Support My Blog

Thursday, August 28, 2025

SEMBANG FAKTA IKAN MASIN (PART 3)

IKAN MASIN atau IKAN KERING merupakan satu produk yang sering diambil dikalangan masyarakat di Malaysia kerana ia adalah sejensi makanan asas ikan yang diminati ramai. pa pun sebenarnya ada sedikit perbezaan diantara Ikan Kering dan ikan masin dari segi teknikalnya. Ikan kering (dried fish) adalah merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan mana merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan. Ada juga jenis ikan kering yang tidak masih semasa diproses dan ikan masin (salted fish) yang pastinya masin. Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh dimana apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar. Biasanya ikan kering juga dimakan bersama nasi putih atau ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama air kopi. Dari segi teknologinya dimana ikan segar memang cepat merosot kesegarannya setelah disimpan melainkan perlu diawetkan. Cara pengeringan adalah kaedah pengawetan makanan yang berfungsi dengan membuang air dari makanan dimana ini akan seterysnya menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Pengeringan udara terbuka menggunakan matahari dan angin telah diamalkan sejak zaman kuno untuk mengawet makanan. Air biasanya dikeluarkan oleh penyejatan (pengeringan udara, pengeringan matahari, merokok atau pengeringan angin) akan tetapi pemberian garam yang masin akan lebih sesuai dilakukan didalam proses pengawetan ikan dimana kemudian ia dijadikan ikan kering yang masin. Kadar pemberian garam ini pula akan menentukan kemasinan ikan tersebut untuk ia bertahan lama apabila disimpan. Produk ikan lazimnya akan tahan lama diawet melalui kaedah tradisional seperti pengeringan, disalai dan dimasinkan. Cara tradisional dalam mengawet ikan yang tertua adalah membiarkan angin dan matahari mengeringkannya. Mengeringkan makanan adalah kaedah pengawetan tertua yang terkenal di dunia dimana ikan kering mempunyai jangka hayat simpanan sehingga beberapa tahun. Kaedahnya juga murah dan berkesan di negara beriklim panas yang sesuai dimana kerja itu dapat dilakukan oleh nelayan dan keluarga. Kalangan pengusaha ikan kering ini melakukannya secara tradisional atau komersil sehingga produk yang dihasilkan mudah dibawa ke pasar. Apa pun penulis blog yang minat juga makan ikan kering ini mengetahui bahawa makan ikan kering yang masin boleh mendatangkan masaalah kesihatan. Beberapa petua untuk mengurangkan kadar kemasinan ikan ini boleh dilakukan. Walau puu memang ramai kata lauk ikan masin adalah jadi pembuka selera akan tetapi bila terlalu masin ia bahaya untuk kesihatan. Petua pertama adalah dengan merendam dengan air biasa selama 12 - 24 jam dimana cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya pula dimana sekurang-kurangnya perlu kena tukar air rendaman sebanyak 3 - 4 kali sepanjang proses rendaman dimana walau pun ia dianggap leceh sebab ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Anda juga boleh merendam dengan air garam iaitu kadar 2 liter air tambah 1 sudu garam. Biarkan selama 5 -10 minit kerana memang cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir didalam air masin. Jika masih lagi masin maka pembaca blog boleh ulang sekali lagi proses rendaman dan pastikan selepas direndam toskan. Petua seterusnya adlah dengan merendam dengan air panas kerrana cara ini paling mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun lelemahannya adalah dimana tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Sebaiknya jangan rendam lebih dari 10 minit dan mesti ditoskan betul-betul kering sebelum disimpan atau untuk dimasak. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis dari Bandar Melaka mengenai beberapa kisah ikan kering untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Memproses Ikan Masin atau membuat ikan kering atau ikan masin ini ada banyak kaedah dan cara bergantung kepada lokaliti, jenis ikan, kegunaan, peralatan dan juga kos. Walau pun ikan masin adalah sejenis makanan yang digemari ramai masyarakat Malaysia malah di peringkat antarabangsa tetapi permintaan terhadapnya tidak menentu. Proses pembuatan Ikan Masin dimana ikan masin merupakan hasil pengawetan ikan dengan menggunakan garam bagi meningkatkan jangka hayatnya dan ada kebaikan serta kelemahannya tersendiri. Apa pun proses pembuatannya melalui beberapa peringkat utama seperti yang awal adalah proses Pemilihan IkanJenis ikan. Di Malaysia  dimana jeiis ikan yang biasa digunakan termasuk ikan gelama, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan kembung dan ikan talangdimana asasnya adalah ikan segar dipilih untuk memastikan kualiti yang baik. Proses berikutnya adalah melakukan pembersihan ikan dengan membuang isi perut dan dibersihkan dengan air tawar untuk menghilangkan kotoran dan lendir. Kemudian di lakukan proses pemeraman dengan garam dimana semua ikan perlu disusun dalam bekas dan ditabur dengan garam secara lapisan. Apa pun lazimnya proses pemeraman biasanya berlangsung antara 12 hingga 48 jam bergantung pada saiz ikan. Langkah berikutnya adalah proses pengeringan dengan menjemur ikan tersebut di bawah cahaya matahari selama beberapa hari sehingga kering sepenuhnya. Apa yang penulis blog tinjau dimana didalam industri moden proses pengeringan juga boleh dilakukan menggunakan mesin pengering untuk mempercepatkan proses ikan tersebut cepat kering, berkualiti dan seragam. Paling akhir adalah Proses Pembungkusan dan Penyimpanan dimana setelah ikan menjadi kering dan ikan menjadi masin perlu dibungkus menggunakan plastik kedap udara untuk mengelakkan serangan serangga atau kulat. Apa pun proses penyimpanan di jalankan di tempat kering dan sejuk bagi dapat membantu mengekalkan kualitinya. Di Malaysia dimana produk ikan masin mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa, menjadikannya produk berdaya maju jika dikomersialkan dengan baik. Usahawan ikan masin perlu tahu beberapa faktur dimana ini membolehkan projek ikan masin berjaya. Pertama perlu mempastikan ada pasaran atau permintaan tinggi ikan masin. Selalunya Ikan Masin di jual dan digunakan secara meluas dalam masakan tempatan dan eksport ke luar negara seperti China, Singapura, dan Indonesia. Pastikan mengira kos pengeluaran yang relatif rendah termasuk proses pengawetan dengan cara menggunakan bahan utama yang murah seperti garam dan tenaga matahari untuk pengeringan. Pengunaan teknologi moden seperti mesin pengering boleh meningkatkan pengeluaran tanpa bergantung kepada cuaca. Lakukan cara pembungkusan yang lebih menarik dan tahan lama dapat meningkatkan nilai pasaran. Berhubung dengan pihak kerajaan dan PembiayaanPelbagai agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menawarkan bantuan untuk usahawan dalam industri pemprosesan ikan. Negara seperti Jepun dan Korea Selatan mempunyai minat terhadap produk ikan masin berkualiti tinggi. Masaalah ketergantungan kepada cuaca untuk pengeringan boleh menjejaskan pengeluaran. Juga ada persaingan dengan produk ikan masin dari negara lain serta isu kawalan kualiti dan kebersihan bagi memenuhi standard eksport. Secara keseluruhannya, ikan masin adalah industri yang berpotensi maju secara komersial dengan strategi pemasaran yang baik dan penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.


