Limau kasturi merupakan sejenis buah sitrus yang sering digunakan dalam masakan Asia. Perahan jus dari limau kasturi ternyata dapat memberikan rasa segar pada apa juga sajian dan tidak kiralah makanan atau minuman. Jika ia dimakan begitu sahaja rasanya memang masam. Sebab itu juga limau kasturi ia biasanya digunakan sebagai bahan penambah rasa dan penyedap dalam minuman dan makanan. Namun kegunaan limau kasturi tidak terhenti setakat itu sahaja. Buah yang juga dikenali sebagai calamansi ini juga mempunyai banyak manfaat dari segi perubatan dan baik untuk kesihatan. Ada dakwaan jika beberapa jenis limau kasturi ini berasal dari China serta ia mempunyai gelaran yang berbeza-beza. Limau kasturi dikenali sebagai Kalamondon di Filipina, Manaowan di Thailand dan sebagai Jeruk potong di Indonesia. Walaupun saiznya kecil nsmun limau kasturi mempunyai pelbagai jenis kegunaan dari khasiat untuk kesihatan dan kecantikan. Selain itu, limau kasturi juga merupakan antara buah yang dapat membantu menyegarkan tubuh yang letih sepanjang bulan Ramadan nanti. Contohnya, jika selepas berbuka tubuh terasa letih dan lesu untuk berterawih, anda boleh cuba untuk menanganinya dengan mengambil kiub jus limau kasturi. Ia membantu untuk menyegarkan semula tubuh untuk dapat meneruskan ibadah dan membantu untuk menangani rasa lelah semasa bersolat terawih. Untuk membuat kiub jus limau kasturi ini juga tidak sukar. Anda hanya perlu beberapa biji perahan jus limau kasturi, letakkan dalam jag dan masukkan sedikit madu dan air. Kacau sebati dan kemudian tuangkan ke dalam bekas kiub ais. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku hingga ia menjadi ais, kemudian masukkan ketulan ais ke dalam gelas kosong menjelang waktu berbuka dan tuangkan air panas separuh cawan. Biarkan ais kiub cair sebelum menikmati minuman campuran jus limau kasturi ini. Apa pun di laporkan ia BERKHASIAT DAN TINGGI ANTIOKSIDA serta ia diperkaya dengan pelbagai khasiat dimana limau kasturi ini bukan setakat membantu untuk mencegah penyakit, tapi ia boleh menangani masalah mulut. Vitamin yang terkandung di dalam limau kasturi dapat mencegah isu kerosakan gigi, kes pendarahan gusi dan juga kehilangan gigi selain daripada ia mampu juga menghapuskan plak. Di samping itu dilaporkan jika jus limau kasturi turut mampu untuk mencegah sembelit, memperbaiki pergerakan usus dan menghapuskan lemak yang terkumpul. Pada masa yang sama ia juga turut memberikan rasa yang mengenyangkan. Sebab itu, anda sangat digalakkan untuk meminum jus limau kasturi sebelum makan agar anda tidak terlebih makan. Kandungan vitamin C dan bahan antioksidannya yang tinggi juga mampu dijadikan sebagai penghilang bau badan terutama jika ia dinikmati bersama dengan kulitnya. Caranya dengan memerah jus buah limau kasturi ke dalam air mandian atau menggosoknya terus di bahagian yang berbau dan bilas bersih dan bemanafaat.
