Support My Blog

Wednesday, August 13, 2025

SEMBANG FAKTA LIMAU KASTURI (PART 1)

TANAMAN LIMAU KASTURI
atau BUAH LIMAU KASTURI memang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia dimana ia merupakan sejenis tanaman yang ada di tanam di kawasan rumah. Limau Kasturi (Citrus microcarpa) dari keluarga Rutaceae ada banyak jenisnya dan sentiasa berbuah sepanjang tahun jika di jaga dengan baik. Bagi penulis blog dimana limau kasturi yang juga dikenali sebagai 'Calamansi' adalah sejenis buah citrus kecil yang didakwa ia berasal dari Asia Tenggara. Ia terkenal dengan rasa masam manis dan aroma yang menyegarkan dimana ia sering digunakan dalam masakan dan minuman. Selain itu selalunya limau kasturi juga popular dalam produk penjagaan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain cirinya ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya dari negara Filipina dan Malaysia kini ia meluas di tanam. Bercirikan ia mempunyai saiz buah yang kecil, berbentuk bulat, berwarna hijau hingga kuning jingga apabila masak dan yang penting dimana ia berikan rasa masam manis dan aroma yang harum. Ada sesetengah jenis limau kasturi berkulit licin dan ada yang berkulit berbenjol juga. Dalam pada itu ia sangat selalu di gunakan dalam masakan dimana dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai hidangan khas termasuk semasa masakan ikan bakar, mee goreng dan di gun amembuat sambal termasuk sambal belacan. Bagi penulis blog paling suka mengambil limau kasturi untuk di jadikan produk minuman seperti di buat jus atau dicampur dalam minuman lain untuk rasa masam dan segar. Kini sudah banyak produk kordial limau kasturi di komersilkan yang boleh di beli di mana sahaja. Didakwa ia mampu didalam rawatan termasuk untuk penjagaan kuli semula jadi kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam aspek perubatan tradisional selalu dilihat limau kasturi digunakan untuk melegakan sakit tekak, batuk, dan masalah pernafasan lain. Limau ini sangat berkhasiat sebab ia mengandungi sumber vitamin C yang baik yang dapat membantu meningkatkan sistem imun. Ia juga di laporkan memang mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh. Limau kasturi berkhasiat dalam membantu dalam penghadaman dan mengurangkan masalah perut serta membantu mengawal paras gula dalam darah dan menurunkan kolesterol, menurut beberapa kajian. Aktiviti penanaman pokok limau kasturi diman tumbuhan ini adalah pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan ia mudah ditanam melalui biji benih atau keratan batang. Penting pastikan ia di tanam di kawasan yang mana panas sebab ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk pengeluaran buah yang optimum. Selain itu apa yang penulis blog pasti dimana limau kasturi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti limau calong, limau kiah, jeruk kasturi dan jeruk pekaran. Ia juga popular di kalangan masyarakat Melayu dan sering digunakan dalam pelbagai amalan petua tradisional untuk kesihatan. Bagi menanam limau kasturi perlu memilih lokasi yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi (6-8 jam sehari) dan tanah yang subur dengan saliran yang baik. Penjagaan rutin seperti penyiraman, pembajaan, dan pemangkasan juga penting untuk memastikan pokok limau kasturi tumbuh subur dan berbuah lebat. Limau kasturi memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses fotosintesis dan menghasilkan buah. Pilih kawasan yang taahnya jenis baik yang subur dan mempunyai saliran yang baik dan mengelakkan tanah yang bertakung air kerana boleh menyebabkan akar pokok reput. Aktiviti penyiraman secara berkala terutamanya semasa musim kemarau dan elakkan terlalu banyak menyiram kerana boleh menyebabkan akar reput. Pembajaan pokok limau kasturi perlu dilakukan dengan baja organik secara berkala untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Perlu juga di buat cantasan atau pemangkasan bagi membentuk pokok dan membuang dahan yang rosak atau mati. mengenai cuaca dimana semasa musim hujan hujan berlebihan ia akan berk kesan dan boleh mempengaruhi pembungaan pokok. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang fakta limau kastiru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Buah limau kasturi memiliki banyak manfaat atau khasiat bagi kesihatan asalkan ia buah segar dan tidak diambil secara berlebihan. Beberapa fakta yang menarik termasuk khasiatnya dalam ia meningkatkan sistem kekebalan tubuh, membantu pencernaan, menurunkan berat badan, dan mengurangi risiko penyakit jantung. Selain itu ada dakwaan jika limau kasturi juga dapat membantu mengawal parasa atau kadar gula dalam darah dan mengawal kadar kolesterol dan juga ia di laporkan mempunyai sifat antibakteria dan juga anti-inflamasi. Menarik penulis blog kongsikan fakta akan beberapa khasiat limau kasturi yang lebih jelas yang pertama limau ini memanhg ia Tinggi Kandungan Vitamin C yang mana zat ini adalah ia penting untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuhbadan dan membantu dalam melawan radikal bebas. Pastinya adalah memakan limau kasturi dilaporkan ia sangat Membantu Proses Pencernaan dimana jus limau kasturi dapat untuk membantu membersihkan sistem pencernaan dan memag ia meningkatkan metabolisme pengguna. Apa pun ramai percaya jika limau kasturi akan membantu didalam usaha Menurunkan Berat Badan sebab Asid Citrik didalamnya akan dapat membantu memecah lemak sehingga ia sangat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Agak kurang di percayai juga jika limau kasturi dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung apabila bahan antioksidan dalam limau kasturi dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol dalam  badan yang kesannya adalah ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Jus limau bali di dakwa ia akan membantu Mengawal Gula Dalam Darah dengan cawa mengatur pengeluaran bahan glukos dan insulin dalam darah dimana fungsi ini adalah amat bermanfaat bagi penderita atau pesakit kencing mania atau masaalah diabetes. Dalam pada itu kehebatan limau kasturi berkait dengan kebolehannya dalam Mengawal Paras Kolesterol dimana beberapakajian menunjukkan jika bahawa jus limau kasturi dapat membantu menurunkan kadar kolesterol. Limau ini juga ada ciri iaitu sama dengan beberapa jenis limau lain dimana ia juga bersifat  Antibakteria dan Anti-inflamasi dimana ini  dapat membantu melawan kejangkitan atau  infeksi dan isu peradangan. Siapa yang tidak suka kalau kulitnya cerah sebab memakan limau kasturi akan Mencerahkan Kulit apabila ekstrak limau kasturi dapat digunakan sebagai agen pemutih alami dan membantu memberikan antioksidan pada kulit. Paling suka adalah mereka yang ada masaalah bau badan dimana limau kasturi mampu Mencegah Bau Badan sebab sifat antibakteria limau kasturi dapat membantu membunuh bakteria yang jadi penyebab bau badan. Cili dan fakta selanjung menarik sebab limau kasturi akam Meningkatkan Penyerapan Zat Besi dimana kehadiran Vitamin C dalam limau kasturi dapat membantu meningkatkan penyerapan zat besi dari makanan. Bagi penulis blog mendapat tahu petua dimana limau kasturi dapat Membantu Mengatasi Masalah Mulut serta ia dapat membantu mencegah kerosakan gigi, isu gingivitis, kes pendarahan gusi dan menghilangkan plak. Apa pun pendek kata khasiat tentang limau kasturi masih banyak laigi terutama mampu menyedapkan makanan dengan rasa masam dan aromanya yang menyegarkan.


