAH (Capsicum annuum) adalah sejenis cili besar dari keluarga Solanaceae yang merupakan sayur jenis berbuah popular dan luas penanamannya di Malaysia setiap tahun. Seluas 2,850 hektar cili merah ditanam setiap tahun dinegara kita dengan anggaran pengeluaran sebanyak 32,600 mt yang bernilai sekitar RM 206.6 juta. Cili merah adalah jenis tanaman sayur tanah rendah yang ditanam secara komersil dan monokrop terutama di Johor, Perak, Selangor dan Pahang. Terdapat beberapa varieti cili merah yang popular ditanam oleh petani dimana ia sesuai untuk pasaran segar. Varieti cili besar yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga. Penanaman cili merupakan antara komoditi yang paling berisiko tetapi ia juga adalah komoditi yang paling menguntungkan jika penghasilan tinggi dan menerima harga pasaran yang baik. Harga cili diladang serendah RM 2.50 sekilogram boleh mencecah kepada RM 18.00 dipasaran runcit terutama semasa musim tengkujuh sekitar bulan November sehingga Januari setiap tahun. Artikel Subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kosting cili merah berdasarkan pemerhatian, pengalaman dan bacaan daripada buku teknikal untuk rujukan anda.

Penanaman cili merah atau cili besar ini dimulakan dengan menyediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput dan satu bahagian pasir. Mmenyemai lima gram biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutp benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman adalah 5 cm antara baris dan 2 cm antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Sebaiknya kotak semaian mesti ada dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Kerja mengubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk mengeraskannya. Aktiviti menenam anak benih yang berumur enam minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak beni dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman adalah 90 cm antara pokok dan 150 cm antara baris. Tabur baja di keliling pokok dengan kadar satu sudu besar atau 10 gram sepokok setiap dua minggu. Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Bersihkan batas daripada rumpai menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Cili boleh dipetik lapan minggu selepas diubah ke ladang dan pungutan hasil dibuat setiap tiga atau empat hari. Anggaran hasil dari kawasan 50 meter persegi adalah 100-200 kg.

Jadual 1:  KOS TANAMAN CILI BESAR




Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman cili besar yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Cili besar adalah tanaman yang mengambil masa 5-6 bulan kutipan hasil jika dibandingkan dengan tanaman sayuran lain. Anggaran hasil tanama cili merah sebanyak 14,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang  sekitar RM4.00 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang cili besar sebanyak
 RM56,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM17,244.50, Kos upah tenagakerja sebanyak RM7,055 dan camput kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman cili besar adalah sebanyak RM28,341 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman ini sekitar RM 27,658 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak maksima 2 kali penanaman cili ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 2.02 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.98. Ini bermakna menanam cili besar adalah menguntungkan iaitu jika ditanam secara komersil memang memberikan pendapatan yang memang lumayan. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

TANAM KOBIS... DITANAH TINGGI...
JENIS HIBRID... BENIHNYA DI BELI ..
PERLU DIJAGA... SETIAP HARI...
KOBIS BULAT... MANIS SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek TKPM Lojing 1,
Lojing, Gua Musang,
Kelantan,
Malaysia.
(13 Syaaban 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...