KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 8, 2017

KELADI - CARA MENANAM YANG BETUL

MENANAM KELADI (Colocasia esculentum) merupakan satu aktiviti agronomi yang perlukan ilmu pengetahuan asas dan praktik yang betul. Kini ramai dikalangan petani yang menanam keladi berdasarkan kepada pengalaman lalu dan belajar daripada rakan taulan lain yang menanam keladi. Terdapat beberapa jenis keladi yang telah popular untuk di tanam dinegara kita seperti Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Minyak, Keladi Sarawak dan beberapa lagi. Keladi Cina pada penelitian penulis blog merupakan sejenis keladi yang paling disukai petani untuk menanamnya kerana ia mendapat harga lumayan bagi keladi yang berkualiti (Sila lihat foto diatas). Penanaman keladi perlukan anakbenih berkualiti, baja, racun kawalan perosak dan juga kawasan tanah yang subur dan sangat baik sistem salirannya untuk mendapat  hasil lumayan. Penggunaan amalan teknologi yang sering dimaksudkan pada beberapa tanaman atau komoditi agar ia mampu menghasilkan keladi berkualiti agar mendapat harga yang baik dan ianya akan menguntungkan. Pembenihan keladi lazimnya daripada sulur anakbenih keladi. Pada kebiasaanya penanaman keladi adalah bersifat kecil-kecilan disekeliling rumah tetapi kini telah ramai petani yang menanam secara meluas dan monokrop untuk pasaran domestik dan sedikit diekaport ke Singapura. Artikel malam Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai penanaman keladi sebagai satu bahan rujukkan semua.


Penanaman keladi memerlukan kawasan tanah sesuai yang subur dan mempunyai sistem saliran baik. Tanah gambut dan tanah lom berpasir sesuai ditanam dengan keladi untuk pembentukkan umbisinya. Tanah tersebut dibajak dahulu dan dibuat batas jika perlu. Anakbenih perlu disediakan awal yang diperolehi daripada pokok induk sediada yang berkualiti atau boleh membelinya daripada pembekal yang berwibawa. Amalan yang biasa dimana petani akan menyimpan benih untuk dipakai pada musim penanaman yang berikutnya. Pada penulis blog, penanaman keladi (Di Indonesia dipanggil sebagai 'Talas') sangat mudah dilakukan dimana ia hanya memerlukan ketekunan dan tahap keterampilan sederhana. Pertama disediakan anakbenih keladi yang berasal dari tunas atau dari sulur umbi. Bila benih ini diambil dari tunas sebaiknya tunas itu diambil dari pokok keladi yang telah berumur 5-7 bulan iaitu tunas kedua dan dan ketiga. Bila benih diambil daripada umbi maka sebaiknya ia dipilih pada tahap umbi yang hampit dengan waktu untuk tumbuh. Ia kemudian perlu dipotong atau dihiris dan tinggalkan satu mata bakal tunas. Umbi yang diiris dibiarkan kena angin dulu dan semasa dialuh ketapak semaian pastikan medianya telah dicampur dengan bahan abu. Apabila benih ini telah mempunyai daun 2-3 helai sebaiknya anakbenih umbi ini telah sedia untuk ditanam pada ladang. Pastikan benih yang hendak ditanam adalah subur, tidak berpenyakit dan dari varieti yang terpilih sahaja.


Penanaman keladi diladang komersil dengan jarak tanam 75cm x 45 cm bergantung kepada jenis tanah dan varieti keladi. Tanaman Keladi biasanya ditanam dalam dua baris dengan jarak 1.2 meter antara barsan dan jarak 45 cm di dalam baris (Sila lihat foto penulis disebelah). Benih sihat berusia 5 -7 bulan iaitu tunas kedua dan dan ketiga sesuai untuk digunakan. Kalau benih dari umbi sebaiknya ia telah mempunyai sekitar 2-3 helai daun dimana untuk kepadatan tinggi ia ditanam lebih rapat lagi. Bagaimana pun lazimnya jarak tanaman 75cm x 75 cm dengan ditanam pada kedalamam 30 cm adalah disyorkan. Di dalam penyediaan tanah sebaiknya tahnya telah jadi gembur. Tanah yang kurang subur perlu diberikan baja organik mencukupi dan sistem saliran yang sempurna. Ini kerana tanaman keladi tidak tahan dengan air yang tergenang dalam kebun (water lodging). Pokok keladi ditanam dalam dua barisan dengan jarah baris selebar 1.2 m dan keadaan panjang baris mengikut kesesuaian fizikal tanah. Dalam beberapa tinjauan penulis d Johor dan Melaka mendapati jarak tanaman yang biasa dilakukan sekitar 45 cm x 70cm x 70cm atau sistem tanaman 50cm x 70 cm atau kaedah kombinasi yang lain. Pokok keladi yang ditanam dikawasan basah dan berair menyebabkan tidak mendapat hasil tinggi, tanah wajib gembur dan lepas. Tanah yang subur dan bergambut sangat sesuai untuk penanaman keladi tetapi perlu diberi 1 tan/ha kapur apabila pH nya di bawah 5.0. Tanah yang masam akan mengurangkan hasil tuaian keladi.


