KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, April 6, 2017

ROCK MELON - SATU TESTIMONI

ROCK MELON (Cucumis melo Linn) merupakan sejenis tumbuhan menjalar dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam untuk dimakan segar. Buah melon ini mempunyai banyak varieti yang dihasilkan dengan jumlah pengeluaran dunia sebanyak lebih dari 17 juta metrik tan setahun. Negara China merupakan pengeluar terbesar buah melon dengan keluasan tanaman melebihi 150,000 hektar setahun. Kini buah melon di tanam di Malaysia secara komersil mulai penghujung tahun 1980'an dengan peringkat awal gunakan teknologi penanaman ditumpukan kepada penanaman kaedah "Horizontal' iaitu penanaman diatas tanah datar. Bagaimana pun sekarang "Kaedah Vertical' iaitu penanaman dalam Struktur Pelindung Hujan (SPH) dengan sistem Fertigasi lebih diminati. Penulis merujuk kepada satu artikel yang dilaporkan oleh akhbar tempatan berkaitan dengan penanaman buah rock melon dalam Pelan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dimana ia  telah memberi peluang kepada petani untuk menguruskan tanah terbiar sekali gus memajukan kawasan tersebut dengan aktiviti ekonomi khususnya projek pertanian berteknologi tinggi di Sepang, Selangor untuk dijadikan satu testimoni. Difahamkan diatas dasar berkenaan maka Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan kerjasama bersama Kementerian Pertahanan memperkenalkan NBOS khusus untuk petani di bawah projek NBOS 3 melalui agensi pelaksana Jabatan Pertanian. Kini melalui projek tersebut telah ujud beberapa kawasan tanah khusus yang diberikan perlu dibangunkan dengan penanaman rock melon secara fertigasi dimana ia menggunakan struktur pelindung hujan (SPH). Sebagai contoh seorang pengusaha tanaman rock melon iaitu  En Muhd Hussain telah berjaya menceburi bidang tanaman rock melon secara fertigasi dimana projek ini telah membantunya menambah pendapatan dengan lebih cepat. Rencana malam ini dalam kedinginan malam maka saya meneruskan dalam penulisn dalam blog "Anim Agro Technology" yang dibaca lebih dari 10.2 juta pembaca semenjak 9 tahun dulu.


Daripada tinjauan dibeberapa projek tanaman Rock Melon ini dibawah projek komersil termasuk projek NBOS, ianya dilaporkan telah memberikan impak yang positif. Contohnya seorang petani berusia 49 tahun dari Sungai Petani, Kedah itu menyatakan dimana proses penanaman moden ini telah mendorongnya untuk beliau meninggalkan pekerjaan tetap yang sedang dilakukan bagi memberi tumpuan penuh terhadap tanaman rock melon (Sila lihat foto disebelah). Sebelum ini beliau telah bekerja sebagai Penolong Pegawai Pertanian di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pada tahun 1995 dia telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata untuk memberi perhatian kepada projek ini. Memandangkan dia mempunyai latar belakang pekerjaan dalam pertanian, secara tidak langsung dia mendapat bimbingan serta ilmu pengetahuan bidang tersebut semasa di UPM dahulu dan ini sekali gus dapat dipraktikkan kelebihan itu semasa menjalankan tanaman secara fertigasi. Beliau merupakan salah seorang petani yang terlibat dalam Projek NBOS3 di tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Mukim Labu, Daerah Sepang. Projek tersebut dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai projek contoh. Walaupun pada awal pembabitan dia tidak memiliki sebarang pengetahuan asas dalam bidang pertanian secara fertigasi, namun atas minat dan kesungguhannya, kini dia merupakan antara pengusaha rock melon yang berjaya. Dia telah berkongsi pengalaman kali pertama mengusahakan tanaman tersebut seterusnya ada memberitahu segalanya bermula pada tahun 2007 dengan menanam rock melon ditanam atas tanah seluas tiga ekar di Ulu Yam, Selangor. Melalui projek awal tersebut kini dia mendapat bantuan modal dari Jabatan Pertanian berjumlah RM50,000 untuk dijadikan modal pusingan dalam projek kedua ini.