Menyentuh kepada tanaman limau di Malaysia, kini antara jenis limau yang luas ditanam adalah seperti Limau Bali (Citrus grandis), Limau Langkat (Citrus suhuensis) dan Limau Mandarin (Citrus recticulata) dan beberapa lagi. Varieti-varieti utama limau yang ditanam di Malaysia ialah limau jenis kupas (mandarin) dan jenis potong (sweet orange). Pada masa ini terdapat sekurang-kurangnya lima jenis limau mandarin yang biasa ditanam. Jenis limau yang biasa di tanam di dataran rendah ialah Limau Langkat. Limau Langkat dari jenis limau "Kwantung" dimana ia lebih digemari oleh masyarakat tempatan jika dibanding dengan limau mandarin jenis lain. Disamping itu penulis blog dapati jenis limau madu atau limau wangi sangat memenuhi citarasa pembeli dan didapati amat laris dalam pasaran. Ini kerana limau madu mempunyai buah yang bersaiz besar, rasa yang manis tidak berasid, kandungan jus yang tinggi dan tidak mempunyai serat dan hampas yang tinggi. bagaimana pun jenis Limau Madu (Citrus suhuiensis Hort. ex.Tan) kini berkembang dibeberapa lokasi (Sila rujuk tulisan saya - Sila klik disini). Bagi tanaman varieti limau Mandarin terdapat beberapa masalah yang sering dihadapi oleh petani tanaman limau madu iaitu serangan penyakit reput batang phythopthora, penyakit virus tristeza (CTV) dan penyakit 'greening' atau dikenali juga sebagai penyakit inai daun. Penyakit reput batang phythopthora dan penyakit virus tristeza dapat dikawal dengan adanya pokok penanti yang bersesuaian, akan tetapi penyakit 'greening' masih menjadi masalah besar kepada pengusaha tanaman limau madu yang juga merupakan satu faktor utama kurangnya minat petani dalam mengusahakan tanaman limau madu di negara kita Malaysia. Tanaman limau kasturi ada yang di tanam berskala komersial dan banyak menanam sendiri didalam pasu atau disekeliling rumah. Tinjauan penulis blog ke projek tanaman limau kasturi di Melaka secara komersil mendapati petani tersebut mamu bergantung hidup dengan tanaman ini (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya permintaan limau kasturi adalah tinggi sepanjang tahun walau pun harganya kadang-kadang tutun dan naik.


