Support My Blog

Thursday, August 14, 2025

SEMBANG FAKTA LIMAU KASTURI (PART 2)

LIMAU KASTURI
 memang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia dimana ia merupakan sejenis tanaman yang ada di tanam di kawasan rumah. Limau Kasturi (Citrus microcarpa) dari keluarga Rutaceae ada banyak jenisnya dan sentiasa berbuah sepanjang tahun jika di jaga dengan baik. Bagi penulis blog dimana limau kasturi yang juga dikenali sebagai 'Calamansi' adalah sejenis buah citrus kecil yang didakwa ia berasal dari Asia Tenggara. Ia terkenal dengan rasa masam manis dan aroma yang menyegarkan dimana ia sering digunakan dalam masakan dan minuman. Selain itu selalunya limau kasturi juga popular dalam produk penjagaan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Selain cirinya ia berasal dari kawasan Asia Tenggara terutamanya dari negara Filipina dan Malaysia kini ia meluas di tanam. Bercirikan ia mempunyai saiz buah yang kecil, berbentuk bulat, berwarna hijau hingga kuning jingga apabila masak dan yang penting dimana ia berikan rasa masam manis dan aroma yang harum. Ada sesetengah jenis limau kasturi berkulit licin dan ada yang berkulit berbenjol juga. Dalam pada itu ia sangat selalu di gunakan dalam masakan dimana dijadikan sebagai perasa dalam pelbagai hidangan khas termasuk semasa masakan ikan bakar, mee goreng dan di gun amembuat sambal termasuk sambal belacan. Bagi penulis blog paling suka mengambil limau kasturi untuk di jadikan produk minuman seperti di buat jus atau dicampur dalam minuman lain untuk rasa masam dan segar. Kini sudah banyak produk kordial limau kasturi di komersilkan yang boleh di beli di mana sahaja. Didakwa ia mampu didalam rawatan termasuk untuk penjagaan kuli semula jadi kerana kandungan vitamin C yang tinggi. Dalam aspek perubatan tradisional selalu dilihat limau kasturi digunakan untuk melegakan sakit tekak, batuk, dan masalah pernafasan lain. Limau ini sangat berkhasiat sebab ia mengandungi sumber vitamin C yang baik yang dapat membantu meningkatkan sistem imun. Ia juga di laporkan memang mengandungi antioksidan yang membantu melindungi sel-sel tubuh. Limau kasturi berkhasiat dalam membantu dalam penghadaman dan mengurangkan masalah perut serta membantu mengawal paras gula dalam darah dan menurunkan kolesterol, menurut beberapa kajian. Aktiviti penanaman pokok limau kasturi diman tumbuhan ini adalah pokok renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 5 meter dan ia mudah ditanam melalui biji benih atau keratan batang. Penting pastikan ia di tanam di kawasan yang mana panas sebab ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk pengeluaran buah yang optimum. Selain itu apa yang penulis blog pasti dimana limau kasturi juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti limau calong, limau kiah, jeruk kasturi dan jeruk pekaran. Ia juga popular di kalangan masyarakat Melayu dan sering digunakan dalam pelbagai amalan petua tradisional untuk kesihatan. Bagi menanam limau kasturi perlu memilih lokasi yang mendapat cahaya matahari yang mencukupi (6-8 jam sehari) dan tanah yang subur dengan saliran yang baik. Penjagaan rutin seperti penyiraman, pembajaan, dan pemangkasan juga penting untuk memastikan pokok limau kasturi tumbuh subur dan berbuah lebat. Limau kasturi memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses fotosintesis dan menghasilkan buah. Pilih kawasan yang tanahnya jenis baik yang subur dan mempunyai saliran yang baik dan mengelakkan tanah yang bertakung air kerana boleh menyebabkan akar pokok reput. Aktiviti penyiraman secara berkala terutamanya semasa musim kemarau dan elakkan terlalu banyak menyiram kerana boleh menyebabkan akar reput. Pembajaan pokok limau kasturi perlu dilakukan dengan baja organik secara berkala untuk membekalkan nutrien yang diperlukan oleh pokok. Perlu juga di buat cantasan atau pemangkasan bagi membentuk pokok dan membuang dahan yang rosak atau mati. mengenai cuaca dimana semasa musim hujan hujan berlebihan ia akan berk kesan dan boleh mempengaruhi pembungaan pokok. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang fakta limau kastiru untuk di jadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Di Malaysia dimana hanya ada dua (2) v
arieti Limau Kasturi yang didaftarkan di Malaysia sehingga kini untuk jenis limau kasturi makan. Bagaimana pun apa yang penulis blog terlibat dengan sistem pendaftaran varieti tanaman di Malaysia iaitu di Jabatan Pertanian Malaysia (sebagai pendaftar resmi) juga tahu jika terdapat banyak jenis limau kasturi untuk hiasan (ornamental tree) seperti Kalamansi Tree yang popular semasa sambutan Tahun Baru Cina. Pertama adalah varieti iaitu Limau Kasturi Varieti LK1 (Kasturi Hijau) telah didaftarkan pada tahun 1990 yang ditanam masa itu di Negeri Selangor. Kedua adalah jenis varieti LK2 (Kasturi Langkap) sesuai dengan namanya berasal dari kawasan Langkap, Perak didaftarkan pada tahun 1990. Setakat ini belum ada varieti yang telah dibuat pengesyoran varieti. Limau Kasturi sering digunakan untuk dijadikan penyedap makanan (diperah ketika makan mee goreng, ikan masin, sambal kicap) dan juga dibuat jus minuman atau diproses untuk pelbagai jenis makanan ringan. Terdapat banyak limau kasturi yang diproses menjadi halwa, jeruk dan juga makanan ringan lain. Saya memang sentiasa menanam beberapa pasu limau kasturi dalam pasu dikawasan keliling rumah untuk kegunaan sendiri tetepi tidak pasti sama ada ia LK1 atau LK2 atau varieti yang belum didaftarkan lagi. Pokok limau kasturi adalah kecil iaitu mencapai ketinggian 4m dimana ia mempunyai sistem percabangan yang tersebar. Kebiasannya pokok ini tidak berduri. Daun-daunnya kecil, 3-6cm panjang manakala tangkainya kira-kira 1cm, berbentuk sayap yang sangat kecil atau tiada lansung. Hujung daun tumpul atau tirus sedikit dan tepinya bergerigi. Bunganya kecil iaitu kira- kira 2cm lebar, mempunyai lima kelopak yang berwarna putih dan berbau wangi. Bunga-bunga ini kemudian ia dikeluarkan dalam kelompok 5-6 kuntum dihujung atau dicelah daun. Buahnya kecil 2.0-3.5cm berbentuk bulat, hijau semasa muda tetapi apabila masak bertukar menjadi kuning. Kulit buah nipis. Ada beberapa jenis limau kasturi iaitu mempunyai kulit buah yang licin dan ada pula yang agak kasar. Isinya berwarna kuning hingga jingga pucat dan mempunyai rasa jus yang masam. Setiap buah mempunyai 6-8 ulas yang mudah diasingkan. Kebanyakkan mempunyai biji yang kecil dan terdapat juga jenis yang sedikit bijinya.


