Support My Blog

Tuesday, August 26, 2025

SEMBANG FAKTA IKAN MASIN (PART 1)

IKAN MASIN
atau IKAN KERING merupakan satu produk yang sering diambil dikalangan masyarakat di Malaysia kerana ia adalah sejensi makanan asas ikan yang diminati ramai. pa pun sebenarnya ada sedikit perbezaan diantara Ikan Kering dan ikan masin dari segi teknikalnya. Ikan kering (dried fish) adalah merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan mana merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan. Ada juga jenis ikan kering yang tidak masih semasa diproses dan ikan masin (salted fish) yang pastinya masin. Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh dimana apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar. Biasanya ikan kering juga dimakan bersama nasi putih atau ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama air kopi. Dari segi teknologinya dimana ikan segar memang cepat merosot kesegarannya setelah disimpan melainkan perlu diawetkan. Cara pengeringan adalah kaedah pengawetan makanan yang berfungsi dengan membuang air dari makanan dimana ini akan seterysnya menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Pengeringan udara terbuka menggunakan matahari dan angin telah diamalkan sejak zaman kuno untuk mengawet makanan. Air biasanya dikeluarkan oleh penyejatan (pengeringan udara, pengeringan matahari, merokok atau pengeringan angin) akan tetapi pemberian garam yang masin akan lebih sesuai dilakukan didalam proses pengawetan ikan dimana kemudian ia dijadikan ikan kering yang masin. Kadar pemberian garam ini pula akan menentukan kemasinan ikan tersebut untuk ia bertahan lama apabila disimpan. Produk ikan lazimnya akan tahan lama diawet melalui kaedah tradisional seperti pengeringan, disalai dan dimasinkan. Cara tradisional dalam mengawet ikan yang tertua adalah membiarkan angin dan matahari mengeringkannya. Mengeringkan makanan adalah kaedah pengawetan tertua yang terkenal di dunia dimana ikan kering mempunyai jangka hayat simpanan sehingga beberapa tahun. Kaedahnya juga murah dan berkesan di negara beriklim panas yang sesuai dimana kerja itu dapat dilakukan oleh nelayan dan keluarga. Kalangan pengusaha ikan kering ini melakukannya secara tradisional atau komersil sehingga produk yang dihasilkan mudah dibawa ke pasar. Apa pun penulis blog yang minat juga makan ikan kering ini mengetahui bahawa makan ikan kering yang masin boleh mendatangkan masaalah kesihatan. Beberapa petua untuk mengurangkan kadar kemasinan ikan ini boleh dilakukan. Walau puu memang ramai kata lauk ikan masin adalah jadi pembuka selera akan tetapi bila terlalu masin ia bahaya untuk kesihatan. Petua pertama adalah dengan merendam dengan air biasa selama 12 - 24 jam dimana cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya pula dimana dilapor sekurang-kurangnya perlu kena tukar air rendaman sebanyak 3 - 4 kali sepanjang proses rendaman dimana walau pun ia dianggap leceh sebab ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Anda juga boleh merendam dengan air garam iaitu kadar 2 liter air tambah 1 sudu garam. Biarkan selama 5 -10 minit kerana memang cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir didalam air masin. Jika masih lagi masin maka pembaca blog boleh ulang sekali lagi proses rendaman dan pastikan selepas direndam toskan. Petua seterusnya adlah dengan merendam dengan air panas kerrana cara ini paling mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun lelemahannya adalah dimana tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Sebaiknya jangan rendam lebih dari 10 minit dan mesti ditoskan betul-betul kering sebelum disimpan atau untuk dimasak. Artikel subuh ini dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis dari Bandar Melaka mengenai beberapa kisah ikan kering untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Penulis blg ingin kupas dan menge
