Support My Blog

Friday, August 22, 2025

SEMBANG FAKTA BUAH MATA NAGA (PART 1)

BUAH MATA NAGA
atau ‘Dragon fruit’ atau dikenali dengan nama saintifiknya Hylocereus spp. adalah sejenis tanaman semakin popular di Malaysia iaitu daripada famili Cactaceae. Pokok buah naga sama seperti pokok Kaktus ini mempunyai pelbagai nama tempatan seperti Pitaya, Dragon Fruit (English) atau Kaew Mang Korn (Thailand), Than long (Vietnam), Strawberry Pear atau Pitahaya (Amerika Latin), Queen of the night (Amerika Utara), Red Dragon Fruit atau Fire Dragon Fruit (Asia), Huo Long Guo atau Hong Long Guo (Taiwan) dan mudah dikenali sebagai 'Buah Mata Naga' di Malaysia. Walau apa pun nama buah tersebut berlainan akan tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri dari segi marfologinya. Apa pun selain didakwa ia mampu menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit berikutan ada khasiatnya yang tersembunyi kini ada bermacam produk dipasaran yang dihasilkan dari buah naga. Buah Naga ialah tanaman baru yang belum meluas ia diterokai sepenuhnya di negara kita semenjak 15 tahun dulu. Bagaimana pun terkini di Malaysia keluasan kawasan tanaman buah naga sudah jauh telah berkembang. Kalau dulu kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang popular tetapi kini sudah ada estet buah naga secara besar-besaran di Malaysia. Merujuk kepada rekod Jabatan Pertanian pada tahun 2024 ada seluas 1,292 hektar tanaman buah naga yang menghasilkan sebanyak 36,337 metrik tan (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Kawasan utama tanaman buah naga 2022 adalah di Johor (423 ha) diikuti dengan Selangor (253 ha) dan Negeri Sembilan (153 ha). Walau bagaimanapun aktiviti penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 1990 apabila ia dilaporkan ada zat iaitu mengandungi khasiat yang tinggi. Penulis blog dapati buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Varieti Putih (Hylocereus undatus), Varieti Merah (Hylocereus polyrhizus) dan Varieti Kuning (Hylocereus megalanthus). Sejarah mendapati peringkat awal penanaman di Malaysia adalah banyak dari varieti putih tetapi kini kebanyakan petani telah pun memilih varieti merah yang mengandungi anthocyanin yang amat tinggi. Kini hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti putih dan merah. Kini tanama buah mata naga semakin meluas berbanding sepuluh tahun dulu dimana ia sudah di komersilkan. Artikel subuh ini saya sembang denga menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta akan kehebatan buah mata naga untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.