Adalah tidak lengkap kalau tidak menyatakan jika limau kasturi juga sesuai di jadikan semburan. Ia bukan sahaja sesuai dijadikan bahan dalam minuman dan sajian, air semburan limau nipis juga didapati sesuai untuk membersihkan udara di dalam rumah. Anda hanya perlu campurkan perahan limau nipis bersama garam dan air, di dalam bekas 'spray' dan sembur ke ruangan di dalam rumah anda. Ia dapat mematikan kuman dan sekaligus mewujudkan haruman yang wangi. Boleh juga sesiapa mengambil dua hingga empat genggam daun limau kasturi dan rebuskan menggunakan anggaran dua hingga empat gelas air. Apabila air sudah mendidih, ambil air rebusannya untuk dituam pada mereka yang sedang demam. Caranya mudah, basahkan tuala kecil dengan air rebusan, perah dan tekapkan pada dahi pesakit. Limau kasturi mampu merawat Sakit kepala iaitu dengan mengambil sebiji limau kasturi, potong bahagian atasnya sedikit. Picit kulit limau kasturi sehingga cecairnya keluar dan pastikan ia sudah menghalakan ke arah hidung. Limau kasturi juga di laporkan mampu merawat kes Lelah atau Asthma. Caranya dengan mengambil anggaran lima titis jus limau kasturi dan boleh mencampurkan dengan satu sudu makan madu. Nikmati campuran ini pada bila-bila masa. Tidak perlu tunggu sampai lelah baru nak minum dan sebaiknya diamalkan seminggu sekali. Semua boleh mengamalkan setiap hari untuk minum perahan limau nipis dengan campuran teh bebas gula. Pastikan teh yang diminum suam kerana kesannya lebih cepat. Percayakah semua jika ia mampu mengawal Kelemumur dimana sebagai satu petua tradisi ini dikatakan dapat mengatasi masalah kelemumur. Caranya dengan mengmbil beberapa helai daun rambutan dan ramas dengan 1/2 cawan air hingga ia keluarkan lendir. Kemudian campurkan dengan dua cawan santan dan perahan satu biji limau kasturi. Lumurkan pada seluruh kepala dan balut dengan tuala lembap. Biarkan seketika sebelum bilas bersih dan sesuai di ulang rutin ini seminggu sekali. Apa pun jika terdapat kesan minyak pada pakaian, cubalah perah sebiji limau kasturi di bekas yang kecil dan campurkan dengan sedikit garam. Kemudian gosokkan pada bahagian yang terkena minyak, biarkan anggaran 10 minit hingga kesan pudar dan hilang sebelum mencucinya. Merawat masaalah Kahak dan batuk terutama mereka yang sukar untuk menyingkirkan kahak maka amalkan guna limau kasturi merupakan antara ‘ubat’ yang dapat cairkan kahak. Ia membantu untuk melonggarkan dan nipiskan dinding lendir kahak. Jika amalkan untuk minum air limau kasturi suam tanpa gula, ia dapat menyingkir kahak dengan cara yang berkesan dan lebih mudah. Anda hanya perlu perah anggaran empat hingga lima biji limau kasturi dalam segelas air suam. Kacau rata dan amalkan untuk minumnya tiga kali sehari. Bagi tujuan ini di kongsikan cara terbaik mengamalkannya. Sediakan bahan-bahan terdiri daripada 1 -2 sudu kecil gula, 3 biji limau kasturi dan juga air secukupnya. Cara membuatnya dengan mencairkan gula di dalam periuk kecil dan ketepikan. Belah limau kasturi dan campurkan ke dalam air. Nikmati selagi suam atau letakkan ketulan air dengan mengikut citarasa semua.
Berkait dengan beberapa petua 'Ada 5 Cara Minum Air Limau Kasturi Untuk Kurus' yang sesuai di kongsikan faktanya. Apa pun dilaporkan yang air limau kasturi bukan sekadar minuman penyegar tekak akan tetapi ia juga boleh menjadi rahsia semula jadi untuk menurunkan berat badan. Mungkin ramai yang tbelum tahu jika buah kecil berwarna hijau ini sebenarnya kaya dengan vitamin C, antioksidan dan asid sitrik yang membantu membakar lemak, menyahtoksik tubuh dan mempercepatkan metabolisme. Cara ini mungkin menjadi salah satu alternatif semula jadi untuk menurunkan berat badan. Pertama amalkan Meminum Air Limau Kasturi Suam Setiap Pagi dengan memulakan hari anda dengan segelas air suam yang dicampur dengan perahan limau kasturi. Ia bukan sahaja membantu dalam usaha mengaktifkan sistem pencernaan, malah menyahtoksik tubuh selepas waktu tidur. Apa pun didakwa manfaat air limau kasturi akan dapat membantu membuang toksin, mengurangkan kembung perut dan menyediakan tubuh untuk pembakaran kalori sepanjang hari. Keduan dengan cara Mencampuran Limau Kasturi dan Madu Sebelum Tidur dimana di laporkan gabungan limau kasturi dan madu dalam air suam boleh membantu proses detoks ketika tidur. Minuman ini juga menenangkan perut dan melancarkan sistem penghadaman. Dicadangkan juga jika dicampurkan 1 sudu madu asli dan jus dari 2 biji limau kasturi ke dalam segelas air suam dan meminum 30 minit sebelum tidur. Cara ketiga adalah dengan Menambah Dalam Air Detoks Harian dimana limau kasturi sangat sesuai agar ia digabungkan dalam air detoks bersama hirisan timun, pudina dan lemon. Minum sepanjang hari untuk meningkatkan hidrasi dan menggalakkan pembakaran lemak. Apa pun antara kelebihan cara ini ia dapat membantu mengawal selera makan, melancarkan sistem penghadaman, dan meningkatkan metabolisme secara berterusan. Cara ke empat adalah dengan Mencampur Dengan Teh Hijau Tanpa Gula dimana selalunya teh hijau sudah terkenal sebagai pembakar lemak semula jadi. Campuran dengan limau kasturi menjadikannya lebih berkesan dalam meningkatkan metabolisme dan membakar kalori. Apa pun cara minum air limau kastur iaitu dengan membancuh teh hijau, biarkan suam, tambahkan perahan limau kasturi dan minum sebelum bersenam. Petua ke lima adalah dengan amalkan ambil Jus Limau Kasturi Selepas Makan Berat atau kalau baru selesai makan hidangan berat atau berminyak, minum jus limau kasturi tanpa gula. Ia membantu mengurangkan penyerapan lemak dan mempercepatkan proses pencernaan. Apa pun perlu mengelakkan menambah gula atau sirap dan sebaiknya gunakan limau kasturi segar. Mengamalkan cara minum air limau kasturi bukanlah sesuatu yang sukar. Ia boleh dilakukan dengan mudah di rumah dan memberi manfaat yang besar kepada kesihatan tubuh. Selain membantu dalam penurunan berat badan, manfaat air limau kasturi ini juga membantu untuk detoksifikasi badan, penghadaman lebih lancar dan peningkatan metabolisme. Apa pun bagi tujuan pebih berikan kesan yang optimum boleh mengamalkan juga pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif. Limau kasturi hanyalah salah satu alat atau cara semula jadi dalam perjalanan kurus semua.