nali 'Manfaat Ikan Asin untuk Kesihatan' untuk lebih di fahami akan kebaikan dan ancamannya jika dimakan berlebihan. Orang Malaysia yang mudah dalam mereka mendapatkan bekalan ikan masin atau ikan kering yang dijadikan pelengkap terutama ketika makan tengahari bersama sayuran da laup pauk lain. Apa pun ikan masin merupakan salah satu lauk makanan yang enak dan sangat digemari semua kaum selain daripada pelengkap makanan lain seperti ulam-ulaman, sambal, keropok, ketai, jering dan sebagainya. Ada beberapa jenis ikan laut dan ikan darat yang biasanya diproses menjadi ikan masin seperti ikan teri gelama, ikan pari, ikan selar, ikan bulu ayam, ikan bilis, ikan tenggiri, kerapu dan banyak jenis lagi. Proses pengasinan ikan-ikan segar ini dengan menggunakan garam dalam jumlah yang banyak dan kemudian menjemurnya selama beberapa hari sehingga cukup kering supaya tahan lama. Dilaporkan dimana ikan masin ini mempunyai nilai permakanan yang baik untuk kesihatan. Dilaporkan dimana didalam 100 gram ikan masin terdapat nilai nutrisi  iaitu Tenaga 193 kcal, protein (42 g), Tiada Karbohidrat (0), Lemak (1.5 g), Kalsium (200 mg), Fosforus (300 mg), Zat besi (3 mg) dan Vitamin B1(0.01 mg). Memang ia bernutrisi dimana sesiapa makan akan mendapat khasiatnya walau pun di katakan sebagai lauk yang harganya murah sahaja. Antara khasiat makan ikan kering termasuk ia memang Baik Untuk Kesihatan Gigi dan Tulang jika ianya dimakan dengan jumlah sederhana. Bahan Kalsium (Ca) dan fosforus  (P) ia menjadi salah satu kandungan yang paling tinggi pada ikan masin. Nutrisi tersebut bermanfaat untuk kesehatan tulang dan gigi iaiatu di antara lain menambah tinggi badan selama masa pertumbuhan, mencegah kelainan tulang dan memperkuatkan struktur tulang. Ikan kering didakwa mampu Mempercepatkan Proses Penyembuhan Luka sebab ia mengandungi tinggi kandungan zat besinya yang amat baik kepada pengidap hemofilia. Seterusnya ketiga iaitu ikan kerung mampu Mencegah Anemia jika di makan secara bersederhana sebab zat besi dalam ikan masin boleh membantu tubuh dalam memproduksi sel darah sehingga kes anemia dapat dicegah. Makan ikan masin di laporkan akan dapat Menjaga sistem Imuniti dimana ia berkait dengan kandungan bahan protin membantu baiki daya ketahanan agar lebih baik dan tidak mudah terserang penyakit. Ia juga dapat  Membantu pembentukan otot sebab kandungan protein yang cukup tinggi bermanfaat untuk meningkatkan massa otot iaitu semasa sedang menjalani program pembentukan otot. Memang ikan masin adalah salah satu Sumber Tenaga dimana setiap 100 gram ikan masin kering akan memberikan energi bagi tubuh sebanyak 193 kcal. Jumlah tenaga akan lebih banyak jika ikan masin ini di makan dengan nasi, lauk pauk lain dan sayuran juga. Ramai terkejut dakwaan jika memakan ikan kering juga akan Mencegah penyakit jantung sebab ia mengandungi bahan Omega-3 yang cukup tinggi serta ia kaya kandungan kolesterol baik. Kandungan omega-3 pada ikan masin juga membantu menurunkan kolesterol jahat dalam tubuh. Apa pun di nasihatkan agar tidak terlalu sering dan tidak berlebihan mengambilnya sebab ada ancaman juga sebab ikan masin mengandungi garam yang tinggi yang akan menyebabkan tekanan darah tinggi berlaku. Makan ikan masin dengan kadar sederhana dan dianjurkan untuk ianya menambahkan sayuran dan buah-buahan ke dalam menu makanan seharian. 


