BUAH MATA NAGA atau ‘dragon fruit’ atau dikenali dengan nama saintifiknya Hylocereus spp. adalah sejenis tanaman semakin popular di Malaysia iaitu daripada famili Cactaceae. Pokok buah naga sama seperti pokok Kaktus ini mempunyai pelbagai nama tempatan seperti Pitaya, Dragon Fruit (English) atau Kaew Mang Korn (Thailand), Than long (Vietnam), Strawberry Pear atau Pitahaya (Amerika Latin), Queen of the night (Amerika Utara), Red Dragon Fruit atau Fire Dragon Fruit (Asia), Huo Long Guo atau Hong Long Guo (Taiwan) dan mudah dikenali sebagai 'Buah Mata Naga' di Malaysia. Walau apa pun nama buah tersebut berlainan akan tetapi ia tetap mempunyai ciri-ciri keistimewaannya tersendiri dari segi marfologinya. Apa pun selain didakwa ia mampu menjadi penawar kepada beberapa jenis penyakit berikutan ada khasiatnya yang tersembunyi kini ada bermacam produk dipasaran yang dihasilkan dari buah naga. Buah Naga ialah tanaman baru yang belum meluas ia diterokai sepenuhnya di negara kita semenjak 15 tahun dulu. Bagaimana pun terkini di Malaysia keluasan kawasan tanaman buah naga sudah jauh telah berkembang. Kalau dulu kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang popular tetapi kini sudah ada estet buah naga secara besar-besaran di Malaysia. Merujuk kepada rekod Jabatan Pertanian pada tahun 2024 ada seluas 1,292 hektar tanaman buah naga yang menghasilkan sebanyak 36,337 metrik tan (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2024). Kawasan utama tanaman buah naga 2022 adalah di Johor (423 ha) diikuti dengan Selangor (253 ha) dan Negeri Sembilan (153 ha). Walau bagaimanapun aktiviti penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia sekitar tahun 1990 apabila ia dilaporkan memang ada mengandungi khasiat yang tinggi. Penulis blog dapati buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu Varieti Putih (Hylocereus undatus), Varieti Merah (Hylocereus polyrhizus) dan Varieti Kuning (Hylocereus megalanthus). Sejarah juga mendapati peringkat awal penanaman di Malaysia adalah banyak dari varieti putih tetapi kini kebanyakan petani telah pun memilih varieti merah yang mengandungi anthocyanin yang amat tinggi. Kini hanya dua varieti yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu varieti putih dan merah. Kini tanaman buah mata naga semakin meluas berbanding sepuluh tahun dulu dimana ia sudah di komersilkan. Artikel subuh ini saya suka untuk sembang denga menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai fakta akan kehebatan buah mata naga untuk dijadikan sebagai bahan rujukkan semua.
Dilaporkan fakta dimana pokok naga 'Makin tua makin lebat buahnya' wajar untuk ia di sembangkan. Pokok buah naga adalah sejenis pokok kaktus dimana buah naga adalah sumber makanan berkhasiat yang semakin popular di negara Asia termasuk Malaysia. Buah naga atau lebih dikenali sebagai buah pitaya mempunyai bentuk ganjil dengan kulit luar berwarna merah dan ‘sayap’ seperti seekor naga menjadikannya berlainan dengan buah-buah tempatan lain yang ditanam di negara ini. Namun, bentuk unik buah naga yang berasal daripada keluarga cactacea tergolong dalam spesies kaktus itu kini semakin mendapat tempat dalam kalangan petani moden. Buah naga mempunyai dua jenis iaitu Hylocereus undatus (isi putih) dan Hylocereus polyrhizus (isi merah) yang kaya pelbagai khasiat, sementara isinya dipenuhi dengan taburan biji-biji berwarna hitam boleh dimakan dan tekstur isinya lembut seperti tembikai. Rasanya pula seperti buah kiwi. Jika dulu ia lebih dikenali dalam kalangan kaum Cina, namun sejak kebelakangan ini mula digemari semua lapisan masyarakat menyebabkan permintaannya meledak di pasaran. Menyedari potensi buah naga di pasaran tempatan yang mempunyai prospek luas mendorong seorang anak muda seperti Rncik JH Chuah (24) untuk memberanikan diri mengeluarkan modal RM50,000 bagi meneruskan projek tanaman buah naga dikenali Evergree Orchard Farm di Kampung Mengkuang Semarak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia meneruskan projek tanaman buah naga meliputi kawasan berbukit seluas tiga hektar membabitkan 3,300 pokok selepas mengambil alih pengurusan daripada bapanya yang memulakannya lebih tujuh tahun lalu. Dakwanya tahap pengeluaran buah naga