KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 30, 2017

PRODUK MAKANAN ORGANIK - APA DIA?

Pada masa ini masyarakat mulai banyak yang menyedari betapa pentingnya kesihatan sehingga mulai berfikir tentang kepentingan MAKANAN ORGANIK. Makanan organik atau 'Organic Foods' adalah makanan yang disediakan melalui proses dan teknologi organik yang mana ia mengamalkan proses yang semulajadi. Teknologi tanaman organik dimana tidak digunakan bahan kimia atau bahan sintetik untuk racun dan baja malahan ia menggunakan bahan dari organik. Ia juga dikaitkan dengan rekayasa genetik GMO, tanpa guna hormon tumbuhan, tanpa antibiotik, tanpa bahan vaksin dan sebagainya. Pada asasnya makanan organik adalah jenis makanan yang dihasilkan secara semulajadi iaitu bagaimana ia telah dilakukan oleh nenek moyang kita ratusan tahun lalu. Namun makanan organik yang dihasilkan dengan cara ini tidaklah mudah seperti kaedah konvesional sedia ada malahan ia menyebabkan jumlah hasil pengeluaran yang terbatas dan harganya selalu jauh lebih mahal. Pada orang awam mereka masih perlukan pendedahan sebanrnya apa yang dimaksudkan dengan makanan organik. Ini kerana ada dakwaan dan disahkan bahawa makanan organik lebih baik dan sihat daripada makanan konvensional atau non-organik. Dalam imu sains pertanian memang ada dinyatakan bahawa penggunaan baja kimia pada kebanyakan tanaman yang menghasilkan makanan secara konvensional adalah untuk mempercepat pertumbuhan tanaman. Bagaimana pun ia berbeza dengan penanaman organik yang mana ia hanya menggunakan baja semulajadi seperti baja haiwan atau baja kompos. Tanaman makanan pada umumnya disembur dengan bahan kimia seperti racun sintetis tetapi makanan organik menggunakan kaedah semulajadi untuk mengatasi masalah serangan perosak dan serangga. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai apakah dia produk makanan organik dan perkara asas untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Produk makanan secara konvensional memang lazimnya akan menggunakan semburan racun kimia untuk mengatasi masalah rumpai, serangan serangga dan penyakit bagi menghasilan hasilan tinggi dan berkualiti (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun produk makanan organik hanya menggunakan amalan organik seperti menanam tanaman lain alternatif, membaiki struktur tanah, kawalan rumpai, penggiliran tanaman dan sebagainya utuk mengawal rumpai dan perumah perosak tanaman. Dalam pada itu untuk sektor ternakanlazimnya mereka akan menggunakan antibiotik, hormon pertumbuhan serta bahan ubatan kimia untuk mencegah penyakit dan mebghasikan kadar tumbesaran ternakan. Sietem ternakan secara organik hanya menggunakan bahan makanan organik dan hanya menggunakan langkah-langkah pencegahan organik untuk membantu meminimakan serangan penyakit. Manfaat daripada makanan organik bagi tujuan kesihatan memang diperolehi daripada sisem pengeluaran makan yang organik. Makanan seperti sayur cili besar yang nampak cantik berkilat mungkin bukan organik disyakki menggunakan bahan kimia racun berlebihan sehingga tiada perosak atau penyakit yang menyerangnya. Penggunaan racun kimia ini adalah bahan kimia seperti bahan Racun Kulat (fungicide), Racun Rumput (herbicide) atau Racun Serangga (Insecticide). Bahan kimia ini banyak digunakan dalam pertanian konvensional dimana selalu akan ada sisabaki racun atau residu yang masih ujud melekat pada makanan yang kita makan. 


Sisa racun kimia selalunya masih tidak boleh dihilangkan dengan proses mencuci yang biasa dilakukan disebabkan ia selalunya akan diserap oleh akar dan mendap didalam tumbuhan seperti sayuran dan buah-buahan. Bagaimana dengan membasuh sayuran dijangka menghilangkan sisabaki racun yang berada diluar (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana selalunya kadar sisabaki racun kimia ini merupakan neurotoksin yang meracuni bahagian saraf manusia. Jika produk makanan yang dimakan bebas dari bahan kimia maka pilihan terbaik adalah bahan makanan organik dimana ia pasti lebih sihat untuk jangka panjang. Setelah sedar akan kepentingan makanan organik maka pertanyaan yang selanjutnya adalah dimanakah kita hendak membelinya?. Adakah harga bahan organik ini lebih mahal?. Apakan ada rasa berbeza diantara produk makanan organik dengan yang bukan organik?. Bagaimana kalau anda sendiri hendak menanam secara organik makanan ini disekeliling rumah?. Apakah ujud teknologi dan skim persijilan mengenai produk makanan organik?. banyak persoalan ini akan terjawab apabila kita mepunyai kesedaran asas produk makanan organik.


