Agak jarang mnendengar kisah 'Kerang 'gasi' juadah istimewa di Pantai Batu Buruk' untuk disembangkan. Dilaporkan dimana kerang gasi yang siap dimasak sedia untuk dihidangkan kepada kalangan pelanggan. Di Kuala Terengganu dimana disebabkan saiznya yang luar biasa besar serta jarang ditemui menjadikan menu kerang gasi (gergasi) bakar di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk di sini istimewa sekali gus menarik perhatian pengunjung. Uniknya, saiz kerang di gerai makan itu ada yang mencecah saiz 20 sentimeter menjadikan ia antara kerang terbesar pernah dijual di sini. bagi pemilik gerai makanan Penyu Corner, Rohana Omar, 48 berkata, terdapat tiga saiz kerang yang dijual di gerainya iaitu besar (AAA), sederhana besar (AA) dan sederhana (A). Permintaan terhadap kerang bergantung kepada citarasa pelanggan, ada yang gemar kerang saiz kecil, ada juga yang sukakan kerang bersaiz besar kerana rasa dagingnya lebih kenyal dan isinya yang tebal. Saiz hidangan sama sahaja kerana di sini kita memang jual kerang gasi. Bagi pelanggan yang tidak gemarkan kerang terdapat menu lain yang turut disediakan di sini. Kerang yang dijual pada harga RM15 semangkuk itu biasanya habis dijual sebaik gerai beroperasi bermula jam 4 petang hingga 10 malam. Terdapat tiga saiz kerang gasi iaitu saiz AAA, AA dan A dijual di gerai Penyu Corner yang beroperasi di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. Jualan bergantung pada keadaan, biasanya hari biasa dalam 50 hingga 60 kilogram (kg), tetapi bila hari minggu kuantiti lebih banyak dan pernah cecah 90 hingga 100 kg. Apa pun dilaporkan yang kerang gasi bersaiz besar agak sukar diperoleh dan hanya bergantung kepada bekalan yang dihantar pembekal. Selalunya bekalan kerang biasanya diperoleh daripada tiga pembekal secara bergilir-gilir iaitu dari Sabah, Perak dan Klang. Untuk dapatkan stok kerang saiz besar agak sukar kerana kebanyakan pembekal yang ditemui tidak sanggup hantar kerana ia sukar diperoleh. Tambahan pula, kerang ini kita dapatkan yang betul-betul segar dan berkualiti sebab itulah harganya juga agak mahal. Apa pun ada hari-hari tertentu bekalan kerang terputus, kita terpaksa tutup operasi kerana tidak mahu mengecewakan pelanggan. Biasanya kalau yang datang dari jauh dan digalakkan mereka untuk telefon terlebih dahulu. Bagi pembantu kedai di gerai Penyu Corner, Mohamad Nazariezal Arif Daud menunjukkan antara kerang gasi yang siap dimasak dan sedia untuk dihidangkan kepada pelanggan. Rohana yang berasal dari Kampung Durian Burung, Kuala Terengganu turut dibantu suaminya, Ahmad Zikri Che Ali, 39 selain tujuh lagi pekerjanya. Apa pun minat untuk berniaga kerang gasi kerana gemarkan sesuatu yang unik untuk dikongsi bersama pelanggan. Mereka sekeluarga memang suka makan kerang. Daripada situ kami berusaha cari bekalan ini di merata-rata tempat sehinggalah bertemu dengan tiga pembekal yang sanggup terima tempahan. Kini sudah masuk tahun kedua gerai ini beroperasi sejak 2019 dan sambutan diterima amat memberangsangkan.