menerusi projek ini mampu untuk dia menghasilkan lebih 1.5 metrik tan buah setiap bulan dan kira-kira 25 tan setahun namun ia hanya cukup untuk pasaran tempatan saja. Dia yang memiliki ijazah daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) kampus Perak pada 2015 dalam jurusan bioteknologi, namun impian saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang pertanian berbanding bekerja di pejabat dengan tawaran gaji lumayan. Kini hasil penjualan buah naga mengikut kelas iaitu gred AA dijual RM6.50 sekilogram (kg) dan mampu menjana purata perolehan kira-kira RM100,000 setahun. Buah naga adalah sumber makanan berkhasiat semakin popular di Asia termasuk Malaysia dan mempunyai manfaat bagi kesihatan manusia termasuk sebagai makanan pengimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kanser usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan serta mengubati keputihan. Menariknya buah ini ada kalanya mempunyai rasa manis atau masam mengikut jenis. Walaupun buah eksotik, buah naga selamat dimakan ibu hamil dan menyusukan bayi di samping mengandungi vitamin C, kaya dengan asid lemak serta fosforus. Tanaman buah naga memerlukan suhu sekitar 20 hingga 30 darjah Celsius dengan sekurang-kurangnya tujuh jam sinaran matahari di atas tanah berpasir dan tanah lom (gembur) berpasir terutama yang kaya dengan bahan organik. Dia dakwa pokok buah naga adalah jenis pokok kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air, namun masih memerlukan penyiraman air bagi mempercepat pemanjangan ruas dan pokok meninggi terutama pada musim panas. Penanam perlu mengawasi penyakit dan bakteria membabitkan batang reput dengan simptom kelihatan pada batang dan dahan yang mempunyai lesi berpusar mengeluarkan cecair busuk dan berlendir dengan semburan racun. Pokok buah naga bertunas banyak ketika kecil dan perlu dipangkas selalu dan akan mula berbuah selepas enam bulan dan berterusan sehingga mencecah umur 25 hingga 30 tahun bergantung pada pembajaan. Empat batang pokok diikat pada satu pancang dan setiap pokok boleh menghasilkan 10 biji buah pada satu-satu masa yang masak dalam tempoh 35 hari dan semakin ia tua, semakin lebat buahnya. Pegawai Jabatan Pertanian Neger yang sealu datang beri khidmat nasehat sentiasa memantau semua akan perkembangan petani dan pekebun disini. Jabatan juga di laporkan turut memberikan khidmat nasihat meliputi kaedah terkini tanaman dan membantu mengetengahkan produk pertanian dihasilkan petani dan pengusaha tanaman.
Menarik kisah bagaimana 'Dari ladang ke meja makan' yang di laporkan bernama untuk disembangkan. Kisah dari Sepang melaporkan buah naga yang turut dikenali sebagai buah pitaya dan ia lazimnya dinikmati begitu sahaja selain dijadikan jus atau pencuci mulut, dan mungkin ada sesetengah pengusaha yang memproses buah daripada sejenis kaktus itu menjadi kerepek. Bagaimana pun terlintaskah di fikiran kebanyakan kita untuk menggunakan buah itu dalam nasi lemak?. Bagi penulis blog walau pun kedengarannya agak janggal, akan tetapi itulah yang dilakukan oleh pengusaha ladang buah naga Sam Chia (51) yang menghidangkan menu itu di restoran miliknya di Jalan Besar, Batu Satu di sini, kira-kira 66 kilometer dari Kuala Lumpur. Sam yang mengusahakan ladang dan restoran itu bersama anaknya Eugene berkata selain nasi lemak buah naga mereka juga menyediakan roti buah naga berintikan kari ayam di restorannya yang berkonsepkan 'dari ladang ke meja makan. Sudah ramai yang mula menanam buah naga, jadi kita kena kreatif memikirkan cara lain untuk mempelbagaikan produk daripada buah segar. Mereka kini sudah tampil dengan idea kreatif itu bagi memastikan mereka tidak bergantung pada pengeluaran dan jualan buah segar semata-mata berikutan semakin ramai menceburi bidang penanaman buah naga. Bermula dari situ mereka mulakan jualan produk dan makanan yang dihasilkan daripada buah naga. Sambutannya amat baik, sama ada daripada masyarakat tempatan mahupun pelancong asing," katanya yang sudah tujuh tahun bergelar pengusaha ladang buah naga. Mereka memulakan perniagaan restoran itu yang dibina di ladangnya yang berkeluasan 1.2 hektar dan mempunyai 3,000 batang pokok buah naga, kira-kira tiga tahun lalu dengan menanam 3,000 batang