POKOK BUNGA KANTAN (Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 250 hektar CHE (Anggaran penulis blog berdasarkan keluasan dari Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada malam khamis ini dari kedinginan di Cameroon Highland saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya beberapa fakta dan kisah bunga kantan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.
Menarik dalam media lokal yang bertajuk 'Bunga hutan perencah makanan' dimana di laporkan bunga kantan atau pun nama saintifiknya Etlingera elatior digunakan untuk perencah pelbagai masakan. Bagi penulis blog tahu jika dii Semenanjung Malaysia terutama di utara tanah air bunga kantan antara ramuan penting untuk membuat kuah laksa, manakala di Melaka dan Johor ia sebagai bahan wajib dalam masakan asam pedas. Selain itu, bunga kantan atau nama saintifiknya etlingera elatior turut digunakan untuk perencah pelbagai masakan termasuk nasi goreng, nasi kerabu dan ulam-ulaman serta hiasan bagi mencantikkan hidangan. Aroma bunga kantan yang habitatnya berasal dari hutan menjadi nilai tambah dalam masakan membuatkan sesetengahnya gemar menanam sendiri, disebabkan harga sekuntum agak mahal. Malah didapati yang tanaman itu kerap ditanam oleh golongan lelaki meskipun wanita yang lebih kerap ke dapur. Juga dipercayai ada menggunakan sebagai ubat tradisional, selain wanita selepas bersalin mencampurkan bunga itu dalam mandian untuk menghilangkan bau badan dan menyegarkan tubuh. Bunga kantan antara ramuan untuk nasi goreng, nasi kerabu dan ulam-ulaman serta sebagai hiasan. Bagi Pensyarah di Jabatan Teknologi Mekanikal dan Pembuatan, Kolej Vokasional Slim River, Abdul Baser Tajuri, 53, beliau mula berminat menanam pokok kantan apabila melihat harganya yang mahal. Kalau pada awalnya hanya menanam dua rumpun pokok kantan, lama-kelamaan bertambah dan kini melebihi 100 rumpun dimana ia ditanam sepanjang jalan berdekatan pintu gerbang Kampung Balun, Slim River, Perak. Dia memanfaatkan tanah di tepi jalan sepanjang 200 meter ditanam dengan pokok kantan dimana dulu dia pernah beli sekuntum RM3, malah pada musim perayaan pernah mencecah RM5 dan sejak itu saya fikir lebih baik tanam sendiri. Dakwanya aroma bunga kantan menjadikan masakan bertambah sedap. Jika tiada bunga kantan seakan masakan kurang 'kick'. Cara penjagaannya tidak begitu rumit dan bagi menghasilkan bunga yang lebat ia perlu dicantas batang pokok dua minggu sekali, supaya dapat mengeluarkan rumpun yang baharu dan lebih baik. Ia perlu dibaja setiap tiga bulan. Beliau menggunakan baja organik untuk pertumbuhan lebih sempurna. Pokok yang hidup subur dalam rumpun berkenaan perlu dibiarkan membesar dengan jarak yang sesuai bagi membolehkan bunga kantan tumbuh pada rumpun itu. Kalau pokok dibiarkan merimbun dan tanamannya terlalu rapat menyebabkan sukar mengeluarkan bunga. Biasanya dua kali dalam seminggu saya akan memetik bunga kantan sambil menebas pokok yang kurang baik tumbuhnya siha dan proses tanaman selama enam bulan sebelum mengeluarkan hasil. Pokok kantan mudah dijaga kerana risiko serangan makhluk perosak jarang berlaku kerana baunya pokok itu menyebabkan makhluk perosak tidak suka mendekatinya. Apa yang menarik, daun pokok kantan yang rendang dan lebat menjadikan suasana redup dan