Jenis-jenis ikan segar dan ikan masin ada banyak di jual di pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan penjaja jalanan. Apa pun selalunya ada pilihan meluas sama ada ingin membeli ikan segar atau ikan masin sesuai dengan keperluan dan tujuan. Selalunya akan terbayang rasa ikan masin yang rangup dan bau aroma yang menusuk kalbu ketika keluarga menggoreng ikan masin di dapur sudah cukup membuatkan diri kita kecur liur. Masyarakat di Malaysia memang gemar memakan ikan masin dek kerana rasa masin dan rangup diselangi bau yang menjemput nafsu makan untuk segera menjamahnya. Penulis blog kongsikan akan jenis-jenis ikan masin mana yang popular di Malaysia dan selalu digunakan dalam masakan yang macam mana. Pertama adalah jenis  Ikan Masin Bulu Ayam dimana ikan masin bulu ayam ni memang kegemaran ramai, bukan saja rasanya rangup malah baunya yang menyengat memang mengundang untuk makan bersama nasi panas!. Bagi penulis blog sudah sering makan ikan masin bulu ayam sejak kecil dulu dikampopng di Muar, Johor dimana ikan masin ini sangat mudah di beli dan di goreng. Memang ramai suka masak ikan masin bulu ayam ini dengan cara menggoreng sambil dicampurkan dengan cili padi dan bawang besar. Dan ada juga yang masak ikan masin bulu ayam ini secara goreng bersambal dan di kampopng ia dijadikan salah satu komponen penting dalam Nasi Ambeng. Kedua yang popular adalah jenis Ikan Masin Talang dimana  isinya yang padat dan banyak membuatkan ia antara menu makanan kegemaran ramai. Kebiasaannya ikan masin talang ini dimasak sebagai menu ikan masin talang masak lemak nenas. Gabungan manis ikan talang bersama rasa masam buah nenas menjadikan ia sebagai menu lazat kesukaan ramai, siapa yang dah cuba pasti nak lagi. Jenis Ikan Masin Tenggiri juga penulis blog suka sebab bila di masak dengan menu betul yang menggunakan ikan masin tenggiri yang di potong dadu atau kecil-kecil kemudian dimasak bersama sayur kailan memberikan nikmat dengan rasa ikan masin tenggiri yang asin cukup menyelerakan. Ikan masin tenggiri ini juga sering dimasak secara goreng yang dicampurkan dengan cili dan bawang. Pendek kata siapa penggemar ikan masin tenggiri ni, semua jenis menu sesuai untuk di masak. Apa pun bagi penulis blog paling gemar dengan makan jenis Ikan Masin Kurau yang cukup terkenal di pasar-pasar pagi, untuk pengetahuan bukan semua orang boleh menangkap ikan kurau ni hanya nelayan yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menangkap ikan ini. Ikan kurau ini dijadikan sebagai ikan masin kerana rasanya lebih padu dan lazat. Apa pun biasanya ikan masin ini dimasak sebagai ikan masin kurau masak cuka, gabungan asin dan rasa cuka akan membuatkan lidah menikmati rasa yang luar biasa. Jenis ke lima adalah jenis Ikan Masin Gelama yang merupakan jadi makanan tradisi zaman datuk dan nenek kita lagi, sebut saja menu ikan masin gelama pasti ramai yang tahu. Ikan masin ini sering dijadikan menu masak goreng asam, goreng bersambal dan juga pulut ikan masin gelama. Apa pun sebaiknya jika minat sangat pun makan ikan masin sebaiknya jangan ambil berlebihan terutama mereka yang ada masaalah kesihatan. Dalam pada itu walaupun ikan masin ni diperkaya dengan vitamin A, B1, C, besi, kalsium, dan protein akan tetapi ingat kesihatan juga kena sebab ia ada risiko mendapat penyakit darah tinggi.


