KLIK SAYA SOKONG BLOG

Wednesday, April 5, 2017

KEPAH

KEPAH (Polymesoda erosa) atau ada yang memanggilnya sebagai Siput Gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan kadang-kadang ada masa banyak dijual di pasar terutama pasar tani. Kepah juga ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis dimana dalam kamus menyatakan Kepah bermakna 'a type of mussel , flat , edible'. Di Malaysia kepah dilaporkan agak banyak didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga kawasan pantai Satun Thailand. Kepah sebenarnya adalah sejenis haiwan dibawah Filum Moluska dan ianya dikelaskan sebagai Bivalvia. Merujuk kepada saintis yang bernama Morton (1976) menyebutkan bahwa kerang kepah terdapat 3 jenis iaitu Polymesoda erosa, Polymesoda ekspansa dan Polymesoda bengalensis. Ketiga jenis spesies ini banyak dijumpai didaerah Indo-Pasifik. Kepah secara umum disebut Geloina erosa dan mempunyai nama taxon Polymesoda erosa. Secara morfologi boleh dikatakan bahawa kepah mempunyai bentuk cengkerang seperti piring atau cawan yang terdiri dari dua kutub yang bilateral simetri. Ia juga pipih pada bahagian tepinya dan cembung pada bahagian tengahnya. Bentuk cengkerang yang equivalve atau berbentuk segitiga yang membulat, tebal, flexure jelas mulai dari umbo sampai dengan tepi posterior (Sila lihat foto diatas). Terdapat dua katub dihubungkan oleh otot ligamen dengan bantuan otot aduktor berfungsi untuk membuka atau menutup cengkerang kepah. Secara morfologinya penulis dapati cengkerang berfungsi untuk melindungi organ tubuh dibahagian dalam yang lembut dari serangan pemangsa dan faktor persekitaran yang lain. Fungsi lainnya adalah untuk mengatur pengaliran air secara tetap melalui insang untuk pertukaran udara dan pengumpulan makanan. Kepah juga termasuk salah satu jenis kerang yang hidup di dalam lumpur dukawasan paya bakau air payau dan di sungai-sungai yang besar. Lazimnya kepah hidup pada keadaan tanah yang berlumpur dimana ia mengandung 80 - 90% pasir kasar yang berdiameter lebih dari 40 micrometer. Tanah  bersifat asidik dengan pH di antara 5.35 - 6.40 serta bergaram (Morton, 1976). Kepah umumnya membiak dengan kaedah tersendiri dimana ada waktuu tertentu dalam setahun. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya mebulus mengenai Kepah dari segi pengenalan, berita semasa serta resepi mengenai kepah untuk bacaan anda.

Dalam sebuah laporan akhbar tempatan yang bertajuk 'Operasi menternak kepah dan kultur mutiara' menjadi perintis kepada projek mutiara air tawar di Tasik Kenyiroleh syarikat AkUATROP yang mengharapkan kejayaan projek tersebut dicapai bersama para peserta. Kaedah ternakan mengambil contoh pengkulturan mutiara di China yang mana ia dijalankan di sebuah tasik (Sila lihat foto disebelah). Penubuhan pusat kecemerlangan tersebut dijangka akan dapat berkongsi teknik dan pengetahuan dalam bidang itu bagi memastikan industri ternakan kepah terus berkembang pesat di Malaysia seterusnya di seluruh dunia pada masa depan. Secara khususnya projek berkenaan adalah untuk memberikan kemahiran kepada penduduk Terengganu untuk terlibat dalam bidang ternakan kepah mutiara air tawar. Ia juga akan membimbing tentang teknik penghasilan mutiara secara komersial dan menggalakkan penduduk Terengganu untuk bekerja sendiri daripada menganggur atau untuk menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Sebenarnya Tasik Kenyir yang berkeluasan 260 km persegi mempunyai 340 buah pulau kecil terletak di Terengganu merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Projek ini ujudkan habitat hidupan spesies liar dan eksotik dimana Tasik Kenyir berpotensi dimajukan sebagai kawasan ternakan kepah contohnya di Kuala Sungai Kiang, Sungai Mandak dan Pangkalan Gawi. Universiti Malaysia Terengganu sebagai sebuah universiti yang terunggul dalam bidang akuakultur berupaya menerajui penyelidikan teknologi penghasilan mutiara di Malaysia. Penyelidikan kepah mutiara air tawar masih belum diterokai di Malaysia. Kajian yang bakal dijalankan ini adalah yang pertama dimana ia akan membangunkan sosio-ekonomi penduduk setempat, melipatgandakan pendapatan penduduk setempat, menghasilkan teknik pengkulturan tiram mutiara air tawar bagi tujuan komersial dan membantu KETENGAH dan kerajaan negeri meningkatkan tahap ekopelancongan setempat. Kesan ke atas penduduk dari projek yang akan dijalankan ini akan memberi impak yang besar kepada penduduk setempat seperti akan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat, meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat, meningkatkan sosio-ekonomi negeri dan juga memajukan industri pelancongan yang menjadi salah satu sumber utama ekonomi negeri.

