KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, June 7, 2015

KOSTING : BENDI

KACANG BENDI atau Okra (Hisbiscus esculentus Linn) merupakan sejenis sayuran dari Keluarga Malvaceae yang mudah ditanam dengan adanya ilmu pengetahuan mengenai teknologi penanaman bendi. Bendi yang ada di Malaysia kini dipercayai berasal dari Afrika Tengah dan banyak di tanam di Negeri Johor, Perak, Kelantan serta Pulau Pinang. Di Johor sahaja seluas 460 hektar di tanam pada tahun 2014 dimana daripada jumlah tersebut seluas 90 hektar ditanam di Daerah Muar dengan pengeluaran sebanyak 1,620 metrik tan setahun. Nama lain bendi adalah Okra ; Lady's finger (English), Gambo (Indonesia), Kacang Bendir; Sayur Lendir ; Bendi ; Sayur Bendir (Malaysia), okra ; saluyot ; haluyot (Filipina), krachiap-khieo (Thailand), yau-padi (Myanmar) dan poot-barang (Cambodia). Bendi dipercayai berasal dari kawasan Asia Tenggara (okra) tetapi ditanam dimerata dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Kebanyakan bendi diguna segar sebagai sayuran (segar mentah, di rebus atau digoreng) dan dibuat jeruk. Biji bendi boleh di buat 'Serbuk Kopi" semantara daunnya untuk makanan ruminan dan batangnya diproses jadi fiber. Artikel ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" berkaitan dengan kosting kacang Bendi untuk rujukan pembaca semua.

Terdapat 2 jenis bendi yang popular di Malaysia iaitu Jenis 5-segi dan Jenis 7-segi. Pengguna di Selatan Semenajung Malaysia mengemari jenis 5-segi berbanding di negeri bahagian Utara Semenanjung yang minat Bendi 7-segi (Kedah, Penang , Perak dan Perlis). Bendi didapati kaya dengan zat makanan seperti Kalsium (77 mg/ 100gram), Protin (1.7 g), Lemak (0.1 g), Kabohiderat (5.9 g), Karotin beta (200 mcgm), Asid Askorbik (19.3 mcgm) dan Tenaga 129 kj (31 kilo kalori) lain-lain lagi. Biji bendi yang matang juga mempunyai potensi untuk di proses bagi mendapatkan minyak sayuran yang bermutu tinggi dan juga boleh diproses goreng untuk dijadikan bahan minuman sebagai kopi. Daun muda bendi boleh dimakan sebagai sayuran ulaman manakala daun yang tua boleh diproses sebagai bahan kraftangan yang cantik. Bendi yang dtanam diatas tanah mineral yang subur akan memberikan hasil yang tinggi dengan Amalan Pertanian Baik (APB). Kawasan tanaman perlu dibajak 2 minggu sebelum menanam dan di naikkan batas-batas menggunakan trektor atau manual. Bubuh Kapur sebanyak 2 mt/ha ditabur dan kemudian dibubuh baja organik (Tahi ayam) dengan kadar 3-5 mt/ha sebelum di tutup dengan plastik silvershine dengan anggaran keperluan sebanyak 20 gulong sehektar. Plastik silvershine ini dapat membantu menjaga kelembapan tanah, meningkatkan kehilangan baja, mengawal serangga perosak dan mengawal rumpai.




Jadual 1 diatas menunjukkan kosting tanaman bendi yang boleh dijadikan bahan rujukkan. Bendi adalah tanaman yang ambil masa 3 bulan untuk berhasil dan boleh menjangkau 4 bulan sehingga tamat menuai. Anggaran hasil tanaman bendi sebanyak 15,000 kg sehektar dan jika purata harga ladang bendi sekitar RM1.50 sekilogram maka anggaran pendapatan kasar ladang sebanyak RM27,000 semusim. Kos Pengeluaran melibatkan kos bahan input sebanyak RM9,009.60, Kos upah tenagakerja sebanyak RM6,230 dan kos tetap dan luarjangka menjadikan jumlah kos pengeluaran tanaman kobis bulat adalah sebanyak RM18,151 sehektar. Analisa kewangan menunjukkan anggaran pendapatan bersih ladang bagi tanaman bendi sekitar RM 8,848 sehektar semusim. Ini membolehkan petani menanam sebanyak 2-3 kali penanaman bendi bulat ditapak sama jika diusahakan dengan komersil. Anggaran purata titik pulang modal sekitar RM 1.21 sekilogram dan nilai BC Ratio adalah 1.49. Ini bermakna menanam bendi adalah menguntungkan dimana setiap RM1.00 dibelanjakan akan memberikan pulangan sebanyak RM1.49. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.

TANAM BENDI... JENIS 5 SEGI...
DIPETIK MUDA... BENIH DI BELI ..
POKOK DIJAGA... SETIAP HARI...
MAKAN BENDI... ENAK SEKALI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 108, SE Hotel,
Jalan New Chain, Butterworth, 
Pulau Pinang, 
Malaysia.
(13 Syaaban 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...