Support My Blog

Monday, August 4, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 3)

KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan atau keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Kecoh dalam media tempatan mengenai kehadiran kerang di Terengganu dimana dilaporkan 'Elak makan kerang terdampar di pantai Sura' menjadi viral. Orang ramai mengambil peluang mengutip kerang yang terdampar di pesisir Pantai Sura, Dungun dan kemudian orang ramai dinasihatkan supaya elakkan daripada makan kerang yang dikutip di Pantai Sura, Dungun bagi memastikan tiada kandungan toksin yang membahayakan susulan fenomena kerang naik ke pesisir pantai akibat ombak besar melanda di kawasan tersebut. Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat dimana pihaknya sudah mengambil sampel kerang tersebut untuk dianalisis di makmal di Kuantan, Pahang bagi memastikan tiada wujudnya biotoksin berbahaya. Berdasarkan data-data sebelum ini tiada kes bahaya libatkan kandungan kerang yang mengandungi toksin berbahaya namun didapati kerang itu mengandungi kandungan bakteria agak tinggi. Jadi kerang itu perlu dimasak dan direbus sebelum ia selamat dimakan. Dilaporkan pada kali ini, sampel sudah diambil dan akan dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan kerang itu tidak mengandungi kandungan toksin berbahaya. Memberitahu dimana selagi keputusan analisis kerang belum diperoleh maka orang ramai dinasihatkan untuk hindari makan kerang tersebut bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku termasuk kes keracunan. Sebelum ini, tular di media sosial mengenai video menunjukkan kelihatan ramai dan para pengunjung mengumpul kerang-kerang yang terdampar di atas pasir. Pantai tersebut meriah dipenuhi orang ramai terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak dengan cara menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut yang melimpah. Mengulas lanjut pihak JAbatan Perikanan beritahu berlaku fenomena Monsun Timur Laut (MTL) dan ombak besar yang melanda kawasan pantai di Terengganu terutama Pantai Sura menyebabkan banyak kerang-kerangan terdampar di kawasan tersebut. Masih tidak mengelak kemungkinan fenomena tersebut menyebabkan kerang yang berada di kawasan lautan naik ke pantai. Apa pun dengan keadaan cuaca di mana berlaku ombak besar ketika ini, hidupan laut itu akan naik ke pesisir pantai dan mungkin apabila cuaca sudah kembali reda, fenomena sedemikian tidak akan berlaku lagi.


Sebelumnya portal sama laporkan jika 'Bakteria pada sampel kerang terdampar di Pantai Sura lebihi piawaian' dimana hasil analisa terhadap sampel kerang yang terdampar di Pantai Sura di Dungun menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) melebihi piawaian yang ditetapkan. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata. berdasarkan analisis Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang, sampel kerang yang diambil pada Rabu lepas mengandungi Fecal coliform melebihi 300 MPN/100g dan E. coli melebihi 230 MPN/100g. Kesimpulannya hasil dari keputusan analisis makmal terhadap kerang hanyut ke daratan pada tahun 2014, 2016, 2019, 2021 dan terkini (2025) menunjukkan tahap bakteria berkenaan dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori ini diklasifikasikan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan. Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip, dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria. Isu pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah. DOF juga menyarankan orang ramai supaya sentiasa mempraktikkan langkah-langkah kebersihan semasa memproses makanan laut bagi memastikan aspek keselamatan makanan terjamin. Langkah berjaga-jaga ini adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan terjamin dan melindungi kesihatan pengguna. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu akan terus menjalankan pemantauan berkala terhadap keselamatan makanan laut dan menyediakan maklumat terkini kepada orang ramai. Apa pun sebelum ini DOF turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air di Pantai Sura, yang diambil pada hari sama. 


