Beberapa penelitian di teruskan iaitu melakukan kombinasi Menanam padi di sawah dengan memelihara Itik sebagai salah satu alternatif. Penanaman padi sawah memang memerlukan air yang banyak untuk jangkamasa sekitar 3 bulan sebelum padi di tuai. Bergantung kepada sistem tanaman dan varieti di gunakan dimana lazimnya pesawah akan memberikan input baja padi komersial (baja kimia) dan cara kawalan serangga dengan menggunakan racun kimia. Sudah lama amalan menanam padi ini dikombinasikan dengan ternakan ikan atau ia juga boleh dikombinasikan dengan ternak lain termasuk itik. Gabungan tepat dan pengurusan betuk tanaman padi dengan peternakan ikan atau itek tersebut merupakan salah satu cara dalam konsep pertanian bersepadu yang menerapkan sistem pertanian lestari. Apa pun asasnya penanaman tanaman padi yang dikombinasikan dengan pemeliharaan itik ini biasanya ia boleh dilakukan pada kawasan tanah sawah yang terjamin akan bekalan airnya serta tanah yang agak rata sepanjang musim penanaman. Di syorkan agar pesawah hanya disyor menggunakan varieti padi yang mempunyai kriteria kuat dan juga tahan lasah daripada isu padi rebah. Dalam memilih jenis itek pula di syorkan agar menggunakan jenis itik tempatan yang unggul agar mudah beradaptasi dengan keadaan setempat. Penanaman padi secara mencedung adalah sesuai sebab ada laluan untuk itek bergerak di antara barisan tanaman sedangkan sistem tanaman tabur terus kurang sesuai untuk itek dapat bergarak dengan baik. Lazimnya jarak tanaman dalam barisan adalah 20 cm x 10 cm dan jarak tanam antara baris adalah 40 cm x 10 cm untuk berikan laluan itek bergerak di sawah. Sebaiknya selepas penanaman maka ia dibiarkan tumbuh selama kurang lebih 14 hari supaya sistem perakaran pokok padi menjadi kuat. Kemudian barulah boleh di lepaskan anak itek yang sudah berumur 14 hari. Cara melepaskannya tidak langsung dilepaskan dalam sawah padi akan tetapi ia perlu diadaptasikan terlebih dahulu selama 1-2 hari di dalam kandang yang telah disiapkan sebelumnya dekat dengan sawah. Bagi kawasan sawah berkeluasan satu hektar biasanya dilepaskan sebanyak 300 - 450 ekor itik. Pada peringkat awal perlu ingat dimana pemberian makanan dibuat denga berupa makanan dedak dengan konsentrat 1:1 iaitu dengan kadar sebanyak kurang lebih 45 gram seekor sehari. Apa pun lazimnya itik dapat di tuai iaitu pada umur 75 hari dengan berat badab sekitar 2.0 - 2.5 kg seekor. Apa pun pesawah perlu kerja lebih dengan mengeluarkan itek dari sawah sebelum padi bunting supaya tidak mengganggu proses pembentukan bulir padi. Perlu waspada sebab melepaskan itek dalam sawah padi hanya dilakukan ketika tanaman padi memasuki fasa vegetatif awal hingga fasa padi bunting atau peringkat pengisian bulir biji padi. Beberapa saintis dakwa jika ada hubungan baik yang positif menanam padi dengan melepaskan itek pada waktu tepat dalam cara untuk simbiosis yang saling menguntungkan. Pada tanaman padi dimana itik mampu memberikan najis sebagai baja, ia juga makan memakan rumpai dalam sawah (itek tidak makan tanaman padi) dan juga menjadi predator untuk memakan Siput Gondang Emas (SGE) sama ada telurnya atau siput dewasa. Ancaman SGE di kawasan sawah padi merupakan satu ancaman serius di Malaysia dan beberapa negara lain. Kajian mendapati jika pemeliharaan itik disawah mampu menjimatkan kos makanan menternak itek sehingga 50% bila itek disawah akan memakan serangga, rumput, siput SGE dan sebagainya dengan bebas. Bagi pebulis blog dengan adanya sistem pertanian bersepadu diatara padi dengan itik ini maka ia akan membantu sistem pertanian lestari dimana sistem pertanian ini ia mampu mengurangkan kosdan juga mampu menjaga keseimbangan ekosistem.