Ladang rock melon yang beliau usahakan di Hulu Langat berkeluasan tujuh ekar disewa dari kerajaan negeri dengan harga RM300 sebulan. Melihat kejayaan ladang tersebut kini beliau telah ditawarkan sebagai seorang pengusaha bagi projek NBOS 3 di Sepang sekali gus di berikan tanah seluas satu ekar oleh kerajaan meneruskan projek tersebut. Minat mendalam terhadap bidang pertanian moden membuka ruang kepada dirinya untuk mencabar kebolehan yang dimiliki tatkala tidak ramai yang sanggup mengambil risiko mengusahakan projek tersebut. Kini ada petani masih  tidak yakin dengan cara penanaman secara fertigasi kerana ia memerlukan tahap ilmu pengetahuan teknologi yang tinggi. Sistem fertigasi yang digunakan untuk menjayakan projek tersebut amat mudah dipraktikkan oleh petani sekiranya mereka bersungguh-sungguh mempelajari cara penggunaan mesin yang juga ada disediakan. Dia mempelajari cara penggunaan mesin yang digunakan khusus untuk mengusahakan tanaman ini tidak susah kerana ia amat ringkas dan mudah serta praktikal bagi mereka yang tidak tahu menggunakan mesin berteknologi tinggi sepertinya. Dengan adanya kemudahan seperti itulah dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan aktiviti dan penglibatan dalam bidang yang tidak ramai di ceburi ini. Penggunaan mesin skrin sentuh automatik juga membantu dan memudahkan pengawalan proses tumbesaran tanaman seperti yang diingini petani. Kini disamping penggunaan mesin berteknologi tinggi, petani juga perlu mahir dalam proses menyelenggara seperti mencantas, membersih kawasan tanaman, membaja serta meracun sekitar tanaman.


Sebenarnya jumlah kos bagi kesemua proses penyelenggaraan tersebut tidak terlalu tinggi kerana ia hanya memerlukan modal sekitar RM1,000 sahaja bagi satu pusingan tanaman. Diantara beberapa kelebihan yang terdapat pada rock melon yang ditanam secara fertigasi ini adalah ia ditanam di bawah rumah lindungan hujan (SPH) dan ini menjadikan tanaman tersebut tidak begitu terdedah kepada serangan serangga serta cuca lembap ketika hujan. Penulis blog juga tidak menolak kemungkinan menanam secara fertigasi tidak memberi masalah kepada petani yang mengusahakannya secara separuh masa tanpa pekerja. Jika berlaku kerana kerja-kerja penyelenggaraan pokok perlu dibuat dengan kadar yang pantas. Memang ada kebarangkalian untuk buah rock melon tidak menjadi ketika proses kacukan kerana itu adalah kebiasaan dalam bidang pertanian khususnya untuk menghasilkan buah. Penanaman buah ini memerlukan pemerhatian yang spesifik dan sangat kos efektif kerana ia tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Tambahnya tanaman rock melon juga tidak sensitif seperti tanaman lain dan prosesnya mudah iaitu bermula dengan memasukkan benih ke dalam polibeg seterusnya diatur di setiap batas. Melihat tanaman secara fertigasi ini mempunyai masa depan yang cerah, kini Muhammad Hussain berpendapat ia juga mampu menarik minat generasi muda untuk menceburinya. Projek ini boleh dijadikan sebagai model inkubator untuk membangunkan usahawan moden yang pesertanya adalah terdiri daripada golongan petani miskin seperti daripada peserta Program Azam Tani di beberapa negeri. Terdapat juga peserta Azam Tani yang yang berminat dan juga ada berkemampuan sesuai untuk  dilibatkan sebagai tenaga kerja, manakala peserta yang kurang berkemampuan akan menerima dividen pasif berdasarkan pulangan projek.


Selain itu kini ramai kalangan lulusan Kolej Pertanian dan institusi-institusi pertanian serta bekas-bekas tentera dan graduan juga dapat menjalani latihan praktikal di tapak projek berkenaan. Jika dahulu generasi muda mungkin masih berpendapat bidang pertanian merupakan satu cabang yang sulit untuk diceburi kerana memerlukan perkakas pertanian tradisional seperti cangkul ataupun perkakas pertanian lain, namun kini mereka tidak perlu bersusah payah kerana segala proses fertigasi menggunakan peralatan yang moden dan ada yang dikawal selia oleh komputerWalaupun proses menanam dan penjagaan tanaman rock melon atau tembikai wangi dikatakan agak sukar serta membabitkan kos tinggi, ia mampu meraih pendapatan lumayan jika berjaya. Kerajaan memang ingin menjadikannya sebagai cabang menambah pendapatan selain minat mendalam. Seorang lagi petani iaitu Encik Zulkifli Zakaria yang berumur 40 tahun kini sanggup merebut peluang diberikan Jabatan Pertanian Perak dengan mengusahakan tanaman itu menggunakan kaedah fertigasi. Menerusi Projek Utama Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lekir dekat Sitiawan, dia telah lama mengusahakan tanaman itu sejak tiga tahun lalu bersama rakannya Encik Mohamad. Hasilnya kini mereka mampu meraih pendapatan RM4,000 sebulan. Tanaman rock melon memerlukan tahap kesabaran dan pengawasan tinggi serta rumit, namun ia mampu mengeluarkan hasil tiga kali setahun selepas setiap 75 hari sedia untuk penuaian. Antara prasarana disediakan oleh TKPM seperti SPH dimana ia mampu menampung 1,000 pokok dalam satu masa dengan rumah pelindung seluas 0.06 hektar. Sebenarnya tidak rumit menanam rock melon berbanding tanaman lain cuma ia memerlukan lebih pengawasan rapi terutama pada usia tanaman satu hingga 30 hari dimana ketika ini tanaman mudah rosak dan diserang penyakit yang perlu dijaga.


