Support My Blog

Sunday, August 31, 2025

IKAN TENGGIRI DAN FAKTANYA

IKAN TENGGIRI
adalah sejenis spesies ikan dalam genus Scomberomorus iaitu spesis ikan dari keluarga Scombridae (sama dengan ikan kembung) yang merupakan termasuk dalam kerabat ikan tuna, makerel dan juga ikan tongkol. Spesies tenggiri yang terkenal ada tiga (3) jenis dan ia dilaporkan termasuk Ikan Tenggiri Batang (Scomberomorus commerson) dan Ikan Tenggiri Papan (Scomberomorus guttatus) dan Ikan Tenggiri Bunga (Sila lihat foto diatas). Ikan ini adalah pemangsa pelagik yang kuat, diman spesis ikan ini dilaporkan ia penting dalam perikanan dan sangat disukai oleh ramai peminat ikan terutama di kawasan di Asia Tenggara serta banyak dijual dalam bentuk segar atau ia sudah pun ia di keringkan atau di proses dalam bentuk lain. Penulis blog sendiri sering membeli ikan tengiri segar dipasar walau pun kini harganya agak tinggi dimana ikan ini selalu di masak sebagai Asam Pedas Ikan Tenggiri yang enak idmakan dengan nasi putih. Mengenali akan ciri-ciri umum Ikan Tenggiri dimana ikan ini dilaporkan ia termasuk dalam suku kumpulan dengan habitat yang tersebar luas di kawasan perairan tropika dan subtropika bermula dari Lautan Hindi dan Pasifik Barat Daya hingga kepantai timur Afrika. Sifat khas ikan ini sebagai sejenis ikan yang menjadi pemangsa pelagik yang tangkas dan kuat dalam air sehingga menjadi sasaran yang menarik bagi nelayan untuk mengail atau memancing termasuk dalam aktiviti 'sportfishing'. Pengalaman penulis blog ketika pernah memancing di perairan Mersing dulu pernah beberapa kali bertarung dengan kehebatan menaikan ikan tenggiri yang memang amat menghiburkan. Sebenarnnya ikan ini sangat dihargai dalam perdagangan dan di makan dimana ia sering dimasak atau di proses menjadi berbagai produk seperti ikan kering, keropuk dan bebola ikan atau keropok ikan tenggiri. Resepi Asam Pedas Ikan Tengiri mudah disediakan dan enak di makan. Di kongsikan bahan membuatnya dengan sediakan bahan untuk makan seramai 
4 orang iaitu 5 ketul isi ikan tenggiri segar, serbuk kunyit, garam, 1 labu bawang besar, 6 biji cili padi, 1 biji cili merah, sedikit halia, 1/2 cwn air asam jawa, sedikit kicap, 1/2 cwn air serta sedikit garam. Cara untuk memasaknya dengan menggaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam dan kemudian di ketepikan atau ada yang suka menggorengnya dulu. Goreng ikan hingga kekuningan pada kedua2 bahagian dan diangkat untuk di ketepikan. Dalam kuali di tumis bawang besar, halia, cili merah dan cili padi dengan sedikit minyak gorengan ikan tadi hingga sedikit layu.Masukkan air secukupnya,sedikit kicap dan air asam jawa. Seterusnya dimasukkan sedikit garam dan dibiarkan ia mereneh sekejap. Kemudian barulah di masukkan ikan tenggiri dalam kuali dan dibiarkan mendidih dan matikan api. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan sedia di hidangkan. Artikel pada waktu tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan kisah mengenai ikan tengiri untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menilai akan fakta khasiat ikan tenggiri ia dilaporkan memang kaya dengan khasiat termasuk Asid lemak omega-3, protein, vitamin D dan mineral penting yang mana ia bermanfaat untuk kesihatan jantung dan otak serta kekuatan tulang. Ia dilaporkan juga akan membantu melawan keradangan dan beberapa jenis kanser. Ikan tenggiri juga merupakan sumber tenaga yang baik