Support My Blog

Friday, August 29, 2025

NYAMOK - KENAPA GIGIT MANUSIA?

SERANGGA NYAMOK (Mosquito)
merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Bagaimana pun nyamok ini juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai aktiviti kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis fakta penting mengenai nyamok dan tumbuhan dipercayai mampu menghalau nyamok untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Di negara tropikal seperti Malaysia dimana serangga nyamuk sangat kerap ditemui dimana sahaja sama ada di dalam hutan, belukar malahan didalam rumah. Habitat sesuai dimana dengan kekerapan hujan yang tinggi dan ada suhu panas kemudian ia memberikan keadaan yang kondusif bagi nyamuk untuk berkembang-biak. Bagaimana pun kalngan mereka yang tinggal di rumah pangsa yang tinggi atau di kondominium tinggi atau dalam supermarket berhawa dingin agak jarang jumpa nyamok. Mungkin ada kalangan pembaca blog ini sudah lama berkenalan dengan nyamuk akan tetapi ada juga kemungkinan tidak tahu ada beberapa fakta yang tentang nyamok yang tidak pernah ketahui. Asasnya pada penulis blog dimana ada 5 fakta yang pentingdan mungkin agak mengejutkan tentang nyamuk. Pertama dimana saintis buktikan yang hanya nyamuk betina menggigit manusia dimana ada terdapat lebih 3,500 spesis nyamuk di seluruh dunia. Namun tidak semua nyamuk mempunyai selera terhadap darah akan tetapi lazimnya kedua-dua nyamuk betina dan jantan menghisap bunga dan hanya nyamuk betina sahaja akan menghisap darah manusia atau haiwan lain untuk menghasikan telur dan seterusnya proses pembiakan berlaku. Sebenarnya fakta kedua yang perlu diketahui adalah nyamuk lebih suka warna gelap dan tidak suka tempat terang. Kalau ada yang kata hitam mungkin menawan akan tetapi untuk dapat elakkan gangguan nyamuk selalu gunakan warna yang lebih terang. Fakta ketiga adalah dimana selalunya nyamuk lebih suka menghisap darah seorang lebih dari seorang yang lain kerana nyamuk suka menggigit individu yang dia suka. Ada kala nyamok tidak ganggu atau tidak gigit ahli keluarga lain dirumah mungkin ada faktor penarik pada diri individu tertentu. Bahan-bahan kimia atau aroma khas seperti karbon monoksida yang dikeluarkan melalui pernafasan atau asid laktik di dalam peluh individuu tertentu ia boleh menarik minat nyamuk mengigitnya. Apa pun fakta keempat dimana lazimnya serangga nyamuk paling aktif ketika bulan penuh. Kajian saintis mendapati dimana nyamok akan menjadi lebih aktif ketika bulan penoh (full moon) dimana ia mampu aktif sehingga 500% dimalam hari. Fakta kelima dimana agak unik apabila nyamok masih mampu membiak dengan baik dalam satu sudu air kerana ia sudah cukup untuk jejentik hidup. Elakkan ada air bertakung didalam rumah atau persekitaran kerana ia akan menjadikan nyamok bertelur dan membiak dengan cepat apa lagi air yang tiada arus dan jernih. 
Cuaca tropika di Malaysia memang sinonim dengan nyamuk dimana pada musim panas populasi jumlah kehadiran nyamuk di kawasan kediaman semakin banyak lebih-lebih lagi jika ada kolam hiasan. Ini kerana nyamuk habitatnya ia suka membiak di kawasan ada takungan air, semak-samun dan sampah sarap. Apa pun selain mengutamakan kebersihan persekitaran dimana salah satu cara yang mesra alam serta untuk menghalau nyamuk di kediaman adalah dengan cara menanam pokok halau nyamuk yang biasanya mengeluarkan aroma yang dibenci oleh serangga tersebut.


