Support My Blog

Saturday, August 16, 2025

SAMBAL DAGING - APA DIA?

SAMBAL DAGING
adalah salah satu jenis hidangan Malaysia yang terkenal dimana ia di sukai ramai orang dan mudah menyediakannya. Bagi penulis blog memang suka makan sambal daging dengan nasi putih dan sayur hijau dimana ada isi daging yang dimasak dengan sambal. Rasa sambal daging biasanya pedas dan kaya rempah dengan ia mempunyai jenis tekstur daging yang empuk dan kuah yang kental. Hidangan ini sering disajikan dengan nasi putih, lontong atau nasi impit terutama dimanakn untuk sarapan pagi atau untuk jamuan ramai atau kenduri. Bergantung kepada jenis daging yang di gunakan atau jenis cili merah yang menentukan tahap kepedasan dimana makanan ini memang memberikan selera yang baik. Apa pun asasnya bagi membuat sambal daging ini perlu ada beberapa bahan utama terdiri daripada daging (daging lembu atau daging kerbau dan ada kala ia di buant dengan menggunakan bahagian lain seperti paru atau limpa). Sebaiknya menggunaka daging segar yang berkualiti tetapi kini ramai yang membeli daging sejuk beku import yang berkualiti. Bagi membuat sambal dimana bahan-bahan yang perlu disediakan adalah cili kering (pilih yang sesuai), bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan perisa lain seperti garam dan gula dan asam jawa. Ada juga yang suka memasak Sambal Tumis Daging Merah iaitu ia merupakan salah satu hidangan yang amat popular dalam masyarakat Malaysia. Keenakan rasa daging yang lembut akan dimasak bersama kuah yang pekat, pedas dan lazat membuatkan ia menjadi pilihan utama ramai. Bagi penulis blog percaya jika resepi daging masak merah ini sangat mudah untuk ianya disediakan dan boleh menjadi pilihan semua untuk hidangan berbuka puasa, makan malam keluarga atau jamuan istimewa. Ianya juga sesuai dipadankan dengan nasi putih atau nasi goreng, memberikan rasa yang begitu memuaskan. Sesiapa yang suka mencuba resepi baharu, jangan lepaskan peluang untuk menguasai resepi daging masak merah ini dan ia boleh di cuba menggabungkan pelbagai sayur kegemaran seperti tomato dan cili padi untuk menghasilkan hidangan yang lebih lengkap dan menarik. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan maklumat mengenai sambal daging untuk di jadikan bahan rujukkan semua. 


Membuat 
sambal daging mempunyai banyak resepi bergantung kepada citarasa dimana sambal daging masak merah adalah antara yang lazat jika di sediakan sendiri di rumah. Penulis blog akan kongsikan resepi ini untuk memberi inspirasi kepada pembaca blog semua. Apa pun perlu disediakan bahan-bahan Sambal Daging Merah bagi dimasak di rumah iaitu sebanyak 500 gram daging lembu (sebaiknya guna daging lembu segar), sebanyak 1-2 sudu besar sos tomato, 2-3 sudu besar sos cili, air asam jawa (atau boleh guna juga asam keping), 1 biji bawang besar yang dihiris kasar serta bahan perisa garam dan gula. Sementara itu bagi menyediakan bahan Kisar perlu disediakan 3-6 biji bawang merah, 3-5 ulas bawang putih, 2 cm halia, 1 batang serai, 5-8 tangkai cili kering (cili ini mesti siap basuh bersih dan kemudian perlu di rebus). Cara masak Sambal Daging Merah juga perlu di fahami dahulu agar hasil masalan menjadi lebih enak. Mula-mula sekali perlu di potong daging kecil-kecil mengikut saiz kegemaran dan kemudian ia di basuh bersih dan toskan airnya hingga kering. Kemudian diatas dapur dipanaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga masak dan pecah minyak. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato dan air asam jawa simna semua digaul sampai sekata. Langkah seterusnya adalah perlu dimasukkan daging dan masak sehingga daging empuk. Seterusnya boleh di tambahkan sedikit air jika kuah hampir kering. Pastikan dimana apabila daging sudah empuk barulah boleh di masukkan bawang besar yang dihiris kasar. Masakan ini dii kacau seketika hingga bawang hampir layu. Seterunys adalah memperasakan sambal daging merah ini dengan membubuh bagan garam dan gula mengikut citarasa. Apa pun jika rasa sudah sempurna maka sambal daging merah anda siap untuk dihidang dan di nikmati memakannya dengan nasi putih dan sayuran lain. Untuk memastikan masakan daging masak merah anda berjaya dan memberikan pengalaman makan yang menyelerakan memang ia perlu guna daging batang pinang atau daging paha lembu adalah pilihan yang terbaik kerana ia akan menjadi lebih lembut dan empuk apabila direbus. Elakkan daripada menggunakan daging yang terlalu keras atau terlalu berlemak. Bagi menambah keenakan sambal ini ia di rebus dulu daging sehingga empuk dengan api yang sederhana sehingga daging benar-benar empuk. Ini akan membantu daging cepat lembut dalam kuah masakan. Salah satu petua adalah ketika menumis bawang putih, cili kisar dan rempah-rempah lain, pastikan api tidak terlalu panas supaya ia tidak hangus. Tumis sehingga bahan-bahan ini garing dan mengeluarkan aroma yang wangi. Apa pun untuk pembaca blog mendapatkan kuah yang pekat dan berminyak maka masak daging bersama kuah sehingga sebati.Ada sesetengah orang menambah sayuran segar seperti hirisan cili padi, tomato dan daun limau purut pada peringkat akhir untuk memberikan warna yang menarik dan menambah lebih banyak komponen rasa.