Memperkatakan khasiat buah mata naga memang ia banyak di perbincangkan di Malaysia sejak pengenalan dalam cara pengkomersilan buah naga sekitar tahun 1990. Kebaikan dan keburukan buah naga menjadi persoalan penting bagi ramai rakyat Malaysia yang kini semakin cenderung kepada pemakanan sihat. Ia adalah salah satu jenis buah tropika yang eksotik ini bukan sahaja menarik perhatian dengan warna cerah dan bentuk uniknya akan tetapi penulis blog tahu jika juga terkenal kerana khasiatnya yang melimpah. Ada pertanyaan pembaca blog bertanya dimana adakah buah naga benar-benar sesuai untuk dimakan setiap hari dan apakah ada kesan sampingan yang perlu semua waspada. Buah naga sangat bermanfaat untuk tujuan kesihatan kerana dilaporkan ia kaya dengan pelbagai zat seperti ada bahan antioksidan, serat, dan vitamin. Namun ada juga kajian menyatakan jika sesiapa melakukan cara pengambilan berlebihan boleh menyebabkan isu seperti cirit-birit, gangguan perut atau risiko bagi individu tertentu seperti pesakit diabetes dan masaalah kepada ibu hamil.  Ditulis dan di sembangkan apa yang semua perlu tahu tentang buah naga dari kebaikan pemakanan sehinggalah kepada potensi dan isu keburukannya. Memang buah naga bukan sahaja ia sedap dimakan akan tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien yang penting yang memberi manfaat besar kepada kesihatan sesiapa memakannya. Khasiat pertama dimana buah naga memang ia Kaya Antioksidan bantu melindungi sel sebab ia kaya dengan pelbagai antioksidan seperti unsur betalain, flavonoid, dan phenolic acid. Antioksidan ini akan membantu menentang radikal bebas molekul tidak stabil yang kemudian ia merosakkan sel-sel tubuh dan menyebabkan penuaan awal serta penyakit kronik seperti kanser dan penyakit jantung. Zat dinamakan Betalain terutamanya dalam buah naga merah ia dilaporkan berfungsi sebagai anti-radang semula jadi. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan buah tinggi antioksidan boleh mengurangkan risiko penyakit kronik sebanyak 30-40% apabila diambil secara konsisten. Kedua fakta khasiat buah naga berkait dengan ia mampu Menyokong Pencernaan dan Menjadikan Usus Sihat iaitu ia adalah salah satu kelebihan utama buah naga ialah kandungan serat yang tinggi atau nilainya sekitar 3 - 5 gram setiap 100 gram. Serat memainkan peranan penting dalam kesihatan sistem pencernaan iaitu dengan menggalakkan pergerakan usus secara teratur. BUah naga hebatnya ia akan Mencegah sembelit dan buasir dengan adanya nutrisi kepada bakteria baik (probiotik) dalam usus besar dimana buah naga yang mengandungi prebiotik iaitu dari jenis oligosaccharides dapat yang membantu didalam pertumbuhan bakteria bermanfaat seperti Lactobacilli dan Bifidobacteria. Paling di sukai pesakit diabetis diman adi laporkan buah naga mampu Mengawal Gula Dalam Darah hasil dari beberapa kajian awal menunjukkan bahawa buah naga mempunyai potensi untuk membantu dalam mengawal kadar gula darah diman abahan serat mampu untuk ianya melambatkan penyerapan gula dalam usus. Bahan seperti antioksidan juga membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang menjadi punca rintangan insulin. Walaupun kajian kepada manusia masih terhad akan tetapi penyelidikan terhadap haiwan menunjukkan penurunan signifikan dalam tahap glukosa darah apabila buah naga dimakan secara tetap. APa pun fakta ini menjadikan buah ini sesuai sebagai snek untuk pesakit pra-diabetes atau yang ingin mengawal berat badan.


Makan buah naga membantu kesihatan dengan Memperbaiki Kesihatan Jantung dan Kawal Kolesterol apabila biji hitam kecil dalam buah naga dimana ia mengandungi lemak sihat seperti asid lemak omega-3 dan omega-9 iaitu bahan yang terkenal untuk dapat Menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan seterusnya akan meningkatkan kolesterol baik (HDL). Seterusnya ia mampu untuk melancarkan aliran darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Dilaporkan dimana gabungan serat, antioksidan dan lemak baik ini menjadikan buah naga mesra jantung dan berkesan untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Seterusnya fakta khasiat buah naga dimana ada dilaporkan ia akan Meningkatkan Sistem Imun dan membantu melawan kes Inflamasi sebab ada bahan vitamin C yang tinggi dalam buah naga membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan. Setiap 100 gram buah naga boleh menyumbang sehingga 10% daripada keperluan harian vitamin C. Selain itu dilaporkan yang kandungan karotenoid dan flavonoid dalam buah ini juga berperanan mengurangkan keradangan dalaman, yang sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit autoimun dan degeneratif. Buah mata naga juga dilaporkan membantu aspek Kecantikan Kulit dan Rambut sebab kandungan antioksidan dalam buah naga bukan sahaja melindungi kesihatan dalaman akan tetapi juga menyokong menyerikan kulit dan kekuatan rambut dengan cara membantu mengggalakkan penghasilan kolagen, mempercepat proses penyembuhan luka, mencerahkan kulit secara semula jadi dan juga mampu mengurangkan kerosakan rambut akibat radikal bebas. Dalam perawatan moden dilaporan jika ada juga yang menggunakan buah naga secara luaran sebagai masker muka semulajadi di salon dan beauty center. Buah naga ada ia di laporkan ia Berpotensi Mencegah Kanser sebagai agen Anti-Penuaan dimana hasil kajian makmal mendapati bahawa betalain dalam buah naga mampu menghambat pertumbuhan sel kanser tertentu termasuk kanser payudara dan prostat. Dalam beberapa kajian dilaporkan jika ini memberi harapan kepada penggunaan buah naga sebagai elemen diet dalam usaha untuk mencegah kanser. Dalam kes lain di laporkan jika buah naga dengan gabungan antioksidan dan vitamin penting dalam buah naga membantu melambatkan tanda-tanda penuaan, menjadikan kulit lebih anjal dan tubuh lebih bertenaga.


