Makanan stimbot juga dikenali sebagai makanan 'steamboat' adalah sejenis makanan berkuah dari bahan-bahan berkhasiat dimana ia mempunyai banyak khasiat. Ia adalah makanan yang kaya dengan nutrisi seperti protein, serat dan bahan karbohidrat yang penting untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu juga dilaporkan jika steamboat sering mengandungi pelbagai jenis sayuran yang memberikan vitamin dan mineral serta zat dari produk seafood serta beberapa jenis daging yang mana ia merupakan sumber protein yang baik. Penulis blog akan kongsikan beberapa khasiat steamboat untuk dijadikan bahan rujukkan. Khasiat pertama pastinya ia sejenis makanan sihat yang kaya dengan sumber protein dimana bahan daging dan makanan laut dalam steamboat menyediakan protein. Protin ini adalah sangat penting untuk membina dan membaiki tisu badan, serta membekalkan tenaga. Makanan stimbot juga dinilai sebagai makanan yang Kaya dengan serat seperti adanya pelbagai jenis sayuran dalam steamboat yang kaya dengan serat dimana ini membantu dalam pencernaan dan memberikan rasa kenyang lebih lama. Makanan ini memang memberikan Sumber vitamin dan mineral yang terdapat didalam bahan sayuran dalam steamboat membekalkan pelbagai vitamin dan mineral yang penting untuk fungsi tubuh yang sihat. Dalam aspek kesihatan di laporkan makanan stimbot mampu Meningkatkan imuniti apabila beberapa bahan dalam steamboat, seperti makanan laut, mengandungi nutrien yang boleh membantu meningkatkan sistem imun. Makanan ini dilaporkan juga adalah ia Baik untuk kesihatan tulang dan sendi sama dengan beberapa jenis makanan laut, seperti ikan, kaya dengan omega-3 yang baik untuk kesihatan tulang dan sendi. Ramai orang yang menjadikan makanan ini sebagai makanan sihat yang boleh disesuaikan dengan diet. Makanan steamboat boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis diet, termasuk diet rendah karbohidrat atau diet tinggi protein, bergantung pada pilihan bahan yang digunakan. DIlaporkan makanan ini akan Membantu penghidratan sebab ada kuah steamboat membantu dalam penghidratan tubuh badan, terutamanya jika kuahnya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Apa pun adalah penting untuk memilih bahan-bahan yang segar dan berkualiti untuk memastikan khasiat steamboat yang optimum. Mengelakkan penggunaan bahan-bahan yang diproses dan tinggi garam juga penting untuk kesihatan. Sesiapa boleh menikmati makanan stimboat dengan adanya pelbagai premis di seluruh negara terutama beroperasi pada malan hari.
Menarik juga jika di paparkan akan manfaat makanan jenis Steamboat untuk di ambil. Pertama dilaporkan makanan ini adalah dari kumpuulan Makanan Sihat dimana peminatnya memang boleh dia memilih bahan-bahan yang segar seperti sayur-sayuran, protein rendah lemak, seafood dan sup tanpa minyak. Apa pun perlu semak dahulu akan harga di tawarkan dan tahap kesegaran bahan untuk di masak dalam stimbot. Bagi penulis blog faham jika makanan stimbot merupakan kategori iaitu jenis Pemakanan Seimbang dimana hidangan steamboat menggabungkan karbohidrat, protein dan serat dimana semua bahan ini akan dimasak atau ia diambil sebagai jenis makanan keperluan harian. Membuatnya di rumah juga mudah dimana cuma perlu sediakan bahan mencukupi yang terpilih, alatan memasaknya yang mudah di beli (kini ada dijual secara on-line sahaja) dimana ada pelbagai jenama, saiz dan harga yang mampu beli. Keperluan lain adalah kepakaran untuk menyediakan sos atau kini ia memang ada dijual sebagai pelengkap kepada makanan stimbot tersebut. Apa yang dilihat agak ada kelainan adalah bagaimana amalan pemakanan ini memberikan Pengalaman Sosial dimana melibatkan ramai ahli keluarga, sahabat