Ada juga sejenis resepi popular yang penulis blog suka menikmatinya iaitu  Sambal Daging Serai yang memang enak di makan dengan nasi putih. Bagi penulis blog memakan daging adalah salah satu makanan yang di sesuaikan dengan banyak resepi antaranya daging masak kicap, daging masak rendang, daging goreng halia, daging bajar, sate daging, steak dan banyak lain ia di makan. Daging di Malaysia 
sememangnya antara menu yang biasanya akan dihidangkan untuk tetamu di musim perayaan kerana sesuai untuk dijamah bersama nasi, ketupat atau lemang. Bagaimana pun kini makanan daging sudah di jadikan menuu wajib didalam menyambut hari perayaan, kenduri perkahwinan jamuan pejabat dan sebagainya yang di masak dengan pelbagai resepi. Bergantung kepada kreativiti pemakan daging di laporkan emang ramai yang suka makan daging kecuali mereka yang bermasaalah dengan masaalah selepas memakan daging yang tinggi rotin dan lemak. Bagi memasak sambal daging serai perlu di sediakan bahan masakan terdiri daripada 600 gm daging segar yang perlu dipotong ikut kesesuaian dan direbus, 300 gm perut tembusu yang mesti direbus dan dipotong, 200 gm paru perlu direbus dan kemudian ia dipotong-potong, 2 cawan santan pekat, 1 cawan bawang goreng, sedikit garam dan gula serta 1/2 cawan air asam jawa. Sediakan juga bahan kisar terdiri daripada 15 tangkai cili kering, 10 biji bawang merah, 5 biji buah keras, 4 ulas bawang putih dab juga 1 sudu ketumbar. Selain itu boleh disediakan bahan dimayang terdiri daripada 5 batang serai, 2 cm lengkuas, 6 tangkai cili merah, 6 tangkai cili hijau, 2 cm halia dan juga  labu bawang besar. Cara memasakknya adalah dengan memanaskan minyak dan ditumis bahan kisar sampai wangi dan masukkan bahan mayang. Pastikan mengacau sehingga rata barulah di masukkan daging, perut dan paru diikuti dengan santan pekat serta air asam. Seterusnya di masak sampaikuahnya  pekat barulah ia boleh di masukkan garam, gula dan bawang goreng, dan dikacau rata dan bolehlah diangkat. Enak di makan dengan nasi putih bersama kelurga atau rakan taulan. Ada beberapa tips yang perlu di fahami semasa memasak atau merebus daging dalam membuat sambal. Daging dipotong dan direbus hingga empuk dimana jika suka boleh juga ditambahkan bahan lain seperti asam keping untuk membantu melembutkan daging. Apa pun boleh jga di haluskan semua bahan sambal (cabai, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai). Semasa menumis sebaiknya tumis bahan halus hingga harum dan boleh tambahkan bahan lain seperti kerisik (jika suka), dan tumis hingga pecah minyak. Semasa memasak daging iaitu dengan memasukkan daging yang sudah direbus ke dalam tumisan sambal dikacau rata dan masak hingga ramuannya meresap dan daging empuk. 


Penulis blog juga pernah kebeberapa negeri di mana ada dihidangkan dan dapat ujirasa S
ambal Daging Cili Api yang sedap yang ramai juga perlu mencubanya. Ramai mungkin setuju dimana masakan sambal ini boleh jadi pembuka selera untuk dinikmati bersama nasi putih dan sayuran lain sama mendapatkannya di restoren atau memasaknya sendiri di rumah. Biasanya kalau pembaca blog ini makan sambal ikan bilis atau sambal udang atau sambal ikan atau sambal ayam tentunya kena ujirasa pula sambal daging. Memang sambal daging ini mudah disediakan sebagai satu menu ringkas dan senang dimasak dan hebatnya ia juga memberi kelainan rasa daripada kebiasaan. Di kongsikan sambal daging cili api dimasak bersama kacang panjang ini dijamin puas hati buat penggemar pedas untuk di jadikan habuan makan tengahari bersama keluarga. Perlu disediakan bahan-bahan terdiri daripada Bahan A (bahan untuk dikisar) terdiri daripada 15-20 biji cili api, 4-5 ulas bawang putih dan 1 biji bawang besar. Bahan B untuk tumis terdiri daripada 2 inci halia, 1 sudu besar kicap pekat manis, 1 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar sos tomato, 6-8 sudu besar sos cili serta garam dan gula secukup rasa. Sementara itu bagi Bahan C disediakan bahan daging yang telah digoreng dimana sebaiknya beli jenis daging batang pinang dihiris nipis dan digaul bersama serbuk kunyit dan garam dan kemudian ia digoreng. Selepas di goreng makan ia diketepikan (jangan goreng terlalu lama nanti keras teksturnya dan sambal ini nantinya tidak sedap). Bagi Bahan D untuk sambal ini disediakan 3-5 biji cili besar merah dan hijau dihiris, 1 biji bawang besar dihiris dan 3-5 kacang panjang. Di kongsikan cara-cara memasaknya iaitu dengan menumis bahan A sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan B dan dimasak sambalnya hingga agak pekat dan naik minyak. Seterusnya di masukkan daging yang siap di goreng tadi kedalam kuali dan dikacau sebati agar bersalut dengan sambal dan akhir sekali taburkan bahan D diatasnya untuk mencantikkan hidangan dan menambah aroma. Masukkan kedalam bekas hidangan untuk di nikmati. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SAMBAL DAGING... BANYAK RESEPINYA...
DAGING TERBAIK...BATANG PINANG IA....
MASAK SENDIRI... RAMUAN DI SEDIA...
DI MAKAN BERSAMA...NAIKKAN SELERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...