menambahkan keindahan landskap di kawasan sekitarnya. Bahagian kelopak bunga yang mekar berkembang menarik dan sejuk mata memandang. Bunganya yang sudah matang biasanya berwarna merah jambu dan diambil sebelum bunga kelopaknya berkembang. Setiap rumpun pokok kantan mampu mengeluarkan antara 30 sehingga 40 batang bunga kantan, tetapi bergantung kepada cara penjagaannya. Ketinggian pokok antara dua hingga tiga meter dan daun panjang berwarna hijau menjulur ke bawah dalam rimbunan jadikan kawasan redup. Dia juga berazam untuk menambah lagi pokok itu dan kini setiap minggu dimana tanaman itu boleh menghasilkan kira-kira 200 kuntum bunga. Spesis kantan ditanam kucup memanjang dan pada hari biasa setiap kuntum dijual 40 sen kepada peniaga di pasaran berdekatan. Apa pun tanaman diusahakan secara sambilan untuk masa senggang dan tidak kisah menjual dengan harga murah. Secara umumnya dimana pokok kantan akan tumbuh dengan ciri ketinggiannya mencecah lebih dua meter dan akan mampu mengeluarkan bunga di celahan batang pokok. Dalam serumpun tumbuh 10 - 15 batang pokok dan walau pun pokok kantan sejenis herba berasal dari hutan tetapi kini sudah di komersilkan. Ada tiga jenis bunga kantan dikenali sebagai Jenis Bunga Kantan Merah Jambu dan Jenis Bunga Kantan Putih dan jenis unga Kantan Merah.
Dalam portal nstp.com di laporkan 'Bunga penyedap masakan' dan ia memang selamat dimakan sebab bunga kantan didakwa selalu tanpa semburan racun berbahaya. Dilaporkan dimana pada hari biasa, harga sebatang bunga kantan di pasaran adalah sekitar RM1.50 hingga RM2, namun menjelang musim perayaan harganya boleh melebihi RM5 sebatang. Apa pun isu bunga kantan sememangnya menjadi buruan ramai kerana selain menjadi ramuan penting dalam pelbagai jenis masakan, ia juga boleh dimakan segar sebagai ulam terutama dalam menu nasi kerabu. Sesuai dengan harganya yang boleh tahan, sayur itu bukannya mudah untuk diperoleh kerana penanamannya memakan masa hampir dua tahun. bagi seorang petani bunga kantan dari Bangi, Selangor, Saqdam Zaim Arffain, 29, berkata, meskipun tanaman itu mudah dijaga, tidak ramai yang sanggup mengusahakannya lantaran tempoh yang lama untuk mendapatkan hasilnya. Secara keseluruhan, tanaman kantan mengambil masa kira-kira dua tahun sebelum ia mula berbunga dan boleh dipetik. Cara penanamannya juga mudah iaitu melalui rizom yang diambil daripada pokok yang sudah matang dan menghasilkan bunga. Pengambilan rizom daripada pokok tidak matang kurang digalakkan kerana ia boleh menyebabkan tumbesaran kurang menggalakkan. Rizom biasanya daripada pokok bunga kantan yang sudah matang dan menghasilkan bunga dimana rizom yang dicantas batangnya boleh ditanam di dalam tanah gambut yang lembap dan dekat dengan mata air. Jenis tanah berpasir, tanah liat mahupun tanah berpaya tidak sesuai untuk penanaman pokok bunga kantan dan sebaiknya ia ditanam berhampiran sumber air. Rizom yang baru ditanam perlu disiram sekali sehari bagi memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok baharu dalam tempoh dua hingga tiga minggu dimana selepas empat minggu, ia sudah boleh bergantung kepada cuaca dan penyiraman perlu dikurangkan. Jenis baja NPK yang tinggi kandungan nitrogen juga boleh diberi bagi menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun. Ibu