Penanaman Bayam di Malaysia iaitu sejenis sayur daun dari keluarga Amaranthaceae yang kaya dengan Vitamin A, Vitamin B , Vitamin C dan zat2 galian seperti zat besi (Fe), Posforan (P), Potassium (K), Mangganese (Mn) dan Zink (Zn). Bayam ditanam untuk tujuan peasaran domestik dan sebahagiannya untuk diekspot ke Singapura dan Brunei. Bayam adalan jenis sayuran daun singkat masa yang lazimnya ditanam diatas batas. Penanaman bayam secara komersil dari rekod ststistik Jabatan Pertanian mencecah seluas 6,831 hektar pada tahun 2024 dengan mengeluarkan hasil sebanyak 90.911 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Bagaimana pun tidak ada laporan khusus keluasan tanaman bayam merah di laporkan dimana kemungkinan keluasannya kurang dari 5% sahaja dari keseluruhan jenis bayam yang ditanam di Malaysia. Kawasan utama bagi penanaman bayam di Malaysia adalah di Negeri Johor (3,209 hektar) diikuti dengan Pahang (1,296) dan juga Perak (545 ha). Daerah Johor Bahru merupakan kawasan yang paling luas bertanam di Malaysia (iaitu meliputi hampir 50% keluasan Malaysia) dan diikuti dengan Daerah Kota Tinggi dan Daerah Muar. Terdapat dua jenis bayam yang poplular ditanam di Malaysia iaitu Bayam Hijau dan Bayam Merah. Bayam adalah tanaman yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil. Tanah gembur liat ringan dan berpasir yang kaya dengan bahan organik sesuai ditanam dengan bayam dengan pH antara 5.5 - 6.5 serta mempunyai saliran yang baik. Bayam perlukan batas tanaman dan lazimnya lebar batas lingkungan 120 cm, ketinggian batas 20-30 cm dan panjang ikut ukuran dan kesesuaian kawasan. Permintaan pasaran hampir 85% adalah untuj jenis sawi hijau yang ditanam oleh petani komersil. Bayam hijau lazimnya ditanam dalam masa 28 - 30 hari sebelum dituai dengan cara mencabutnya. Terdapat beberapa varieti bayam hijau yang popular ditanam di negara kita dimana selalunya benih adalah diimpot dari luar negara.
Bayam merupakan salah satu sayuran yang umum dikonsumsi masyarakat Indonesia. Bayam murah harganya dan merupakan sumber kalium yang baik. Ternyata selain bayam hijau dan bayam brazil itu ada jenis bayam merah. Ketahui manfaat bayam merah dan cara untuk memasaknya. Ada jenis bayam merah (Blitum rubrum) iaitu merupakan sayuran tropika yang boleh tumbuh sepanjang tahun dan selalu ia ditanam pada ketinggian 5 - 200 mdpl. Bayam merah jenis ini mempunyai warnanya yang khas dari pigmen semulajadi yang disebut 'Antosianin' iaitu ia adalah salah satu jenis flavonoid. Pada asasnya marfologi dan ciri bayam merah tidak jauh beza dengan jenis bayam hijau dimana khasiat bayam merah tidak jauh bezanya dengan bayam hijau malah ada extra lagi. Fakta asas kajian di makmal dimana setiap 100 gram bayam merah mempunyi nili permakanan iaitu tenaga 41 kcal. Protein (2.2g), Lemak (0.8 g), Karbohidrat (6,3 g), Serat (2,2 g)m, zat Kalsium (520 mg), Fosforus (80 mg), Zat besi (7 mg), Natrium (20 mg), Kalium (60 mg) dan Vitamin C (62 mg). Ada kajian mendapati jika terdapat beberapa manfaat bayam merah sudah terbukti untuk kesihatan. Pertamian baayam merah di laporkan ia akan Meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah dimana orang dengan penyakit anemia biasanya tidak memiliki kadar hemoglobin yang cukup dalam darahnya dan ini akibatnya pesakit ini lebih sering merasa lelah dan letih. Oleh itu di galakkan pesakit ini agar secara rutin mengambil bayam merah berkhasiat dalam meningkatkan kes kadar hemoglobin dalam darah. Hasil kajian kepada tikus cara beri minum air perahan bayam bayam merah cepat membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darahnya. bayam Merah juga dilaporkan Megawal kadar gula dalam darah. Cara mudah dengan pesakit diabetes secara rutin sebab ia dilaporkan mengandung kadar indeks glikemik yang rendah sehingga tidak menyebabkan lonjakan gula dalam darah dengan cepat dimana ini membantu mengawal gula dalam darah. Bayam merah memang Kaya Antioksidan dimana hasil kajian dari Journal of Functional Foods menunjukkan bahawa bayam merah khususnya bahagian batangnya dilihat ia mempunyai kandungan antioksidan flavonoid yang tinggi. Pengambilan bahan antioksidan diyakini dapat membantu melindungi dari kerosakan sel yang dapat meningkatkan isu risiko sakit jantung, masaalah pembuluh darah dan kanser. Bayam merah jufa mampu Meningkatkan sistem kekebalan atau Imuniti dimana setiap 100 gram bayam merah dilaporkan ia mengandung 62 miligram vitamin C. Zat vitamin C tersebut mampu mengatasi jangkitan atau infeksi dan mempercepatkan proses penyembuhan ketika sedang sakit. Vitamin C dapat mendorong pengeluaran sel darah putih seperti limfosit dan fagosit yang bertugas melawan jangkitan. Vitamin C juga akan membantu sel-sel ini bekerja lebih efektif dan melindungi dari kerosakan radikal bebas. Sebagai antioksidan dimana vitamin C dalam bayam merah juga melawan stres oksidatif yang mana ia merupakan faktor dalam perkembangan penyakit kronis seperti penyakit jantung dan kanser.
