POKOK BUNGA KANTAN (Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 256 hektar CHE (Anggaran penulis blog berdasarkan Buku Booklet Keluasan Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada malam khamis ini dari kedinginan di Cameroon Highland saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya beberapa fakta dan kisah bunga kantan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.
Sembang fakta bunga kantan tidak lengkap kalau tidak ada maklumat mengenai kebaikan bunga kantan terhadap kesihatan. Khasian makan bunga kantan dimana pertama di dakwa ia adalah Bersifat Anti Tumor seperti hasil beberapa kajian yang telah dijalankan di Malaysia dengan bertujuan untuk mengasingkan komponen yang bersifat anti tumor dan sitotoksin dari bunga kantan. Kajian ini menemukan bahawa ekxtrak CHCI dan MeOH dari bunga kantan mempunyai sifat anti tumor yang tinggi di mana ia mempunyai kadar pencegahan yang tinggi. Ciri kedua dimana ia mampu untuk Mengawal paras kolesterol sebab ia mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kandungan serat di dalam bunga kantan yang dikeringkan boleh mencapai sehingga 17%. Apa pun di laporkan bagi pengawalan paras kolesterol dimana salah satu aspek yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan serat di mana serat dapat membantu untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik di dalam badan. Bunga kantan di dakwa ia Bersifat Anti Mikrob seperti kajian telah menemui bahawa terdapat beberapa komponen bunga kantan seperti daun yang mempunyai sifat anti mikrob dan anti kulat. Ini kerana bunga kantan mempunyai kandungan flavonoid dan fenolik yang tinggi. Komponen-komponen ini mampu untuk merosakkan sel membran mikroorganisma tersebut. Bunga kantan juga ia Bersifat Anti Oksidan dimana selain bersifat anti tumor dan anti oksida, bungan kantan juga terbukti mempunyai sifat anti oksida di mana ia berpotensi untuk mengurangkan radikal bebas di dalam badan dan mencegah kerosakkan sel. Ini juga kerana kandungan flavonoid dan fenolik di dalamnya. Ia juga dilaporkan mampu Mengawal Paras Gula dan ia juga dapat mengawal dan mencegah hiperglisemik. Bunga kantan dapat menghalang sejenis enzim lalu melambatkan penyerapan karbohidrat dan mengurangkan kadar penyerapan gula. Ia sekali gus akan membantu untuk menurunkan paras gula di dalam darah. Selain itu ia mampu Mengurangkan paras asid urik dimana hasil satu kajian terhadap haiwan telah dijalankan dan ia terbukti bahawa ekstrak bunga kantan dapat mencegah peningkatan asid urik di dalam darah. Ini kerana terdapatnya kandungan polifenol, flavonoid dan saponin yang tinggi di dalamnya yang mencegah kenaikkan paras asid urik. Bunga kantan juga adalah Baik untuk kesihatan kulit dimana sudah ada kajian telah dijalankan untuk mengkaji kesan ekstrak bunga kantan ke atas kesan pencerahan dan anti penuaan kulit. Kajian mendapati bahawa pemakaian losyen yang mengandungi esktrak bunga kantan menunjukkan pencerahan kulit yang signifikan dan mengurangkan kedutan pada kulit peserta. Ramai suka jika ia mampu Menghilangkan bau badan terutama bagi ibu-ibu yang baru sahaja melahirkan, daun bunga kantan sering digunakan secara tradisional semasa mandi untuk menghilangkan bau badan. Kaedah ini tidak terhad kepada ibu-ibu yang melahirkan sahaja, kita juga boleh menggunakan bunga kantan untuk mengatasi masalah sama. Dilaporkan ia akan Merawat sakit telinga dengan ambil air rebusan bunga kantan boleh dititiskan ke dalam telinga selama beberapa kali untuk merawat masalah tersebut. Akhir sekali bunga kantan didakwa ia mampu Merawat luka iaitu secara tradisional untuk merawat luka pada kulit badan. Apa pun caranya dengan meletakkan bunga kantan di kawasan-kawasan yang luka. Kandungan anti mikrobnya juga mampu untuk mencegah jangkitan pada kawasan luka. Bagi penulis blog ada kehebatan bunga kantan bukan sahaja boleh digunakan sebagai penambah rasa dan penyedap makanan, malah ia terbukti mempunyai pelbagai kelebihan lain terhadap kesihatan tubuh badan.