Mungkin masih ada kalangan pembaca blog dan orang awam yang berfikir dimana nyamok menghisap darah untuk dijadikan sumber makanannya. Sebenarnya fakta sebenar adalah dimana nyamok mengigit bukan untuk makan sebaliknya untuk proses pembiakan. 
Nyamuk sering kali dianggap serangga yang mengganggu dimana sahaja dan lebih malang dalam bilik tidur. Suara terbangnya yang bedengung ditelinga dimana ia kemudian senang-senang menghisap darah membuat banyak orang geram dan tidak dapat tidur nyenyak kerana gatal selepas digigit. Nyamuk biasanya tinggal di tempat berair dimana ia membiak seperti didalam air bertakung, pasu tanaman, kolam renang atau tempat sampah ada lopak takungan air. Nyamok akan bertelur di tempat-tempat tersebut menjadikan koloni nyamuk yang banyak. Selalunya bagi dapat bertahan hidup sebenarnya nyamuk memakan nektar dan zat manis yang berasal dari tanaman sebagai makanan. Nah nyamuk juga punya 'hobi' yakni menghisap dan menggigit manusia dan faktur lain yang menjadi alasan tersendiri iaitu mengapa nyamuk sangat suka dengan manusia. Apa pun sebenarnya tidak semua jenis nyamuk menggigit manusia. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) hanya nyamuk betina yang menggigit manusia. Nyamuk betina menggigit dan menghisap manusia agar ia boleh bertelur. Cara nyamok mendekati manusia adalah dengan dia berkemampuan untuk menhidu bau badan manusia dan bau inilah yang akan kemudian merangsang reseptor di antena nyamuk. Saintis mencuba untuk 'menghilangkan' organ receptor pada nyamok agar tidak menganggu manusia tetapi masih belum dapat caranya. Dalam satu laporan kajian dimana saintis yang sudah berjaya memusnahkan seluruh reseptor pancaindera bau dari nyamuk tetapi kemudian dilihat yang nyamuk tersebut masih ada cara untuk menggigit manusia. Kajian lain dipercayai yang sebenarnya nyamuk telah mengembangkan sistem cara penciuman yang unik sehingga ia memastikan mereka boleh mencium aroma manusia. Secara saintifik saintis laporkan dimana nyamuk boleh mencium bau manusia dengan bahan kimia dikenali sebagai 1-Octen-3-ol dan juga bahan Amina. Apa yang unik dimaa bahan neuron untuk mengesan manusia oleh nyamok  melalui reseptor 1-Ocen-3-ol dan amina bukanlah populasi yang terpisah dengan tabiatnya semulajadi.


Banyak pertanyaan dan persoalan kenapa nyamok suka gigit manusia. Kesan gatalnya tidak terkira bila digigit nyamuk selalu menyebabkan orang marah, terganggu waktu tidur sehingga menyebabkan gangguan kesihatan. Apa yang lebih geram lagi apabila ada individu yang teruk menggaru gatal digigit nyamok sedangkan rakan lainnya langsung tidak diganggu namok sama. 
Nyamuk walaupun saiznya kecil akan tetapi gigitannya bukan setakat membuat mangsa berasa gatal seharian malah ia juga boleh membawa penyakit berbahaya seperti malaria, Zika dan demam kuning. Selalunya apa yang dilakukan mangsa adalah dengan cara menyembur racun aerosol serangga atau cuba menyapu ubat hilangkan gatal atau 'repellent'. Hasil kajian saintis mendapati dimana nyamuk menggigit mangsa disebabkan beberapa faktor dan ia mungkin berubah bergantung kepada spesis nyamuk yang ada di kawasan di mana anda sendiri berada. Apa pun antara punca mengapa nyamuk menyedut darah tidak diketahui sepenuhnya dan hasil kajian itu hanyalah teori sahaja akan tetapi ia boleh dijadikan panduan untuk cuba mengelakkan diri dari digigit. Hasil kajian simpulkan beberapa fakta dan punca dimana nyamok suka fifit manusia. Pertama disebabkan oleh Gas Karbon Dioksid (CO2) yang sentiasa dikeluarkan semasa pernafasan. Dilaporkan tubuh manusia  secara semulajadi mengeluarkan sekitar 2.3 paun (1 kilogram) karbon dioksida sehari dengan menerusi pernafasan. Jadi perlukah manusia berhenti bernafas untuk elakkan gigitan nyamok?. Saintis laporkan dimana nyamuk cenderung untuk memilih orang yang menghembuskan lebih daripada paras karbon dioksida yang standard. Ini bermakna yang mudah terkena gigitan adalah wanita-wanita hamil dan juga mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Faktur kedua nyamok mengigit adalah disebabkan oleh Asid Laktik terutaman kepada individu yang aktif bersukan dan berolahraga. Kajian dapati dimana nyamuk sukakan asid laktik yang dihasilkan tubuh anda ketika bersenam. Asid tersebut dihasilkan menerusi peluh dan ini menjadikan sasaran utama apa lagi kalau ahli sukan sedang kepanasan dan letih. Walau pun aktiviti senaman memang penting namun mungkin kegiatan berlari-lari anak berdekatan sebuah tasik atau kawasan tanah lembap bukan pilihan terbaik untuk elakkan gigitan nyamok. 


