Perlu di kongsikan fakta mengenai info capsaicin untuk dijadikan panduan dan menambah pengetahuan pembaca semua. Fakta pertama dimana Capsaicin adalah komponen aktif dalam bahan Cili dn beberapa bahan lain. Capsaicin adalah bahan yang terdapat pada cili yang menyebabkan 'radang' atau 'irritant' kepada manusia. Ia menghasilkan satu rasa iaitu PEDAS. Rasa pedas dan panas ini akibat radangan dan tindakbalas tisu sensitif (sensory tissue) apabila tersentuh bahan ini. Capsaicin akan bertindakbalas dengan unsur P yang akan menghantar isyarat kepada otak manusia melalui sistem saraf bahawa ia adalah pedas. Kalau kita makan cili yang pedas dan minum air panas pun tidak akan mampu untuk menghilangkan rasa tersebut tetapi sensori panas akan mengurangkan rasa pedas sebenar dalam mulut. Kehebatan capsaicin ini telah dimenafaatkan oleh saintis untuk dijadikan bahan rawatan berkesan bagi masaalah osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan diabetic neuropathy. Capsaicin juga sangat berkesan mengubati sakit sendi, kejang otot dan juga masaalah sakit sistem saraf. Dilaporkan dimana Capsaicin ada dijual dimana-mana dimana sesaoa pun tidak perlu untuk mendapatkan 'prescription' daripada doktor untuk mendapatkan capsaicin. Saya dapati amat mudah untuk kita beli atau mendapatkan pelbagai produk berasaskan capsaisin seperti 'Red Chili Plaster' dengan harga RM 2.50 satu paket (Lihat foto sebelah mengandungi beberapa keping). Kita perlu tampal sahaja plaster tersebut pada bahagian badan atau sendi yang sakit dan tunggu 15 - 20 minit akan rasa panas dan pedas bukan kepalang sehingga ia mampu menghilangkan sakit sendi dilokasi tersebut. Bentuk produk lain seperti dalam bentuk losion sapuan, gel dan sebagainya boleh digunakan tanpa merujuk kepada doktor kerana arahan penggunaan ada ditulis pada label dengan jelas. Bagi losion atau krim sapukan terus kebahagian sakit tetapi tangan perlu dicuci selapas sentuh kerana apabila kena mata nanti maka menangislah mangsanya. Perlu ingat agar Jangan guna capsaisin dengan dos berlebihan dan perlu baca arahan menggunakan produk capsaicin pada label dan elakkan daripada menggunakan lebih dos. Contohnya jika ditampal plaster red chili plaster dengan jumlah yang lebar, tidak tahan nanti kita menahan kesannya. Begitu juga dengan krim sapuan elakkan dari menggunakan dos berlebihan. Dilaporkan jika Tiada kesan interaksi dengan ubatan lain dimana produk-produk mengandungi capsaisin didapati tidak mempunyai kesan interaksi dengan ubatan lain yang dimakan secara langsung. ini kerana ia kebanyakannya adalah produk untuk kegunaan luaran sahaja. bagaimana pun jika ada masaalah perlu dirujuk dengan doktor dengan menyatakan jenis produk yang digunakan. Apa pun memang Capsaicin menyebabkan rasa terbakar sebab penggunaan capsaicin akan lazimnya menyebabkan rasa panas, terbakar, rasa menyengat daripada mula sehingga keparas maksima. Rasa ini lazimnya akan amat terasa pada peringkat pertama menggunakannya dan ianya akan berlarutan selama beberapa hari atau beberapa minggu bergantung kepada jenis produk dan jenama. Bagaimana pun jika penggunaan amat kerap maka kesan rasanya akan berkurangan lama kelamaan. Walau pun rasa terbakar ini kurang dirasai kalau selalu menggunakan, kesan menyembuhkan sakit tetap masih berfungsi dengan baik.
