Bagi penulis blog sebaiknya semua kenal akan beberapa jenis mollusk dan kerang-kerangan yang ada di negara kita. Seperti yang mungkin semua sedia maklum bahawa di Malaysia kita memang kaya dengan hasil laut dimana diantaranya ialah kerang dimana terdapat pelbagai jenis kerang yang kadang-kadang sampai ada yang kurang faham akan namanya sebab ia lebih kurang sama kelasnya akan tetapi ia adalah haiwan laut yang berbeza sebenarnya. Apa pun ppakar makanan dakwa dimana rasa dan khasiatnya setelah makan jenis kerang-kerangan atau siput ini perlu tahu akan khasiat dan kebaikannnya. Dilaporkan dimana jenis kerang-kerangan ini mampu untuk meningkatkan tahap imunisasi badan, ia juga dilaporkan akan memelihara kesihatan jantung, membantu bagi mengurangkan berat badan, pembentukan tulang yang kuat, membantu mencegah masaalah anemia dan juga ia akan memelihara perkembangan dan tumbesaran janin dengan baik. Jenis pertama adalah KERANG yang biasa dinikmati dan paling mudah didapati di Malaysia. Ada yang mengenali hidupan ini sebagai 'kerang darah' atau 'kerang dara'. Ia memiliki cangkerang berwarna putih kecoklatan, berbentuk seperti hati dan bersimetri serta tetulang di kulit luar. Lazimnya dimasak dengan cara direbus, kukus atau goreng dan mempunyai daging berwarna kemerahan di dalamnya. Kedua adalah jenis KERANG BAMBU yang ia juga dikenali sebagai 'kerang buluh' kerana cangkerang berwarna putih kecoklatan dan berbentuk panjang seperti buluh. Isinya berwarna putih dan dimasak dengan cara menumis, Jenis ketiga adalah KUPANG dimana haiwan kupang atau kerang hijau memiliki cangkerang hijau kehitaman dan isi berwarna oren terang. Saiz dan bentuk kupang lebih besar berbanding kerang. Sering menjadi sajian yang dimasak secara tumisan, goreng atau bahan pelengkap sup. Keempat adalah jenis iatu di namakan TIRAM yang mana ia memiliki kulit cangkerang yang tidak sekata dan agak menggerutu. Dagingnya rendah kalori tetapi kaya dengan vitamin dan kalsium. Tiram juga mempunyai kulit cangkerang kelabu kehitaman dan isi tiram turut diproses menjadi sos. Jenis ke lima adalah KEKAPIS dimana haiwan ini mempunyai kulit cangkerang yang nipis, besar berbanding kerang dan rupa seakan kipas serta berwarna terang. Isinya berwarna putih atau oren terang selain dikenali dengan nama scallops. Apa pun bagi penulis blog sudah dapat ujirasa ke semua lima-lima jenis kerangkerangn ini walau pun yang paling kerap adalah memakan kerang dan kupang.
Dilaporkan dimana kerang adalah nama sekumpulan moluska dwicangkerang yang berasal daripada pelbagai keluarga. Ia adalah sejenis makanan laut dimana ia bercengkerang yang boleh dimakan. Kulitnya berbentuk seakan bulat dan lonjong seperti organ hati dan mempunyai gegaris tetulang di luarnya. Apa pun dilihat dimana cengkerangnya mempunyai tiga bukaan iaitu inhalan, ekshalen, dan pedal yang berfungsi mengalirkan air serta membolehkan kakinya keluar. Haiwan laut ini akan menggunakan kakinya untuk mengorek lubang dan makan plankton yang ditemuinya pada proses pengaliran air masuk dan keluar dari cengkerangnya. Selain itu, ia juga mempunyai keupayaan untuk melompat dengan cara iaitu membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan haiwan laut dwicangkerang yang lain, kerang adalah hermafrodit (khunsa) dan ia boleh membiak secara sendiri dengan pantas dan banyak. Menarik tahu akan khasiat kerang darah dimana kalangan masyarakat Malaysia sangat menggemari kerang darah dimana setiap 100 gram hidangan RDA untuk lelaki RDA untuk perempuan terdapat Vitamin B12, Iodin, Zat besi, Selenium, Fosforus, Tembaga dan zat Protein, Vitamin B12 sangat penting untuk fungsi normal otak dan sistem saraf, memainkan peranan penting dalam formasi sel darah merah. Iodin biasanya wujud dalam air laut, merupakan kunci utama untuk hormon tiroid, fungsi normal kadar metabolisma dan memastikan sel-sel dalam tubuh badan kekal sihat. Zat besi adalah kunci pembentukan sel darah merah yang membantu membawa oksigen ke segenap pelosok tubuh badan. Paling bahaya jika ada kes kekurangan pengambilannya boleh menyebabkan anemia. Selenium pula ia memainkan peranan penting dalam sistem pertahanan antioksidan tubuh badan, yang akan menghalang kerosakan sel dan tisu. Zat Fosforus membantu membina tulang dan gigi yang kuat, serta membantu mengeluarkan tenaga daripada makanan diambil. Kesemua jenis kerang pula adalah sumber fosforus yang bagus. Tembaga membantu menghasilkan sel darah merah dan sel darah putih yang berfungsi didalam mengeluarkan zat besi untuk membentuk haemoglobin. Ia juga sangat penting untuk pertumbuhan bayi, perkembangan otak, sistem imun dan untuk tulang dan gigi yang kuat. Protein adalah komponen yang penting untuk otot, kulit, tulang dan tubuh badan secara keseluruhannya.