Menarik dalam sinarplus.com bertajuk '
Suri rumah buat duit dengan jual pati limau kasturi, sambutan luar biasa' menarik faktanya.  Apa pun di laporkan jika berminat dan bersungguh apa pun jadi! Itulah yang dibuktikan oleh seorang suri rumah yang dikenali sebagai Cik Wan Mastura Megat apabila minatnya terhadap aktiviti bercucuk tanam sejak kecil dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ia membuahkan hasil lumayan. Dilaporkan wanita berusia 34 tahun itu berjaya mengusahakan tanaman limau kasturinya yang seluas 0.4 hektar di Kampung Santan yang terletak di Kangar, Perlis. Dia yang mula mengusahakan tanaman itu sejak 2016 dan kini mempunyai 200 pokok dimana sebelum ini hanya menjual buah limau kasturi di pasar borong namun disebabkan buah limau ini terlampau banyak hingga mencecah satu tan sebulan kemudian dia sudah pun menghasilkan pati limau kasturi bagi mengelak pembaziran apabila buah bertukar menjadi warna kuning (masak ranum). Memang dia tidak sangka berjaya mendapat sambutan luar biasa khususnya dari kaum wanita yang gemar minum pati limau kasturi untuk kesihatan dan kecantikan dan dakwanya  dalam jangka masa kurang sebulan sebanyak 400 botol pati limau kasturi berjaya dijual pada harga RM6 sebotol. Kini selain pasaran di sekitar negeri Perlis, pati limau kasturinya turut menerima permintaan pelanggan dari Kuala Lumpur dan bercadang untuk memberi fokus kepada penghasilan pati limau kasturi kerana lebih menguntungkan. Pati ini kami hasilkan tanpa tambahan air mahupun bahan pengawet dan ia bagus untuk kesihatan kerana buah limau kasturi dilaporkan ia mengandungi vitamin C yang tinggi. Mastura berkata dia bersedia untuk berkongsi ilmu dan nasihat kepada mereka yang ingin mencuba tanaman limau kasturi kerana ia mudah dijaga, berbuah sepanjang tahun dan tidak memerlukan kos tinggi. Apa yang dilakukan wanita itu jelas membuktikan di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Jika kita terus berusaha kejayaan pasti akan datang sama ada cepat atau lambat. Apa yang penting teruskan berusaha dan jangan sesekali mengalah dan mudah putus asa.