dan sebagainya. Makanan ini juga mampu untuk Menguatkan Hubungan apabila aktiviti semasa memasak bersama-sama merapatkan hubungan keluarga dan rakan. Makanan stimbot akan ia membawa suasana santai untuk berbual bersama keluarga dan rakan-rakan. Bergantung kepada jamuan tersebut di adakan dimana kesemua yang suka makan stimbot akan berbual dan bertukar-tukar cerita sambil memasak bersama. Paling seronok sebab didalam hidangan ini ada Kepelbagaian Rasa dimana semua boleh mencuba pelbagai jenis perapan, pelbagai jenis sup dan banyak pilihan sos untuk pengalaman yang berbeza setiap kali memakan makanan stimbot yang berlainan. Apa pyang perlu di pastikan dimana makanan stimbot biasanya hanya memilih bahan terbaik dan perlu bagi Memastikan Kesegaran terutama jika memasak sendiri memastikan makanan dimakan segar dan panas lagi di atas dapor depan mata. Di premis yang mana mereka ada menjual makanan stimbot akan di sediakan kemudahan meja dan kerusi dan juga tempat masak di tengah-tengahnya dimana ia akan di kelilinggi oleh pelanggan. Makanan stimbot adalah jenis makanan Rendah Kalori dimana penggunaan sup iaitu ia bukannya minyak menjadikannya pilihan lebih sihat berbanding makanan goreng dan pastikan tidak menggunakan lebih garam atau serbuk perasa lain. Memang hidangan makanan stimbot dilihat amat bagus untuk keakraban dimana makanan steamboat pilihan ideal untuk mereka yang ingin menikmati makanan enak sambil menjaga kesihatan.
Menarik dalam portal berita mstar dimana dilaporkan 'Makanan Steamboat and grill kini jadi kegilaan tetapi awas bila makan daging proses yang berisiko kena kanser kolon' untuk di kosgsikan kisahnya. Dilaporkan dimana selalu dan pengambilan daging proses dalam hidangan boleh meningkatkan risiko kanser kolon. Ini kerana hidangan panggang dan rebus atau ‘steamboat and grill’ berkonsep bufet semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini dengan adanya banyak restoren yang sediakan perkhidmatan ini. Apa tidaknya dimana hidangan sedemikian membolehkan pelanggan makan aneka daging sebanyak mana mereka mahu dengan harga mampu. Berduyun-duyun pelanggan berbaris terutama di waktu puncak di restoren makanan stimbot ini.Namun tahukah semua jika ada dakwaan jika dengan pengambilan daging proses yang terlalu banyak sebenarnya berisiko menyumbang kepada penyakit kanser kolektral atau kanser usus atau kanser kolektral. Dari rujukkan dimana kanser ini juga dikenali sebagai 'kanser kolon' atau 'kanser usus' yang menyerang bahagian kolon, usus dan juga rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh). Berdasarkan statistik KKM dimana hampir 250,000 kes kolektral telah direkodkan sejak 2017 sehingga 2023 sekali gus menjadikan ia kategori kanser kedua paling biasa terjadi di Malaysia. Hasil dari kajian KKM dimana risiko penyakit ini sudah meningkat sebanyak 19 peratus bagi setiap 25 gram daging proses yang diambil setiap hari. Apa yang lebih membimbangkan apabila sekitar 95 peratus rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buah-buahan yang mencukupi dalam diet harian mereka. Apa pun tabiat itu dikhuatiri akan menyumbang kepada risiko kanser lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak mampu bagi mengamalkan gaya hidup sihat seperti suka merokok dan kurang bersenam. Perlu di ketahui jika ada jenis daging amat berisiko menyumbang kepada kanser kolon seperti Burger, Daging merah, Bologna (peperoni dan sejenisnya) dan juga Sosej. Dilaporkan beberapa faktor lain menyumbang kepada kanser kolon disebabkan obesiti, kurang bersenam, masaalah dimana ahli keluarga ada sejarah kanser usus, mereka dalam kategori perokok dan indivifu yang memang amat kurang makan sayur.
