KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, April 3, 2017

TUMBUHAN AIR - KEGUNAAN

TUMBUHAN AIR (Hydrophyte) atau tumbuhan akuatik (aquatic plants) merupakan tumbuhan yang telah dapat menyesuaikan diri untuk hidup pada lingkungan atau perairan sama ada ia terbenam sebahagian atau seluruhnya dalam air. Tumbuhan air tergantung hidupnya pada air, tidak sekadar tanah yang becek dan kadang-kadang kering, meskipun istilah hidrofit dipakai juga untuk tumbuhan yang dapat beradaptasi dengan kondisi becek, namun sehari-hari tumbuh pada kondisi tanah dengan kandungan air normal. Pada penulis blog, tumbuhan air biasanya dilekatkan pada tumbuhan berpembuluh yang hidup di air iaitu seperti sejumlah paku pakis air (Kumpulan Salviniales, Ceropteris thalictroides) atau banyak tumbuhan berbiji (dari berbagai genus samana jenis monocote atupun dicot. Ada juga beberapa tumbuhan seperti lumut (seperti Riccia dan Ricciocarpus) juga hidup mengapung di air dan juga beberapa jenis rumpai air laut dianggap bukan tumbuhan air laut disebebkan ia tidak ada pembuluh sebenar. Diantara beberapa ciri berkaitan tumbuhan air adalah ia mempunyai lapisan kulit atau cuticel yang nipis. Lapisan 'cuticles' ini terutama berfungsi untuk mencegah kehilangan air nipis dimana sebahagian besar hydrophytes tidak perlukan cuticles. Ada juga organ stomata yang terbuka setiap masa kerana air yang berlebihan tidak akan disimbang didalam batangnya. Ia juga bermakna bahawa sel yang mengawal stomata pada umumnya tidak aktif. Stomata yang banyak terdapat pada salah satu sisi daun. Tumbuhan air atau akuatik ini kebanyakannya adalah lembut dan strukturnya adalah disokong oleh air yang berada disekelilingnya. Kebanyakanya mempunyai bentuk daun yang rata (flat) berada dipermukaan air untuk pengapungan. Ada beberapa beg udara (air sacs) pada beberapa spesis tumbuhan air untuk tujuan pengapungan. Kebanyakan tumbuhan ini juga mempunyai saiz akar yang kecil yang mana ia berada pada keseluruhan dari batang sehingga kebahagian daun. Ia adalah jenis akar ringan yang tidak perlu menokong tumbuhan untuk tumbuh menegak kerada ada sokongan air.  Bahagian akar ini mampu menyerap gas Oksijen dalam air. Tumbuhan air kini menjadi satu bahan komersil dalam beberapa negara kerana keujudannya sebagai tumbuhan landskap dan akuarium menjadi satu industri yang bernilai. Artikel malam ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai tumbuhan air sebagai satu sumbangan kepada pembaca blog ini semua yang kini mencecah lebih daripada 10.4 juta orang.


Dalam membincangkan fungsi tumbuhan air, penulis blog anim agro juga faham dimana selain mencantikkan takungan air, tumbuhan jenis itu juga berupaya megujudkan untuk ekosistem kepada landskap laman supaya kelihatan lebih hidup dan mendatangkan manfaat. Justeru hasilnya dimana ikan dan hidupan air yang lain boleh hidup di dalamnya disebabkan oleh kerana kehadiran tumbuhan tersebut. Tumbuhan ini akan membantu mengawal suhu air. Akar tumbuhan akuatik dikatakan turut berfungsi sebagai penyerap nutrisi yang mungkin akan mengotorkan air dan oksigen tanaman yang terendam dalam kolam. Dengan kewujudan tumbuhan akuatik maka hidupan lain (bukan air) yang gemar bermain di permukaan air seperti pepatung dan rama-rama juga mendapat manfaat bersama. Terdapat empat jenis tumbuhan akuatik yang sesuai untuk menghias dan menghidupkan lagi suasana kolam atau pancuran air di laman kediaman iaitu Jenis Tenggelam, Jenis Hidup dipermukaan, Jenis Separa Akuatik  dan Jenis Terapong. Jenis pertama adalah jenis yang tenggelam dimana ia lazimnya mempunyai akar pada dasar dan bahagian pokok tenggelam sepenuhnya. Tumbuhan jenis ini melepaskan oksigen dan biasanya kelihatan gelembung atau buih pada permukaan kolam. Antara contoh jenis ini adalah seperti Ceratophyllum Demersum, Hygrophila Difformis (Wisteria Air), Sagittaria Subulata dan Vallisneria Spiralis atau dikenali dengan nama rumpai belut. Tumbuhan jenis ini lebih sesuai untuk tujuan penggunaan didalam akuarium.