Sudah panjang lebar di sembangkan akan kebaikan dan khasiat buah naga di para diatas. Bagaimana pun ada sepek lain yang perlu di kongsikan akan k
eburukan Buah Naga jika ia diambil secara berlebihan terutamanya. Walaupun buah naga sangat berkhasiat akan tetapi jika pengambilannya secara berlebihan atau dalam keadaan kesihatan tertentu boleh menimbulkan kesan sampingan. Memang penting untuk mengenali keburukan ini agar semua pembaca blog anim agro technology akan dapat menikmati manfaatnya secara selamat dan seimbang. Pertama ia akan menyebabkan masaalah seperti Cirit-birit, Kembung atau Gangguan Usus sebab memang buah naga mengandungi serat larut yang tinggi. Jika dimakan dalam jumlah berlebihan dimana terutamanya bagi mereka yang tidak biasa dengan diet tinggi serat maka ia boleh menyebabkan seperti cirit-birit atau najis longgar, isu perut kembung atau perut berangin yang mana ketidakselesaan perut atau sakit gastrik ringan. Dalam pada itu sesiapa yang mempunyai Sindrom Usus Terganggu (IBS) atau masalah pencernaan lain harus berhati-hati dan memulakan dengan makan buah naga dalam kuantiti kecil dahulu. Antara keburukan seterusnya adalah buah naga boleh berikan Reaksi Alergi dimana walaupun ia agak jarang terjadi akan tetapi terdapat juga laporan kes alahan terhadap buah naga, terutamanya di kalangan individu yang sensitif terhadap buah-buahan eksotik. Gejala alahan termasuk kesan seperti rasa gatal atau ruam pada kulit, membengkak pada bibir atau lidah serta kemungkiab akan berlaku kes sesak nafas atau muntah (dalam kes ekstrem). Mereka yang mana ada mempunyai sejarah alahan makanan juga disarankan melakukan ujian awal sebelum mengambil buah mata naga dalam kuantiti banyak. Penulis blog banyak kali mengalami kejadian Warna Urin dan Najis Berubah selepas makan buah naga (terutama jenis mmerah) sebab buah naga merah mengandungi pigmen betalain yang boleh menyebabkan perubahan warna sementara pada air kencing atau najis menjadi kemerahan. Kadang-kadang terkejut dan rasa takut melihat kencing menjadi merah tetapi di laporkan keadaan ini tidak berbahaya dan biasanya akan kembali normal selepas beberapa jam. Kes perubahan ini kadang-kadang disalah anggap sebagai tanda darah dalam najis atau hematuria, menyebabkan kebimbangan yang tidak perlu. Seterusnya keburukan buah naga adalah ada Risiko Hipotensi atau Gula Terlalu Rendah dimana selalunya buah naga mempunyai kesan yang boleh membantu menurunkan tekanan darah dan kadar gula. Apa pun jika diambil bersama ubat antihipertensi atau antidiabetik, ia boleh menyebabkan berlaku kes tekanan darah menjadi terlalu rendah (hipotensi), kes hipoglisemia (gula darah rendah). Pesakit yang sedang menjalani rawatan perlu memantau tahap kesihatan mereka dan berbincang dengan doktor sebelum mengamalkan buah naga sebagai makanan harian. Perlu di ketahui jika akan ada interaksi dengan Ubat atau Sebelum Pembedahan dan cadangan makan buah naga sebaiknya dielakkan sebelum prosedur pembedahan, kerana kandungan gulanya boleh mengganggu kestabilan gula darah semasa dan selepas operasi. Buah naga boleh memberi kesan kepada keberkesanan sesetengah ubat, terutama yang berkaitan dengan tekanan darah dan metabolisme glukosa. Sebaiknya amalkan berbincang dengan doktor sekiranya sedang mengambil ubat secara berkala. Bagi penulis blog dimana buah naga memang disahkan ia kaya dengan kebaikan daripada antioksidan yang melindungi sel, hinggalah kepada serat yang membantu penghadaman dan kawalan gula darah. Buah ini juga mampu menyumbang kepada kesihatan jantung, kecantikan kulit dan sistem imuniti yang kuat walau pun perlu tahu akan ancaman keburukannya juga. Ini keran acar apengambilan berlebihan boleh membawa kepada gangguan usus, reaksi alergi dan interaksi ubat yang tidak diingini. Mengambil buah naga dengan bijak secara sederhana, konsisten, dan sesuai dengan keadaan kesihatan semua. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini Wasallam!!!....
BUAH MATA NAGA... DRAGON FRUIT SAMA...
SEJENIS KAKTUS.... JENIS MERAH LUASNYA...
BANYAK KHASIAT... PELBAGAI PRODUK ADA...
MUDAH DI BELI... DIMANA0MANA SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(20 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...