KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, June 29, 2015

10 BUAH PELIK DUNIA? (Part 1)


10 BUAH PELIK DUNIA? Begitulah beberapa artikel yang membincangkan perkara ini diinternet yang saya tinjau baru-baru ini. Melihat kepada foto diatas macam tidak percaya bahawa terdapat jenis buah dinegara China ini memang mempunyai bentuk seperti patung buddha. Ia sebenarnya adalah buah 'pear' yang dibentuk menggunakan kelongsong logam sehingga apabila buah tersebut membesar akan menjadi patung buddha. Mula-mula saya mencari apakah jenis buah tersebut dan akhirnya mendapat jawapan. Pada penulis yang arif tentang buah-buahan memang merasakan sebahagian sahaja buah-buahan tersebut memang agak pelik tetapi buah yang lain adalah hanya biasa dan sering dijumpai dimana ianya tidak pelik. Bagaimana pun daripada penerangan banyak rujukkan menyatakan kelainan buah disenaraikan ini adalah bukan kerana nama dan jenis yang dikatakan 'buah pelik' atau pun 'wierd fruits' tetapi mungkin dari segi bentuk luaran dan warna serta isinya yang agak unik dan berlainan daripada kebanyakan marfologi buah-buahan. Mungkin juga mereka mengatakan pelik disebabkan oleh kegunaanya atau amat sukar di jumpai dinegara-negara barat. Ini kerana sebahagian besar buah tersebut adalah sesuai atau natif di tropika atau juga dipanggil sebagai 'tropical fruits'. Pada saya ia tidak pelik kerana sering jumpa buah tersebut selain pernah menanamnya, memakannya, menulis artikel mengenainya dan juga tahu amalan agronominya. Saya cuma mengambil senarai tersebut yang dikategorikan sebagai 'buah pelik' tetapi membuat olahan sendiri mengenai justifikasi dan penerangannya. Artikel tengahari Ahad 12 Ramadan ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 5 buah pelik pada Part 1 dan 5 lagi buah pelik pada Part 2 untuk menambahkan pengetahuan pembaca semua.




10) BUAH KIWANO

Buah Kiwano (Cucumis metuliferus) merupakan sejenis buah pelik dari keluarga Cucurbitaceae kerana ia mempunyai tanduk (horn). Buah ini juga dipanggil sebagai African Horned Cucumber, Horned Melon, Jelly Melon dan juga Melano. Buah ini pelik dipercayai menjadi buah dimakan yang biasa di Afrika. Ia mempunyai kulit yang bertanduk tetapi apabila dibuka didalamnya seperti jeli yang mengandungi biji-biji berwarna kehijauan. Walau pun rasanya macam buah timun atau buah zucchini (Anda boleh baca artikel zuccini - Sila klik disini) tetapi dikatakan mempunyai kandungan zat yang baik. Isinya yang kehijauan lembik juga dikaitkan dengan 'alien' yang dijadikan filem futuristik.  Pokoknya jenis menjalar seperti pokok timun dengan ada tendrils (sulurpaut) untuk melekat pada kayu sokongan. Buah muda berwarna hijau dan akan menjadi kuning oren apabila cukup masak. Kita amat jarang lihat buah Kiwano di Malaysia. Memadai dengan lihat pokoknya dan buahnya sahaja dalam blog ini.  


(9)  BUAH NAGA (Pitaya atau Dragon Fruits)