Jenis Kedua pula adalah jenis yang  hidup di permukaan air iaitu ia berakar di kawasan cetek dengan kedalaman sekitar 45 cm. Biasanya bahagian atas pokok jenis ini akan muncul di permukaan air. Daunnya lebih besar dan melebar di atas air bertujuan menyerap cahaya matahari sebanyak mungkin. Antara spesis atau contoh  tumbuhan akuatik jenis ini seperti Teratai Nelumbo, iris dan lili air. Jenis ke 3 adalah Jenis Separa Akuatik iaitu tumbuhan akuatik yang hidup melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam kawasan berair. Contoh tumbuhan akuatik jenis ini seperti kangkung, pegaga, padi, melati air (Shallow Water-Aztec Arrowhead) dan rumpai papyrus. Paling selalu kita kenal dan nampak adalah jenis tumbuhan akuatik Jenis Terapung. Jenis ini sama ada yang mempunyai ruang udara terperangkap pada akar atau pada bahagian yang lain bagi membantu ia terapung dan akan menerima cahaya matahari. Mempunyai rerambut pada daun yang memerangkap udara. Bahagian atau daun tumbuhan terapung di permukaan air manakala akarnya terendam di dalam air. Antara jenis tumbuhan ini adalah seperti keladi bunting, kiambang, Duckweed, Azolla Caroliniana (lumut pari-pari), dan Hydrocharis Morsus-Ranae (Frog‘s Bit). Dalam beberapa ryjykan dinyatakan fungsi utama tanaman akuatim berada pada air adalah salah satunya sebagai penghias kolam. Pada penulis blog sebagaimana tumbuh-tumbuhan yang ditanam sebagai landskap, tumbuhan akuatik ini juga berfungsi sebagai penghias taman rekreasi terutama yang ada tasek atau pada kolam.


Banyak sebab kenapa tanaman akuatik ini menjadi alasan utama untuk digunakan tanaman pada kolam. Sebuah rumah banglow yang mempunyai kawasan luas tanpa kehadiran kolam dan tanaman hiasan akuatik memang kurang menarik. Begitu juga jika dikawasan kebun atau taman rekreasi yang ada tasek atau kolam yang tidak dihiasi tanaman air memang jadi satu kekurangan dan dilihat sepi dan dingin sambutan daripada pengunjung. Selain itu kajian menunjukkan dimana tanaman air juga dapat menjadi penyelesai masaalah kepada tekanan pemiliknya terutama mereka yang tinggal di rumah dengan kawasan kompoun terbatas. Sebenarnya dari pada menanam tanaman yang terus ditanam di tanah maka pilihan tanaman air yang sesuai boleh menjadi pilihan. Seperti dinyatakan bahawa tumbuhan air ini adalah ekosistem terbaik untuk menjadi habitat ikan. Pemerhatian penulis blog mendapati jika kita memelihara ikan di kolam maka pastinya tanaman air mampu menjadi tempat untuk ikan berlindung dan bertelur. Tanaman air dengan ukuran daun yang lebar selalunya mampu untuk melindungi ikan dari keadaan panas terik matahari. Selain itu bahagian akarnya yang panjang merupakan tempat berlindung ikan daripada serangan atau ancaman pemangsa (predator) dan juga perubahan keadaan persekitaran. Akar tanaman air ini juga boleh menjadi tempat ikan untuk meletakkan telurnya bagi tujuan pembiakan dengan lebih sistematik.  Satu perkara lain yang perlu penulis blog nyatakan adalah peranan tumbuhan akuatik ini sebagai penyerap racun pada air. Ini kerana semasa kita memelihara ikan di kolam atau akuarium lazimnya ada kekotoran najis dan urine ikan dan hidupan lain yang mana jik atkandungan ini terlalu tinggi akan kesan yang menyebabkan bahaya bagi ikan sendiri. Selain it ada juga berlaku dimana sisa makanan ikan  akan menjadi reput dan busuk dan menghasilkan toksin yang akan menjadi racun bagi ikan. Kehadiran tanaman air dapat menjadi satu kaedah mengatasinya. Tanaman akuatik ini juga didakwa mampu menyerap sisa yang akan diserap oleh akar tumbuhan dan akhirnya menjadi makanan bagi tanaman tersebut. Kini dengan adanya tanaman air maka kadar kandungan bakteria dan toksin dalam air akan berkurang sehingga air bersih dan bebas dari ancaman. 


