KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 15, 2017

PAU CENDAWAN - HEBATNYA!

PAU CENDAWAN kini menjadi viral dalam alam maya atas sebab keunikannya, keenakannya dan kehebatannya rupa yang tersendiri (Sila lihat foto diatas). Selain daripada rupa bentuknya yang sama dengan bentuk cendawan, pau cendawan juga dikatakan mampu menarik minat ramai kerana rasanya dan harganya. Kali pertama penulis melihat dan membeli kemudian merasa pau cendawan ini sudah tertarik dan terus membelinya di Putrajaya. Pencipta asal paun ini dan pembuat pau cendawan ini memang kreatif dan hebat kerana mampu menghasilkan produk yang merupakan sejenis makanan kesihatan yang kini telah dikomersilkan. Penulis kemudian mendapati membuat pau cendawan adalah mudah dan memerlukan kemahiran asas untuk membuat kuih yang hebat ini. Kemudian kalau anda google di laman sesawang banyak maklumat yang boleh didapati mengenai pau cendawan ini terutama pau jenis ini yang dijual di Putrajaya sehingga ada yang datang kelokasi tersebut semata-mata untuk mendapatikan pau tersebut dan beli untuk menikmatinya. Pada penulis produk seperti ini perlu diketengahkan sehingga kepada pau cendawan segar atau fresh dan juga dalam bentuk sejuk beku. Semua golongan daripada kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan orang tua dirasakan menggemari makanan ini kerana ia lembut, enak dan mengenyangkan. Artikel subuh Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pau cendawan yang menjadi viran baru-baru ini di negara kita.


Terdapat kaedah asas untuk membuat kuih pau tetapi ianya memerlukan bahan mentah sesuai, kemudahan peralatan dan paling penting adalah imlu pengetahuan selain daripada pengalaman. Kuih Pau selalunya ada dijual di tepi jalan, digerai makan, pasar malam, pasar tani, pasar basah, restoren, hotel dan sebagainya. Kini telah terdapat banyak jenis produk pau sejuk beku di jual termasuk pasaraya. Pau Maharani di Muar merupakan antara jenama kuih pau yang begitu lama dijual di Johor khususnya di daerah Muar (kini dalam kawasan Daerah Ledang) yang mempunyai penggemar tempatan oleh kerana keuniknya ada sebiji telur burung puyoh didalamnya. Apa pun kini pau cendawan telah menjadi viral kerana ianya adalah produk bau yang menggamit ramai orang termasuk generasi muda. Dahulu kuih pau hanya digemari oleh orang-orang lama sahaja tetapi kini pau cendawan mengubah identiti kuih pau ini ketahap yang lebih tinggi. Pada penulis blog mendapati memang sedap rasa pau cendawan yang dijual di Putrajaya ini. Kepada mereka yang belum tahu akan jenis pau cendawan ini sebenarnya merupajan sejenis pau yang di kukus lembut dengan topping beserta inti yang sedap dengan rasa 'sup cendawan' dan 'isi ayam'. Kepada mereka yang suka akan makanan pau cendawan ini memang suka membelinya atau membuatnya sendiri dirumah.


Pau Cendawan dibuat menggunakan bahan yang mudah didapati disekeliling kita sama ada dibeli dipasar tani, pasar basah atau pasaraya. Bahan-bahan yang perlu disediakan bagi membuat resepi Pau Cendawan Putrajaya Yang dikatakan sedap dan simple ini terdiri daripada 2 biji bawang holand, 2 cubit lada hitam dalam bentuk serbuk, 1/2 tin sup cendawan (tin kecil), 3 keping keju cheesedale, 1biji carrot yang diparut, 1 sudu kecil serbuk ayam tumix, 1 tin cendawan butang (atau lain-lain jenis cendawan yang sesuai), Isi ayam potong kecil, 3 sudu butter untuk tumis dan 3 biji kentang yang perlu di parut. Bahan-bahan ini perlu disediakan dengan jumlah mencukupi untuk dijadikan pau cendawan yang cantik dan enak. Bagi tujuan menyediakan Doh Pau Cendawan Putrajaya bahan yang diperlukan adalah seperti 300grm tepung pau, sedikit garam gaulkan, 1 sudu besar shortening, setengah paket yis jenis mauripan, 2 sudu besar gula dan juga 2 sudu besar susu. Apa yang penting untuk hiasan adalah bancuhan coklat Pau Cendawan Putrajaya. Bahan diperlukan adalah terdiri daripada 2 sudu serbuk coklat dan 2 sudu tepung beras. Pastikan ada perkakasan dan peralatan yang perlu digunakan seperti bekas menguli tepong, dapur masak dan sebagainya.


