KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain. Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan atau keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.
Memang tidak terkejut dengan laporan media bertajuk 'Sungai Juru tercemar, ternakan kerang terjejas' yang menarik kisahnya disembangkan. Kali pertama penulis blog tinjau projek ternakan kerang di Juru, Pulau Pinang adalah sekitar tahun 1989 dimana kerang dan kualiti airnya sangat bersuh dan segar. Bagaimana pun terkini di laporkan berlaku perubahan ketara aliran air sungai dan peningkatan rumpai air menyebabkan kerang lebih mudah mati sebelum mencapai tempoh matang. Dilaporkan nelayan Kampung Kuala Juru, Pulau Pinang kini tersepit apabila kawasan ternakan kerang yang diusahakan sejak lebih dua dekad lalu terjejas teruk akibat lambakan rumpai air jenis keladi bunting yang memenuhi permukaan Sungai Juru sejak beberapa bulan lalu. Bagi mereka kes kemunculan pokok kemeling itu bukan sekadar gangguan biasa, malah menjadi mimpi ngeri yang mengancam hasil laut, merosakkan bot dan menyekat laluan sungai, sekali gus memusnahkan sumber rezeki yang menjadi nadi kehidupan penduduk setempat. Nelayan turut berdepan dengan pencemaran sungai yang dipenuhi sampah sarap, khususnya sisa plastik, yang turut memberi kesan kepada kualiti air dan ekosistem sungai. Projek ternakan kerang seluas 8.9 hektar yang menjadi sumber rezeki utama nelayan di Kampung Kuala Juru kini berdepan ancaman serius akibat lambakan rumpai air jenis keladi bunting atau pokok kemeling yang memenuhi permukaan Sungai Juru sejak beberapa bulan lalu. Lambakan rumpai tersebut bukan sahaja mencemarkan pemandangan dan menjejaskan ekosistem sungai, malah mengganggu pertumbuhan benih kerang yang memerlukan air bersih untuk hidup dan membesar secara sihat. Keadaan itu bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana kawasan ternakan kerang berkenaan, yang diusahakan oleh Persatuan Nelayan Kampung Kuala Juru sejak lebih dua dekad lalu, menjana pendapatan sehingga RM150,000 sebulan kepada komuniti nelayan di kawasan tersebut. Menurut ketua Nelayan Kampung Kuala Juru, Wahid Othman, 57, berkata, perubahan ketara aliran air sungai dan peningkatan rumpai air menyebabkan kerang lebih mudah mati sebelum mencapai tempoh matang. Mereka menternak kerang ini dalam masa setahun, barulah boleh dituai dan dijual. Tetapi sejak beberapa bulan lalu, kami terpaksa tukar kawasan ternakan disebabkan pokok kemeling yang sangat banyak. Merka juga risau akan kandungan ammonia dalam air makin tinggi dan boleh menyebabkan kerang mati sebelum matang. Kawasan tebing dan hilir sungai yang dahulunya sesuai untuk ternakan kini dilitupi sepenuhnya oleh tumbuhan air itu dimana sekali gus menyukarkan kerja pemantauan dan pembersihan kawasan ternakan. Selain menjejaskan kerang, kehadiran pokok kemeling juga menimbulkan masalah kepada operasi harian nelayan. Bot tersangkut, jaring koyak dan enjin rosak menjadi keluhan biasa sejak beberapa minggu kebelakangan ini. Apa pun situasi ini semakin membimbangkan kerana laluan keluar masuk bot turut terjejas, terutama ketika air surut. Sungai ini bila air surut jadi sempit, bila ada pokok kemeling yang banyak, bot nelayan tersangkut. Tangkol, pukat semua rosak. Kalau enjin tersangkut, boleh rosak dan kena baiki, semua itu kos imana kebanyakan nelayan bergantung sepenuhnya kepada hasil kerang sebagai sumber pendapatan utama dan jika masalah itu dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan kerugian besar dan kehilangan hasil usaha selama setahun. Isu pencemaran sungai itu bukan sahaja berpunca daripada rumpai air, malah turut disebabkan sisa buangan plastik dari Sungai Rambai yang kemudian mengalir ke Sungai Juru dan seterusnya ke laut berhampiran. Apa pun masalah ini bukan perkara baharu. Aduan telah dibuat kepada pihak berwajib, namun sehingga kini tiada tindakan berkesan diambil. Nelayan juga kecewa kerana aduan yang dibuat selama ini tidak dipandang serius walaupun impaknya besar kepada pendapatan kami. Keadaan ini dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya tiada tindakan segera diambil. Nelayan bimbang kerang yang diternak akan mati sekiranya sisa plastik dan rumpai terus mendap di kawasan ternakan. Ini bukan sahaja menyebabkan kerugian besar, malah menjejaskan keseluruhan industri ternakan kerang mereka. Pokok kemeling berpotensi mencetuskan pelbagai masalah lain kepada alam sekitar termasuk mengubah komposisi oksigen dalam air, menyekat cahaya matahari dan menyebabkan pertumbuhan bakteria berbahaya.