Benarkah individu yang mempunyai jenis Darah 'O' lebih di sukai oleh nyamok untuk digigit dan disedut darahnya?. Menarik fakta ini dimana sesuapa sahaja yang ada jenis darah dalam badannya dari kumpulan 'O' memang kurang bernasib baik untuk berdepan dengan gangguan nyamok berbanding dengan individu yang mempunhan kumpulan darah 'A', 'B' atau 'AB'.  memang kumpulan darah dalam badan manusia tidak boleh di tukar dengan jenis darah lain dan mereka berdarah 'O' perlu berhati-hati jika hendak berdepan dengan isu nyamok juga. Penyelidikan yang dilakukan dan di terbitkan oleh Journal
 Entomologi Perubatan di USA menyatakan dimana mereka mendapati nyamuk akan suka sebanyak 83.3% kepada individu dan nyamok lebih berkemungkinan menyedut darah jenis O berbanding jenis A, B atau AB. Paling kurang didengar fakta tentang nyamok adalah ia suka kepada faktur Baka atau Keturunan individu tertentu. Itulah sebabnya ada orang yang senang-senang di gigit nyamok sedangkan ada orang yang bakanya berlainan tidak di kerumini nyamok untuk menyedut darahnya. Walau pun kajian ter[erinci belum dilakukan secara saintifik namun ada kuat kepercayaan bahawa nyamuk mungkin tertarik kepada seseorang disebabkan baka mereka. Itu sebab kalau ada sekumpulan adek beradek atau kerabat di kawasan nyamok pasti kenyanglah nyamok dikalangan kelompok tersebut agaknya. Ia logik kerana kesan gigitan nyamok berlainan antara individu sebab ada yang tiada apa-apa kesan, ada yang gatal, ruam, membengkak dan sebagainya dipengaruhi oleh genetik seseorang juga. Faktur kelima yang agak memeningkan kepala penulis blog apabila di nyatakan sebab ada Bakteria makan nyamuk tidak suka mengigit seseorang. Walau pun fakta ini dianggap bernasib baik kepada individu yang dibadannya ada banyak bakteria akan tetapi cuba bayangkan jika ada individu yang mana banyak jenis bakteria melekat pada kulitnyadimana nyamuk mungkin 'hilang selera'. Keadaan ini meskipun tidak bersih apabila ada selain bakteria seperti bahan-bahan kimia yang melekat dan ia keluarkan bau semulajadi tubuh dimana mungkin ia mampu bertindak sebagai pencegah gigitan nyamuk. Hasil kajian di PLOS dimana ada sekumpulan orang yang kulitnya melekat dengan pelbagai jenis bakteria kurang berkemungkinan digigit nyamuk berbanding mereka yang lebih menjaga kebersihan. Ada pun berkemungkinan individu tidak akan berbau wangi tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan digigit nyamuk. Fakta ke enam adalah mengenai Ibu Hamil lebih disukai oleh gigitan nyamok berbanding orang lain. Dilaporkan kajian pada tahun 2003 dimana kajian dijalankan di bahagian timur Sudan untuk melihat sama ada nyamuk lebih tertarik kepada wanita hamil berbanding wanita yang tidak hamil. Kajian ini buktikan dimana daripada 18 wanita yang terlibat dalam kajian tersebut iaitu 9 orang sedang hamil menarik lebih banyak nyamuk kepada diri mereka lebih-lebih lagi nyamuk yang membawa jangkitan malaria. Ini mungkin disebabkan suhu badan yang meningkat dan bau badan wanita yang berubah ketika hamil disukai oleh nyamok. Fakta terakhir dan ke 7 adalah dimana Jantina dimana hanya nyamuk betina yang menggigit kerana nilai khasiat dalam darah yang disedut membantu menjadikan telurnya. Walaupun nyamuk betina lebih memilih untuk menggigit kaum lelaki juga namun kesan gigitan nyamuk lebih menjejaskan kepada kaum wanita. Kajian ini dapati kaum wanita dilaporkan mengalami bengkak dan gatal-gatal yang lebih teruk berbanding kaum lelaki yang dikatakan lebih mudah terkena serangan nyamuk. Kajian berkait dimana oleh kerana kaum lelaki kebanyakannya berbadan besar maka dilihat nyamuk lebih mudah tertarik kepada mereka. Wallahualam!... Semuga tulisan ini memberi infoo bermanafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GIGITAN NYAMOK...BUKAN MAKANAN...
UNTUK BERTELUR...MAINKAN PERANAN...
7 SEBAB... GIGITAN NYAMOK DI JELASKAN...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TERPERASAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1446H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...