Merujuk beberapa artikel dan youtube dimana kaedah penternakan itik di sawah padi mampu mendatangkan kesan ekonomi yang positif kepada pesawah. Dilaporkan dimana model ini boleh ia beroperasi dengan jayanya di negara seperti China dan beberapa negara lain yang amalkannya. Penternakan itik di sawah padi adalah satu model pertanian bersepadu yang terbukti berjaya di negara seperti China, Jepun, Vietnam dan Thailand. Model ini berfungsi berdasarkan konsep simbiosis antara itik dan sawah padi atau di mana kedua-duanya saling menguntungkan. Dari segi kajian dan sains dimana ada beberapa perkara bagaimana teknologi ini beroperasi dengan jayanya di negara-negara tersebut. Pertama di laorkan jika peranan Itik dalam Sawah Padi dalam Konsep Pengawalan Perosak jelas signifikan. Haiwan itik akan memakan serangga perosak seperti belalang, siput gondang emas (SGE) dan juga larva serangga yang boleh merosakkan padi. Faktur kedua dimana Tambahan Baja Organik Semula Jadi apabila banyak najis itik dilepaskan kemudian ia bertindak sebagai sejenis baja organik yang memperkayakan tanah dengan nutrien yang ada didalamnya. Faktur ketiga dimana akab berlaku apa yang dikatakan Pengurangan Rumput Liar disawah sebab bila terjadi pergerakan itik di sawah maka ia membantu megawal semua jenis rumpai secara semula jadi dengan memakannya tanpa perlu menggunakan racun kimia untuk kawl rumpai. Ke empat dimana itek ini akan mampu untuk Menggemburkan Tanah sebab ia akan aktif mengais tanah dengan kaki mereka dan kemudian ia akan membantu meningkatkan sistem pengudaraan tanah dan ini akan merangsang pertumbuhan padi. Apa pus faktur terhebat apabila kajian mendapati aspek keuntungan ekonomi untuk pesawah dengan Mengurangkan Kos Input. Ia berlaku apabila pesawah tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli racun serangga, baja kimia, dan racun rumpai. Keenam adalah teknologi ini di laporkan memberikan Pendapatan Tambahan kepada pessawah dimana selain hasil padi dimana pesawah akan boleh menjual itik sebagai itik pedaging dan telur itek di hasilkan diman aia memberi sumber pendapatan berganda. Ke tujuh faedahnya adalah ia akan berikan kes Kualiti Padi yang Lebih Baik iaitu jenis lebih organik apabila ia di tanam tanpa bahan kimia. Ini menjadikan kualiti padi yang dihasilkan lebih organik dan boleh dijual pada harga premium dimana zaman ini dilaporkan iaitu Permintaan Pasaran Produk Organik adalah lebih Tinggi sama ada dari aspek beras organik atau itek organik semanikn mendapat kadar permintaan tinggi di pasaran domestik dan peringkat antarabangsa. Sudah ada kajian dimana penggunaan bahan input kimia mempengaruhi tahap kesihatan pengguna terutama kes-kes seperti masaalah kejadian kanser.
Menarik di kongsikan artikel bertajuk 'Menggunakan sistem Integrated Rice-Duck Farming (IRDF)' untuk dapat ia di kongsikan. Dilaporkan sistem ini yang diperkenalkan di China iaitu sejak zaman purba dibeberapa wilayah seperti dalam Guangxi dan Hunan telah menjadikannya sebagai sebahagian daripada dasar pertanian lestari. Dalam pada itu di Jepun pula dimana ia dilaporkan cara menggunakan pendekatan Aigamo Method iaitu jenis baka itik khas (Aigamo) dilepaskan di sawah dalam konsep yang sama dan hasilnya, petani berjaya meningkatkan produktiviti padi dan mendapat daging itik berkualiti tinggi. Dari negara jiran Malaysia iaitu di negara Vietnam dan Thailand dimana dilaporkan sudah ramai petani menggunakan sistem ini secara meluas bagi mengurangkan penggunaan bahan kimia dan meningkatkan daya saing beras organik mereka di pasaran antarabangsa. Di negara-negara tersebut dimana ramai petani diberikan pengetahuan mengenai cara terbaik untuk mengurus itik dan sawah secara bersepadu. Apa pun memang peranan dan sokongan kerajaan amat penting didalam melaksanakan konsep ini dengan memberikan beberapa subsidi dan insentif diberikan kepada petani yang mengamalkan sistem pertanian lestari. Dilaporkan di negara tersebut dimana di pastikan wujud pasaran yang stabil iaitu terutamanya untuk beras organik serta produk itik seperti daging dan telur organik. Terkini di negara-negara tersebut sudah ada pembangunan teknologi dengan sara penggunaan sistem Internet of Things (IoT) dan sensor pintar dalam usaha pemantauan itik dan sawah yang membantu meningkatkan keberkesanan model ini. DI Malaysia konsep ini masih kurang popular dan kurang di jalankan mungkin disebabkan faktur kurangnya promosi dan keberaniak kalangan pesawah serta kurabgnya galakkan dari kerajaan. Bagi penulis blog dimana model penternakan itik di sawah padi terbukti amat berjaya di banyak negara kerana ia menawarkan pendekatan ekologi yang mampan, kos yang lebih rendah, dan pendapatan yang lebih tinggi kepada pesawah. Jika diadaptasi dengan baik, ia boleh menjadi satu strategi yang berkesan bagi meningkatkan hasil padi dan ekonomi pesawah di negara lain termasuk Malaysia.