Ramai yang suka makan kerang disebabkan khasiatnya dan keenakannya. Kajian mendapati jika makanan kerang sangat rendah kalori, dengan 79 kalori bagi setiap hidangan 100 gram. Ia adalah pilihan yang sangat baik jika anda sedang dalam proses menurunkan berat badan. Antara kehebatannya dimana kerang ada kandungan protein sangat tinggi dengan 13.5 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Pengambilan protein adalah sangat penting untuk kesihatan anda kerana ia akan menyediakan struktur sel dan tisu tubuh badan. Walaupun protein dikenali sebagai nutrisi untuk penambahan otot, ia juga sebenarnya sangat membantu mengurangkan berat badan. Diet yang tinggi protein akan membantu mengurangkan berat badan di samoing membantu anda mengekalkan kekuatan tubuh badan semasa berdiet. Kandungan karbohidrat iaitu diantara khasiat kerang adalah sangat rendah sama seperti kebanyakan jenis makanan laut yang lain dengan 4.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram dan ia tidak langsung mempunyai kandungan gula dan serat. Karbohidrat membekalkan tubuh badan anda dengan tenaga untuk melakukan senaman. Dalam pada itu kandungan lemak sangat rendah dimana dengan 0.7 gram bagi setiap hidangan 100 gram. Paling penting, tiada satu pun kandungan lemak di dalamnya adalah jenis lemak tepu yang akan meningkatkan risiko sakit jantung. Bagaimana pun selalu di paparkan akan beberapa risiko makan kerang darah iaitu terhadap kesihatan. Walaupun terdapat banyak khasiat kerang, namun mungkin ramai yang belum tahu bahawa ia merupakan salah satu daripada 17 makanan paling berbahaya di dunia. Kerang mengandungi banyak virus dan bakteria seperti hepatitis A, hepatitis E, tifoid dan disentri yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terhadap kesihatan individu. Apa pun haiwan laut ini sebenarnya masih boleh dinikmati oleh setiap individu dimana apa yang penting adalah kebersihannya. Sebaiknya jika pembaca blog anim agro technology ini sudah memasang niat untuk memakannya adalah tidak salah asalkan perlu membersihkannya terlebih dahulu dan proses memasaknya juga perlu betul kerana ia berbahaya untuk dimakan mentah atau secara kurang masak. Penulis bog nasihatkan bagi mendapatkan khasiat kerang dengan cara selamat atau sekiranya anda memakannya dan mula muncul isu gejala kealahan seperti gatal-gatal, muntah-muntah, cirit-birit, sukar bernafas, timbul ruam atau bengkak, segera hentikan pengambilannya dan berjumpa dengan doktor untuk mengambil ubat alahan. Paling penting ia tidak sama sekali disarankan untuk dimakan mentah kerana risikonya yang sangat tinggi terhadap kesihatan kita. Sebaiknya, anda masak makanan laut itu dengan cara merebusnya dulu sekurang-kurang 5 minit atau merngukusnya sehingga 10 minit. Elakkan dan jangan sesekali makan haiwan laut ini yang cengkerangnya tidak boleh dibuka. Ini sebenarnya adalah ia menunjukkan bahawa ia telah mati sebelum dimasak lagi. Bukan sahaja rasanya tidak sedap dan baunnya juga busuk. Bahkan akan mengundang pelbagai virus dan bakteria yang akan mengancam kesihatan. Apa pun kerang sebagai haiwan laut ini masih boleh dimakan asalkan memasaknya terlebih dahulu. Jika berlaku sebarang komplikasi kesihatan, segera berjumpa dengan doktor.