Dalam kebanyakkan kes lazimnya makanan sumber protein semulajadi adalah lebih segar dan mampu bertahan lama. Makanan organik biasanya lebih segar dan lebih lazat semasa dimakan berbanding dengan produk makanan konvensional. Makanan organik yang ditanam sendiri dikeliling rumah juga boleh dimakan sendiri atau dijual kepada jiran (Sila lihat foto disebelah). Produk makanan organik lazimnya boleh tahan lebih lama sekaligus meminimakan penggunaan bahan pengawet. Ia didakwa lebih berkhasiat selain daripada rasanya yang lebih lazat. Laporan makmal menyatakan makanan organik juga lebih tinggi jumlah nilai nutrisinya. Satu kajian yang dilaporkan oleh organic.org menunjukkan bahwa buah-buahan dan sayuran organik mengandung 27.0% lebih banyak vitamin C, 21.1% lebih banyak zat besi, 29.3% lebih banyak magnesium, 13.6% lebih banyak fosforus dan 18% lebih banyak polyphenol. Para penyelidik juga telah menjumpai dimana kandungan bahan Asid Salisilata memang lebih banyak sekitar nilaian 600% didalam sup organik. Selain itu sup lobak merah yang organik mengandung 1,040 nanogram bahan salisilat jika ianya dibandingkan dengan sup lobak merah non-organik yang hanya mengandungi 20 nanogram sahaja. 


Dalam kajian selanjutnya didapati dimana daging organik hanya sedikit kandungan lemak tepu dimana tetapi ia didakwa mengandungi bahan banyak lemak sihat. Lazimnya ternakan yang tidak diberikan dengan antibiotik haiwan akan menjadi daging organik dimana ia tidak diberikan antibiotik, hormon tumbesaran atau makanan buatan dari bahan sampingan atau bahan buangan yang tidak elok. Penggunaan antibiotik dalam pengeluaran haiwan ternakan pedaging akan menghasilkan strain bakteria baru yang resistant terhadap antibiotik. Perkara ini juga bermakna bahawa semasa seseorang jatuh sakit disebabkan oleh strain bakteria ini maka ia akan kurang tindakbalas atau respon terhadap perubatan antibiotik. Banyak kajian tentang ilmu genetik untuk tanaman makanan termasuk penggunaan GMO yang kini sudah menjadi isu yang biasa untuk ianya diguna dalam meningkatkan pengeluaran hasil makanan. Penyelidikan juga dilakukan pada haiwan tikus di makmal yang mana tikus ini diberi jagung GMO telah menjadikan berlaku kesan barah diotak tikus dimana ia akhirnya mati. Makanan organik adalah satu-satunya makanan yang bebas dari hasil kacukan persilangan (cross breeding). Pertanian organik lebih mesra alam dan sesuai untuk dilakukan dimana sahaja. Pertanian organik terbukti mengurangkan kesan pencemaran udara, air dan tanah, menjimatkan penggunaan air, mengurangkan kesan hakisan, meningkatkan kesuburan tanah dan menggunakan sedikit tenagakerja. Selain itu penulis blog setuju dengan pendapat iaitu pertanian organik lebih baik bagi menjaga ekosistem disekitarnya. Pertanian tanpa bahan kimia ini juga lebih baik bagi para petani yang menghasilkan tanaman makanan. Makanan yang banyak mengandungi Vitamin K sebagai produk organik dari pengeluar bersijil organik seperti My Organic yang disahkan oleh Jabatan Pertanian akan lebih dipercayai pengguna berbanding dengan yang tiada sijil tersebut. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!..

PRODUK ORGANIK... ITU BENDA APA...
HANYA PERNAH ... DENGAR SAHAJA...
MAKANAN ORGANIK ..SIHAT JADINYA...
BACA ARTIKEL..TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Organik Komersil,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...