BUAH NAGA (Hylocerus undatus) atau lebih popular dengan panggilan Pitaya atau Dragon Fruits merupakan buah yang sudah popular di Malaysia semenjak 1995. Saya banyak kali menulis artikel mengenai tanaman buah pelik ini dimana anda boleh membacanya (Sila klik disini). Peliknya buah ini kerana bentuk dan warnanya seperti mitos bola api yang sering dikeluarkan oleh seekor naga yang panas. Ia juga dikatakan menyerupai mata naga yang berwarna merh menyala. Terdapat 3 jenis buah ini yang ditanam iaitu Isi Merah, Isi Putih dan Isi Kuning. Rasanya lemak manis berjus dan ia merupakan jenis buah daripada keluarga kaktus. Ia dipercayai berasal dari Mexico tetapi kini banyak di tanam di Asia Tenggara sebagai tanaman komersil terutama jenis merah. Mengandungi zat makanan tinggi dan baik untuk kesihatan. Keluasan tanaman ini di Malaysia pernah mencecah 2,540 hektar sebelum serangan penyakit teruk (Reput batang). Buah pelik ini semakin kurang pelik di negara kita tetapi memang meluas ditanam di kawasan Sungai Pelek, Sepang, Selangor... Saya pun jadi Pelik!.



(8) BUAH DURIAN


Buah Durian (Durio ziberthinus) merupakan buah pelik kerana ia mempunyai duri tajam dikulitnya dan baunya yang amat kuat apabila cukup masak. Dikalangan masyarakat asia Tenggara buah durian ini digelar sebagai “The King of Fruit” and “The fruit that smells like rotting garbage and onions.” Beberapa penulis barat ada menulis dimana "Its odor is best described as pig-sh*t, turpentine and onions, garnished with a gym sock. It can be smelled from yards away.” Tetapi Mat Salleh ini apabila pekena buah durian tempatan atau durian import dari Thailand akan mengubah kata-kata tersebut menjadi 'Delicious and Marvelous!'. Ramai Mat Saleh ini tidak suka akan baunya yang kuat dikatakan sebagai BUSUK seperti civet, sewage, stale vomit, skunk spray dan used surgical swabs. Ramai yang tidak suka baunya yang kuat sehinggakan kalau dibawa masuk kedalam hotel, keseluruhan hotel akan bau durian akibat sistem aircon berpusat yang digunakan. Maka hotel-hotel di Thailand (Pengeluar utama durian berkualiti dunia) akan pasang papantanda dipintu masu  'No durian Please!'. Pada saya hanya Mat salleh yang 'pelik' buah ini tetapi kita di Malaysia memang ramai suka makan durian... apa lagi kalu free!.


(7) BUAH TANGAN BUDDA


BUAH TANGAN BUDDHA (Citrus medica var sarcodactilis) merupakan sejenis buah Citrus (Limau) daripada keluarga Rutaceae. Buah ini pelik kerana ia mempunyai jejari seperti pada tangan buddha yang rapat. Buah ini amat popular di China dan Jepun dan digunakan sebagai bahan pewangi kerana aromanya yang kuat. Ia boleh dimakan dan digunakan sebagai perasa masakkan. Buah muda lazimnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi kuning apaabila cukup matang. Buah ini juga ada ditanam di Malaysia oleh mereka yang berminat menanamnya. Jejarinya buah ini lazimnya akan dipotong-potong untuk dijadikan ulam atau salad sahaja.  


(6) BUAH MARKISA (Passion Fruits)



BUAH MARKISA (Passiflora endulis) atau juga dikenali Passion Fruits atau buah susu, merupakan sejenis pokok yang dikategorikan pelik. Ini kerana ia mempunyai isi yang berlendir dengan kulitnya yang licin. Pokoknya adalah jenis yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual dipasar raya atau kedai-kedai. Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning. Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam diMalaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi. Saya pelik kenapa buah ini dikatakan sebagai 'buah pelik' oleh orang barat. Bertapa kayanya buah tropika!. Artikel ini  bersambung pada Part 2. Wasallam!.

BUAH PELIK.... SIAPA MENDAKWA...
ORANG BARAT...SENARAIKANNYA...
TIDAK PELIK... KEPADA ORANG KITA...
MEMANG BERTUAH...ORANG TROPIKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 119, AB-Inn Hotel,
Airport Senai, Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
(12 Ramadan 1436H)
Ziarah dan uruskan ibu meninggal dunia pada 26.6.15

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...