Nelayan di sini merayu pihak berkuasa bersihkan sungai agar pencemaran tidak menganggu penghasilan kerang. Salah seorang nelayan bernama Mohd Hilmi Ibrahim (30) dakwa pihaknya menggesa beberapa agensi berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Perikanan dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) segera turun padang dan menyelaraskan tindakan pengurusan rumpai air yang semakin merebak di Sungai Juru. Isu sisa buangan plastik dari Sungai Rambai yang kemudian mengalir ke Sungai Juru dan terus ke laut berhampiran merosakkan lagi habitat penternakan kerang (Sila lihat foto disebelah). Nelayan tidak minta banyak, cuma mohon pihak berkaitan bantu bersihkan sungai dan atasi masalah ini sebelum lebih banyak kerang mati. Kalau tunggu lagi, mungkin semuanya sudah terlambat. Nelayan juga mahu pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan turun padang melihat sendiri kesan pencemaran berkenaan dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjadi punca. Apa pun dakwa wahid dimana tindakan undang-undang yang tegas perlu diambil terhadap pihak yang terbukti menjadi kepada penyumbang pencemaran ini. Pihak JAS dan MBSP pula perlu menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan isu ini tidak berulang. Kalangan nelayan juga berharap kerajaan mempertimbangkan bantuan atau pampasan kepada nelayan dan penternak kerang yang terjejas teruk akibat pencemaran ini.
Isu di Terengganu terus viral dengan laporaan 'Bakteria, E.coli tinggi pada kerang terdampar di Pantai Sura' terus menjadi perbualan ramai. Kerang yang terdampar berikutan fenomena ombak besar dikutip oleh penduduk setempat. Hasil analisis awal terhadap kerang terdampar di Pantai Sura di Dungun mendapati tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dalam sampel air. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dakwa pihaknya menasihatkan orang ramai supaya memasak kerang itu dengan sempurna terlebih dahulu sebelum dimakan berikutan berdasarkan analisis makmal sebelum ini menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E.coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian ditetapkan. Berdasarkan kajian pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 2014, 2016, 2019 dan 2021, analisis makmal menunjukkan tahap bakteria Fecal coliform dan Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori itu diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan pemasakan sempurna sebelum dimakan. Kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus, yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu. Sudah tular di media sosial mengenai video menunjukkan kelihatan ramai pengunjung mengumpul kerang-kerang yang terdampar di atas pasir. Pantai tersebut meriah dipenuhi orang ramai terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut yang melimpah. jabatan Perikanan telah mengambil sampel air dan kerang untuk memastikan keselamatan pengguna. Hasil analisa dimana bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan dimana keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga hari lagi. Isu dan fenomena kerang dihanyutkan ke darat akibat ombak kuat ini telah beberapa kali dilaporkan termasuk pada tahun-tahun sebelum ini. Kajian menyeluruh oleh Jabatan Perikanan membuktikan keperluan pematuhan kepada amalan keselamatan makanan.khususnya memastikan semua kerang dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. Pihaknya menasihatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan makanan.
