Support My Blog

Wednesday, August 20, 2025

FAKTA PENTING BAJA TULANG IKAN

BAJA TULANG IKAN
atau juga ia dikenali sebagai 'fish meal' aga kurang popular di kalangan petani di Malaysia. Apa pun di laporkan dimana baja tulang ikan ini adalah sejenis baja jenis organik yang diperbuat daripada tulang ikan yang mana ia kemudian dikisar halus untuk dijadikan baja. Bagi penulis blog yang terlibat dalam sektor pertanian lebih 35 tahun mendapati dimana baja ini merupakan sumber baja yang kaya dengan nutrien dan mineral penting untuk pertumbuhan tanaman apa lagi jika di gunakan untuk tanaman makanan dan ornamental. Selain itu banyak laporan kajian menunjukkan yang baja ini juga mengandungi bahan organik yang dilaporkan ia adalah sangat baik untuk meningkatkan dan membaiki struktur tanah. Banyak negara maju dalam sektor pertanian sudah lama ada menggunakan jenis baja tulang ikan komersial dalam bentuk pepejal (solid) atau dalam bentuk cecair (liquid) di kebun mereka. Penulis blog pernah berkunjung ke Jepun untuk melihat sendiri bagaimana baja tulang ikan ini diproses dan digunakan oleh petani di sana sebagai salah satu alternatif kepada penggunaan baja lain. Perlu tahu jika baja tulang ikan dimana bahan utama bagi baja tulang ikan diperbuat daripada tulang ikan yang telah dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk halus dan kemudian ada yang di tanbahnilai (enriched) dengan beberapa nutrien lain yang penting. Antara beberapa kelebihan baja ini dimana baja ini merupakan sumber nutrien yang kaya iaitu ia mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P) dan kalium (K) serta unsur surih yang diperlukan oleh kebanyakan jenis tanaman. Bagi penulis blog amat suka membeli dan menggunakan baja ini dimana ia termasuk dalam kategori baja 'Slow release fertilizer' dimana semua nutrien dalam baja ini dilepaskan secara perlahan-lahan dan ini akan memberikan sistem iaitu bekalan nutrien yang berterusan kepada tanaman dalam jangkamassa yang lama. Kehebatan baja ini juga dimana ia mampu untuk meningkatkan struktur tanah sebab ada bahan organik dalam baja tulang ikan yang membantu meningkatkan struktur tanah dimana ini akan menjadikannya lebih subur dan mudah menyerap air. Baja tulang ikan juga mampu untuk menggalakkan pertumbuhan akar dimana unsur Kalsium yang tinggi dalam baja tulang ikan adalah ia penting untuk proses pertumbuhan akar yang sihat dan kuat. Paling penting di laporkan jika baja ini akan mampu meningkatkan hasil tanaman sebab baja tulang ikan dapat membantu dala proses meningkatkan hasil tanaman secara keseluruhan. Apa pun perlu di ketahui jika cara penggunaan bagi baja tulang ikan boleh ditaburkan terus ke tanah di sekeliling tanaman. Ia juga boleh dicampurkan dengan air dan disiram pada tanaman. Asasnya dimana perlu tahu akan kadar penggunaannya yang bergantung pada jenis tanaman dan keperluan nutriennya. Dilaporkan jika ia sesuai untuk digunakan bagi pelbagai jenis tanaman termasuk tanaman hiasan, sayuran, herba dan juga tanaman buah-buahan. Sebagai salah satu alternatif organik dimana baja tulang ikan adalah alternatif yang baik untuk baja kimia, kerana ia adalah baja organik yang mesra alam. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai fakta penting akan baja tulang ikan untuk dijadikan sumber rujukkan pembaca semua.


Sebenarnya dalam kes ini baja ikan dikelaskan sebagai salah satu daripada jenis Baja Organik. Dari segi pemahaman umum, baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang telah mengalami proses pereputan (fermentation process) dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Penulis dapati diantara contoh baja organik asli termasuklah najis haiwan, kompos dari tumbuhan, kompos dari cacing, tanah gambut, rumpai laut, kumbahan sisa makanan dan guano. Sementara itu beberapa bahan galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasium dan batu kapur (GML) juga dianggap sebagai jenis baja organik. Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik. Baja Ikan merupakan diantara jenis baja organik yang sering dijadikan bahan asas sistem pembajaan bagi menghasilkan produk organik. Ramai orang bertanya tentang ikan Baja dan kaitannya dengan Baja Ikan. Apakah ikan Baja atau pun dalam bahasa biasa dipenggil sebagai 'trash fish' dalam sektor pertanian? Secara umumnya 'ikan baja' adalah jenis ikan terdiri daripada ikan kecil atau ikan besar yang tidak boleh dijual di pasar kerana sebab sebab tertentu. Ikan ini ditangkap bersama-sama ikan lain yang dimakan seperti ikan kembong, ikan tengiri, ikan bawal dan sebagainya didalam pukat. Ia akan diasingkan semasa memunggah ikan kedalam bot dalam kotak ikan yang berisi dengan air batu. Penulis semasa melawat kilang ikan baja di Endau, Mersing, Johor mendapati diantara yang tergolong sebagai ikan baja ialah ikan ikan kecil yang tertangkap dalam pukat jerut atau pukat tarik atau pukat temenung termasuklah ikan beliak mata, ikan kasai, ikan gelama, anak ikan tengiri dan ikan selangat. Daripada pemantauan di beberapa jeti dilaporkan dimana harga di jeti terus ke bot ialah antara RM0.90 - RM1.20 sekilogram. Lazimnya ikan-ikan ini akan menjadi rebutan diantara usahawan pembuat fish ball, penjual ikan kecil-kecilan dan penternak ikan dalam kolam atau ikan sangkar (cage culture). Ikan siakap dalam sangkar atau dalam kolam merupakan jenis ikan yang diberikan ikan baja sebagai sumber makanan selain daripada pellet makanan ikan. Didapati juga kualiti ikan ini juga berbeza-beza mengikut cara ikan di simpan oleh nelayan dan jenis pukat yang di gunakan. Ada ikan yang kecil, sederhana malahan ada ikan jenis besar tetapi tidak sesuai dimakan atau dijadikan lauk oleh manusia. Oleh itu ikan-ikan seperti ini akan dikelaskan sebagai 'ikan baja' oleh nelayan yang dijual dengan harga yang murah. Ikan ini mempunyai nilai tersendiri kerana apabila diproses menjadi baja ikan ianya berharga dan memberikan unsur yang amat dipertukan oleh tumbuhan.