dan membantu meningkatkan sistem imunti badan. Beberapa kajian menyatakan jika ikan tenggiri bermanfaat terutama dalam membantu untuk melindungi Jantung dan Otak sebab bahan kandungan omega-3 yang tinggi dalam ikan tenggiri membantu menjaga kesihatan jantung dan menyokong fungsi otak yang optimum. Memang kebanyakan jenis ikan ia adalah Sumber Protein Berkualiti Tinggi dimana kualiri protin ini adalah ia protein penting untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, serta penghasilan enzim dan hormon dalam badan. Khasiat ikan ini dilaporkan ia mampu Menguatkan Tulang sebab ikan ini mengandungi vitamin D, Selenium (Se) dan mineral Kuprum (Cu) yang penting untuk penyerapan kalsium dan pemeliharaan tulang yang kuat. Zat-zat penting ini memang terdapat dalam ikan ini yang menjadikan tahap kesihatan pengguna akan terjamin. Ikan ini berkhasiat didalam Melawan Keradangan dan Kanser disebabkan adanya bahan Asid lemak omega-3 dan antioksidan dalam ikan tenggiri dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan mengurangkan keradangan. Lebih menarik jika faktanya dimana ikan ini akan Meningkatkan Sistem Imuniti pemakannya disebabkan ada bahan nutrien dalam ikan tenggiri dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, menjadikan badan lebih kuat melawan penyakit. Memang wajar jika dilaporkan ikan yang Mengandungi Vitamin dan Mineral ini memang ia kaya dengan vitamin A, C, dan B1, serta zat besi yang membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah dan sel darah merah. Kajian mendapati jika semua orang boleh memakan ikan ini. Ikan tenggiri boleh dijadikan pilihan menu sihat untuk semua peringkat umur termasuk golongan para wanita dalam tempoh berpantang. Seterusnya ia membantu Menurunkan Berat Badan disebabkan ikan ini adalah pilihan yang baik kerana ia rendah kalori tetapi padat nutrien. Dalam pada itu kalangan ibu mengandung sesuai makan ikan ini sebab ia menyediakan nutrien penting yang menyokong kesihatan ibu dan juga proses perkembangan janin bayi. Ada persoalan sama ada betulkah ikan tenggiri tidak boleh dimakan Selalu?. Ini kerana tidak kiralah betapa banyak kebaikannya dimana setiap ia adalah sumber makanan dimana sebaiknya mestilah dimakan pada kadar yang sederhana termasuklah. Meskipun padat dengan pelbagai khasiat, namun adalah tidak digalakkan sesiapa untuk makan ikan tenggiri terlalu kerap disebabkan oleh kandungan merkuri yang tinggi dalam ikan ini. Apa pun berdasarkan Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) ada dua spesis ikan tenggiri iaitu Spanish Mackerel dan King Mackerel tergolong sebagai hidupan laut yang tinggi kandungan merkuri dan perlu dielakkan oleh kanak-kanak, ibu hamil serta ibu yang sedang menyusukan anak. Bagi yang belum tahu bahan raksa (mercury) ini adalah ia berpunca daripada pencemaran alam. Dalam kuantiti yang tinggi, bahan kimia ini boleh menyebabkan keracunan pada sistem saraf manusia. Ikan yang lebih besar dan hidup lebih lama juga didapati mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi dimana bahan kimia ini juga tidak boleh diasingkan daripada ikan kerana ia sudah sebati di dalam daging mereka. Apa pun dinasihatkan untuk makan ikan tenggiri perlu hanya beberapa kali setiap bulan. Pastikan pilih ikan yang kecil saja kerana kandungan merkurinya adalah masih rendah dan pastikan agar jangan lupa untuk jauhinya daripada ibu hamil, menyusu badan dan kanak-kanak.