Dalam pada itu dilaporkan media '
Bahagi masa pada tanah' memang sesuatu yang menjanjikan kepada pemiliknya. Media laporkan jika apabila melihat akan kesukaran ibu bapanya mengusahakan tanah selama ini dimana ada seorang lelaki mengambil keputusan untuk dia membahagikan masa kerjanya di pejabat dan mengusahakan tanah kebun milik orang tuanya itu. Kini, selepas dua tahun berbudi pada tanah dan akhirnya membuahkan hasil apabila tanah seluas 1.22 hektar menjadi kebun dengan tanaman limau asam dan limau kasturi. Bagi Adzanizam Mansor (38) dari Kampung Wang Perah, Jitra, Kedh dakwa jika kini ada tanaman limau yang diusahakannya sejak dua tahun lalu secara komersial kini mampu menjana pendapatan lumayan selain menampung kehidupan keluarganya. Dia yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penerbitan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok selalu membahagikan masanya setiap petang selepas pulang dari kerja untuk mengerjakan tanah milik bapanyang sebelum ini bersemak dan terbiar sahaja. Kemudian hampir setiap petang selepas pulang dari pejabat dimana dia akan menukar pakaian dan terus bertani di tanah ini hingga lewat petang. Apa pun selalu pada masa cuti hari kelepasan am dan hujung minggu juga dia akan gunakan masa lapang tersebut untuk bercucuk tanam sambil selalu juga dia dibantu bapa selain anak dan isterinya. Paling gembira apabila terkini dilaporkan dia sudah mampu meraih pendapatan sekitar RM6,000 sebulan. Melihat keadaan tanaman di kebunnya dimana kini sudah ada hampir 1,700 pokok limau dan dia mampu meraih pendapatan bersih sekitar RM6,000 sebulan. Dakwanya memang ayahnya ada banyak memberi tunjuk ajar cara penjagaan pokok yang betul dan turut membantu memasarkan hasil tanaman diusahakan ini. Kerjanya setiap hari kini pastikan dimana setiap hari purata 200 hingga 300 kilogram (kg) buah dikutip untuk dijual kepada peraih yang datang mengambil di kebunnya. Setiap hari purata 200 hingga 300 kg limau dikutip dimana selalunya sebelum dijual kepada peraih buah ini akan di gredkan ikut saiz dan di masukkan kedalam bakul pemasaran atau ada gunakan kotak pembungkusan agar sentiasa segar. Dia menjual dengan harga borong antara RM2 hingga RM5 setiap kg dengan purata 3,000kg sebulan. Memberitahu dimana selain limau, dia turut menjual anak benih pokok yang disemai sendiri seperti cempedak madu serta durian pelbagai baka seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah dan Telur Buaya dengan harga antara RM10 hingga RM60 setiap pokok. Walau pun dia dakwa pulangannya agak lumayan kerana pelanggan terdiri daripada pengusaha yang mempunyai dusun atau kebun sendiri yang luas. Proses menyemai dilakukan pada waktu malam kerana cuaca sejuk selain benih pokok akan tumbuh dengan segar memberitahu dimana kini dia dibantu oleh dua pekerja tempatan.


Menarik dalam portal bernama dan media lain melaporkan apabila 'Pekebun di Pahang digalak tanam limau kasturi' apabila dilaporkan iaitu buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan. Dilaporkan jika para pekebun di Pahang digalakkan menjadikan tanaman limau kasturi sebagai salah satu produk utama mereka ekoran permintaannya yang tinggi dalam pasaran dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Pahang di Kuantan. Projek penanaman limau kasturi di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di sini juga setakat ini hanya menghasilkan 700 tan metrik sedangkan terdapat permintaan yang lebih tinggi untuk pengeluaran jus limau kasturi. Dilaporkan ada kilang memproses limau di sini mendapat permintaan untuk menghasilkan sehingga 400 tan metrik jus limau kasturi dalam tempoh setahun iaitu ia adalah bersamaan dengan 1,200 tan metrik buah. Buah limau kasturi yang telah diproses juga mendapat permintaan tinggi di luar negara termasuk dieksport ke Taiwan setelah dia melawat kilang pemprosesan limau kasturi TKPM pada Khamis yang turut disertai Pengarah Pertanian Pahang. Walau pun selama ini TKPM di Pahang sudah terkenal dengan pengeluaran nangka madu dan rebung madu dimana data menunjukkan jika sehingga kini telah menghasilkan pendapatan RM82 juta dalam tempoh 14 tahun sejak mula di tubuhkan pada tahun 2004. Penulis blog pernah menjadi Pengarah Pertanian Negeri Pahang dari 2015 sehingga 2016 (2 tahun) dan membuat tinjauan kesemua 17 TKPM diseluruh negeri Pahang. Dalampada itu di laporkan kerajaan negeri juga merancang untuk memecahkan 515 hektar tanah pertanian TKPM kepada beberapa lot tanah dengan setiap satunya mempunyai tanah berkeluasan sekitar 20 hektar bagi memberi lebih banyak peluang kepada usahawan dan pekebun kecil. Kerajaan negeri akan memohon bantuan peruntukan kira-kira RM2 juta daripada kerajaan Pusat bagi tujuan ini dan jika semuanya mengikut semua pelan perancangan maka prasarana jalan ladang sedia ada dinaik taraf kepada jalan negeri dimasa akan datang. A
rtikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemua dan diharap ia menjadi baha rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!!...

LIMAU KASTURI... CALAMANSI ITU SAMA....
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...