Lazimnya apabila ada tumbuhan air akan mencegah pertumbuhan lumut. Ini kerana tumbuhan lumut sangat cepat membiak dan tumbuh di tempat yang basah. Jika berlaku kes seperti ini tentunya ia akan terus mengganggu pemandangan menjadi tidak cantik atau lusuh menunjukkan bahawa kolam atau tasek tersebut seakan tidak dijaga dengan baik. Biasanya apabila ujud tanaman air atau akuatik ini akan mampu untuk mengurangkan atau menghalang kehadiran pertumbuhan lumut seakan ia dapat dicegah. Lumut selalunya mampu tumbuh dengan baik jika terjadi lebihan zat makanan dalam air dan walau pun sebenarnya dari kajian saintis mendapati tanaman air lebih cepat menyerap zat makanan di dalam air dibandingkan lumut. Keadaan ini akan menyebabkan tumbuhan lumut akan “kalah” oleh tanaman air. Tanaman air juga mampu untuk meningkatkan kadar kandungan oksigen dalam air. Ini kerana ia mempunyai struktur klorofil dimana pastinya tumbuhan akuatik ini dapat menghasilkan oksigen. Semasa proses fotosintesis selalunya tumbuhan ini akan membentuk bahan organik dengan cara bantuan sinar matahari. Dari proses fotosintesis tersebut selalunya apa yang dihasilkan adalah gas oksigen yang dilepaskan ke dalam air. Oleh itu akan berlaku proses peningkatan kadar oksigen di dalam air dimana ini membolehkan ikan dan haiwan lainnya dalam air dapat bernafas dengan baik. Selalunya dari perhatian penulis blog diman tnaman air tidak hanya untuk cantikkan kolam yang terdapat  di pekarangan rumah sahaja tetapi sebenarnya ia memberi banyak faedah dalam menjaga ekosistem air itu sendiri. Ini berlaku kerana ada aktiviti menambah persediaan oksigen, menyerap kandungan racun dalam air dan menjadi tempat ikan untuk membiak. Bagaimana pun ketika memilih tanaman air untuk kolam di taman,m sebaiknya disesuaikan keadaan kolam  dengan jenis tanaman akuatik yang akan ditanam aagar sesuai dengan konsep kolam. Contohnya dimana untuk rumah teres yang kecil kawasannya maka pilih jenis-jenis tanaman akuatik yang berbentuk sederhana saja. Sementara untuk kolam yang berkonsepkan tropical look' maka pilih tanaman yang berukuran besar dan dalam jumlah banyak, seperti teratai dan sebagainya.


