KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 9, 2017

FERTIGASI GANTUNG - APA HEBATNYA

FERTIGASI GANTUNG (Hanged Fertigation) merupakan satu teknologi yang semakin popular dikalangan penanam sayur terutama dikawasan yang mudah dilanda banjir. Ini kerana ia terbukti mampu mengatasi masaalah banjir, cepat berhasil, kurang serangan penyakit dan perosak serta menjamin pengeluaran terutama di musim tengkujuh. Kini teknologi fertigasi semakin giat diusahakan oleh pengusaha ladang dan pengeluar buah-buahan dan sayuran. Hasil pengeluaran bukan sahaja dapat ditingkatkan dengan jumlah berganda tetapi kaedah penanaman dapat dipermudahkan, mengelakkan serangan musuh perosak dan pada masa yang sama kos buruh dapat dikurangkan. Sebenarnya 'fertigasi' berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation'. Sistem Fertigasi iaiah satu daripada cabang hidroponik yang antara lain terdiri dari Sistem Titis Mikro, Aeroponik dan sebagainya. Definasi 'Fertigasi' pada saya hanyalah satu kaedah penanaman yang mana pemberian baja yang lengkap kepada tanaman diberikan dalam bentuk larutan dan disalurkan ke zon akar melalui sistem pengairan titis. Sistem fertigasi sudah mencapai inovasi apabila kerajaan kita cuba mentransformasikan Pertanian Ke arah Pertanian Moden. Cara sistem fertigasi yang popular antaranya adalah secara Fertigasi Gantung yang mula diperkenalkan sekitar 2010. Fertigasi secara gantung ini adalah sama kaedahnya seperti fertigasi biasa tetapi kaedah pelaksanaannya memang agak berbeza daripada Sistem Fertigasi Tertutup di bawah SPH atau sistem Fertigasi Terbuka. Artikel malam Ahad ini dalam "Anim Agro Technology" menjelaskan apakah perbezaan diantara dua jenis fertigasi ini dan jenis tanaman yang sesuai boleh ditanam. Artikel ini juga mempaparkan testimoni petani di beberapa lokasi yang telah dilaporkan oleh akhbar tempatan untuk rujukkan anda. 

Adalah wajar bagi penulis blog Anim Agro Technology kali ini membentangkan mengenai perbezaan diantara Fertigasi Gantung (FG) dengan Fertigasi Biasa (FB). 'Teknologi’ yang dianggap sebagai baru dalam bidang Fertigasi ini telah dinamakan Fertigasi Gantung kerana memang polibeg penanaman digantung tinggi dari paras tanah. Ia juga amat sesuai di bina jika tanah tapak projek sering dilanda banjir samada banjir kilat atau banjir musim terutamanya di pantai timur. Bagaimana pun lazimnya kos awal untuk pembinaannya amat tinggi dimana ia dikira boleh dikatakan hampir tinggi kali ganda dari kos fertigasi atas tanah. Mengikut penelitian saya di TKPM Pulau Manis dan TKPM Inderapura di Kuantan, modan atau kos untuk bina infrastruktur dan peralatan fertigasi gantung (FG) bagi jumlah sebanyak 1,300 polibeg adalah RM 50,000. Manakala kos untuk set up fertigasi biasa (FB) dengan jumlah polibeg yang sama adalah RM 11,100. Tetapi persoalannya adalah adakah hasil tanaman fertigasi gantung lebih daripada fertigasi biasa?. Penulis banyak membuat kajian kes dibanyak tempat mengenai teknologi ini. Apa pun rata-rata ada menyatakan bahawa pengeluaran hasil tanaman bergantung kepada pengurusan dilakukan oleh seorang peserta. Fertigasi gantung merupakan satu kaedah menanam dengan cara menggunakan polibeg yang digantung pada sistem para. Para yang dibina dengan bahan yang menggunakan kayu dan dawai serta tali sebagai penyokong dan tidak diletakkan di atas tanah seperti kaedah biasa yang diamalkan oleh kebanyakan petani. Manakala fertigasi biasa menggunakan polibeg dan tidak mempunyai para dan hanya diletakkan dibawah sahaja.

Dari beberapa temubual dengan beberapa petani yang membuat fertigasi gantung, penulid dapati FG ini hanya sesuai untuk tanaman jenis menjalar seperti timun biasa, timun mini, Peria, Petola, Kacang Panjang dan juga beberpa sayur buah iaitu seperti  Cili (Capsicum annum) dan Terung (Solanum melongena). Tanaman jenis ini sesuai kerana ia lazimnya agak kurang penyelenggaraan seperti untuk aktiviti mencantas (prunning) tunas air. Tanaman timun merupakan tanaman yang lasak, menjalar dan kurang kerja penyelengggaraan serta mengambil masa singat sahaja. FG juga dahulu kurang sesuai untuk tanaman rock melon, terung dan cili tetapi kini telah dilakukan. Ini kerana pada peringkat awal dulu ia sukar untuk membuang tunas air jika kanopi berserabut atas para trelis tanaman. Lazimnya bagi fertigasi secara biasa siatas tanah atau terbuka tanaman yang sesuai ditanam ialah cili, melon, kobis, halia, tomato, strawberi dan beberapa lagi. Sistem Biasa memang tiada masalah dalam pemilihan tanaman kerana ianya tidak memerlukan para untuk tujuan mengantung tunas yang menjalar kerana ia ditanam dibawah. Ada yang penulis selalu lihat dimana sesetengah Usahawan fertigasi gantung menanam rock melon dimana ada polibegnya digantung. Cara ini dilihat agak menyukarkan kerja membuang tunas air manakala bagi fertigasi cili gantung pula ini adalah sangat tidak selamat apabila pengusaha melakukan aktiviti meracun. Bagaimana pun tinjauan oleh penulis di TKPM Inderapura dan TKPM Pulau Manis di Kuantan cili fertigasi gantung berjaya diusahakan dimana penyemburan dikurangkan. 