rizom (batang yang sudah tua) boleh dipotong bagi membolehkan anak pokok mendapat nutrien secukupnya dimana dalam dalam tempoh empat hingga enam bulan, ia akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok dan apabila mencapai usia satu tahun, tingginya sudah mencecah antara lapan hingga 10 kaki. Dalam tempoh dua tahun, tingginya akan mencecah 16 hingga 20 kaki dan mula mengeluarkan bunga di celahan batang pokok. Adalah dianggarkan dalam serumpun, ia memiliki antara 10 hingga 15 batang pokok dan sebatang pokok kantan matang boleh menghasilkan antara satu hingga dua batang bunga. Bunga kantan akan membesar dan berubah warna dalam tempoh empat hingga tujuh hari dan boleh dipetik sebelum ia kembang dimana secara purata, bunga kantan boleh dipetik dalam tempoh empat hingga lima hari sekali. Bunga kantan yang sudah kembang tidak boleh dijual dan ia biasanya akan dibiarkan begitu sahaja di pokok. Cara penjagaan pokok kantan sememangnya mudah kerana ia sukar diserang penyakit atau serangga perosak kerana baunya tidak disenangi. Pada masa sama perlu waspada serangan kulat dalam tanah yang tidak kelihatan secara luaran dimana tanaman itu juga tidak memerlukan kos penjagaan yang tinggi dan semua boleh mengusahakannya. Dia hanya bermula dengan 300 rumpun pokok kantan pertama dan kini ia berkembang kepada lebih 800 rumpun dalam tempoh hampir empat tahun dan untuk 300 rumpun pertama dahulu, ia mampu memberi pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan. Pokok kantan boleh dibaratkan sebagai sekali sahaja bersusah payah menanam, tetapi hasilnya berpanjangan. Apa-apa pun jika berbudi pada tanah memang ada hasilnya dimana dia memang tidak menggunakan sebarang racun kimia untuk tanamannya. Dia memasarkan hasil tanaman berkenaan secara terus kepada pengusaha restoran dan kedai runcit sekitar Bangi dan Dengkil. Ia sememangnya laris kerana orang ramai tertarik dengan kesegaran bunga kantan selain kaedah penanamannya yang tidak menggunakan racun berbahaya.
Setiap kali musim perayaan ada isu 'Bunga kantan laris' seperti di laporkan beberapa media dan sosmed di Pulau Pinang. Lazimnya dilaporkan menu wajib disediakan setiap kali menjelang Aidilfitri adalah ketupat, rendang dan serunding. Agak berlainan pula di Pulau Pinang apabila laksa menjadi menu popular dan pilihan tuan rumah untuk hidangan tetamu. Oleh itu memang tidak hairanlah permintaan terhadap bunga kantan yang menjadi ramuan penting menghasilkan kuah laksa meningkat mendadak. Perkara itu diakui peniaga sayur Nasri Rashid, 56, apabila jualan bunga kantan menjelang musim perayaan melebihi 200 kuntum. Bunga kantan mendapat permintaan tinggi kerana ramai yang perlukannya untuk memasak kuah laksa sebab tanpa bunga kantan, kuah laksa tak sedap kerana tidak wangi yang berniaga di Pasar Tani Pra Aidilfitri di Tasek Gelugor. Walau pun dia berasal dari Sik, Kedah dimana dia akan memandu ke Pulau Pinang jam 4.30 pagi untuk menjual pelbagai jenis ulam dan bunga kantan di sini. Dia jual bunga kantan cuma 50 sen sekuntum, kalau di pasar raya harganya boleh mencecah RM2. Saya tak kisah jual murah kerana bekalan bunga kantan mudah diperoleh. Makanan laksa penang merupakan kegemaran ramai orang dimana keberadaaan bunga kantan akan mempastikan juadah menjadi lebih enak rasanya.