Dalam portal hmetro di laporkan 'Waspada ikan tenggiri lebih pencemaran merkuri berbanding ikan kembung' untuk di kongsikan faktanya. Media ini laporkan dimana tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' juadah laksa sehingga ada juga warganet mempertikaikan jenis ikan digunakan dalam masakan kegemaran rakyat Malaysia. Ada komen menyindir, ada parodi dan tidak kurang juga berkongsi video cara-cara menyediakan laksa. Kisah bagaimana ada kes 'perang laksa' turut mendapat perhatian Pakar Kesihatan Ibu Hamil dan Janin iaitu Dr Imelda Balchin apabila pegawai perubatan tersebut mengulas dari segi kesihatan mengenai khasiat ikan yang digunakan sebagai pelengkap kuah laksa. Medsos laporkan jika dibandingkan antara ikan kembung dan ikan tenggiri kedua-duanya tinggi khasiat Omega 3. Dilaporkan yang ikan kembung (juga di panggil Indian Mackerel) adalah mudah di dapatkan dan sama juga dengan Ikan Tenggiri(atau di gelar sebagai King Mackerel) dimana kedua-dua ialah ikan laut tinggi khasiat Omega 3 akan tetapi ikan laut yang besar-besar seperti ikan tenggiri ada lebih pencemaran merkuri. Pakar tersbut dakwa bagi ibu yang menyusukan bayi adalah dinasihatkan agar mengelakkan memakan ikan laut yang saiznya besar. Dilaporkan untuk pembentukan otak bayi lebih sihat dimana ibu hamil dan ibu menyusukan bayi dinasihatkan agar elakkan untuk memakan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi kandungan merkuri seperti Shark, Swordfish, King Mackerel, Marlin dan ikan bigeye tuna. Kalangan orang dewasa juga boleh mendapat merkuri toxicity jika makan terlalu banyak ikan yang tinggi kandungan merkuri. Kes seperti 'Mercuri toxicity' boleh menyebabkan kepada masalah saraf (neurological disorders) seperti kehilangan daya ingatan, kemurungan, anxiety dan terketar-ketar. Orang dewasa makan sikit-sikit tidak mengapa tetapi perlu waspada juga dan pilih ikan kembung dalam asam laksa ini dan bukan ikan tenggiri yang di buat laksa. Terdahulu dalam sosmed ada cerita 'perang mulut' yang bermula selepas seorang pengguna Facebook bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa. Dalam kes tersebut ada seorang individu membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain. Komen berlanjutan jika penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur untuk dinikmati.


Menarik dalam media lain yang bertajuk 'Ikan Tenggiri mahal, tongkol murah' yang dilaporkan di Terengganu untuk di kongsikan kisahnya. Dilaporkan Rosli yang mana dia menunjukkan ikan tenggiri yang mendapat permintaan tinggi di Komplek LKIM Kuala Besut, Terengganu. Dilaporkan permintaan terhadap ikan tenggiri meningkat sekali ganda selalunya pada Ramadan sehingga ada peraih yang kebiasaannya menjual 30 kilogram (kg) ikan tenggiri kini perlu memenuhi permintaan sehingga 60 kg. Ada beberapa jenis ikan lain turut mendapat permintaan mendadak di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut terutama daripada orang ramai terutama peniaga makanan di bazar Ramadan. Bagi Rosli beberapa jenis ikan yang mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan ialah tenggiri, bawal dan kembung. Harga ikan tenggiri mencecah RM32 untuk sekilogram berbanding hari biasa sekitar RM25 dan berlaku kenaikan hingga RM7 kerana bekalan ikan tidak sentiasa ada tetapi permintaan terus meningkat. Ikan bawal pula akan mencecah RM18 sekilogram berbanding antara RM15 hingga RM16 bagi sekilogram iaitu harga sebelum ini. Ikan kembung pula dijual pada harga RM10 sekilogram dimana diantara jenis ikan kurang mendapat permintaan pada Ramadan ialah ikan aya atau tongkol dan terpaksa dijual dengan harga RM5 sekilogram dan kembung kecil pada harga RM8 sekilogram. Permintaan harga bekalan bahan mentah meningkat mungkin disebabkan faktor lebih ramai orang memilih untuk memasak atau menjalankan perniagaan berasaskan lauk-pauk pada bulan puasa. Bagi kes lain dimana ada seorang lagi peraih ikan Mohd Jefri yang mana pada kebiasaan pembeli yang mahu mendapatkan bekalan ikan segar tenggiri atau bawal datang awal pagi ke situ kerana bimbang bekalan ikan habis. Kompleks LKIM ini dibuka setiap hari seawal jam 4 pagi untuk pemborong dan 7 pagi untuk orang ramai mendapatkan ikan segar sehingga jam 12 tengah hari, bergantung pada bekalan ikan daripada nelayan. Kompleks LKIM itu terkenal dalam ramai kalangan penduduk yang mahu mendapatkan ikan segar kerana nelayan menggunakan bot kecil atau sederhana turun ke laut dan pulang membawa bekalan ikan segar setiap hari. Jika di sesetengah tempat lain yang menggunakan bot besar, nelayan akan bermalam di laut beberapa hari dan ikan disimpan dalam ais sebelum dibawa pulang ke darat.