Kajian mendapati 'Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT' berkaitan dengan isu ini. DI Terengganu diman aisu dan fenomena kerang terdampar di pantai Terengganu yang tular baru-baru ini bukan suatu petanda bencana, malah ia selamat dimakan. Menurut Pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Roslizawati Ab Lah menjelaskan bahawa setiap kali musim Monsun Timur Laut tiba, kejadian angin kencang, ombak besar, serta struktur pantai tertentu sering menjadi punca banyak kerang terdampar di pesisir pantai. Meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan. Proses kerang terdampar ini berkait rapat dengan struktur geografi pantai, kekuatan ombak, serta arah dan kelajuan tiupan angin semasa musim Monsun Timur Laut. Berlaku tiupan angin yang kuat dan pergerakan ombak besar membawa kerang-kerang ini ke pesisir pantai. Biasanya, kerang ini masih dalam keadaan baik dan boleh dimakan dengan selamat. Dakwa Dr. Roslizawati mengingatkan bahawa beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh penggemar makanan laut yang ingin mengambil peluang mengutip kerang tersebut. Kerang yang terkumpul di pantai berkemungkinan terdedah kepada bakteria atau pencemaran air. Oleh itu, penting untuk memastikan ia dibersihkan dengan betul sebelum dimasak dan menambah bahawa fenomena ini menunjukkan kepentingan ekosistem lautan dan pesisir pantai dalam mengekalkan keseimbangan alam. Jabatan Perikanan sebelumnya dakwa hasil analisis makmal mengklasifikasikan kerang berkenaan sebagai Kelas B dan C, di bawah piawaian Program Sanitasi Kerang-Kerangan Kebangsaan (NSSP), yang perlu dimasak sempurna sebelum dimakan. Adalah dinasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip, dimasak sepenuhnya sebelum dimakan bagi mengurangkan risiko pencemaran bakteria selain menasihatkan pengambilan kerang mentah harus dielakkan terutama bagi individu dengan sistem imun yang lemah. Kalau sebelum ini, tular di media sosial aktiviti orang ramai menggunakan pelbagai cara seperti pukat ikan dan baldi untuk mengumpul hasil laut itu yang melimpah setelah terdampar di atas pasir di Pantai Sura, Dungun.
Berlainan pula kisah kerang di Selangor dimana 'Taktik pencuri kerang terbongkar' sesuai di kongsikan kisahnya. Dari Sabak Bernam di laporkan dengan bersembunyi pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kerang antara taktik dikesan menerusi operasi bersepadu dijalankan Jabatan Perikanan Selangor di sebuah jeti perkampungan nelayan, Apa pun jenis peralatan terdiri daripada kor bergalah atau tangguk tangan serta pelbagai alatan lain dijumpai disembunyikan di stor jeti ketika pemeriksaan menerusi Op Hurricane Bersepadu bermula jam 8 pagi dan berakhir kira-kira jam 5 petang itu. Situasi tenang ketika awal operasi bertukar sedikit tegang apabila lokasi serbuan didatangi beberapa individu yang cuba mempersoalkan tindakan pihak berkuasa terlibat. Terdapat peralatan yang disembunyikan di celah-celah jeti bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Apa pun situasi kembali terkawal setelah penerangan diberikan kepada individu terlibat berkaitan kesalahan pemilikan peralatan berkenaan. Operasi secara bersepadu ini dijalankan melibatkan pihaknya bersama Jabatan Perikanan Malaysia Perak, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor. Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, operasi dijalankan berdasarkan risikan yang mendapati terdapat jeti dipercayai mendaratkan benih-benih kerang yang dicuri. Terdapat ruangan serta binaan di beberapa jeti terlibat dijadikan tempat penyimpanan alat-alat dipercayai digunakan untuk kegiatan pencurian kerang. Rampasan menerusi operasi bersepadu yang dijalankan ini melibatkan tujuh kor bergalah, 63 tangguk tangan halus dan 35 tangguk besi bernilai RM39,000. Turut dirampas adalah lapan set rawa sorong yang bernilai RM20,000 dan 12 unit bubu naga bernilai RM720," katanya kepada Sinar Harian selepas operasi berkenaan pada Jumaat. Apa pun tindakan diambil di bawah Seksyen 4 (1) Akta Perikanan 1985 Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan Kultur Kerang) 2002. Antara peralatan dipercayai digunakan untuk menangguk kerang secara haram dirampas menerusi serbuan dijalankan pada Jumaat. Sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, Kerjasama orang ramai amat digalakkan dalam melaporkan sebarang kegiatan pencurian kerang di negeri ini. Aduan daripada orang ramai amat dialukan berkenaan aktiviti-aktiviti yang menjejaskan sumber perikanan negara termasuk berkaitan aduan kecurian benih kerang. Anak serta benih kerang yang dikesan pihak berkuasa menerusi rampasan peralatan menangguk kerang ketika operasi pada Jumaat. Penglibatan komuniti dalam membanteras aktiviti ini juga amat digalakkan demi kelangsungan sumber perikanan dan menjamin sekuriti makanan. Ada terdapat peralatan disembunyikan dalam stor di jeti yang diserbu namun berjaya dikesan pihak berkuasa sebelum tindakan rampasan dijalankan. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...NAMANYA KERANG... DI MALAYSIA IA ADA....
KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
BANYAK ANCAMAN.... AWAS ADA BAKTERIA...
DITULIS ARTIKEL ....ADA BANYAK KISAHNYA
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.