Perlu di kongsikan akan fakta dimana ada m
anfaat dan risiko Makan memakan ikan masin yang perlu semua tahu dan waspada. Makan ikan masin bersama dengan nasi panas dan sambal pedas memang menjadi santapan favorite bagi penulis blog dan ramai. Meski ia dilihat sebagai jenis makanan sederhana, ikan masin menawarkan segudang manfaat bagi kesihatan tapi waspada memakan ikan masin secara berlebihan akan ianya meningkatkan risiko penyakit jantung dan ginjal pula!. Ikan masin merupakan hidangan ikan yang diawetkan dengan garam kering atau air garam dimana sama seperti daging yang dimasinkan iaitu ikan masin menyediakan protein haiwan yang diawetkan meski pun ia tidak melalui penyejukkan. Ramai orang yang suka makan ikan masin sebeb mereka percaya boleh memberikan manfaat yang baik bagi kesihatan dengan zat protein, kalsium dan fosforan yang cukup tinggi. Makan ikan masin mungkin boleh memberikan beberapa kebaikan sama dengan memakan sumber protein haiwan yang lainnya. Umumnya antara khasiat dan kebaikan memakan ikan masin termasuk ia akan menjaga kesehatan tulang dan gigi, mencegah anemia, mampu memenuhi keperluan zat protin seharian, memberikan tenaga dan juga akan membantu meningkatkan sistem imunti seseorang. Memang menyentuh tentang risiko makan ikan masin terlalu banyak ada di bincangkan. Antara beberapa risiko akibat makan ikan masin terlalu banyak yang pertama adalah ia akan Memberatkan kerja ginjal dan jantung sebab bahan garam (Sodium) yang cukup tinggi dimana jika ia diambil berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Kes berlebihan natrium dalam darah akan memberikan beban kerja yang lebih berat pada ginjal. Terkumpulnya garam akan ianya kemudian menahan air untuk mencairkan garam dimana isu ini akan meningkatkan jumlah cairan di dalam aliran darah. Apa pun jika jumlah air dalam darah  meningkat maka memang ia mengakibatkan bertambahnya cairan dimana kesannya akan memberikan jantung pekerjaan ekstra dalam mengepam dan mengalirkan darah keseluruh badan. Tekanan aliran darah pun meningkat dimana beban dan tekanan tambahan ini dipanggil darah tinggi dan akan menyebabkan pembuluh darah kaku. Kemudian pembuluh darah yang kaku dapat memicu berbagai masalah kesehatan yang perlu diawasi iaitu tekanan darah tinggi dan serangan jantung, sakit jantung dan masaalah ppenyakit ginjal kronik. Terdapat juga ancaman Risiko Kanser sebab ikan masin mengandungi bahan Nitrosamin iaitu sejenis bahan Karsinogen yang terhasil dari proses buat ikan kering sendiri. Proses pembuatan ikan masin meggunakan garam lalu dijemur di bawah sinar matahari sehingga kering. Apa pun semasa proses pengasinan dan penjemuran di bawah sinar matahari menimbulkan reaksi pada zat nitrite yang dihasilkan dalam daging ikan yang membentuk unsur nitrosamin yang bisa memicu menjadi penyebab kanser. Jika selalu makan ikan masin dalam waktu lama akan memicu jenis Kanser Tengkorok terutama jika seseorang mempunyai kekebalan tubuh yang lemah. Ada aturan makan ikan masin seperti pastikan atau periksa keperluan gara seseorang dahulu ikut umur dan tahap kesihatan yang di periksa doktor.  Amalkan makanan seimbang, penderita masaalah tekanan darah tinggi perlu elakkan makan ikan masin dan juga sentia kawal jumlah atau porsi makan ikan masin. Sebaiknya gantikan suka makan ikan masin dengan ikan segar yang sama.


