Penulis kongsikan cara resepi membuat 'Resepi Kuih Wajik Tradisional!!' untuk dijadikan rujukkan semua. Apa pun lain tempat mempunyai resepi berlainan dimana selalunya kuih wajik merupakan sejenis pulut manis yang pada asasnya dimasak dengan nisan kelapa. Terdapat pelbagai cara penyediaan wajik dan ada pelbagai perasa yang dicampurkan kepadanya. Apa pun diantara jenis penyediaan wajik yang paling biasa dilakukan adalah pulut yang digunakan itu dimasak sehingga lembut dan ada cara lain pula adalah pulut yang digunakan itu dimasak jelatah (separuh masak). Ini akan menghasilkan suatu rasa berkerutup apabila dimakan. Bagaimanapun cara ini jarang dilakukan kerana tidak ramai yang gemarkan rasa berkerutup ini kerana menganggapnya agak keras terutama mereka yang tidak kuat giginya dan ia selalu melekat pada gigi apa lagi kalau ada gigi berlubang. Dalam pada itu kuih wajik juga boleh dicampurkan dengan durian sekiranya ia dihasilkan pada musim durian dimana ia menambahkan keenakan dan aroma durian pada kuih wajik. Kalau ingin membeli kuih wajik masa ini agar sukar kecuali di pasar malam atau pasar minggu atau sesekali di bazaan ramadan yang menjual kuih wajik ini. Kuih wajik biasanya disediakan sepanjang masa akan tetapi lebih meluas semasa musim perayaan. Kalau hendak buat sendiri kuih wajik tradisional seperti para diatas boleh di ulangkaji perbezaan menyediakan kuih wajik tradisional yang popular di selatan tanah air. Sediakan bahan terdiri dari 300 gm beras pulut, 150 gm gula nisan, 150 gm gula pasir, 2 biji kelapa yang diparut, 1 helai daun pandan, secubit garam dan juga secubit kapur (dilarutkan dengan 1 sudu teh air). Membuatnya dengan cara beras pulut direndam selama tiga jam sebelum di toskan sehingga selesai. Kemudian beras pulut boleh dikukus dalam kukusan selama 40 minit sebelum di sejukkan di dalam talam. Biji atau kelapa parut kemudian diperah patinya dengan kain jarang sehingga keluar santan. Apa pun diperah santan kelapa keduanya dengan empat cawan air. Dalam periok di masak gula nisan dengan satu cawan air. Masukkan gula larut tapis dan juga secubit garam kedalam masakan wajik tadi. Masak air gula merah bersama gula putih dan santan kedua dimana ia mesti di masak sehingga air gula pekat dan berbenang dan kemudian boleh ia diangkat dengan sudip. Seterusnya di msukkan pati santan dimana pada ketika mendidih masukkan beras pulut yang ditoskan tadi kedalam periok. Kacau selama 1/2 jam lagi dengan api perlahan dan kemuidan barulah di masukkan 1 sudu teh kapur. Kacau adunan dalam periok iaitu sehingga sebati. Kemudian diangkat dan dimasukkan ke dalam talam yang dialas dengan daun pisang dan di ratakan di atasnya dengan menggunakan senduk sehingga mampat. Apabila sejuk ia di potong mengikut bentuk sesuai untuk dihidangkan dan di makan.