Agak menarik di kongsikan kisah bagaimana 'Padah curi limau kasturi, ingkar pesanan tuan kebun' untuk idi bingkar kisahnya. Mstar leporkan dimana ada pelbagai cara dilakukan pemilik kebun bagi menjaga hasil tanaman daripada dicuri mahupun elakkan dari kerosakan akibat ia dimakan haiwan liar seperti monyet. Ada kalangan petani akan selain meletakkan racun yang dicampur dengan makanan dilaporkan masih ramai yang memilih untuk memasang pagar elektrik supaya penceroboh tidak dapat memasuki kawasan kebun. Kisah unik ini berlaku di Sibu, Sarawak apabila pemilik kebun buah-buahan sudah menggunakan 'ilmu pendinding' bagi menjaga hasil tanaman miliknya. Kisahnya itu dikongsikan seorang perawat Islam, Hasnan Rili menerusi laman TikTok selepas seorang wanita terkena 'santau' yang diletakkan di kebun individu berkenaan. Dilaporkan ada masa jika buah limau kasturi menjadi punca wanita ini terkena 'ilmu pendinding' apabila ada tuan tanah pernah maklumkan supaya jiran-jirannya meminta izin terlebih dahulu sebelum mengambil apa sahaja barang dari kebunnya. Dilaporkan petani tersebut ada mengakui telah meletakkan minyak penjaga kebun bagi mengelakkan penceroboh memasukki kebunnya dan mencuri buah. Dilporkan dimana akibat kesan minyak itu dimana ia akan menyebabkan pencuri atau sesiapa yang mengambil hasil tanpa izin 'melekat' pada pokok di kebun. Apa pun dia dakwa dimana jika individu tersebut berjaya keluar maka dia mungkin akan mengalami simptom panas seluruh badan. Apa yang paling membimbangkan sekiranya individu berkenaan terkena sawan babi. Dilaporkan ada pesakit ini tertarik pada pokok limau kasturi di kebun tersebut, pokoknya rendang dan buah banyak sampai terseret atas tanah. Dilaporkan jika kesan 'ilmu pendinding' semakin teruk pada waktu malam dan adalah disebabkan 'geram', dia ambil satu plastik... sampai sahaja di rumah, badan menjadi panas seperti disambar api dan ada kes keadaan wanita itu menjadi semakin teruk pada sebelah malam dimana badan wanita itu juga menjadi warna kemerahan seolah-olah terbakar. Dakwanya situasi yang dialaminya membuatkan dia teringat pesanan tuan tanah supaya meminta izin sebelum mengambil hasil di kebun. Kemudian pencuri wanita ini cuba untuk meminta maaf tetapi malangnya tuan tanah sudah meninggal dunia. Susulan itu, wanita berkenaan berikhtiar dengan rawatan Islam bagi memulihkan semula dirinya malah ada yang menyatakan 'ilmu pendinding' yang digunakan untuk menjaga kebun adalah 'ilmu pantak. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, zpart 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemua dan diharap ia menjadi baha rujukkan berguna kepada semua pembaca blog anim agro Technology kali ini. Wasallam!!!...
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).
LIMAU KASTURI... CALAMANSI ITU SAMA....
MUDAH DI TANAM... IA SENANG DI JAGA...
BERBUAH LEBAT... ADA RAWATANNYA...
BUAH BERKHASIAT... DI GUNA SENTIASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(17 Safar 1447Hijrah).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.