Dilaporkan dimana 'Orang ramai masih kutip kerang walaupun polis sudah keluarkan larangan' amat wajar disembangkan. Media paparkan foto bagaimana orang ramai masih mengutip kerang biarpun larangan berbuat demikian dikeluarkan pihak polis. Di Dungun dilihat dimana orang ramai terus mengambil peluang mengutip kerang biarpun polis sudah mengeluarkan arahan supaya menghentikan aktiviti itu. Apa pun jumlah kehadiran menurun berbanding kelmarin dan semalam dimana hasil tinjauan mendapati masih ramai yang terus melakukan aktiviti itu. Penduduk tempatan Mohd Zaki Abdullah (45) dakwa dia tidak mengetahui berkaitan larangan dikeluarkan polis. Menurutnya, dia datang ke pantai itu dan melihat orang ramai masih mengutip kerang yang banyak di sepanjang pantai. Semalam dia mengutip kira-kira lima kilogram kerang. Saya rebus kerang itu dan anak-anak seronok memakannya. Semasa dia lalu kawasan pantai ini ada melihat orang ramai masih berada di pantai maka dia pun turun mengutip dan dapat sekitar lima hingga enam kilogram. Menurut rakannya Ahmad Taufiq Ramzi (40) dakwa dia yang juga mendakwa tidak tahu dengan larangan itu turut mengutip kerang. Dia yang berasal dari Kijal, Kemaman dan sampai di sini, jam 11 pagi dan bila tengok masih banyak kerang sini, saya pun kutip. Dakwanya selain untuk makan dia turut menjual kerang ini pada harga RM10 sekilogram untuk tiga kilogram bagi tambah pendapatan. Pengunjung lain Laili Alimi, 47 pula memaklumkan ada mungkin larangan yang sudah dikeluarkan polis tidak disedarinya kerana jarang melayari media sosial. Harga kerang yang mahal di pasaran menyebabkan saya dan adik beradik lain mengutip kerang. Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir mengeluarkan larangan mengutip kerang di sepanjang pantai itu. Larangan itu dikeluarkan serta merta demi menjaga keselamatan orang ramai berikutan keadaan angin kencang dan ombak besar setinggi 4.4 meter.


Dilaporkan juga dimana 'Ombak besar, angin kencang, polis minta henti kutip kerang' berkait dengan kisah viral ini. Walau pun pihak polis meminta penduduk supaya menghentikan aktiviti mengutip kerang di sepanjang pesisir pantai dekat sini iaitu usaha bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Maizura Abdul Kadir berkata, tindakan yang dilakukan itu dikeluarkan berikutan keadaan ombak besar dan angin kencang yang sedang melanda ketika ini. Polis nyatakan tiupan angin kencang berkelajuan kira-kira 60 kilometer per jam disertai ombak setinggi 4.4 meter meletakkan pesisir pantai di daerah ini dalam berisiko tinggi. Apa pun perubahan cuaca yang tidak menentu juga boleh mendatangkan risiko kepada orang ramai dan pihak polis mengeluarkan arahan ini berkuat kuasa dengan serta merta. Polis memandang serius aktiviti ini dan arahan kepada orang ramai untuk memberhentikan aktiviti mengutip kerang juga bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Pihak polis akan terus menjalankan pemantauan dan berharap supaya orang ramai tidak menghampiri kawasan pantai. Apa pun tindakan undang-undang akan diambil sekiranya terdapat individu yang tidak mengendahkan arahan yang dikeluarkan ini. Beberapa media melaporkan orang ramai membanjiri Pantai Sura untuk mengutip kerang yang memenuhi pesisir pantai terbabit sejak petang semalam.


Penulis blog amat suka makanan kerang sama ada di rebus, di bakar, di stem atau di ambil sinya untuk di buat sambal. Bagaimana pun baru-baru ini berkunjung ke Restoren Makanan Laut di Melaka dan ujirasa Makanan Kerang Bakar Ala Parameswara yang enak. Kemudian balik rumah setelah mendapat resepi dimana ia mudah disediakan asalkan ada bahan yang mencukupi dan ilmu membuatnya. Apa pun diantara bahan-bahan diperlukan adalah 1 kg kerang yang dicuci bersih kulitnya, Aluminium foil atau daun pisang serta beberapa tangkai daun kesum. Bagi bahan kisar perlu disediakan 4 sudu besar cili kering yang telah dikisar atau cili boh, 2 biji buah keras, 6 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih, 2 batang serai, 2 hiris lengkuas dan juga 1 inci kunyit. Apa pun untuk memasaknya perlu di satukan semua bahan kisar (kecuali cili boh). yang perlu di tumis bersama cili hingga pecah minyak (seperti masak sambal). Kemudian di masukkan daun kesum, garam, gula dan aji secukup rasa dan boleh diketepikan. Apa pun seterusnya dimasukkan kerang ke dalam aluminium foil. Tuangkan sambal yang telah ditumiskan tadi. Perlu di bakar kerang untuk selama 5 minit dengan suhu 170 Celcius atau sehingga masak. Kerang ini juga boleh terus di masak dalam kuali dengan cara gaul kerang bersama perencah sambal ikan bakar dan resepi ini siap dan sedia untuk dinikmati. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA KERANG... DI MALAYSIA IA ADA....
KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
BANYAK ANCAMAN.... KEKADANG ADA BAKTERIA...
BANYAK KISAH....KONGSIKAN BERSAMA-SAMA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...