Dilaporkan dalam media lokal 'Bekas cef buktikan bunga kantan mampu raih untung' apabila En Saqdam menjual sendiri bunga kantan yang dituainya kepada pembeli, kedai dan pasar raya di sekitar Lembah Klang. Seorang bekas cef berjaya menangkis tanggapan kononnya bunga kantan tidak mempunyai potensi untuk dikomersialkan apabila dia mampu menjana keuntungan daripada ladang kantannya di Bangi sejak sembilan tahun lalu di Shah Alam. Kejayaan mengusahakan ladang seluas 1.2 hektar itu turut mendorong Saqdam Zaim Arffain, 33, berkongsi ilmunya dengan orang ramai bagi melihat lebih ramai usahawan mengusahakan tanaman itu. Pengusaha boleh meraih pendapatan lumayan terutama pada musim perayaan kerana harga bunga kantan boleh mencecah hingga RM5 sebatang dimana di luar musim perayaan sekali pun harganya tetap kompetitif iaitu sekitar RM1.50 hingga RM2 sebatang. Dia nekad untuk usahakan tanaman bunga kantan walaupun ada orang cakap bunga kantan kurang permintaan dan tak ada potensi lepas saya buat kajian sendiri terhadap tanaman ini. Bermula dengan hanya lapan rumpun pokok kantan, selepas itu seluruh kawasan ladang dipenuhi dengan tanaman ini. Ladang bunga kantannya pernah mempunyai lebih kurang 800 rumpun yang menghasilkan jualan bunga kantan dan benih bernilai kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sebulan. Rentetan pencapaian yang diraih itu, Saqdam yang memiliki Diploma Pengajian Hotel dan Katering daripada Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam menawarkan kursus penanaman kantan pada tahun lalu. Ladang bunga kantan Saqdam yang terletak di Bangi sentiasa menerima kunjungan daripada orang luar. Dia terpanggil untuk berkongsi ilmu menerusi kursus sebegitu setelah ramai yang datang berjumpanya untuk belajar daripada pengalamannya membangunkan ladang kantan. Sudah menjadi lumrah setiap usahawan tidak dapat lari daripada melalui fasa jatuh dalam perniagaan yang diusahakan dan begitulah juga berlaku kepadanya. Apa yang sangat mencabar bagi saya apabila tanaman kantan diserang penyakit. Boleh dikatakan hampir semua tanaman kantan di ladang saya ‘tumpas’ satu persatu. Simptom penyakit itu boleh dilihat dan dikesan daripada tanda utamanya iaitu bahagian hujung pucuk pelepah bertukar kekuningan, layu dan mati. Dilihat tanda jelas keduanya ialah kesan lebam pada potongan bahagian dalam pelepah. Bahagian umbut teras pelepah pula mula membusuk. Tanda ini secara tidak langsung kemudian ia menunjukkan pokok sudah dijangkiti hingga kemudian ia boleh mengakibatkan pokok mati secara keseluruhannya. Keadaan itu adalah pengalaman baharu buatnya sejak bergelar usahawan bunga kantan bermula tahun 2015 dai ia selalu menunjukkan ada lagi perkara yang perlu saya teliti untuk modul kajiannya.
Dalam hmetro.com yang di rujuk ada di laporkan bagaimana 'Pokok kantan ubah nasib' bila Abd Aziz dan Ramlah mampu memperoleh kira-kira RM600 sebulan melalui penjualan tanaman anak pokok kantan yang diusahakan mereka. Kisah dari Taiping dilaporkan akibat penyakit gout dihidapi pergerakan Abd Aziz Alias tidak secergas dahulu, malah terpaksa berhenti kerja kerana keterbatasan tenaga dan pergerakan sejak penyakit itu semakin teruk pada 2019 lalu. Apa pun situasi itu membuatkan bapa tiga anak itu hilang mata pencarian bagi menyara keluarganya yang menetap di sebuah rumah sederhana di Changkat Jering dan takdir mengatasi segalanya mampu untuk mengubah hidup mereka kini menjana pendapatan bulanan selepas berkecimpung dalam bidang pembenihan pokok kantan. Berkongsi kisah awal dimana pembabitan awal dalam bidang berkenaan dia jelaskan ia bermula secara kebetulan selepas diperkenalkan oleh rakan dari badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai pengalaman dalam penanaman pokok kantan dan menawarkan pekerjaan pertanian kontrak kepadanya. Kerja ini bermula November 2021 dengan mengambil upah melakukan pembenihan dan penjagaan anak pokok kantan dengan memanfaatkan halaman rumah kami sebagai kebun kecil. Modal untuk bahan asas seperti anak benih, tanah hitam sawit dan beg poli semuanya disediakan oleh rakan saya, Abd Halim Abd Majid dari NGO Pertubuhan Kebajikan Al-Akram. Anak pokok kantan yang berusia tiga bulan atau mencapai piawaian ketinggian iaitu enam hingga lapan inci akan dijual semula dengan nilai upah RM0.60 sepokok kepada Pertubuhan Kebajikan Al-Akram dan pendapatan yang kami terima bergantung kepada jumlah anak pokok dijual. Kebun kecilnya boleh memuatkan sebanyak 2,000 anak pokok kantan pada satu-satu masa dan purata pendapatannya ketika ini