Support My Blog

Saturday, April 29, 2017

PUCUK PUTAT - SEJENIS ULAM?

POKOK PUTAT (Barringtonia spp.) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga Lecythidaceae yang tumbuh liar di negara kita Malaysia dan beberapa negara tropika yang lain. Pokok putat di negara kita sering dikaitkan dengan 'PUCUK PUTAT' yang dijadikan sebagai ulam jenis daun yang dimakan segar bersama-sama nasi, sambal belacan atau budu. Saya mula mengenali daun putat semasa pergi kesebuah restoran sewaktu makan tengahari di Bandar Hilir Melaka pada tahun 1980. Mula-mula memang tidak biasa dengan pucuk daun putat tetapi kini menjadi kegemaran untuk makan daun putat. Pembacaan dari beberapa sumber melaporkan terdapat lebih dari 40 spesis pokok putat tetapi hanya 6 spesis yang popular di Malaysia iaitu Putat Laut (Barringtonia asiatica), Putat Kampong (Barringtonia racemosa), Putat Air, Putat Darat, Putat Ayam dan Putat SungaiPokok Putat Kampong (Barringtonia racemosa) tumbuh dikawasan yang lembab atau tebing sungai di negara kita secara semulajadi. Pokok ini mampu tumbuh sehingga 20-25 meter dengan dahan merimbun dan pokok menegak. Daun putat berbentuk lonjong, panjang dan agak tebal dimana tepinya macam bergerigi kecil dan berwarna merah keunguan semasa muda bertukar kepada hijau kuat apabila matang. Pucuk putat yang muda dan lembut inilah yang dipetik untuk dijadikan ulam yang mempunyai rasa masam, kelat dan lemak. Bunga pokok putat mempunyai 4 kelopak dimana kudupnya berwarna ungu atau putih mengikut spesis. Buahnya mempunyai banyak bentuk seperti bentuk bulat, bulat bujur atau bersegi lapan dan sebagainya yang berwarna hijau terang ketika muda. Ukuran buah lingkungan 6-8 cm panjang dan 3-5 cm lebar mengandungi biji benih yang berbentuk leper. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis tumbuhan yang sering pucuknya dijadikan makanan ulam untuk bacaan umum.

Pembiakan pokok putat laut pula melalui biji buah yang gugur ditanah atau diatas air yang terapong sehingga tumbuh dikawasan baru. Bagi buah putat laut buahnya boleh terapong dalam air laut dan tahan lama sehingga bertahun-tahun. Buah putat boleh dikopek atau dipotong sebelum dihiris sebagai ulam dengan mempunyai rasa kelat dan masam. Buah putat juga digunakan sebagai ubat untuk merawat masaalah gatal-gatal pada kulit. Buah putat yang dilumatkan pula apabila ditampal pada muka mampu melicinkan kulit muka dan menjadi lembut. Pucuk putat yang dipetik muda dan dimakan sebagai ulam dipercayai dapat mmelancarkan peredaran darah dan melicinkan kulit. Daunya pula apabila direbus dan diminum dapat menyejukkan badan dan elakkan penyakit keputihan. Daun yang direbus dengan beras dan disapukan pada bekas cacar air dapat memyembuhkan dengan segera. Kulit pokok putat yang dibakar dan disedut melalui hidung juga didakwa dapat menyembuhkan masaalah resdung. Pokok putat merupakan tumbuhan semulajadi yang tumbuh ditebing sungai dan pantai di tepi laut berfungsi sebagai tumbuhan penahan hakisan. Ekosistem yang ujud dikawasan tumbuhan ini membantu untuk hidupan seperti ikan, udang, siput dan sebagainya membiak. Aktiviti memusnahkan kawasan tumbuhan putat laut akan mennjadikan tumbuhan iai akan pupus dimasa akan datang. Penanaman pokok putat yang musnah dijalankan oleh pihak berkuasa dengan menyemai biji benih putat laut dan menanamnya dikawasan terjejas. 