Dilaporkan dimana 'Johor hab utama industri kerang' sebagai satu kejayaan yang di banggakan. Antara yang kelihatan dimana para nelayan sedang menjalankan aktiviti menangguk kerang. Media laporkan dimana Johor bakal menjadi hab utama pengeluaran kerang di negara ini bagi mengelak kepupusan spesies berkenaan. Kerajaan Negeri dengan Kementerian Pertanian sentiasa memberi fokus utama kepada daerah Pontian dan akan mewartakannya sebagai kawasan kerang. Kini Johor mempunyai kekuatan tersendiri dalam pembangunan industri perikanan dan akuakultur berdasarkan potensinya sebagai satu-satunya negeri di negara ini yang mempunyai tiga perairan laut iaitu Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau. Kementerian melalui Jabatan Perikanan (DOF) menyasarkan pengeluaran akuakultur sebanyak 1.443 juta tan metrik menjelang 2020 apabila kerang-kerangan berpotensi dalam menyumbang 45,000 tan metrik bagi mencapai sasaran itu. Secara amnya benih kerang dijumpai di kawasan Pontian sepanjang tahun dimana ada banyak kawasan berpotensi bagi ternakan kerang-kerangan yang sudah dikenal pasti di Pontian termasuk Sungai Besar (Ayer Baloi) dan Rimba Terjun (Teluk Kerang), Api-Api serta Serkat. Pada 2016, sebanyak 1,260 tan metrik kerang-kerangan dihasilkan melalui aktiviti akuakultur. Pengeluar kerang paling tinggi dan berkualiti adalah dari daerah Pontian (907 tan metrik). Sejak 10 tahun kebelakangan ini, sejumlah 26 peratus penurunan pendaratan dicatatkan di negeri pengeluar kerang utama iaitu Selangor dan Perak. Kini Johor antara pengeluar kerang-kerangan utama di Malaysia selain Selangor dan Perak yang mengalami isu peningkatan kadar kematian semula jadi akibat perubahan kualiti habitat, perubahan alam sekitar serta pencemaran bahan kimia tertentu. Potensi hiliran industri kerang-kerangan ini dapat menjana pendapatan lumayan kepada nelayan yang mengusahakan kerana harga kerang diproses (RM30/ kilogram) meningkat tiga kali ganda daripada harga kerang yang belum diproses (RM10/kg). Apa pun pengurusan sumber kerang dilaksanakan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Pemuliharaan Dan Kultur Kerang) 2002 bagi menjamin sumber kerang negara. Di bawah Dasar Pelesenan Perikanan, lesen pengutipan kerang dikhaskan untuk nelayan berlesen setempat. Di samping itu pembabitan komuniti nelayan dan industri hiliran akan dibangunkan berasaskan konsep komuniti. Dilaporkan melalui pembentukan Plan Pengurusan Ternakan Kerang (FMP) dijangka dapat meningkatkan lagi hasil pengeluaran kerang secara menambah baik peraturan berkaitan penuaian, musim tangkapan, pengezonan kawasan yang dibuat secara persetujuan bersama pihak berkepentingan. Aktiviti pembangunan secara bersepadu kerang di Johor menjadikan negeri itu sebagai hab kerang pada masa akan datang. Satu pelan pembangunan kerang-kerangan bagi Johor akan dirangka termasuk cadangan merizabkan kawasan industri kerang sebagai zon industri akuakultur kerang. Ia termasuk mewartakan kawasan pembenihan kerang yang dikenal pasti serta menyediakan kemudahan bersepadu ternakan termasuk infrastruktur asas. Dilaporkan bagi tujuan keselamatan makanan, aktiviti survelan dan penyampelan kerang-kerangan melalui National Shellfish Sanitation Program (NSSP) dilaksanakan bagi memastikan kerang yang dihasilkan berkualiti dan selamat dimakan. Aktiviti program pemantauan menunjukkan tiada pelanggaran terhadap parameter pada kerang-kerangan yang dianalisis dan memenuhi piawai eksport dimana pembabitan semua pihak berkepentingan termasuk komuniti nelayan akan dilaksanakan secara bersama bagi memastikan kejayaan pembangunan memenuhi aspirasi semua pihak yang berkaitan.