Dalam temubual dengan beberapa penanam komersial limau kasturi menyatakan jika tanaman ini memerlukan kos penjagaannya yang tidak tinggi berbanding dengan tanaman lain. Apa pun selalunya hasil hiliran buah limau kasturi boleh dipelbagaikan daripada seperti jus limau, pekasam, jeruk, herba, spa, wangian dan sebagainya bergantung kepada kreaviti selain daripada dijual segar. Penelitian menunjukkan petani yang menjual buah limau kasturi secara sendiri dan tidak melalui orang tengah hasil pendapatannya adalah amat menggalakkan sekali. Anggaran kos untuk aktiviti penanaman seekar limau kasturi mudah dikira dan sederhana rendah. Kos pembersihan tanah dan membajak kawasan sekitar RM800 seekar. Seterusnya kos benih untuk seekar limau kasturi dengan jarak penanaman 12x12 kaki sebanyak perlukan sebanyak 600 btg pokok. Jika kos benih sekitar RM3 sebatang maka jumlah kos beli benih adalah sebanyak RM1,800. Dikira seterusnya adalah kos tenaga kerja menanam dengan 2 orang pekerja selama 2 hari iaitu sekitar RM200 seekar. Kos untuk pembajaan sebanyak RM400 untuk keseluruhan dan kos bahan racun pula sekitar RM 480 untuk setahun. Jumlah kos tenaga kerja upahan bagi kerja membaja, menuai adalah sebanyak RM 12,000 setahun. Ini menjadikan keseluruhan kos untuk menanam limau kasturi sebanyak RM15,680 seekar. Sepokok dewasa limau kasturi akan mengeluarkan sekitar 5 - 7 kg sepokok sebulan. Jika 500 pokok berbuah maka anggaran hasil sebanyak 30,000 - 42,000 kg setahun. Harga ladang limau kasturi serendah RM0.80 - RM1.00 sekilogram. Ini akan menjadikan anggaran pendapatan kasar sekitar serendah RM 24,000 sehingga RM 30,000 seekar. Analisa diatas menunjukkan penanaman limau kasturi mungkin antara tanaman yang menguntungkan dengan jaminan pasaran yang ujud. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemua dan diharap ia menjadi baha rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!!...
LIMAU KASTUSI... CALAMANSI ITU SAMA....
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...