Ulam Daun Pucuk Putat memang ada dijual dipasar basah, pasar tani, pasar malam untuk dimakan segar terutama dengan nasi putih. Beberapa restoran dan hotel terkemuka juga kadang-kadang menghidangkan ulam pucuk putat uuntuk pelanggannya. Harga runcit ulam putat adalah sekitar RM 1.50 - RM 2.00 satu ikat bergantung kepada kesegaran dan sumber bekalan. Pucuk ini sedap dimakan segar walau pun ianya boleh disimpan didalam peti sejuk untuk 3-4 hari. Kini kalau ada kawasan keliling rumah sesuai untuk ditanam dengan pokok putat boleh diusahakan menanam sendiri atau tanam dalam pasu atau pot. Pucuk putat perlu dipetik selalu untuk menghasilkan pucuk yang lebih banyak. Pokok Putat amat terkenal di negeri-negeri sebelah utara seperti Kedah, Perlis dan Perak. Pokok Putat yang berbuah sepanjang tahun dicari buahnya yang muda dan pucuknya sebagai ulam. Pokok ini hidup liar di tepi pantai yang berpasir, sawah dan kebun. Pokok Putat tumbuh dengan daun yang lebar dan besar. Apabila pokok Putat mencapai ketinggian maksimum sehingga 28 m, ia boleh dilihat berbentuk seperti payung. Di atas keunikan ini pokok Putat sesuai ditanam di taman rekreasi sebagai peneduh. Daun Putat berbentuk bujur, panjang dan tebal. Tepi daunnya bergerigi kecil. Urat daun boleh dilihat dengan jelas. Pangkal daunnya menirus dan bertangkai pendek. Daun muda di bahagian pucuk lembut dan berwarna merah keunguan. Manakala daun yang matang berwarna hijau tua dan tebal. Pucuk Putat lembut dan biasa dibuat ulaman, ke-rabu atau perencah laksa. Dalam pada itu bunganya mempunyai empat kelopak. Di dalam kelopak pula terdapat banyak stamen yang berbulu panjang berwarna merah jambu. Bunga Putat kecil dan besarnya lebih kurang 5 cm lebar. la tumbuh secara berjuntai dari dahannya. Kudup bunga berwarna merah keunguan. Namun ada juga jenis yang bunganya berwarna putih. Buah Putat berbentuk bulat membujur seperti buah kedondong. Buah Putat mempunyai empat alur yang jelas pada kulit luarnya. Warna buah¬nya hijau kemerahan. Bijinya pula besar dan keras serta bujur.

Diantara beberapa khasiat ulam pucuk putat adalah dimana kebanyakan pokok yang pucuknya boleh dibuat ulam, adalah baik untuk kesihatan kulit, melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Walaupun begitu, hanya mereka yang sudah biasa memakannya sahaja yang tahu khasiatnya. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda.Selain itu, buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Akar Putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan mampu untuk menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Di India, poltis daun dan buah Putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Kulit batang Putat pula dapat mengurangkan komplikasi res-dung. Caranya ialah kopek kulit batangnya dan jemur sehingga kering. Kemudian bakar dan sedut melalui hidung sehingga keluar air lendir. Ulangi setiap hari sehingga sembuh penyakit resdung.

Para akhir dalam menulis mengenai putat penulis blog merujuk kepada jenis putat paling sering digunakan iaitu PUTAT KAMPONG. Sebenarnya jenis Putat Kampong (Barringtonia racemosa)Pokok Putat Kampong ini biasanya ditemui tumbuh di lembah-lembah, tepi sungai dan kawasan tanah lembap. Ketinggian pokok putat mencapai sehingga 28 m. Daun putat berbentuk bujur, panjang dan tebal dengan bahagian tepi bergerigi kecil. Daun muda di bahagian pucuk berwarna merah keunguan dan apabila matang daunnya berubah menjadi hijau tua. Bunga putat mempunyai empat kelopak dan kudupnya berwarna merah keunguan atau putih mengikut jenis putat itu. Dari segi kegunaan pokok putat kampong selalunya berbunga dan berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam (Sila lihat foto disebelah). Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa. Pucuk putat yang tumbuh di tebing sungai digunakan sebagai syampu pada zaman dahulu kerana ia akan menghasilkan buih apabila diramas bersama air. Buahnya mempunyai rasa kelat dan perlu dikopek kemudian dihiris sebelum dimakan sebagai ulam. Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro yang mencecah 10.6 juta sehingga kini. Wasallam!!!..
PUCUK PUTAT...BUAHNYA DIHASILKAN....
POKOK TUMBUH...ULAM DIJADIKAN...
ENAK ...BERSAMA NASI IA DIMAKAN...
HARGA MURAH...MUDAH DIDAPATKAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Condominium Anggerik,
Sri kembanga, Selangor,
Malaysia.
(2 Rejab 1438H) 
   

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...