Seterusnya akhbar menyatakan apa yang dikatakan dengan 'Operasi Pengimpalan' yang melibatkan aktiviti Pengimpalan mantel, Pengimpalan nuclei dan Operasi pengkulturan dalam kolam bersepadu (kepah diternak bersama ikan tilapia). Kini kaedah kolam bersepadu ini adalah satu ternakan polikultur, di mana kepah mutiara akan diternak bersama dengan ikan. Sistem berkenaan telah dipraktikan di Taiwan kerana mendatangkan pulangan menguntungkan. Bahan kumuhan ikan akan dikitar semula oleh kepah yang bersifat penapis dan dalam masa yang sama untuk menyuburkan plankton di dalam air sebagai makanan kepada kepah. Kelebihan dari aspek ekonomi pada kaedah ini, memberi pulangan sampingan dalam ternakan ikan sementara menunggu pungutan hasil mutiara. Kolam terkawal (kepah import untuk penyelidikan dan penelitian). Kaedah kolam terkawal ini bertujuan untuk menternak kepah mutiara dari negara luar yang diimport dari Thailand atau Indonesia dalam kadar yang sedikit sebagai kajian untuk pemantauan pembentukan mutiara yang berkualiti dan tempoh masa penghasilan mutiara. Kaedah tersebut telah pun berjaya dipraktik di Indonesia yang mana spesies yang berasal dari Taiwan kemudiannya diternak di dalam kolam secara terkawal. Pengawalan dan pemantauan kolam terkawal akan diperketatkan. Fasa ternakan kepah mutiara air tawar melibatkan 5 fasa yang dikenalpasti. Fasa pengurusan ternakan yang pertama iaitu Fasa 1 adalah Pengumpulan kepah dimana pada peringkat awal projek, sepanjang bulan September - Disember, kepah yang terdapat di Tasik Kenyir dikumpulkan di dalam kolam. Fasa ke 2 adalah proses pemilihan kepah matang dimana pada peringkat ini dan seterusnya adalah memilih kepah yang matang dan sesuai untuk operasi pengimpalan nuclei. Ini penting dalam penghasilan mutiara yang berkualiti. Fasa ke 3 adalah operasi Pengimpalan nuclei dimana kepah yang telah dipilih akan diasingkan dari kolam stok dan akan dipindahkan ke dalam tangki simen. Ia dibiarkan dua hingga tiga hari sebelum operasi pengimpalan dijalankan. Peralatan khas untuk pengimpalan akan digunakan untuk memindahkan nuclei ke dalam kepah. Fasa ke 4 adalah menternak kepah di dalam kolam dimana kepah yang telah siap di masukkan nuclei akan dibiarkan dua hingga tiga hari sebelum dipindahkan ke dalam kolam untuk diternak. kepah yang memuntahkan semula nuclei akan diasingkan dan diletakkan semula ke dalam kolam stok. Kepah yang telah sedia diletakkan ke dalam kolam ternakan hingga tempoh penuaian mutiara. Pemantauan kualiti air dan kecukupan plankton di pantau setiap bulan terutamanya kolam bersepadu. Akhirnya Fasa Ke 5 adalah pemungutan hasil dimana fasa terakhir adalah pemungutan hasil mutiara setelah tempoh matang dua hingga tiga tahun.