Dalam menanam rock melon ia perlukan penjagaan dengan baik. Selalunya pada hari ke-21maka pokok mula berbunga dan perlu dilakukan bantuan proses pendebungaan untuk menghasilkan buah. Paling lewat untuk melakukan proses itu sehingga ke hari ke-25 tetapi jika tidak melakukan pendebungaan maka tiada hasil yang akan dikeluarkan. Penanam rock melon dinasihatkan agar sepokok rock melon yang ditanam di dalam pasu mampu mampu berbuah sehingga tiga biji dan memerlukan sekurang-kurangnya dua liter air sehari iaitu ia membabitkan lima hingga enam kali penyiraman mengikut masa ditetapkan. Sebiji rock melon matang mempunyai berat anggaran 1.0 - 1.5 kilogram (kg) dan sesuai dijual selepas mencapai bacaan kemanisan yang ditetapkan. Tahap kemanisan adalah pada tahap 11 dengan menggunakan meter Brix. Bagaimanapun lazimnya masih ramai tidak mengenali buah ini malah ada yang menyangka ia tembikai susu atau labu kerana tanaman ini tidak dikomersialkan di sesetengah tempat dulu di Malaysia. Biarpun ada yang masih keliru antara rock melon dengan tembikai susu, jika anda merasainya pasti dapat membezakan antara dua buah ini kerana isi rock melon lebih ranggup berbanding tembikai susu, namun lembut dan manis. Rock melon bukan sahaja sedap dimakan segar atau sejuk sebagai pencuci mulut, malah sesuai dijadikan jus atau kek. Penulis blog berharap dimasa akan datang tanaman ini dapat diperluaskan lagi ke seluruh Malaysia.


Sementara itu, Penolong Pegawai Pertanian Daerah Manjung, Perak merangkap penyelia projek Karri Qisti berkata, sehingga kini TKPM sudah melahirkan 23 usahawan dalam pelbagai tanaman termasuk lima usahawan rock melon sejak diperkenalkan pada tahun 2008 secara berperingkat. Jabatan Pertanian menyediakan tapak dan kemudahan infrastruktur seperti 30 unit rumah pelindung hujan (SPH) dan infra jalan ladang selain memberikan panduan dan maklumat untuk mereka. Peserta hanya perlu menyediakan modal pusingan termasuk perbelanjaan dan penyelenggaraan. Ini merupakan satu insiatif Jabatan Pertanian untuk membuka peluang dan melahirkan usahawan dalam bidang pertanian dan didapati memperbesarkan industri fertigasi. Bagi tujuan ini untuk memastikan hasil tanaman dikeluarkan secara berterusan dan konsisten dengan hasil berkualiti dan selamat dimakan maka amat digalakkan semua penanam  buah rock melon perlu mempunyai pengiktirafan daripada Skim Persijilan MyGAP. Kini buah Rock melon dijual RM5.00 sekilogram dan harga ini sebenarnya masih rendah daripada harga pasaran. Promosi dalam pgram hari terbuka Jabatan Pertanian adalah bertujuan mendedahkan orang ramai dengan tanaman rock melon dan mengetengahkan jualan buah segar terus dari ladang. Semuga rencana ini memberi info berguna kepada anda. Wasallam!!..

TANAM ROCK MELON...BAGAIMANA...
CARA FERTIGASI... MUDAH DILAKSANA...
BUAH BERKUALITI... SAI DENGAN HARGA...
MENARIK MINAT... GOLONGAN YANG MUDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Projek Rock Melon,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(12 Rejab 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...