Akhir sekali dimana penulis blog akan kongsikan fakta mengenai jenis bunga kantan dan khasiat untuk kesihatan sekali lagi. Bunga kantan merupakan salah satu herba semulajadi yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada orang yang faham jenis bunga kantan yang mempunyai aroma yang wangi dan rasa yang unik, herba yang dikenali sebagai 'Torch Ginger' dalam Bahasa Inggeris ini yang dilaporkan ia mampu membangkitkan keenakan pelbagai hidangan tradisional. Diantara juadah yang menggunakan bunga kantan adalah laksa, asam pedas dan kerabu. Ia juga mudah dikenali dengan tangkai berwarna hijau kekuningan yang agak pucat dan bunga berwarna merah jambu terang. Pembaga perlu tahu jika bunga kantan bukan sekadar penyedap rasa dalam laksa dan asam pedas. Apa pun tumbuhan ini sebenarnya menyimpan pelbagai manfaat hebat dimana selain dari memberi aroma yang menyelerakan dalam masakan, bunga kantan juga berperanan dalam usaha untuk menghilangkan bau badan, bertindak sebagai pencuci luka semula jadi, dan menjadi rahsia awet muda. Bagi penulis blog percata kalangan pembaca blog semua belum taju akan beberapa jenis Bunga Kantan sebab percaya dan melihat terdapat cuma ada satu jenis bunga kantan iaitu yang berwarna merah jambu. Penulis blog ada menulis isu ini dimana ada terdapat tiga jenis bunga kantan yang popular di Malaysia iaitu yang Bunga Kantan yang berwarna putih, merah jambu dan merah. Bunga kantan berwarna merah biasanya digunakan untuk seni gubahan kerana warnanya yang menyerlah. Dalam pada itu jenis bunga berwarna putih dan merah pula sering dijadikan ramuan dalam masakan. Apa pun disebabkan oleh faktor permintaan yang tinggi, bunga kantan berwarna merah jambu sering ditanam berbanding jenis yang lain. Bagi penulis blog dimana di sebalik rasanya yang segar dan enak, herba dengan nama saintifik Etlingera elatior ini mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan. Ia bukan sahaja bunga, malah setiap bahagian daripada tumbuhan ini telah digunakan dalam rawatan tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Sebagai contoh, bunganya digunakan untuk merawat masalah mulut berbau dan bau badan dan bahagian daunnya pula sangat bermanfaat untuk merawat luka, cirit-birit dan hilang selera makan. Bunga kantan sangat berpotensi di jadikan herba berfaedah sebab ia Berpotensi Merawat Kencing Manis seperti hasil kajian terhadap tikus makmal mendapati paras gula dalam darah boleh menurun sehingga 70% dengan penggunaan ekstrak daun bunga kantan. Dalam kajian lain pula menunjukkan bahawa estrak daun tumbuhan ini bukan sahaja dapat membantu mengawal paras gula dalam darah tikus makmal, malah ia turut berpotensi dalam mengawal kekurangan berat badan akibat komplikasi diabetes. Bunga kantan juga memang sebagai Sumber Antioksidan Yang Baik apabila kandungan antioksida yang tinggi dalam tumbuhan ini menjadikan ia sangat baik untuk diamalkan bagi mencegah kerosakan sel. Diet tinggi antioksida juga dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan mencegah tubuh daripada jangkitan yang tidak diingini. Ia juga Berpotensi Mengawal Darah Tinggi bila mungkin ramai yang tidak tahu bahawa herba ini mempunyai mineral kalium yang tinggi. Bahan kalium (K) merupakan mineral yang memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah dan sekaligus mencegah masalah tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Kantan mempunyai Tinggi Kandungan Serat yang mana ini membuatkan ia sesuai untuk diamalkan bagi mencegah pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, kolesterol, masalah jantung dan darah tinggi. Ia didakwa juga amat Berpotensi Sebagai Antikanser sebab ekstrak bunga kantan dilihat berpotensi untuk mencegah kanser kulit dan kanser perut dan ekstrak bunga ini didapati tidak menjejaskan sel normal yang sihat. Bunga kantan didakwa Baik Untuk Kesihatan Kulit dan berpotensi untuk merawat pelbagai masalah kulit. sebuah kajian mendedahkan bahawa herba ini mampu bertindak sebagai anti-penuaan dan mencerahkan kulit. Ditambah pula dengan kebaikan yang dimiliki oleh herba ini, ia didapati mampu mencegah kulit daripada kedutan dan kepekatan melanin yang mengakibatkan kulit menjadi kusam dan gelap. Memang wajar untuk kita sama-sama amalkan penggunaan bunga kantan sebagai ramuan semulajadi dalam hidangan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya dan semuaga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.