Dalam portal hmetro.com ada artikel bertajuk 'Wajik resipi nenek moyang' yang sesuai di kongsikan faktanya. Wajik antara makanan tradisional yang mana ia kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu ketika musim perayaan. Bagaimanapun dengan peredaran masa, wajik kini boleh dimakan dan didapati pada sepanjang masa berikutan sudah diusahakan secara meluas oleh pengusaha. Jika dulu wajik dimasak menggunakan kayu api, kini dipermudahkan dengan dapur gas untuk memasaknya. Adas eorang pengusaha iaitu Abd Rauf (47) dari Kampung Teriang, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan yang kini meneruskan perniagaan wajik yang sebelum itu diwarisi turun temurun daripada keluarganya. DIlaporkan pembabitannya bermula pada 1998 namun sekadar membantu mempromosi dan menjual wajik yang dimasak ibu saudaranya. Dia belajar memasak wajik daripada ibu saudaranya iaitu antara generasi keempat meneruskan legasi perniagaan keluarga ini. Dia juga terbabit dalam perniagaan ini bermula pada 1998 namun hanya membantu mempromosi dan menjual wajik yang dimasak ibu saudara. Apa pun semenjak dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk memasak dan menjual sendiri wajik berkenaan. Kuih wajik yang dijual masih mengekalkan keaslian sejak dari dahulu berikutan hanya membuat wajik biasa dan perisa durian. Dakwanya memang bukan mudah untuk menyiapkan wajik tradisional berikutan perlu mengikut semua peraturan memasak bermula dengan merendam beras pulut serta memasaknya. Kuih wajik yang dihasilkan secara tradisional ini mengikut resipi nenek moyang terdahulu dan memang ia tiada pengubahsuaian terhadap resipi. Cara pembuatan begitu teliti dan perlu mengutamakan kebersihan dan jika tidak maka wajik tidak tahan lama dan cepat berkulat. Dakwany lagi untuk membuat wajik tradisional, beras pulut perlu direndam selama lima hingga enam jam dan kemudian dikukus lebih kurang 45 minit. Gula yang digunakan sama ada gula enau atau gula putih yang dimasak sehingga berwarna coklat kehitaman yang dimasak sehingga pekat dan berbenang apabila diangkat dengan sudip. Proses memasak mengambil masa hingga tiga jam bergantung jumlah wajik yang dikacau di dalam kawah. Kemudian apabila masak maka wajik ini tidak keras dan tidak lembut dan boleh bertahan hingga empat bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Membuat juga wajik perisa durian dia perlu menyimpan stok durian termasuk sejuk beku bagi memastikan tidak kehabisan bekalan. Dia hanya membeli durian yang berkualiti dari sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. Selalunya jika kehabisan durian maka dia hanya buat jenis wajik biasa haja yang dijual kepada pelanggan namun tetap mendapat permintaan. Kini selain dijual terus kepada orang ramai di Pasar Awam dan Pasar Tani Kuala Klawang, wajik turut dijual di beberapa ekspo sekitar negeri ini selain menerusi Facebook dan dalam talian. Dia berharap dapat memajukan perniagaan ini ke seluruh negara dan mahu makanan tradisional ini terus mendapat tempat dalam masyarakat.
Dalam laporan lain dimana 'Asal Usul Wajik sama ada ia adalah sejenis Makanan Zaman Perang?' juga sesuai di kongsikan faktanya. Kuih wajik adalah antara manisan tradisional melayu yang sudah wujud sejak beratus tahun dahulu lagi. Makanan lokal ini bagi penulis blog percata ia adalah sebaris dengan jenis makanan lain termasuk seperti lemang, dodol dan ubi rebus dan kuih wajik dikatakan menjadi makanan sewaktu zaman perang dulu-dulu. Hal ini kerana pada waktu perang dulu dimana makanan yang akan dibawa dan disimpan adalah makanan yang kekal lama dan ia tidak mudah basi. Ini kerna jika makanan cepat rosak ada