Pembajaan Keladi biasanya dibuat dengan baja organik dan juga perlukan baja NPK campuran. Jumlah pupuk yang diberbagi tak tidak sedikit, lumayan 2 sendok saja (untuk pupuk buatan) dan dua genggaman untuk pupuk kandang untuk satu tanaman. Seusai di pupuk, di atasnya kemudian ditambahkan tanah yang dicampur dengan jerami. Jarak tanam talas adalah 75 x 75 cm dan dalam 30 cm alias 70 x 70 cm alias 50 x 70 cm. Keragaman jarak tanam ini biasanya disesuaikan dengan kondisi tanah dan kondisi musim. Penanaman di lahan sawah cenderung memakai jarak tanam yang lebih rapat dari musim hujan. Faktor ini dikarenakan pada musim panas penyinaran cahaya matahari bisa berjalan sepanjang hari jadi dengan jarak tanam yang rapat pun kelembaban udara di kurang lebih tanaman tetap optimum. Apabila pada musim hujan dipakai jarak tanam yang rapat maka tanaman bakal tak lebih menyerap sinar matahari dan kelembaban di kurang lebih tanaman menjadi tinggi. Faktor ini bakal menambah risiko serangan penyakit. Penanaman pokok keladi ini sebaiknya diperbuat pada awal musim hujan atau apabila curahan hujan merata sepanjang tahun. Penanaman benih keladi dengan meletakkan benih pada kedudukan tegak lurus di tengah-tengah celah lubang penanaman dan kemudian ditimbus sedikit dengan tanah supaya ianya boleh berdiri tegak. Kerja menimbus tanah ini kira-kira 7 cm dimana sebaiknya ia di tanam tidak seluruh benihnya tertutup oleh tanah.


Kawalan rumpai biasanya dilakukan pada umur 1 bulan selepas ianya ditanam. Kawalan rumpai dilakukan kerana ianya akan menjadi saingan kepada tanaman keladi daripada pertingkat awal penanaman. Ia menjadi saingan untuk sumber makanan seperti baja dan air, ruang serta menjadi perumah kepada beberapa patogen perosak. Bagi tujuan untuk dapatkan umbisi keladi yang lebih besar sebaiknya dilakukan kerja menimbun tanah pada perdu pokok keladi ini.  Ia dilakukan dengan cara menutup pangkal batang dan juga bahagian akar atas supaya tanaman lebih kukuh dan tahan oleh tiupan angin. Peimbunan tanah ini selalunya akan dilakukan semasa kerja mengawal rumpai dilakukan. Aktiviti pembajaan keladi dilakukan semasa kerja penyediaan tanah dimana baja jenis organik sebanyak 1 mt sehektar sesuai diberikan. Pembajaan dengan baja kimia kali pertama boleh diberikan 1 bulan selepas menanam dengan memberi baja iaitu 100 kg urea dan 50 kg TSP per hektar. Pembajaan kali kedua dan ketiga perlu dilakukan semasa umur tanaman 3 bulan dan umur 5 bulan masing-masing dengan baja urea sekadar 100 kg per hektar.   Tanaman keladi perlukan kawasan tanah yang lambap dan banyak air untuk pertumbuhan yang baik. Pada musim kemarau yang panjang menyebabkan tanaman keladi bakal susah tumbuh dan menyebabkan lambat membesar serta umbisi yang kecil dihasilkan. Musim menanam yang tepat untuk tanaman keladi sebaiknya ialah menjelang musim hujan dimana musim menuai bergantung jenis keladi atau kultivar yang di tanam.


Daripada pengalaman penulis blog, aktiviti menuai keladi perlu dilakukan mengikut kesesuaian jangkamasa penanaman, umur tanaman, harga pasaran baik dan cuaca sesuai. Apabila tanaman keladi berumur 6-9 bulan ada beberapa jenis keladi yang boleh dituai tetapi kebanyakan keladi sesuai untuk dituai sekitar 1 tahun selepas menanam. Bagi kultivar yang 4-5 bulan telah boleh dituai lazimnya adalah beberapa jenis yang digunakan untuk jadi sayuran dengan saiz keladinya masih kecil lagi. Daripada tinjauan penulis di Indonesia sekitar Bandung dan Bogor baru-baru ini mendalati keladi atau talas genjah seuai dituai pada umur tanaman 5 bulan sama seperti jenis keladi Kawara dan keladi Talam. Misalkan di kota Bogor ada jenis keladi atau talas iaitu Keladi Bentul yang sesuai dituai pada umur 8-10 bulan dengan umbi yang relatif lebih besar dan berwarna lebih muda dan kekuning-kunigan. Bagi jenis keladi Sutera pula dituai umur 5-6 bulan dimana pada masa ini isi umbinya berwarna kecoklat-coklatan yang boleh manjadi saiz sedang hingga saiz besar. Penuaian keladi dilakukan dengan mudah iaitu mencabutnya dengan tangan dan kemudian memuang bahagian daunnya dan membersihkan dari kekotoran tanah.  Bahagian atas di potong sepanjang 20-30 cm dari pangkal umbi dan akarnya dibuang dan umbinya di bersihkan dari tanah yang melekat dan ia sedia untuk dipasarkan. Semuga artikel menganai tanaman keladi ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini, Wasallam!!!...
Hobbit home, Lempong Farmland, Bandung.

Local worior in action....

TANAM KELADI... TALAS PUN SAMA...
BENIH DIPILIH... LUBANG DISEDIA...
DIKAWAL RUMPAI...DIBERI BAJA....
CUKUP UMUR... DITUAI SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lempong Farmland, 
Bandung, Indonesia.
(15 Jamadilakhir 1438H).
Melancong bersama famili 2017.)
Posted from:
Chalet Q2, Peladang Inn,
Kg Tekek, Tioman, Pahang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...