Dalam kes lain uutusan bornoe laporkan 'Industri kerang boleh jana pendapatan tahunan RM34.4 juta' dimana di Tuaran, Sabah kerajaan negeri telah melancarkan Projek Pembangunan Sumber dan Industri Kerang Sabah yang berpotensi untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak RM34.4 juta, berdasarkan anggaran pendaratan sebanyak 3,240 metrik tan setahun dan pulangan pelaburan sebanyak 7.6 kali ganda. Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, projek itu akan membuka peluang eksport baharu bagi hasil kerang Sabah melalui aktiviti hiliran seperti pengetinan, sambal kerang dan produk makanan berasaskan kerang darah. Bagi sektor swasta, inilah masa terbaik untuk melabur dalam pemprosesan hasil laut, pembungkusan lestari dan pembinaan rantaian eksport Sabah. Peluang ini bukan sahaja menguntungkan, malah membina masa depan yang mampan. Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah adalah selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan Ekonomi Biru menjadi landasan ekonomi yang kukuh untuk rakyat negeri Sabah. Kerajaan Sabah komited untuk mengorak langkah dalam penerokaan khazanah laut dan maritim sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan kedudukan negeri ini dalam penerokaan Ekonomi Biru di peringkat antarabangsa. Ekonomi Biru bukan saja berupaya menseimbangkan kemakmuran dengan kelestarian, malah menjelang tahun 2030, nilai ekonomi biru global dijangka mencapai USD3 trilion. Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah ini merupakan kerjasama antara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Jabatan Perikanan Malaysia dan Jabatan Perikanan Sabah, dan dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama yang telah pun selesai melibatkan kajian pemetaan dan eksplorasi sumber kerang darah (Tegillarca granosa) dari Oktober 2024 hingga Mei 2025 di enam lokasi berpotensi, termasuk Tuaran dan Beluran yang menjadi tapak projek rintis. Fasa kedua dijadualkan bermula pada tahun 2026, melibatkan pemindahan teknologi dan pelaksanaan sebenar projek di lapangan. KM Sabah berkata ada sebanyak 77 lot penternakan telah dikenal pasti, merangkumi 12 lot di Tuaran dan 65 lot di Beluran, meliputi kawasan seluas 1,617 hektar. Setiap lot akan diusahakan oleh 10 Ketua Isi Rumah (KIR), menjadikan jumlah keseluruhan seramai 770 KIR sebagai penerima manfaat utama, terdiri daripada pengusaha perikanan, komuniti luar bandar dan golongan B40. Jika hanya 40 peratus daripada lot ini beroperasi secara optimum, peserta masih mampu menjana pendapatan bulanan sekitar RM4,800 hingga RM6,500. Sudah tentu komuniti yang terlibat akan memperoleh pendapatan mampan melalui ternakan kerang darah. Golongan belia juga akan dilatih dengan kemahiran akuakultur moden, melahirkan generasi baharu usahawan laut Sabah. Projek ini bukan sahaja membawa perubahan besar kepada rakyat, khususnya komuniti yang terlibat, tetapi juga kepada alam sekitar dan ekonomi negeri. Sabah akan dibangunkan sebagai Hab Makanan Laut Biru ASEAN, setanding dengan negeri-negeri pengeluar utama seperti Perak, Pulau Pinang dan Selangor, Kerajaan negeri komited sepenuhnya untuk menyokong industri itu dan mahu para peserta projek mendapat latihan berterusan serta teknologi moden. Komuniti di Tuaran dan Beluran, sebagai perintis atau peneraju projek ini, agar manfaatkan sepenuhnya teknologi moden yang diperolehi untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti sektor akuakultur.
Berlainan kes di Terengganu apabila hmetro.com laporkan iu 'Masak kerang dengan sempurna, bimbang bakteria dan E-coli' seperti di laporkan di Dungun, Terengganu. Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menasihatkan orang ramai supaya memastikan kerang yang dikutip di Pantai Sura agar ia dimasak dengan sempurna sebelum dimakan. Pengarah Perikanan berkata, sampel air dan kerang di itu telah diambil pada Rabu, untuk memastikan keselamatan pengguna. Hasil analisis awal menunjukkan tiada kehadiran plankton yang menghasilkan biotoksin dikesan dalam sampel air. Analisis bakteria pada kerang sedang dijalankan oleh Makmal Biosekuriti Perikanan Kuantan, Pahang dan keputusan penuh akan diumumkan dalam masa tiga hari. Berdasarkan kajian beberapa tahun sebelum ini iaitu pada 2014, 2016, 2019, dan 2021, mendapati tahap bakteria Fecal coliform dan jenis Escherichia coli (E. coli) dalam sampel kerang melebihi piawaian yang ditetapkan. Kerang dalam kategori ini juga ia diklasifikasikan sebagai Kelas B, yang memerlukan proses pemasakan sempurna sebelum dimakan. Kehadiran bakteria Vibrio parahaemolyticus yang bersifat meluas (ubiquitous) dalam persekitaran air laut, turut dikesan dalam sampel terdahulu. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.