KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, June 23, 2015

BUDU

BUDU atau sos ikan bilis ialah sejenis makanan yang popular di negeri Pantai Timur Kelantan yang diperbuat menggunakan ikan bilis. Ia merupakan makanan tradisional yang terkenal di Malaysia dan dibuat serta dipasarkan di Kelantan, Terengganu dan Selatan Thailand. Saya memang tidak suka makan budu dan cencalok semanjak dari dulu lagi kerana kurang berminat dengan makanan tersebut. Bagaimana pun ramai rakan dipejabat yang berasal dari pantai timur memang amat suka makanan tradisi mereka yang katanya amat lazat. Daripada penelitian penulis mendapati yang budu dibuat atau diproses daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur. Ini merupakan satu teknologi yang dicipta oleh datok nenek moyang kita untuk kaedah penyimpanan makanan (food preservation). Pembuatan budu lazimnya dihasilkan oleh syarikat-syarikat perusahaan kecil swasta dan dijual di kedai runcit dalam pembungkusan botol yang dilabel. Makanan ini lebih sesuai dikatakan sebagai penyedap makanan bersama nasi putih dengan lauk pauk lain. Budu boleh dihidangkan begitu sahaja atau dicampurkan dengan bahan makanan lain seperti lada, mempelam dan air perahan limau nipis (Lihat foto diatas). Artikel malam jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai budu dan pembuatan budu untuk dijadikan bacaan dan rujukkan.

Dalam lawatan saya kebeberapa perusahaan budu di Kelantan, terdapat persamaan cara asas memproses budu. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat budu adalah seperti ikan bilis, Garam kasar secukupnya, Asam Jawa (isi sahaja), Nisæ, Gula melaka atau manis lain. Mulanya ikan bilis dibersihkan dan kemudian ditoskan. Seterusnya kita bahagikan garam kepada 5 bahagian sebelum ia ditaburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas untuk memerap budu). Kebanyakan pengusaha atau seeloknya di pakai bekas tembikar atau bekas porselin yang bersih dan tahan. Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Kemudian ia dibahagikan kepada 4 bahagian. Proses seterusnya adalah memasukkan nisæ atau gula melaka dan gaul rata. Langkah berikutnya adalah ditaburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi. Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula. Buat hingga habis semua bahan tersebut. Pastikan ia dibuat berlapis-lapis sehingga akhirnya adalah lapisan garam. Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh). Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas. Sebelum ditutup botol tersebut taburkan garam terlebih dahulu (bagi tujuan mengelakkan lalat bertelur). Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat. Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur. Jangan dedah bekas budu tadi kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat. Sesekali jenguk lah hasilnya. Tetapi jangan di kacau. Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa. Simpan budu ini didalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.

Budu merupakan makanan yang mempunyai vitamin B yang paling banyak seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Ia juga merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria jenis Klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin . Vitamin B12 ini hanya ada pada budu dan tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain daripada laporan saintifik. Fungsi vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah dimana kekurangan boleh menyebabkan penyakit anemia perisiosa (pucat) atau sakit perut dan berat badan menurun. Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan juga magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat seperti antioksidan yang baik untuk kesihatan. Mungkin orang pantai timur yang banyak makan budu adalah jenis orang yang sihat dan bijak. Saya ada menulis mengenai kehebatan budu dalam artikel sebelum ini (Sila anda klik disini). Budu memang makanan tradisional yang popular dan berkhasiat. Wallahualam!...


NAMANYA BUDU... PENYEDAP MAKANAN...
ASAL BILIS GARAM... IANYA DIPERAM...
SIAP DIPROSES ... SELEPAS SEBULAN ...
DALAM BOTOL ... ADA MERATA JUALAN

By,
M Anem
Senior Agrologist,
Room 215, Hotel Perdana,
Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia.
(27 Syawal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...