Sebenarnya dalam kes ini baja ikan dikelaskan sebagai salah satu daripada jenis Baja Organik. Dari segi pemahaman umum, baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang telah mengalami proses pereputan (fermentation process) dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Penulis dapati diantara contoh baja organik asli termasuklah najis haiwan, kompos dari tumbuhan, kompos dari cacing, tanah gambut, rumpai laut, kumbahan sisa makanan dan guano. Sementara itu beberapa bahan galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasium dan batu kapur (GML) juga dianggap sebagai jenis baja organik. Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah, serbuk tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap sebagai baja organik. Baja Ikan merupakan diantara jenis baja organik yang sering dijadikan bahan asas sistem pembajaan bagi menghasilkan produk organik. Apa pun baja tulang ikan merupakan satu produk daripada laut yang sangat signifikan penggunaannya dalam menyuburkan tanaman. Ramai orang bertanya tentang ikan Baja dan kaitannya dengan Baja Ikan. Apakah ikan Baja atau pun dalam bahasa biasa dipenggil sebagai 'trash fish' dalam sektor pertanian? Secara umumnya 'ikan baja' adalah jenis ikan terdiri daripada ikan kecil atau ikan besar yang tidak boleh dijual di pasar kerana sebab sebab tertentu. Ikan ini ditangkap bersama-sama ikan lain yang dimakan seperti ikan kembong, ikan tengiri, ikan bawal dan sebagainya didalam pukat. Ia akan diasingkan semasa memunggah ikan kedalam bot dalam kotak ikan yang berisi dengan air batu. Penulis semasa melawat kilang ikan baja di Endau, Mersing, Johor mendapati diantara yang tergolong sebagai ikan baja ialah ikan ikan kecil yang tertangkap dalam pukat jerut atau pukat tarik atau pukat temenung termasuklah ikan beliak mata, ikan kasai, ikan gelama, anak ikan tengiri dan ikan selangat. Daripada pemantauan di beberapa jeti dilaporkan dimana harga di jeti terus ke bot ialah antara RM0.90 - RM1.20 sekilogram. Lazimnya ikan-ikan ini akan menjadi rebutan diantara usahawan pembuat fish ball, penjual ikan kecil-kecilan dan penternak ikan dalam kolam atau ikan sangkar (cage culture). Ikan siakap dalam sangkar atau dalam kolam merupakan jenis ikan yang diberikan ikan baja sebagai sumber makanan selain daripada pellet makanan ikan. Didapati juga kualiti ikan ini juga berbeza-beza mengikut cara ikan di simpan oleh nelayan dan jenis pukat yang di gunakan. Ada ikan yang kecil, sederhana malahan ada ikan jenis besar tetapi tidak sesuai dimakan atau dijadikan lauk oleh manusia. Oleh itu ikan-ikan seperti ini akan dikelaskan sebagai 'ikan baja' oleh nelayan yang dijual dengan harga yang murah. Ikan ini mempunyai nilai tersendiri kerana apabila diproses menjadi baja ikan ianya berharga dan memberikan unsur yang amat dipertukan oleh tumbuhan.

 
Salah satu produk baja ini termasuk Baja EMULSI BAJA IKAN (Fish Emulsion) atau mudahnya sebagai 'Pekatan ikan baja' merupakan jenis baja yang paling baik digunakan untuk tanaman. Ia merupakan baja penyelamat untuk pertanian keliling rumah dan boleh disediakan sendiri. Baja ini juga mudah dibeli dikedai-kedai pertanian malahan sering juga dijual di Hypermarket atau Kedai-kedai runcit biasa. Selain daripada mudah digunakan, baja emulsi ikan ini amat baik dan selamat digunakan kerana ia bukan jenis yang memberikan kesan toksik kepada hasil tanaman yang diusahakan dikawasan rumah. Lazimnya apa yang penulis lihat, baja emulsi ikan adalah lekat, berbau busuk dan berwarna kegelapan. Ia dijual dalam bentuk serbuk (powder) atau pun dalam bentuk cecair (liquid) tetapi pada penulis jenis cecair lebih mudah diguna dan kesannya yang lebih efektif. Semasa membuat bancuhan pekatan ikan baja sebaikny menggunakan air bersih dan elakkan daripada daun tanaman disiram dengan pekatan ikan baja. Pekatan ikan baja selalunya berbau busuk dan mendak sebaiknya ia digoncang dahulu botolnya sebelum dibancuh dengan air. Kadang kala kau tertumpah pekatan ini akan menyebabkan pakaian sama ada baju atau seluar berbau busuk. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology yang sudah berusia 18 tahu dengan lebih 41 juta pembaca. Wasallam!....
BAJA TULANG IKAN... APAKAH DIA....

SANGAT BAGUS...JIKA ADA DI GUNA...
IA BAJ A ORGAIK...TINGGI HASILNYA....
MEMBACA ARTIKEL... INGIN BELINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...