Dalam beberapa laporan dinyatakan jika Capsaisin ini mampu untuk Penyembuhan Arthritis walau bukan segera. Prpses penyembuhan atau kesan penggunaan capsaisin terhadap masalah anthritis biasanya lambat dirasai. Hasil kajian menunjukkan masaalah anthritis hanya berkesan selapas 1-2 minggu selepas digunakan. Teruskan menggunakan capsaisin sehingga 3-4 minggu dan kalau bermasaalah perlu dirujuk dengan doktor perubatan. Ada juga laporan jika bahan Capsaicin diguna dan disimpan dengan selamat dimana produk ini perlu digunakan dan disimpan dengan selamat terutama daripada kanak-kanak. Elakkan daripada terkena bahagian sensitif seperti bahagian mata, bibir, anggota sulit dan juga bahagian lain. Kalau terkena pada mata perlu dibasuh dengan air bersih dengan segera. Bilas dengan air bersih sehingga rasa pedas dan terbakar ini hilang. Bagi mengatasi masaalah pada anggota lain boleh dibasuh menggunakan sabun sgar ia cepat hilang kesannya. Perlu awas dimana ada Setengah orang tidak boleh guna capsaicin dimana jika mereka menggunakan produk capsaicin atau makan cili yang pedas. Ini kerana kesan cili boleh menyebabkan kesan lebih teruk kepada mereka. Sebelum menggunakannya sebaiknya perlu mendapatkan nasehat doktor. Selalunya doktor akan bertanya mengenai kulit yang rosak, radangan kulit, allergik, kesan sampingan dan sebagainya kepada mangsa. Bagi wanita yang sedang hamil atau mengandung dan menyusukan anak adalah mereka dinasihatkan berhati-hati apabila mengambil bahan capsaisin untuk kesihatan bayi. Kanak-kanak bawah 2 tahun mesti mereka dielakkan guna bahan capsaisin ini sebab jika terambil maka kesannya agak serius. Berdasarkan kepada beberapa kajian dimana terdapat Kajian menyokong capsaicin untuk osteoarthritis dan rheumatoid arthritis sudah dilaporkan.
Kajian yang dijalankan sejak 1991 oleh pakar mendapati jika kajian yang melibatkan seramai 70 orang pesakit osteoarthritis patients dan 31 pesakit rheumatoid agak relevan. Pesakit ini diminta gunakan 0.025% bahan capsaicin or placebo pada bahagian lutut 4 kali sehari. Kemuidan di laporkan dari hasil kajian mendapati sekitar 80% kalangan pesakit mengalami penyembuhan dengan rawatan dijalankan selama 2 minggu. Ada juga kajian menggunakan capsaisin terhadap kes-kes iaitu osteoarthritis pada tangan dimana hasil kajian ini juga menunjukkan beberapa kejayaan untuk mengatasi masaalah kesakitan pada tangan. Terkini dilaporkan dimana sudah ada kajian oleh pohak ketenteraan dimana bahan capsaisin boleh di gunakan didalam peperangan dengan ia akan meemdihkan mata musuh dan juga sistem pernafasn juga terganggu. Bagaimana pun kajian untuk ketenteraan ini masih kuat ia di rahsiakan kepada umum. Begitulah 10 perkara yang saya dapat paparkan kepada anda hasil daripada pembacaan buku dan juga sumber sosial media seperti youtube, instagram, tiktok dan sebagainya berkaitan kehabatan capsaicin yang ujud pada cili bagi tujuan perubatan dan pertahanan.
Kajian yang dijalankan sejak 1991 oleh pakar mendapati jika kajian yang melibatkan seramai 70 orang pesakit osteoarthritis patients dan 31 pesakit rheumatoid agak relevan. Pesakit ini diminta gunakan 0.025% bahan capsaicin or placebo pada bahagian lutut 4 kali sehari. Kemuidan di laporkan dari hasil kajian mendapati sekitar 80% kalangan pesakit mengalami penyembuhan dengan rawatan dijalankan selama 2 minggu. Ada juga kajian menggunakan capsaisin terhadap kes-kes iaitu osteoarthritis pada tangan dimana hasil kajian ini juga menunjukkan beberapa kejayaan untuk mengatasi masaalah kesakitan pada tangan. Terkini dilaporkan dimana sudah ada kajian oleh pohak ketenteraan dimana bahan capsaisin boleh di gunakan didalam peperangan dengan ia akan meemdihkan mata musuh dan juga sistem pernafasn juga terganggu. Bagaimana pun kajian untuk ketenteraan ini masih kuat ia di rahsiakan kepada umum. Begitulah 10 perkara yang saya dapat paparkan kepada anda hasil daripada pembacaan buku dan juga sumber sosial media seperti youtube, instagram, tiktok dan sebagainya berkaitan kehabatan capsaicin yang ujud pada cili bagi tujuan perubatan dan pertahanan.