isu bagaimana datuk dan nenek moyang kita hendak bertahan lama mendapatkan makanan iaitu dalam medan perang yang lama jangkamasanya. Apa pun di percayai iaitu dengan kreativiti dan kebijaksanaan orang Melayu dimana mereka mencipta beberapa jenis makanan untuk bertahan dan terus hidup. Maklumlah kalau di zaman dulu belum ada lagi makanan dalam tin atau paket yang boleh untuk survive waktu-waktu perang atau perantauan semacam ini. Bagi mereka kini di percaya terutama generasi baru masih ramai tidak kenali akan kuih wajik. Dijelaskan dimana jika kuih wajik ialah manisan yang diperbuat dari beras pulut, santan dan dimaniskan dengan gula (gula ini yang menyebabkan wajik tahan lama sebagai pengawet). Wajik selalu dihidang sewaktu musim perayaan sebab ramai juga yang suka makan kuih manis-manis. Apa pun selain musim raya mungkin tidak ramai yang buat kuih wajik sebab cara penyediaan kuih ini memerlukan masa agak lama dan leceh. Kalau tersalah langkah atau tidak kena cara disebabkan oleh kadar sukatan dan masa yang betul maka nanti hasilnya kuih wajik di buat tidak menjadi dan cepat rosak. Kalau tiba musim durian pula dilaporkan masih ramai yang akan buat dan jual wajik durian untuk kegunaan sendiri atau di jual. Dilaporkan selain di Malaysia dimana di Indonesia juga ada kuih ini dan ia dikenali sebagai Wajik Ketan. Ketan bermaksud pulut dalam bahasa Indonesia manakala wajik pula adalah satu simbol harmoni bagi orang-orang jawa. Jadi, wajik banyak dihidang pada majlis perkahwinan dan sebagainya. Menurut sejarah Indonesia juga dimana kiuh wajik termasuk dalam kategori makanan zaman Majapahit kerana ia tertulis dalam Kitab Nawaruci mereka. Kuih wajik yang bukan sahaja terkenal luas di kalangan orang Melayu sahaja malahan sangat terkenal di Indonesia dan beberapa negara jiran lain. Walaupun tiada sejarah yang jelas tentang dari mana asal Wajik akan tetapi yang pasti dimana makanan ini disukai ramai dan dikongsi dengan setiap bangsa dah cukup untuk kita kekalkannya sebagai salah satu jenis makanan tradisional.
Dalam portal hmetro.com ada artikel bertajuk 'Wajik resipi nenek moyang' yang sesuai di kongsikan faktanya. Wajik antara makanan tradisional yang mana ia kebiasaannya dihidangkan kepada tetamu ketika musim perayaan. Bagaimanapun dengan peredaran masa, wajik kini boleh dimakan dan didapati pada sepanjang masa berikutan sudah diusahakan secara meluas oleh pengusaha. Jika dulu wajik dimasak menggunakan kayu api, kini dipermudahkan dengan dapur gas untuk memasaknya. Adas eorang pengusaha iaitu Abd Rauf (47) dari Kampung Teriang, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan yang kini meneruskan perniagaan wajik yang sebelum itu diwarisi turun temurun daripada keluarganya. DIlaporkan pembabitannya bermula pada 1998 namun sekadar membantu mempromosi dan menjual wajik yang dimasak ibu saudaranya. Dia belajar memasak wajik daripada ibu saudaranya iaitu antara generasi keempat meneruskan legasi perniagaan keluarga ini. Dia juga terbabit dalam perniagaan ini bermula pada 1998 namun hanya membantu mempromosi dan menjual wajik yang dimasak ibu saudara. Apa pun semenjak dua tahun lalu, dia mengambil keputusan untuk memasak dan menjual sendiri wajik berkenaan. Kuih wajik yang dijual masih mengekalkan keaslian sejak dari dahulu berikutan hanya membuat wajik biasa dan perisa durian. Dakwanya memang bukan mudah untuk menyiapkan wajik tradisional berikutan perlu mengikut semua peraturan memasak bermula dengan merendam beras pulut serta memasaknya. Kuih wajik yang dihasilkan secara tradisional ini mengikut resipi nenek moyang terdahulu dan memang ia tiada pengubahsuaian terhadap