Langkah-langkah mudah bagi membuat Pau Cendawan Putrajaya yang sedap dan mudah ini perlu dilakukan mengikut aturan. Pertama dilakukan dengan menumis bawang sampai layu dan kemudian ia dimasukkan ayam yang telah dipotong-potong dan tunggu separuh masak. Lepas itu dimasukkan kentang dan carrot dan tunggu sehingga ianya jadi lembut. Apabila bahan ini sudah lembut maka dimasukkan ramuan serbuk sup cendawan tadi dan perlu tunggu sampai pekat sikit kemuidan perlu dimmasukkan keju tadi. Setelah itu perlu ditaburkan lada hitam, serbuk tumix, gula and sedikit garam (Sila lihat foto disebelah). Disamping itu bagi membuat doh ambil 2 sudu besar susu pekat, 2 sudu besar gula kacau dalam setengah gelas air suam. Lepas tu masukkan serbuk yis dan tunggu selama 15 minit. Kemudian masukkan dalam tepung uli sekejap kemudian di tambah bahan shortening. Kerja yang penting adalah menguli tepung sampai lembut dan ia kemudian disejukan sekejap dalam 20 minit. Kemuidan disimpan untuk rehat dan apabila doh sudah kembang maka perlu ditumbuk-tumbuk sikit doh dan uli lagi sekejap. Bila doh dah lembut bahagikan doh kepada 10 bahagian dalam bentuk bulat. Perlu diingat untuk mengambil sikit doh dan ia disimpan untuk buat batang cendawan.


Proses seterusnya adalan mengambil doh yang disimpan tadi dan buka tengahnya untuk diisi dengan bahan inti. Pastikan kuantiti inti yang dimasukkan sesuai isipadunya dengan saiz doh tersebut. Tutup semula doh tersebut sehingga kesemua intinya tertutup rapat ditengah-tengahnya. Elakkan daripada ada kebocoran inti pada pau cendawan ini. Kumpulkan semua doh yang siap diisi inti didalam bekas. Jangan lupa untuk mengambil sdunan tepong untuk dijadikan 'tangkai cendawan' dengan cara menggulung tepong trsebut dan dilekatkan dibahagian sesuai pada adunan doh tersebut. Kemudian doh tersebut perlu disapukan di bahagian atas dengan coklat cair tadi dgn menggunakan berus yang sesuai. Masukkan semuanya dalam bekas untuk dimasukkan kedalam pengukus yang telah mendidih airnya. Biasanya jangkamasa selama 40 minit dengan api sedang cukup masak tetapi jika dimasak dengan api besar hanya perlukan masa selama 10minit sahaja. Kemudian pau cendawan ini boleh diangkat keluar dari penukus dan sedia untuk dihidangkan atau dijual. Sebaiknya dikukus batang pau yg telah digentel sekali. Bila dah masak buat lubang belakang pau dimana selepas itu celupkan batang pau dengan coklat cair dan baru masukkan batang cendawan dalam lubang bahagian bawah pau tu. Kemudian kukus lagi 5 minit dimana Pau Cendawan Putrajaya siap untuk di makan. Semuga tulisan dalam anim agro technology kali ini memberi info berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!..
PAU CENDAWAN... PRODUK BARU...
BAHAN ASAS... CENDAWANLAH ITU...
MUDAH DISEDIAKAN... ASALKAN TAHU..
ARTIKEL DITULIS... ADA TERASA BAU...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,

Pasar Tani Mega,
Precint 4, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(12 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...