Beberapa panduan jika suka makan ikan masin yang memberikan manafaat kepada kesihatan dan mengurangkan risiko kesihatan perlu di ketahui. Ada banyak laporan yang mengesahkan dimana a
kibat dari mmemakan ikan masin terlalu banyak memang ia boleh juga menimbulkan berbagai masalah termasuk risiko serangan kanser. Semua boleh menghindari ancaman dan bahaya dari makan ikan masin dengan beberapa cara seperti mengenali kandungan nitrosamin nitrit pada sebuah makanan. Periksa dan cari tahu akan Kandungan Nitrosamin nitrite dalam makanan. Ini kerana zat nitrit pada makanan merupakan senyawa yang tidak berbahaya, asalkan tidak terlalu sering atau berlebihan ketika dimakan. Makanan termasuk makanan siap proses seperti Cornet, Sosej, keju dan seumpanya memang ia ada Nirure namun natrium nitrit akan diubah menjadi nitrosamine selama proses pencernaan dan zat ini yang menjadi penyebab serangan masaalah kanser. Pengguna perlu juga Membaca Maklumat Nilai Gizi Makanan dan elakkan jenis makanan yang tinggi kandungan bahan nitrosamin nitrit seperti didalam ikan masin. Bila terjumpa tulisan ada 'Natrium nitrit' atau pun tulisan seperti 'Nitrosamin nitrit. bermakna makanan tersebut ada bahan pengawet dalam usaha pembuatnya mengelakkan kejadian pembusukan atau kerosakan makanan. Makan ikan adalah cara baik menambah kesihatan akan tetapi awas untuk mengawak jumlah yang di makan dan sebaiknya dapatkan nasehat daripada pakar untuk menjaga kesihatan. Persoalan pentin dimana adalah bahaya jika ikan masin ianya memang mengandungi Karsinogen?. Di maklumkan di mana karsinogen adalah apa-apa unsur (kompaun atau radiasi) yang boleh ia mendorong kepada pembentukan kanser. Pembentukan kanser ini boleh terjadi melalui beberapa mekanisma seperti kerosakan DNA sel, cetusan mutasi dan sebagainya. Walau pun semua suka menjamu selera mungkin ada terdapat kemungkinan bahawa adanya bahan karsinogen dalam jenis makanan tersebut. Terdapat beberapa jenis karsinogen popular dimana ada jenis makanan yang di proses gunakan Radiasi Gamma yang mana ia mampu untuk menyebabkan kerosakan DNA dalam sel, mutasi genetik dan akhirnya kanser. Tahap karsinogen suatu sinaran itu bergantung kepada jenis radiasi, pendedahan kepada radiasi tersebut dan juga tahap tembusnya. Untuk itu, terdapat juga situasi di mana radiasi yang mengeluarkan zarah alpha juga boleh dikira sebagai karsinogen. Dalam keadaan biasa, anda juga boleh terdedah kepada sinaran bertenaga tinggi iaitu sinaran UV. Di Australia, khususnya di bahagian yang terdapat lubang pada lapisan atmosfera, sinaran UV dikatakan sebagai punca kepada insiden kanser kulit yang tinggi di negara tersebut. Selain sinaran, terdapat juga karsinogen popular yang lain dalam kehidupan harian. Contoh yang mudah adalah tembakau dan juga zarah dalam udara yang dibebaskan oleh kilang dan kenderaan bermotor.