resipi. Cara pembuatan begitu teliti dan perlu mengutamakan kebersihan dan jika tidak maka wajik tidak tahan lama dan cepat berkulat. Dakwany lagi untuk membuat wajik tradisional, beras pulut perlu direndam selama lima hingga enam jam dan kemudian dikukus lebih kurang 45 minit. Gula yang digunakan sama ada gula enau atau gula putih yang dimasak sehingga berwarna coklat kehitaman yang dimasak sehingga pekat dan berbenang apabila diangkat dengan sudip. Proses memasak mengambil masa hingga tiga jam bergantung jumlah wajik yang dikacau di dalam kawah. Kemudian apabila masak maka wajik ini tidak keras dan tidak lembut dan boleh bertahan hingga empat bulan jika disimpan di dalam peti sejuk. Membuat juga wajik perisa durian dia perlu menyimpan stok durian termasuk sejuk beku bagi memastikan tidak kehabisan bekalan. Dia hanya membeli durian yang berkualiti dari sekitar Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor. Selalunya jika kehabisan durian maka dia hanya buat jenis wajik biasa haja yang dijual kepada pelanggan namun tetap mendapat permintaan. Kini selain dijual terus kepada orang ramai di Pasar Awam dan Pasar Tani Kuala Klawang, wajik turut dijual di beberapa ekspo sekitar negeri ini selain menerusi Facebook dan dalam talian. Dia berharap dapat memajukan perniagaan ini ke seluruh negara dan mahu makanan tradisional ini terus mendapat tempat dalam masyarakat.
Dikongsikan salah satu resepi popular iaitu 'Resepi Wajik Kenduri' dimana sesuai di kongsikan faktanya. Apa pun di jelaskan dimana kuih wajik antara kuih lama yang masih releven hingga sekarang terutama untuk majlis istimewa. Ada kisah bagaimana pembuatnya ada yang sampai luka-luka tangan kena tangkai sudip yang patah disuatu masa dulu. Apa pun di kongsikan cara membuat WAJIK GULA MERAH iaitu salah satu resepi wajik kenduri yang selalu di buat di kampong. Bahan perlu disediakan adalah 7 kg pulut, 5kg santan, 2kg air (patutnya guna 7kg santan), 3.5 kg gula merah (boleh gula perang yang warnanya gelap), 3kg kg gula pasir, ½ kg gula batu, 5 helai pandan dan juga 2 sudu garam. Cara membuat wajik kenduri ini dengan merendam beras pulut semalaman @ minimum 4 jam.Kemudian kukus hingga masak. Kemudian boleh di masak santan dan semua jenis gula serta pandan dan garam. Seterusnya dimasak hingga mendidih dimana adunan ini perlu sentiasa kacau agar tidak meruap. Perlu di biarkan ia mendidih anggaran selama 30 minit supaya menjadi pekat dan bertali atau 'berbenang'. Apa pun perlu tahu cara sesuai untuk melakukan atau mengujinya iaitu dengan menitiskannya diatas piring kering dan bila di sengetkan piring maka air gula tidak meleleh menandakan cukup pekat dan sudah boleh masukkan pulut. Seterusnya adalah memasukkan beras pulut dan kacau rata. Petua penting dimana semasa ini gula akan kembali mencair dimana kerja meneruskan kacau hingga pulut sabati dengan air gula dan kental perlu di lakukan.Tempoh mengacau bergantung kepada kuantiti pulut yang di gunakan. Apa pun kadar sesuai dimana bagi sebanyak sekilo pulut biasanya sekitar ½ jam sahaja dan untuk 7 kg pulut ia sesuai di pendekkan masanya lebih kurang selama 1 jam sahaja iaitu dengan cara mengacau kerana berat dan lenguh tangan. Kemudian bila masak maka terus isikan dalam bekas khas yang sesuai semasa wajik ini masih panas supaya mudah mengendalikan membuat simpanan. Masa ini bekas plastik yang di alaskan dengan daun pisang adalah cara paling mudah di lakukan dan mudah disimpan atau di jual (Sila lihat foto disebelah). Wajik ini boleh disimpan agak lama dengan cara masak yang betul dan cara penyimpanan lebih sesuai. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.