Menarik juga jika disembangkan bagaimana 'Cili dan cara ia dapat mempengaruhi kesihatan' untuk di rujuk. Dilaporkan dimana kalangan orang Asia Temggara seperti rakyat Malaysia bukanlah kumpulan populasi yang asing dengan makanan pedas. Bahkan ia juga sudah sinonim dengan beberapa jenis hidangan dan menu masakan di Malaysia untuk mempunyai kepedasan tertentu dalam resepi masakan mereka. Diantara makanan yang di katakan pedas adalah seperti tomyam, masak lemak cili api, sambal tempoyak (semua makanan ini mempunyai sebilangan cili di dalamnya) untuk memberikan rasa pedas yang hebat dan memukau. Apakah dia manfaat daripada pengambilan makanan pedas sama ada ia memberikan kesan positif atau negatif kepada kesihatan. Perlu di fahami akan bagaimana cili menyebabkan rasa ‘panas’ apabila di makan di mulut dan boleh menyebabkan sakit perut dan sakit dubur semasa buang air. Sebenarnya ada bahan khusus apakah bahan yang terdapat di dalam cili yang menyebabkan ianya rasa pedas dan panas apabila dimakan. Bahan yang bertanggungjawab untuk menghasilkan rasa ‘hot and spicy’ itu adalah sejenis zat dinamakan 'Capsaicin'. Bahan Capsaicin menyebabkan rasa panas dan pedas ini dengan mengaktifkan saraf trigerminal di samping merangsang reseptor deria rasa yang biasa. Rasa pedas itu selalunya akan terhasil daripada pengaktifan saraf yang mengekspresikan reseptor TRPV1 dan juga reseptor TRPA1. Selain capsaicin ada terdapat juga beberapa jenis kompaun semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang lain yang berupaya untuk memberikan rasa pedas dan panas yang sama. Antaranya adalah piperine dalam lada hitam, gingerol dalam akar halia dan juga kompaun allyl isothiocyanate dalam lobak kuda. Di Malaysia dan Indonesia yang mana makanan pedas amat di gemari seperti semua jenis sambal, masak lemak cili api, jeruk cili dan sebagainya sudah menjadi isu umum. Perkara ini amat berlainan kepada kalangan masyarakat daripada Eropah dan sebagainya dimana mereka mempunyai daya tahan yang sangat rendah terhadap semua makanan pedas. Oleh sebab itu dimana diet dan makanan dalam budaya mereka tidak mempunyai elemen pedas ataupun penggunaan bahan pedas yang banyak. Selalunya memang ada di kedai makanan segera mereka tidak akan ada jenis sos pedas sebagai pilihan dan yang dsediakan cuma jenis sos tomato (ketchup). Pemerhatian ini mungkin akan menyebabkan kalangan orang tempatan di Malaysia berasa hebat berbanding mereka dari Eropah kerana semua kita boleh mengambil makanan pedas dengan bersahaja. Namun yang demikian dilaporkan ada terdapat orang lain yang boleh mengambil makanan yang jauh lebih pedas daripada pembaca blog semua dengan penuh bersahaja dimana ini menunjukkan daya tahan yang lebih tinggi terhadap ‘kepanasan’ dalam hidangan dan makanan mereka. Agak jarang orang tahu dimana bagaimana cara untuk agar betul-betul pasti bahawa terdapat perbezaan kepedasan antara hidangan disediakan dengan kepedasan makanan yang diambil oleh orang lain. Ramai tidak tahu cara mengukur tahap kepedasan sebab apa yang dirasakan individu adalah tidak saintifik. Sukar untuk sesiapa menentukan apa skala individu yang menyatakan tahap kepedasan cili dan jawapannya ada pada satu skala yang disebut sebagai Skala Scoville. Skala Scoville ini telah direka oleh seorang ahli farmasi dari Amerika Syarikat dan ianya berfungsi dengan cara mengukur kepekatan kompaun capsaicinoid. Cara kepekatan kompaun ini diukur dalam sesuatu bahan adalah dengan menggunakan ukuran High Performance Liquid Chromatography (HPLC). Unit yang diguna pakai untuk skala ini adalah Scoville Heat Unit (SHU). Untuk melihat perbezaan antara SHU lada yang berbeza, berikut merupakan SHU untuk tumbuh-tumbuhan tertentu:
0 - 100 SHU. Contohnya bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada kembung dan Pimento (di ukur denfan bacaan iaitu 100 - 1000 SHU. Dalam kes lain bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada pisang (banana pepper) dan juga Cubanelle dengan nilau ukuran 1000 - 10,000 SHU. Kes lain sebagai contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada Guajillo dan juga Jalapeno dengan nilai kepedasa capsaisin sekitar 10,000 - 100,000 SHU. Seterusnya dimaba contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah lada Malagueta dan juga lada Cayenne (100,000 - 350,000 SHU). Seterusnya dilaporkan contoh bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Habanero dan juga lada Scotch Bonnet iaitu bernilai 350,000 - 800,000 SHU. Bahan makanan di dalam kumpulan ini adalah Savina merah (Red savina) dan juga chocolate habanero iaitu nilai ukuran 800,000 - 3,200,000 SHU dan terakhir nilau kepedasan Carolina reaper serta Pepper X serta jenis Lada Dragon Breath dengan nikai tinggi. Apa pun dari pengalaman dan tinjauan penulis blog di mana di Malaysia rakyatnya cuman biasa dengan masakan pedas samas seperti di Asia Tenggara dengan mengambil jenis Cili Besar iaitu Cili atau Lada merah yang kerap digunakan dalam masakan harian dengan nilai kepedasan 2,500-10,000 SHU pada skala Scoville. Cili segar jenis Thai di periksa mempunyai nilai SHU yang lebih tinggi pada skala Scoville iaitu di antara 50,000 hingga 100,000 SHU.