Menarik di kongsikan laporan dari Wuhan, China dimana 'Pusat teknologi China pupuk inovasi pertanian' untuk di kongsikan. Dilaporkan seorang pelajar bernama Du yang mengambil jurusan penanaman tanaman dan sistem pertanian dilihat dia sibuk menanam padi dan menternak itik di stesen sains dan teknologi padi ratun di Bandar Guohe kira-kira 150 kilometer dari universitinya. Dia tidak pernah melihat padi atau itik secara langsung sebelumnya dalam memulakan pengajian pasca siswazahnya. Dia anak petani yang dibesarkan di kawasan pergunungan di wilayah Gansu di barat laut China iaitu satu lokasi di mana bijirin sorghum adalah tanaman utama. Kini dia boleh membezakan jenis beras berdasarkan rasa dan menternak ribuan itik pada masa yang sama dimana dia berada bersama ribuan itik yang najisnya berfungsi iaitu ia sebagai nutrien semula jadi untuk tanaman. Pelajar berusia 28 tahun itu menghabiskan lebih 300 hari setahun di stesen sains dan teknologi itu untuk meneroka sistem penanaman padi ratun dan itik serta teknik pertanian yang boleh meningkatkan hasil tanaman dengan kesan alam sekitar yang minimum. Dia yang berada jauh dari kehidupan bandar yang sibuk dalam beberapa tahun kebelakangan ini akan tetapi berfikir ianya memang lebih berbaloi apabila kajiannnya telah membantu meningkatkan pendapatan tahunan petani tempatan sebanyak lebih AS$6,270 bagi setiap hektar sambil dapat mengurangkan penggunaan racun perosak dan baja. Sistem penanaman padi bersama itek itu mempengaruhi produktiviti tanaman dan ia ada pelepasan gas rumah hijau telah diterbitkan dalam European Journal of Agronomy dan ini juga membolehkan pengetahuannya memberi manfaat kepada petani di seluruh dunia. Dilaporkan distesen sains dan teknologi tempat Du bekerja telah ditubuhkan 10 tahun lalu oleh seorang bekas tentera. Kini ia telah berkembang menjadi jambatan yang menghubungkan pelajar agronomi yang memerlukan banyak penyelidikan lapangan dan petani yang tidak mempunyai akses kepada teknologi canggih. Ada terdapat lebih daripada 1,000 pusat sains dan teknologi luar bandar seumpama itu di seluruh China, menyumbang kepada percambahan teknologi pertanian dan membantu dalam usaha membasmi kemiskinan. DIlaporkan jumlah pengeluaran bijirin China mencatat rekod baharu sebanyak 687 juta tan pada 2022 dan kekal melebihi 650 juta tan selama lapan tahun berturut-turut seperti di laporkan pihak Bio Statistik Kebangsaan. Limpahan hasil pertanian yang berterusan telah menyerlahkan peranan promosi teknologi sains pertanian dalam meningkatkan hasil bijirin, yang mungkin mencecah 694 juta tan pada 2023. Apa pun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pusat teknologi akar umbi telah bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan dan institut penyelidikan untuk mengurangkan masa yang diperlukan untuk teknologi pertanian menjadi hasil yang produktif. Penyelidik pertanian mesti lulus ujian tanah dimana hanya di ladang semua boleh mengenal pasti masalah mendesak yang dihadapi sektor pertanian dan mencari penyelesaiannya. Bagi Du yang dijangka akan menamatkan pengajian dalam masa setahun dimana rakan pelajar juniornya telah datang ke stesen sains di kawasan luar bandar China telah lama mengalami masalah ‘brain drain’ di mana orang muda berhijrah ke bandar yang lebih besar, tetapi pusat teknologi akar umbi telah menyuntik kehidupan baharu ke luar bandar, membantu meningkatkan kadar sumbangan kemajuan teknologi sains pertanian negara daripada 54.5 peratus pada 2012 kepada 61.5 peratus pada 2021.