pokok buah naga. Strategi mereka itu ternyata menjadi 'penyelamat' kepada mereka sekeluarga dalam mengharungi kegetiran perniagaan semasa penularan pandemik Covid-19 memuncak yang turut ada menyaksikan eksport buah itu, antaranya ke Hong Kong, terhenti. Mereka juga berdepan persaingan sengit daripada pengusaha ladang buah naga yang lain dimana ini sekali gus menyebabkan berlaku lambakan di pasaran tempatan. Anak jati Sepang itu berkata, terdapat tiga jenis buah naga di ladangnya, iaitu buah naga kulit merah dengan isi berwarna ungu, kulit merah berisi putih dan kulit kuning berisi putih. Apa pun dilaporkan ketiga-tiga jenis buah naga itu mempunyai peminat masing-masing dengan mereka yang gemarkan buah naga rasa manis akan memilih buah dengan isi ungu, sementara yang inginkan masam manis cenderung memilih buah isi putih. Mereka berjaya menggabungkan rasa ketiga-tiga jenis buah berkenaan untuk menghasilkan resipi istimewa, iaitu roti Jumbo Dragon Bun berintikan kari ayam dan menjadi produk paling popular mereka. Permintaan yang begitu memberangsangkan membuatkan mereka mempelbagaikan platform pemasaran dengan turut memanfaatkan penjualan dalam talian. Kini penjualan produk roti Jumbo Dragon Bun kini mencecah 100 hingga 200 biji sehari termasuk dalam bentuk sejuk beku. Bagi Eugene yang bertanggungjawab menguruskan restoran tersebut berkata, industri hiliran berasaskan buah naga berpotensi memberikan pulangan yang tinggi kerana menawarkan sesuatu yang berbeza kepada pelanggan. Mereka kini menawarkan menu nasi lemak buah naga yang mana nasi dimasak bersama buah naga segar serta jus dikenali Dragon Breath yang disajikan bersama-sama salad, buah atau aiskrim. Ladang mereka juga kini dijadikan 'gedung ilmu' berkaitan buah naga untuk pengunjung yang mahu mengenali dengan lebih dekat akan tanaman buah naga khususnya dari segi khasiat. Mereka juga turut membina sebuah struktur berbentuk buah naga setinggi tiga tingkat yang membolehkan pengunjung menikmati keindahan panorama kawasan ladang berkenaan. Kini struktur itu atau monumen dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai struktur buah naga terbesar di Malaysia.
Dalam portal mediaprima ada tajuk menarik iaitu 'Buah naga untuk si manja' dimana buah naga di laporkan agak sesuai untuk diberikan kepada bayi dan kanak-kanak. Buah naga atau pitaya antara buah eksotik yang digemari rakyat negara ini dan mudah di dapatkan sepanjang tahun. Buah ini memang ia mempunyai kulit yang unik, isinya lembut berbiji-biji halus, ia juga antara buah kegemaran kanak-kanak dimana sudah ada kajian akan khasiat buah naga untuk kanak-kanak. Buah naga dikatakan kaya dengan antioksidan tinggi yang mana ia dapat berfungsi membantu menghindari kerosakan atau keradangan sel. Salah satu antioksidan itu yang dinamakan fenol, dapat membantu melindungi bayi dari radikal bebas sehingga si kecil dikatakan tidak mudah sakit. Apa yang lebih unik dimana buah ini juga mengandungi beta karoten dan likopen yang mana ia membuatkannya berwarna terang. Selain itu buah naga juga memiliki kandungan prebiotik yang bagus untuk kesihatan perut kanak-kanak dan bayi sebab ia mengandungi sejenis karbohidrat yang dikenali sebagai oligosakarida yang dapat berfungsi sebagai prebiotik untuk membantu meningkatkan fungsi pencernaan. Jumlah serat yang tinggi pada buah naga juga dapat membantu kanak-kanak mencerna makanan dengan baik dimana ia sekali gus membantu dalam melatih pergerakan usus kanak-kanak dan membantu mengurangkan masalah kembung perut. Apa yang lebih istimewa, buah naga juga antara buah-buahan yang mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan potasium. Sumber mineral itu bukan saja baik untuk kesihatan tulang, malah ia juga membantu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Buah naga juga memang ia kaya dengan kandungan vitamin A dan vitamin C yang dapat membantu melindungi kanak-kanak daripada jangkitan serta baik untuk kesihatan kulit. Selain manfaatnya yang banyak, tekstur buah naga juga lembut, menjadikannya pilihan sesuai dan selamat untuk diberikan kepada bayi seawal usia enam bulan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini Wasallam!!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.