Dilaporkan dimana 'Rezeki benih kerang' melibatkan seramai 60 nelayan di Pontian Besar meraih pendapatan sampingan menerusi hasil tangkapan benih kerang. Apa pun dilaporkan dalam beberapa bulan dimana kalangan nelayan terbabit berjaya menaikkan benih kerang seberat 193.5 tan dengan nilai RM215,000 di Perairan Pontian Besar dan Api-Api di Johor. Menurut Pengurus projek terbabit, Mazlin A Rahmad dakwa dimana aktiviti menaikkan benih kerang itu dibuat selepas mendapat permit daripada Jabatan Perikanan. Mereka kemudian memasarkan benih kerang ke Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Harga pasaran benih mengikut gred, gred pertama setiap 1,200 biji seberat 600 gram pada harga RM1.60 sekilogram dan gred kedua setiap 800 biji seberat 600 gram pada harga RM1 sekilogram. Bagi nelayan, Kamalulail Abu Bakar (36) dakwa dimana perairan pantai berkenaan merupakan lokasi sesuai untuk pembiakan kerang selain berteluk dan berlumpur. Dia yang juga Pengerusi Komuniti Nelayan Pontian Besar berkata, aktiviti mengambil benih kerang dibuat secara tradisional dengan menangguk. Benih kerang yang hidup semulajadi di lokasi berkenaan secara langsung menjadi pendapatan sampingan kepada golongan nelayan selain tangkapan ikan. Proses menangguk dan pemilihan benih kerang mengikut gred dibuat secara bergotong-royong sekali gus meningkatkan semangat silaturahim antara mereka.

Kisah lain berkaitan benih kerang dilaporkan jika 'Tekong, dua awak-awak ditahan cubaan seludup benih kerang' dimana kes berlakau di Perlis sesuai disembangkan. Media laporkan dimana ada seorang tekong dan dua awak-awak ditahan ketika sedang melakukan kerja menangguk benih kerang secara haram di selatan Sungai Baru, Perlis. Seorang tekong dan dua awak-awak ditahan dalam cubaan seludup benih kerang ke negara jiran. Kes penahanan kesemua suspek ini oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis ini sekaligus berjaya mengekang benih kerang berkenaan dari diseludup ke negara jiran, Thailand. Menurut Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis ada nyatakan jika aktiviti ini telah dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia BENTENG 7 yang tiba di lokasi berkenaan semasa melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di sekitar perairan Perlis. Bot terbabit yang berpengkalan di Kuala Perlis itu didapati sedang melakukan aktiviti menangguk benih kerang secara haram. Bot terbabit dikemudikan oleh seorang tekong dan dua awak-awak kesemuanya warga tempatan yang berumur di antara 33 hingga 50 tahun. Hasil aktiviti pemeriksaan lanjut juga telah berjaya mengesan dan merampas sebuah sangkar siput yang telah ditinggalkan berhampiran lokasi tangkapan. Bot ini berada pada kedudukan 0.54 batu nautika dari barat daya pesisir pantai Kurung Tengar. Teribat adalah tekong dan awak-awak, bot, hasil tangkapan benih kerang dan sebuah sangkar siput yang dianggarkan bernilai lebih RM31,000 tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut. Seorang anggota penguatkuasa Zon Maritim Kuala Perlis menarik sebuah sangkar siput yang telah ditinggalkan berhampiran lokasi tangkapan (Sila lihat foto disebelah). Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Peraturan 4 (1) (Peraturan-peraturan Perikanan Pemuliharaan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan mengambil benih kerang atau kerang dewasa dari suatu tapak kerang semula jadi atau kultur melainkan jika diberi lesen mengambil kerang. Manakala kes rampasan sangkar siput akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 11 (3) (c) iaitu memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. Bot fiber yang digunakan bagi melakukan kerja menangguk benih kerang ditahan. Pihak berkuasa Malaysia juga meminta kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini. Aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.