Perenggan ke 6 ini membincangkan apakah manfaat atau kebaikan makanan cili yang mengendungi capsicin untuk kesihatan. Individu yang menggemari makanan pedas semestinya pernah ada bermain di fikirannya tentang apakah kebaikan kesihatan yang dikecapi melalui kecenderungan makanan pedas. Bagi penulis blog ada mengharapkan kesukaan sendiri terhadap makanan pedas sebagai satu perkara yang baik untuk kesihatan apabila di makan. Berdasaarkan beberapa kajian dan testimoni dimana dibuktikan ada manfaat kesihatan yang boleh didapati daripada tabiat suka memakan makanan yang mengandungi cili. Pertama di dakwa makanan pedas yang ada capsaisin ini akan Mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit tekanan darah tinggi (hipertensi) kepada pengguna. Apa pun memang agaknya ramai pernah tahu dimana pengambilan garam yang banyak dalam makanan harian adalah faktor risiko yang utama untuk menghidap penyakit hipertensi dan juga dikaitkan dengan masalah kardiovaskular lain. Menurut satu kajian di lakukan dimana ada peserta yang meminati atau mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk makanan yang pedas didapati mempunyai habit pengambilan garam dalam makanan harian yang lebih rendah dan juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak menggemari makanan pedas. Kajian ini mendapati keupayaan untuk menikmati rasa pedas dalam makanan memangkinkan sensitiviti terhadap garam sekali gus mengurangkan kecenderungan untuk mengambil makanan yang tinggi dalam kandungan garam atau untuk mengambil garam secara amnya. Pengambilan garam atau keadaan atau kecenderungan untuk memakan makanan bergaram dikaitkan dengan aktiviti metabolik serantau di kawasan insula dan kortex orbitofrontal (OFC) peserta kajian tersebut. Pemberian bahan capsaicin iaitu sejenis kompaun utama dalam cili dan juga lada yang menyebabkan kehebatan seperti rasa pedas, menguatkan dan memangkin aktiviti metabolik di kawasan insula dan OFC sebagai tindak balas terhadap pengambilan garam yang tinggi. Ini membalikkan semula pelbagai sistem atau mekanisma berbeza di dalam insula dan OFC yang bergantung kepada keamatan garam (salt-intensity). Dalam kajian binatang, aktiviti OFC sangat berkait rapat dengan kecenderungan terhadap garam dan rasa masin atau bergaram yang diproses oleh OFC dipengaruhi oleh kehadiran capsaicin. Secara tidak langsung, kecenderungan untuk mengambil lebih banyak makanan pedas berupaya untuk mengurangkan pengambilan garam dalam diet harian seseorang melalui pengubahsuaian pemprosesan saraf berkaitan rasa masin dan kehadiran garam oleh otak. Ianya berupaya untuk menjadi intervensi tingkah laku dalam mengurangkan beban penyakit berkaitan tekanan darah tinggi. Pedas dengan capsaisin ini akan Melegakan sakit otot dan sendi dimana dengan menyapu krim cili untuk melegakan kesakitan otot anda mungkin kedengaran seperti idea yang ganjil dan tidak masuk akal, tetapi anda mungkin terkejut dengan bukti saintifik di sebaliknya. Percubaan klinikal menunjukkan bahawa sekitar 80% pesakit artritis mengalami pengurangan rasa sakit sekurang-kurangnya dua minggu selepas menggunakan krim tersebut. Percaya atau tidak, capsaicin, yang terdapat dalam lada, merupakan ramuan dalam banyak produk topikal untuk menghilangkan sakit, dalam bentuk krim, gel, losen, tampalan, dan batang. Walaupun mekanisma fungsinya tidak diketahui dengan tepat, capsaicin dipercayai berfungsi dengan merangsang pelepasan bahan P (substance P), bahan kimia yang membantu menghantar isyarat sakit dari saraf deria ke otak. Selepas beberapa sapuan capsaicin, bekalan setempat bahan P dan bahan isyarat sakit yang lain akan perlahan-lahan ketandusan, menjadikan saraf kurang mengeluarkan isyarat sakit. Krim capsaicin dipercayai sesuai untuk keadaan sendi seperti artritis rheumatoid dan osteoarthritis, fibromyalgia, kekejangan otot, migrain dan sakit kepala lain yang teruk. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DI DALAM CILI... BERBAPAI NILAI UNITNYA...
SCOVILLE HEAT UNIT... PEDAS CARA KIRA...
MENYEDAPKAN MAKANAN... NAIK SELERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 726, Strawberry Park Resort,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang,
Malaysia.
(14 Safar 1447H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.