Dalam beberapa kes didapati ujud juga masalah kekukuhan strukktur para yang dibina. Terdapat para fertigasi gantung yang tidak kukuh dan roboh apbila ditiup angin kenchang atau bebanan tumbuhan pokok yang terlalu berat (Sila lihat foto disebelah).  jIni berlaku jika tiang asas dan tiang sokongan para untuk fertigasi gantung yang dibuat tidak kukuh dan kes ini menyebabkan struktur ini roboh dan merugikan pengusaha. Dari beberapa tinjauan mendapati pengusaha alami kerugian sehingga sebanyak RM 200 ribu kerana struktur seluas 4 hekar untuk FG ini roboh di lokasi. Teknologi FG selain selamat dari banjir sebenarnya aktiviti kerja-kerja meracun rumput juga mudah untuk dijalankan. Bezanya adalah apabila petani ingin menjalankan aktiviti meracun pokok yang agak tinggi dari paras tanah. In terutama kepada tanaman sayur buah seperti meracun pada tanaman terung dan cili. Jika menyembur pada paras tinggi makan kerja ini membahayakan pekerja atau operator yang menyembur racun tersebut. Bagaimana pun kini racun atau bahan kimia tertentu boleh dimasukkan dalam larutan air fertigasi. Teknologi Fertigasi Gantung juga mengelakkan serangan binatang buas seperti babi dan terpenting adalah dimana FG dapat mengelakkan penyakit seperti 'soil borne disease'. Fungsi utama sistem fertigasi sememangnya untuk mengelakkan penyakit dari tanah ini. Sekiranya kawasan petani adalah kawasan yang tiada mempunyai masalah banjir dan serangan binatang buas maka kurang praktikal jika menggunakan kaedah sistem fertigasi gantung ini. Fertigasi biasa adalah sangat mudah dijaga dan melakukan penyelengaraan kerana tidak memerlukan tangga untuk mencantas dan menyembur racun pada pokok dan amalan agronomi yang lainnya.


Pada penulis blog anim agro technology ini amat positif bahawa teknologi fertigasi gantung ini sesuai digalakkan kepada petani yang ingin mebuatnya disebabkan oleh masaalah kawasan yang berpotensi mudah tenggelam air (Sila anda lihat foto disebelah). Foto sebelah diambil terhadap kebun En Zakaria di TKPM Permatang Lawang, Kuantan pada 28 Januari 2017 dimana tanaman timun mini sebanyak 2,400 pokok selamat dengan penanaman cara FG. Beliau masih mampu menuai timun mini dengan menggunakan sampan untuk selama 2 hari. Harga timun mini pada masa banjir dan tengukjuh ini mencecah RM3.80 sekilogram berbanding hanya RM 2.50 - RM3,00 pada musim biasa. Secara amnya fertigasi gantung ini merupakan sistem yang dapat meningkatkan pulangan pendapatan iaitu sama seperti fertigasi biasa. Fertigasi gantung menawarkan satu lagi pilihan yang boleh dibuat dan diintegrasikan bersama tanam lain dibawahnya seperti tanaman halia dan kunyit. Sebagai contoh, Zakaria juga ada menanam kunyit dibawah sistem FG dimana ia mampu bagi menghasilkan daun dan umbisi kunyit untuk pasaran tempatan. Walaubagaimana seperti dinyatakan, kos struktur sokongan yang tinggi menyebabkan pulangan fertigasi gantung agak lewat berbanding sistem fertigasi biasa. memang petani mempunyai pilihan sama ada berminat untuk menanam timun dan beberapa sayuran lain boleh lakukan dengan cara fertigasi gantung. Ia adalah salah pilihan yang ada dalam siatem tanaman fertigasi untuk pertanian dimasa akan datang. Wasallam!!!.
FERTIGASI GANTUNG... SATU TEKNOLOGI...
POLIBEG DITANAM... DIGANTUNG TINGGI...
AIR BAJA DI PAM... SETIAP POKOK DIBERI...
INFRA MAHAL... HASILNYA AGAK TINGGI..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Lot 6, TKPM Permatang Lawang,
(Lot Kebun Zakaria)
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(3 JamadilAwal 1438H)
Posted from:
Chalet Q2, Peladang Inn, Kg Tekek,
Tioman, Pahang at 2.10 am.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...