Berkait dengan kes kandungan bahan k
arsinogen dalam makanan memang dilaporkan ada terdapat beberapa kompaun karsinogen dalam makanan harian yang diambil tanpa kita sedari. Berikut merupakan 4 jenis karsinogen dalam makanan yang lazim ditemui dalam makanan. Pertama adalah jenis Karsinogen semula jadi yang tidak boleh dielak dimana jenis karsinogen dalam kumpulan ini mungkin merupakan bahan karsinogen yang paling kerap dimakan. Ini kerana ia terdapat dalam salah satu lauk tradisional yang popular di negara ini termasuk ikan masin. Dijelaskan jika ikan itu sendiri tidak mempunyai sebarang karsinogen di dalamnya tetapi proses yang digunakan untuk menghasilkan ikan masin itu secara tidak sengajakan menyebabkan bahan karsinogen semula jadi terhasil. Beberapa kompaun karsinogen yang telah dikenal pasti dalam ikan masin termasuklah N-nitrosodimetilamin dan juga kompaun nitrosamin yang lain. Beberapa kajian kes dan kajian ekologi telahpun menunjukkan bahawa pengambilan ikan masin masakan China dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser nasofarinks, kanser perut dan juga kanser oesofagus. Ada juga kategori makanan iaitu jenis  Karsinogen semula jadi yang boleh dielak yang berupaya untuk dielak walaupun ia terhasil secara semula jadi. Contoh karsinogen dalam kumpulan ini adalah aflatoksin. Aflatoksin adalah metabolit toksik yang dihasilkan oleh spesies fungi Aspergillus flavus. Secara semula jadi, toksin ini boleh didapati pada bijirin dan beberapa jenis kekacang. Binatang yang memakan kacang atau bijirin tercemar berpotensi untuk menghasilkan produk makanan yang mengandungi toksin ini. Wanita hamil yang mengambil makanan tercemar dengan toksin ini pula berupaya untuk menyebarkannya kepada bayi melalui susu badan. Mujurlah, toksin ini berupaya untuk dibuang melalui beberapa teknik industri, menjadikan risiko pendedahannya rendah. Ketiga adalah jenis Bahan kimia antropogenik yang boleh berada dalam makanan dimana contoh karsinogen dalam makanan daripada jenis ini adalah kompaun dioksin. 2,3,7,8-tetraklorodibenzo-p-dioksin (TCDD) boleh, dengan tidak sengaja, berada dalam makanan ketika proses pembentukan hidrokarbon yang berklorin. Ia tidak pernah dihasilkan dengan sengaja melainkan untuk tujuan kajian atau terbentuk akibat daripada pembakaran tidak sempurna yang melibatkan kewujudan klorin. TCDD yang sedikit turut dihasilkan oleh pembakaran hutan. Kompaun ini mampu untuk mencemarkan persekitaran, melawan degradasi dan boleh terkumpul dalam sesetengah produk makanan. Antara kanser yang telah dikaitkan dengan bahan ini adalah kanser paru-paru, limfoma bukan-Hodgkin dan juga kanser tiroid. keempat adalah jenis Bahan kimia antropogenik yang sengaja ditambah dalam makanan dimana dalam kategori ini melibatkan bahan kimia seperti sakarin dan pewarna makanan. Sakarin, sejenis pemanis tiruan yang kerap ditambah dalam makanan, merupakan sejenis bahan karsinogen. Bahan ini dikaitkan dengan kanser pundi kencing yang malignan dan cukup agresif. Kecenderungan untuk menghidap kanser pundi kencing dengan pengambilan sakarin ini dilihat lebih lazim berlaku dalam jantina lelaki berbanding wanita. Dalam memilih makanan terbaik perlu tahu dan juga cuba meletakkan diri sendiri dalam risiko yang tinggi untuk menghidap penyakit kronik seperti kanser. Makanan yang sihat dapat membantu untuk melindungi anda daripada penyakit yang tidak diingini. Penyakit kronik seperti kanser, diabetes dan juga tekanan darah tinggi dapat dicegah jika anda cakna tentang pemakanan anda. Kekal sihat dengan pengambilan makanan yang betul. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca keduanya dimana di harap ini dapat menambah ilmu pengetahuan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
IKAN MASIN.... IKAN SUDAH DI AWETKAN....
TAHAN LAMA... ENAK UNTUK DI MAKAN...
DIPERBUAT... DARI PELBAGAI JENIS IKAN...
BERSELERA....ADA BAIK DAN ANCAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...