Dalam portal bharian pula di laporkan bagaimana 'Tenggiri Batu Berhala' amat membahagiakan Ridzuan yang mendapatkannya dengan teknik casting ketika memancing di Laut Rompin, Pahang amat hebat kisahnya. Ahli Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) yang diketuai Presidennya iaitu Ridzuan Ghazali, berjaya dalam membuat tinjauan ke perairan Pulau Batu Berhala bagi menentukan sama ada sesuai untuk penganjuran Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2015. Ia sesuai dengan nama cabaran dan pastinya ikan berparuh seperti layaran dan mersuji menjadi kayu pengukur. Dilaporkan dimana Ridzuan disertai Tye Weng On, Sally Liew, Rozani Abdullah, Mohd Eezaq Ridzuan, Mohamad Nizam Temon dan Zulkifli Mat Jusoh, memulakan ekspedisi seawal jam 8.30 pagi hingga 6 petang dengan menaiki bot kendalian tekong Krill Nazeri, yang begitu arif dengan perairan Kuala Rompin serta lubuk ikan dengan dia menewaskan ikan tenggiri 4.7 kilogram (Sila lihat foto disebelah). Selain itu ada ikan layaran yang memang wujud di Pulau Batu Berhala akan tetapi saiznya agak kecil berbanding di perairan Karang DO, Karang Cha, Karang Merchong dan puluhan karang lain pada jarak 10 batu nautika hingga 35 batu nautika dari Kuala Rompin. Ada pelbagai kaedah pancingan seperti drifting, popping, casting, jigging dan bottom kami lakukan, namun tiada tanda layaran sudi menyambarnya. Layaran atau mersuji adalah ikan berhijrah dari Hemisfera Utara ke Selatan. Mereka singgah sebentar ke perairan Rompin untuk mencari makanan, sekitar Jun hingga Ogos setiap tahun. Dilaporkan yang kajian PeMM turut mendapati ada layaran sudah berkampung di perairan Rompin berikutan banyak makanan di sini. Ini berdasarkan tinjauan sebelum ini, apabila ada layaran bersaiz kecil (anak layaran) menyambar umpan yang kami hulurkan. Walaupun gagal menaikkan seekor pun layaran atau mersuji kali ini, masing-masing terhibur mendaratkan tenggiri selain beberapa kerapu, jenahak dan ikan karang yang lain. Dia yang menggunakan teknik casting, set kekili Shimano Stella 5000 bersama rod G-Loomis menggunakan gewang Jackson Pintail 40 gram, seekor tenggiri seberat 4.7 kilogram dapat saya tewaskan. Selang 30 minit kemudian, sekali lagi saya menerima sentapan tenggiri. Saiz tenggiri yang sama dapat didaratkan menggunakan teknik casting. Rakannya  Rozani yang menggunakan teknik jigging turut mendaratkan tenggiri seberat 4.6 kilogram. Sebanyak empat tenggiri dapat dinaikkan kali ini, yang saiznya sekitar 4.5 kilogram hingga 4.8 kilogram. Spesies lain yang berjaya didaratkan ialah kerapu, jenahak dan ikan kecik melalui teknik apolo. Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TENGGIRI... POPULAR JENISNYA...
BERSAIZ BESAR...RISIKO MERKURINYA...
HARGA MAHAL... BANYAK RESEPINYA...
BACA ARTIKEL... HEBAT FAKTA YANG ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiuawal 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...