Kemudian menarik laporan bertajuk 'Awas Pesakit Ekzema agar elakkan makan 5 Jenis Ikan Gatal Ini' untuk di kongsikan sebagai fakta menarik. Penting semua pembaca blog anim agro technology untuk mengetahui jenis ikan yang tidak gatal dimakan dan ikan yang tidak boleh dimakan dalam pantang adalah penting buat mereka yang sedang dalam pantang makan. Perlu tahu juga rahsia mengenai berpantang makan seperti ibu-ibu yang sedang berpantang. Apa pun bukan  wanita selepas beranak sahaja yang perlu menjaga aspek pemakanan akan tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan baru lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk berpantang. Petua orang tua-tua, berpantang dalam aspek pemakanan ini adalah bagi mengelakkan masalah bentan yang melibatkan simptom seperti kekejangan otot, mengalami demam serta rasa menggigil kesejukan. Dalam kes lain melalui istilah perubatan berlaku Bentan adalah merupakan komplikasi disebabkan jangkitan kuman. Apa pun keadaan tersebut boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom seperti demam, badan berasa lemah, sakit sendi serta pening kepala. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti ekzema atau gatal kulit mahu pun alahan, mengetahui makanan yang tidak mencetuskan gejala amat penting. Menurut pakar perubatan di mana ada 6 punca utama ekzema termasuk salah satunya adalah amalan mengenal pasti ikan yang tidak gatal dimakan.Dilaporkan mmang ada sesetengah jenis ikan boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan perut berangin. Apa pun dilaporkan secara amnya jenis ikan yang boleh dimakan dan tidak menyebabkan kegatalan adalah jenis ikan berisi putih dan tidak mempunyai isi perut hitam. Antaranya adalah Ikan Tenggiri, Ikan talang kering, Ikan gelama, Ikan selar, Ikan jenahak, Ikan merah, Ikan bawal putih, Ikan salmon, Ikan siakap dan ikan kerisi. Perlu tahu jika ada jenis ikan gatal jika dimakan sebab ikan-ikan tersebut dikategorikan sebagai ikan isi hitam yang mempunyai kandungan histamin yang tinggi. Apa pun bagi penghidap ekzema kes ini akan mencetuskan rasa kegatalan pada kulit. Sama juga keadaannya bagi mereka yang berpantang selepas bersalin. Antara jenis ikan tersebut adalah seperti Ikan kembung gatal, Ikan patin gatal, Ikan tongkol, Ikan cencaru, Ikan pari serta Ikan bawal hitam dan Ikan emas. Perlu tahu fakta dimana bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif serta alahan seperti ekzema, buat sementara, elakkan pengambilan ikan yang disenaraikan ini. Sebaliknya pilihlah jenis ikan yang tidak gatal dimakan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca keduanya dimana di harap ini dapat menambah ilmu pengetahuan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...

IKAN MASIN.... IKAN SUDAH DI AWETKAN....
TAHAN LAMA... ENAK UNTUK DI MAKAN...
DIPERBUAT... DARI PELBAGAI JENIS IKAN...
BERSELERA....ADA BAIK DAN ANCAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...