boleh dikatakan adalah RM600 sebulan. Cabaran dari segi penyakit dakwanya tidak begitu membimbangkan buat masa ini kerana isterinya yang mempunyai latar belakang pertanian amat teliti dan mahir bagi menguruskan gangguan serangga. Dia mendapatkan bantuan Geran Usahawan Asnaf Berjaya berjumlah RM3,000 daripada SADC Perak melalui inisiatif Perak Sejahtera 2030 bagi memperkembangkan lagi perusahaannya. Dia menggunakan geran itu untuk membeli kemudahan pertanian seperti rak bagi memperluaskan ruang tanaman, beberapa tiang simen dan jaring hitam pertanian yang boleh mengurangkan sinaran matahari yang terlalu terik yang mengancam tanaman anak pokok kantan. Projek ini sudah berkembang, asalnya kami cuma boleh jual 2,000 anak pokok, kini saya dan isteri boleh tampung penghasilan bagi kira-kira 5,000 anak pokok kantan. Biasanya bunga kantan yang sering masyarakat kita kenali sebagai bahan masakan laksa ini juga sebenarnya mempunyai permintaan tinggi terutama di Kelantan dan Terengganu bagi penghasilan kerabu. Manakala bagi Johor dan Melaka kerap digunakan bagi masakan asam pedas. Hasil inovasi kini industri sedang giat mengekstrak nutrisi dari kantan untuk dijadikan serum kecantikan dan ada juga yang menghasilkan empeng kantan untuk produk makanan.
Di kongsikan fakta bagaimana hendak menyimpan bunga kantan yang mudah dan praktikal. Bagi penulis blog dimana bunga kantan bukan sahaja sering digunakan sebagai bahan masakan untuk menyediakan laksa, asam pedas mahu pun kerabu. Malah mengikut amalan petua orang dulu-dulu, pokok bunga kantan ini banyak manfaatnya untuk penjagaan kesihatan. Bunga kantan ini digunakan untuk mengubati sakit telinga dan juga untuk membersihkan luka. Caranya adalah dengan merebus buah kantan dalam beberapa minit dan kemudian menitikkannya ke dalam telinga. Bunga kantan juga berkesan untuk menghilangkan masalah badan yang berbau dengan cara merebus batang pokok kantan dan air rebusan itu dibuat air mandian. Apa pun penting tahu cara simpan bunga kantan untuk tahan lama apabila ada banyak stok bunga kantan dekat rumah tapi selalu saja buang sebab tak tahu cara hendak simpannya agar boleh menjadikannya lebih segar dan kekal aromanya. Cara-caranya adalah awalnya pastikan membeli bunga kantan yang segar. Kemudian di masukkan bunga kantan yang segar ke dalam plastik aiskrim atau plastik pembungkus biasa dalam keadaan bersilang bersilang untuk jimatkan plastik (Sila lihat foto disebelah). Kemudian diisi air masak dalam plastik yang sudah diisi bunga kantan tadi. Pastikan air menutup bunga kanta. Pastikan menyimpul kemas-kemas plastik tersebut dan kemudian disimpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku. Cara simpan bunga kantan frozen ini boleh digunakan sebagai cara simpan daun kesum sebab bunga kantan dan daun kesum ini selalu digunakan bersama dalam masakan.
Bagi penulis blog suka makan KERABU BUNGA KANTAN IKAN BILIS walau pun tidak selalu dapat memakannya sebab jarang membeli bunga kantan dan ikan bilis yang semakin mahal sekarang. Di kongsikan resepi menyediakan dengan dapatkan beberapa bahan-bahan iaitu Ikan bilis, Bunga kantan, Serai, Tomato, Bawang besar, Cili, Lemon ( boleh gantikan dengan limau nipis), Sos ikan dan juga garam. Cara membuatnya mudah iaitu dengan memanaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing dan di ketepikan. Kemudian di masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata. Seterusny di masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Ia sedia di hidangkan dan di nikmati untuk di makan dengan nasi putih dan lauk pauk lain. Sebagai panduan sebailmnya bahan garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin. Apa pun belum ada produk sambal bunga kantan dengan ikan bilis ini di komersilkan yang dapat di beli kecuali ada dijual secara on-line sahaja. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya dan semuaga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA...
BUNGANYA CANTIK... MAHAL HARGA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...ZAT ADA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 738, Strawberry Park Resort,
Cameroon Highland, Pahang,
Malaysia.
(13 Safar 1447H).
BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA...
BUNGANYA CANTIK... MAHAL HARGA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...ZAT ADA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 738, Strawberry Park Resort,
Cameroon Highland, Pahang,
Malaysia.
(13 Safar 1447H).
Bersamaaan 7 Ogos 2025.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.