Semasa membuat pilihan untuk tanaman akuatik ini semestinya menggunakan bahan tanaman daripada tanaman yang hidup di atas permukaan air.  Antaranya adalah TERATAI (Nyamphaea latifolia) dimana ia merupakan tanaman air yang paling dikenali ramai dan sering digunakan. Ia mampu menghasilkan bunga cantik berwarna-warni dengan daun yang timbul dipermukanan kolam seakan 'mengambang' yang jelas dilihat. Lazimnya ukuran daun teratai berkisar diantara 45 - 90 cm besarnya. Tanaman Teratai ada banyak jenis atau varieti yang mudah untuk dibezakan dari warna dan saiz bunganya. Tumbuhan kedua adalah LOTUS (Nyamphaea lotus) yang terkenal dengan sebutan 'water lily'. Tanaman ini hampir sama dengan jenis teratai cuma ianya adalah berukurannya lebih besar. Dari pemerhatian didapati Lotus mempunyai daun yang berbentuk bulat lebar berlapis lilin dengan ukuran antara 6-10 cm. Lotus mengeluarkan bau atau aroma yang wangi. Lotus juga memiliki bunga dengan yang beraneka warna daripada warna putih, kuning, ungu sehingga merah jambu. Lotus termasuk ke dalam kategori 'deep water aquatics plants' kerana ia mempunyai bahagian akarnya tertanam di dalam lumpur kolam. Tumbuhan akuatik seterusnya adalah SEROJA (Nelumbo nucifera Gaertn) dimana ia juga adalah merupakan sejenis tumbuhan akuatik yang didendangkan didalam lagu. Seroja atau selalu sesuai ditanam untuk kolam yang dalam disebabkan ia mampu tumbuh sehingga kedalaman mencapai 1.5 meter. Selalunya saiz lebar daun mempunyai ukuran diameter mencapai lebih dari 50 cm. Bunga seroja hanya mekar pada bulan Julai dan Bulan ogos setiap tahun di Malaysia dan Indonesia.  


Pokok akuatik PISANG AIR (Typhonodorum lindyeyanum) pula merupakan jenis tumbuhan akuatik dari keluarga atau kumpulan pisang. Ia mempunyai rupabentuk sama seperti pokok pisang tetapi mempunyai bentuk daun seperti daun keladi. Dari tinjauan penulis blog mendapati tumbuhan akuatik ini mampu tumbuh sehingga ketinggian 4 meter. Ia mempunyai daun yang mana seakan bergelombang dan berbentuk oval yang saiznya mampu mencapai 1.5 meter. Seterusnya adalah jenis tumbuhan akuatik yang dipanggil sebagai APU-APU (Pistia stratiotes atau Pistia crispate) dimana ia merupakan tanaman berdaun hijau dengan permukaan yang ditumbuhi bulu-bulu halus bertekstur. Bahagian akarnya selalu berwarna putih. Tanaman ini selalu bersusun melingkar atau ia tumbuh secara bertumpuk-tumpuk. Tumbuhan ini lazimnya tidak memerlukan penjagaan khusus untuk tumbuh. Jenis tumbuhan berikutnya adalah CALLA LILY (Zantedeschia aethiopica) yang juga merupakan tanaman yang seakan diperbuat dari lilin. Tumbuhan ini mempunyai bentuknya serupa corong berwarna putih dengan putik bunga yang berwarna kuning cerah. Bunga ini memiliki aroma yang lembut dimana lazimnya tumbuhan Kala lili akan tumbuh lebih tinggi jika kurang mendapat cahaya matahari. Tumbuhan akuatik seterusnya adalah dinamakan sebagai PAPYRUS PAYUNG (Cyperus alternifolius) dimana ia memiliki batang berbentuk segitiga dengan ketinggian mencapai lebih dari 1 meter. Dibahagian hujung daunnya selalu keluar bunga yang menyerupai daun. Tanaman ini tumbuh secara berkelompok dikawasan yang berair. Akhir sekali yang penulis blog hendak nyatakan adalah tumbuhan akuatih iaitu BULUH AIR (Equisetum hyemale) dimana ia merupakan tanaman air yang mirip dengan pokok buluh pada umumnya.  Bagaimana pun lazimnya tumbuhan ini berukuran kecil dimana ia mempunyai kadar tingginya hanya sekitar 25 - 100 cm sahaja dengan diameter batang yang tidak lebih dari 3 cm. Semuga tulisan ini dalam blog anim agro technology memberi info berguna untuk rujukkan anda. Wasallam!!!..
TUMBUHAN AIR...AKUATIK SAMA....
DIKAWASAN LEMBAB...IA BERADA...
DALAM KOLAM....AKUARIUM DISEDIA...
PERLU DIKENALI... PEMBACA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Aras 13, Condominium Anggerik,
Seri Kembangan, Selangor,
Malaysia.
(30 JamadilAkhir 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...