Dalam laporan lain di nyatakan jika 'Ekosistem padi-ikan-itek tersenarai di UNESCO memberi manafaat kepada petani di Guizhou' menarik di kongsikan juga. DIlaporkan didaerah Congjiang, Wilayah Guizhou di barat daya China iaitu lokasi yang menempatkan banyak kumpulan etnik, mewarisi satu pertanian tradisional Cina kuno dan mempesonakan dimana kawasan pertannian ini terbentang luas di lereng-lereng gunung yang diukir menjadi bendang sawah di mana padi, ikan dan itik membiak dan tumbuh subur di dalam kewujudan bersama. Kejayaan pertanian yang mana amat mengagumkan itu untuk menanam padi satu musim, memelihara sekumpulan ikan dan menternak sekumpulan itik di dalam sawah padi yang sama telah diwarisi selama beribu-ribu tahun di Congjiang. Ekosistem padi-ikan-itik di daerah itu telah disenaraikan sebagai satu projek perintis untuk tujuan perlindungan Sistem Warisan Pertanian Penting Global (GIAHS) pada tahun 2011 dan menjadi kumpulan pertama bagi warisan kebudayaan pertanian penting di China pada tahun 2013. Kini dengan permulaan musim solar tradisional Hujan Bijirin China, atau Guyu dimana aktiviti pertanian akan bermula dengan pesat di sawah bendang berteres. Petani meletakkan anak benih padi ke dalam sawah, dan pada masa yang sama, menempatkan anak-anak ikan. Apabila anak ikan itu membesar selebar dua hingga tiga jari, anak-anak itik yang baharu menetas juga akan dimasukkan ke dalam sawah bendang itu. Sawah padi itu menyediakan makanan semula jadi bagi ikan dan itik, dan ikan dan itik itu menghapuskan perosak dan rumpai dari sawah bendang itu, sekali gus mengurangkan penggunaan racun perosak dan racun herba. Najis ikan dan itik menyediakan baja organik semulajadi untuk padi. Padi, ikan dan itik dituai dari satu sawah pada masa yang sama. Kini daerah itu telah menggunakan sepenuhnya ekosistem padi-ikan-itik itu, melindungi warisan kebudayaan pertanian dan membantu penduduk tempatan membasmi kemiskinan dan pada masa yang sama mencapai penggiatan semula luar bandar. Dalam persidangan ke-15 bagi Pihak Berkepentingan kepada Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Kepelbagaian Biologi yang diadakan di Kanada pada Disember 2022, ekosistem padi-ikan-itik di Daerah Congjiang telah menunjukkan kepada dunia mengenai kebijaksanaan nenek moyang mereka mengenai pengalaman pertanian dan pemuliharaan kepelbagaian biologi bagi penduduk tempatan untuk beribu-ribu tahun. Pada tahun 2023, ekosistem padi-ikan-itik di Congjiang telah dikumpul dan diiktiraf di atas kecemerlangannya semasa panggilan keempat bagi Pencarian Global mengenai bagaimana Amalan Terbaik Pengurangan Kemiskinan. Daerah Congjiang mempunyai Kam Rice of China, sejenis beras istimewa yang telah ditanam untuk makanan selama beribu-ribu tahun oleh orang Dong tempatan di Guizhou. Dengan kumpulan etnik menyumbang 90 peratus daripada penduduknya, daerah itu adalah tempat kepada budaya etnik yang kaya dan berwarna-warni dan terkenal sebagai taman gen kebudayaan ekologi negara. Kini dengan memasuki perkampungan pergunungan di daerah itu, kediaman tradisional, menara dram dan bangsal purba kelihatan berselerak. Semasa musim menuai pada musim luruh, barisan padi emas yang tergantung di kampung-kampung, membentuk semula satu landskap yang indah. Semuga artikel kali ini memberikan maklumat rujukkan dan bacaan berguna kepada semua pembaca blog ani agro technology kali ini. Wasallam!!...
DI LEPASKAN ITEK... IA AMAT BERGUNA...
PEROSAK DI MAKAN... ITEK GEMBIRA...
TAMBAH PENDAPATAN...PESAWAH SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(23 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.