Penulis memetik akhbar lain dimana aktiviti mengutip kepah mendarat di pantai menjadi aktiviti penting. Ia juga menunjukan foto dimana seorang wanita wanita menunjukkan kepah yang dikutip di persisiran Pantai Klebang, Melaka (Sila lihat foto disebelah)Fenomena ribuan kepah naik ke darat di sepanjang pantai Klebang, Melaka yang berhampiran dengan Dataran 1Malaysia menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengutip makanan laut itu untuk di bawa pulang. Fenomena itu selepas berita mengenainya tersebar dan pantai berkenaan terus menjadi tumpuan ramai termasuk pelancong yang mahu merasai pengalaman untuk mengutip makanan laut berkenaan iaitu kepah. Ada juga dikalangan penduduk menggunakan kesempatan itu untuk menambah pendapatan dengan menjual kepah dikutip kepada pengunjung pantai berkenaan. Seorang pengawal keselamatan yang ditemubual Encik Azni berumur 33 tahun diman ia tinggal berhampiran kawasan berkenaan berkata dimana dia mencari kepah ketika air surut dan hasilnya dijual pada harga RM9 satu kilogram (kg). Rugi jika tidak gunakan peluang ini untuk menambah pendapatan yang tidak menentu masanya dimana selain segar, saiz kepah dikutip juga agak besar sekali gus membantu melariskan jualan. Bagi pengunjung dari Tangkak, Johor yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Yong, 49, dia singgah di pantai berkenaan bersama enam rakannya untuk bersantai sebelum mendapati ramai yang sedang mengutip kepah. Mereka ada turut mengambil kesempatan untuk mengutipnya dan kurang dua jam mereka berjaya mengutip 15kg kepah untuk dibawa pulang dan antara jenis masakan yang popular bagi kepah adalah Kepah goreng pedas dan bberapa lagi.

Resepi masakkan Kepah Goreng Pedas amat mudah disediakan. Mereka yang memang suka makanan laut kerang-kerangan ini pastinya akan masak kepah mengikut selera masing-masing. Lazimnya bagi penggemar makanan laut maka kepah pasti terlintas di fikiran untuk dijadikan sajian untuk makan tengahari dengan nasi putih. Sebenarnya kepah boleh dimasak dalam pelbagai cara sama digoreng, dimasak stim dan dikukus dan sebagainya. kali ini penulis paparkan bagaimana untuk mencuba resipi kepah goreng pedas ini. Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah 3 helai cili kering, 3 biji bawang merah, 1 biji bawang putih, 1 batang serai dan Kepah Segar. Cara menyediakan mudah iaitu dengan mengisar semua bahan di atas kecuali serai. Kemudian ditumis bahan kisar hingga bahan wangi dan garing dan kemudian dimasukkan garam, gula dan sos tiram. seterusnya dimasukkan kepah dan sesuaikan rasa dan kepekatan dimana kemudian bila masak ia sedia untuk dihidangkan. Resepi kedia adalah Kepah Masak Serai dimana ia juga mudah disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan bagi resepi ini adalah /2 - 1kg kepah segar, 1-2 cili merah atau 5 cili padi dimana jika dilebihkan kalau suka rasa pedas), 1 batang serai diketuk, 1 ulas bawang besar , 2 ulas bawang putih, 2cm belacan, sedikit halia dan sedikit lengkuas. Cara masak dengan mengisar bahan ramuan diatas dan kemudian dipanaskan minyak dan masukkan serai serta bahanyang  yang telah dikisar. Masak hingga naik bau dan kemudian dimasukkan sedikit air. Tambah bahan perasa dengan garam dan sedikit gula dan direnehkan seketika. Sebaiknya garam dan gula dimasukkan pada ketika ini supaya bila kepah direbusdim ia akan menyerap rasa itu. Kemudian dimasukkan kepah dan tutup periuk. Kepah akan mengeluarkan air sebab tu masukkan air sedikit sahaja dulu. Kepah siap masak apabila cengkerang terbuka dan boleh diangkat untuk dihidangkan. Wasallam!....
NAMA KEPAH... SEJENIS KERANG...
AMAT UNIK... IA BERCENGKERANG...
PROJEK TERNAKAN...ADA DICADANG...
MAKAN SEKALI...SELALU DIKENANG...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1608, Hotel Royal,
3, Jalan Larut, Georgetown,
Pulau Pinang, Malaysia.
(28 JamadilAwal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...