Khasiat bayam merah di kaji dimanaia adalah Sumber Protein Tumbuhan dimana protein memiliki fungsi dalam pengeluaran bahan enzim dan hormon untuk menjaga fungsi sel dan organ tubuh. Selain itu kajian dapati jika protein mempunyai manfaat dalam menjaga otot, tulang dan kulit. Usaha meningkatkan zat protein dapat dilakukan dengan makan bayam merah dimana setiap 100 gram bayam merah memiliki sebanyak 2.2 gram protein. Bayam merah termasuk mempunyai protin tumbuhan yang rendah lemak daripada daging merah iaitu lebih baik berbanding dengan prtin dari haiwan yang selalunya ia akan mengandungi kolesterol. Memakan bayam merah di laporkan ia akan Menyihatkan pembuluh darah dan jantung sesiapa yang mengamalkannya. Bahan Kalium (K) dalam bayam merah membantu mengeluarkan zat Natrium (Na) dari tubuh melalui air kencing atau urine sehingga ini akan dapat juga mengurangkan isu tekanan darah. Bahan Kalium dalam sayur bayam merah dapat mengendurkan pembuluh darah sehingga kesannya menjadi lebih rileks dan fleksibel. Bahan lain dalam sauyr bayam merah adalah ia kaya kalium yang juga penting bagi fungsi otot, termasuk otot jantung. Dengan kadar kalium yang cukup maka getaran otot jantung menjadi lebih stabil dan denyutan jantung lebih terjaga dan teratur. Sama dengan memakan kebanyakkan sayuran hijau lain di mana khasiat bayam merah ini akan Membantu Proses Pencernaan semua. Hebatnya bayam merah selanjutnya yaitu baik untuk bantu pencernaan sebab ada kandungan serat yang baik untuk meningkatkan pergerakan usus, mencegah sembelit, dan membantu fungsi usus yang sihat. Kajian menunjukkan jika bahan serat dalam bayam merah dapat berfungsi sebagai prebiotik atau mampu untuk memberikan makanan bagi bakteria baik didalam usus. Perkara ini akan menjaga akan tahap keseimbangan mikrob yang ada dalam usus yang sihat sehingga membantu sistem pencernaan dan kekebalan tubuh yang lebih baik. Bahan Folat atau vitamin B9 yang terkandung dalam bayam merah juga mendukung sistem saraf dan dapat membantu dalam proses metabolisme di usus. Akhir sekali kehebatan bayam merah berkait dengan kemampuannya untuk dapat Menjaga Kesihatan Mata dimana kandungan bahan karotenoid seperti Lutein didalam bayam merah juga ia bermanfaat melindungi mata dari kerosakan akibat tekanan oksidatif. Keadaan tekanan atau stress ini umumnya berpunya dari masaalah Katarak dan degenerasi makula terutama disebabkan peningkatan usia.
Penulis blog kongsikan beberapa petua terbaik bagaimana mengambil bayam merak agar lebih sihat dan berfaedah. Ini kerana jika cara menyediakannya tidak betul maka sebahagian zat yang terkandung didalamnya akan hilang atau tidakk berguna jika di makan. Sebaiknya cara memasak bayan adalah secara betul agar khasiatnya dapat di nikmati secara optima. Oertama dalam menyediakan makanan berasaskan bayam merah adalah perlu Menghindari menggunakan banyak minyak dan harus hati-hati ketika mengolahnya. Perlu dihindari menggunakan banyak minyak sebab tekstur sayuran bayam merah ini mirip seperti span (sponge). Ini disebabkan kajian mendapati jika sayur bayam selalu ia dapat menyerap sebahagian besar minyak. Kesannya kalau ingin sihat bila banyak minyak sayur ini akan mengumpulkan minyak yang menganggu kesihatan kalau tidak dimasak dengan betul. Apa pun sebaiknya sayur bayam merah hanya DIREBUS, DITUMIS atau MENGUKUSNYA sahaja. Semasa dam proses menyediakan makanan sayur dimana di galakkan agar dapat Mencampurkan bayam merah dengan jenis sayuran lain. Ini akan membolehkan pengambilan lebih beragam seperti di campur dengan kacang panjang, lobak merah, cili, taugeh dan sebagainya. Jika terlalu banyak ambil bayam merah ada kesan negatif seperti berlaku kes kekurangan sel darah putih dalam darag (Leukosit) disebabkan terlebih bahan hemoglobin dalam darah. Adalah di syorkan agar makan bayam merah tidak setiap hari dan sebaiknya seminggu dua kali atau satu kali. Penting semasa memasak bayam termasuk bayam merah agar Tidak memanaskan bayam dalam waktu lama dan dengan suhu tinggi. Ia akan menyebabkan bayam merah akan terlalu masak atau 'overcook' menyebabkan kehilangan banyak zat dan khasiatnya. Beberapa jenis zat didalam bayam merah seperti vitamin dan mineral didalam bayam merah memang tidak tahan dengan suhu panas dan kesannya ia akan hilang terus terkena panas yang tinggi dan lama dan rasanya juga berkurangan. Artikel ini diharap dapat berikan maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI TANAM...IA SAMA CARANYA...
SANGAT BERKHASIAT...TINGGI ZATNYA...
SEMINGGU SEKALI... CARA MAKANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.