Menarik ksiah diari Kuala Lumpur apabila beberapa media tempatak laporkan 'DBKL gempur penjaja stimbot' apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melaksanakan operasi menggempur penjaja stimbot (lolo) di Jalan Haji Hussein dan Jalan Ampang (hadapan LRT Ampang Park) ikut jadual. Tindakan itu adalah sentiasa dijalankan DBKL di lokasi sasaran sebagai salah satu langkah tindakan khas Jabatan Penguatkuasaan dan Pejabat Penguatkuasa yang dibuat secara mengejut atas pelbagai kesalahan. Hasil pemeriksaan dan tindakan meliputi aktiviti perniagaan dan penjajaan yang membuat kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, salah guna lesen, halangan tred perniagaan di tempat awam dan penjaja warga asing. Pihak DBKL memberitahu dimana hasil tindakan khas dijalankan itu juga, DBKL mengambil enam tindakan sita dan pindah barangan yang diletakkan di tempat awam terhadap pemilik restoran, gerai, penjaja tanpa lesen warganegara dan penjaja tanpa lesen warga asing. Kalangan penjaja terlibat didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016. Diantara peralatan pernah disita seperti kerusi, meja, payung lipat, skuter elektrik, kenderaan lolo dan lain-lain. Selalunya barangan dan peralatan disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk rekod penyimpanan sementara dan dokumentasi.
Agak menakutkan kisah bagaimana kes 'Alat memasak steamboat meletup, tujuh beranak cedera' yang dilaporkan banyak media tempatan. Apa pun kes yang berlaku di Temerloh, Pahang ini menyebabkan pelanggan yang sedang makan malam melibatkan tujuh beranak bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih untuk memasak 'steamboat' meletup dalam kejadian di sebuah restoran dan cedera. Dilaporkan kejadian jam 7 petang itu berlaku sekelip mata ketika dia bersama suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat semasa mereka sedang menjamu selera. Didakwa ada tereka terdengar bunyi letupan sebelum dapur gas melambung dimana kejadian tersebut memang terlalu pantas yang menyebabkan pelanggan tidak sempat mengelak dan semua terkena percikan api dari dapur gas. Pelangan terlibat kemudiannya pergi ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan awal sebelum pulang ke rumah di Bera dan pada keesokan harinya mereka sekeluarga sekali lagi mendapatkan rawatan awal di Klinik Kesihatan Triang sebelum diminta merujuk ke pakar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS). Keadaan suami dan anak kedua iaitu Arif Fauzan paling teruk melecur kerana membabitkan bahagian muka dan tangan. Empat hari kami sekeluarga ditempatkan di wad dan sekarang ini kami berada di hospital swasta untuk pemeriksaan susulan. Mereka sekeluarga pernah datang ke restoran itu sebelum ini untuk menjamu selera dan tidak menyangka kejadian itu akan berlaku dimana pemilik restoran ada berjumpa dengan mangsa dan memohon maaf walau pun satu laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan berharap insiden sebegini tidak berulang lagi. Semua mangsa sudah bersedia bekerjasama untuk pampasan dengan mengikut segala prosedur yang betul. Permohonan maaf telah dibuat serta berjumpa dengan keluarga tersebut selain mengadakan perbincangan untuk tindakan seterusnya. Pemilik restoren juga kesal atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut dan tanggungjawab kami membantu sehabis baik dalam hal ini. Dakwanya sebelum ini mereka hanya mengikut prosedur yang dinasihatkan oleh peguam dan tidak membuat sebarang kenyataan awal kerana tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang dijalankan. Di laporkan ada orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan. Insiden itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berhati-hati selepas ini dan kemudian buat sementara pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) laporkan lesen premis perniagaan itu digantung sementara. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.