Support My Blog

Sunday, August 3, 2025

SEMBANG PASAL KERANG (PART 2)

KERANG (Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga CARDIIDAE yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur Semenanjung yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain.  Penternakan kerangdan teknologi penternakan kerang masih aktif di beberapa lokasi ternakan kerang seperti yang penulis blog pernah membuat tinjauan di kawasan pantai sekitar Merlimau di Melaka, Pantai Muar di Johor, Pantai Bagan Datok di Perak dan Pantai Juru di Pulau Pinang untuk bacaan anda semua. Ternakan kerang di Malaysia mula dikenali dan dikomersilkan dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung di Kg Bagan Pancor, Perak secara kebetulan. Percubaan ini telah berjaya dan sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan juga dimana dianggarkan keluasan kawasan berpotensi untuk ternakan kerang di Malaysia ialah 28,540 hektar. Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis Anadora granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara kita dan juga negara jiran khususnya Thailand dan Singapura. Ternakan ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan yang lain di antaranya ialah kerana ada kaedah ternakan yang mudah dimana cara pengurusan dan penjagaan yang minima, mampu untuk memberi pulangan/keuntungan yang memuaskan dan juga ia mempunyai potensi pasaran dengan harga yang menggalakkan. Sehingga kini ternakan kerang ada dilakukan secara 'kultur separa' iaitu bergantung kepada bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah daripada kajian yang dijalankan. Artikel subuh Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis banyak kisah mengenai kerang untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.


Dalam portal utusanmalaysia dilaporkan 'Penternak kerang rugi RM500,00 isu perbaharui TOL' apabila ramai para penternak kerang memohon kerajaan menyelesaikan isu permohonan lesen untuk ternakan mereka di Taiping, Perak. Ada lebih 250 orang penternak kerang Daerah Larut Matang di sini berdepan masalah berkenaan pembaharuan lesen pendudukan sementara (TOL) tapak ternakan kerang dasar laut daerah Larut Matang. Pengerusi Persatuan Penternak Kerang Kuala Sepetang, Koay Seng Lam berkata, kelewatan agensi terlibat memproses TOL sejak 2019 menyebabkan perusahaan mereka mengalami kerugian lebih RM500,000 sebulan berikutan berhadapan dengan kegiatan mencuri oleh pihak tidak bertanggungjawab. Antara isu yang mereka hadapi apabila pencuri atau pemungut mendakwa kerang diternak itu tidak mempunyai TOL dan mereka berhak mengambil kerang yang ada dalam tapak ternakan sehingga menimbulkan konflik antara mereka. Ini menyebabkan kami me­ngeluarkan kos yang tinggi menggaji pekerja bagi menjaga tapak sebagai salah satu usaha mengekang kegiatan curi kerang di perairan Kuala Sepetang di sini. Pemungut kerang ini bukanlah nelayan berdaftar di bawah persatuan, setiap hari mereka keluar lewat petang hingga malam menaiki bot tanpa ada nombor pendaftaran untuk pungut kerang diternak di kawasan mereka. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, isu tersebut akan mencetuskan pergaduhan dalam kalangan komuniti nelayan. Kini walaupun banyak tapak ternakan kerang masih belum mendapat pembaharuan TOL atau kelulusan untuk tapak baharu, mereka terpaksa meneruskan kegiatan ternakan di kawasan yang masih produktif seperti dari Tanjung Burung hingga ke Sungai Tiram Laut. Mereka mene­ruskan ternakan kerana kawasan ini subur dengan benih kerang dan penternak mula melabur banyak wang untuk membeli benih kerang tempatan serta luar. Namun, tanpa kelulusan yang sah, keadaan ini amat menjejaskan kelangsungan industri ini. Bagi Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Manjung Utara, Faizul Sofian Sabddin dalam pada itu berkata, pihak berwajib harus proaktif mencari jalan penyelesaian didalam memperbaharui TOL secara adil dan menyeluruh. Mereka juga mencadangkan agar pihak berkuasa memberi kelonggaran dalam proses permohonan dan mengutamakan sokongan daripada persatuan nelayan atau Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Mereka sudah lama terlibat dalam industri ini, termasuk pengeksportan kerang ke luar negara. Namun, sekarang kami terpaksa menanggung risiko besar kerana masalah TOL yang belum selesai.


Beberapa media laporkan jika 'Maritim Malaysia rampas pelbagai jenis kerang, giat siasat dalang aktiviti haram' yang dilaporkan di Samporna, Sabah. Pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna terus memperkukuh kawalan perairan negara selepas berjaya menahan sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang disyaki terlibat dalam aktiviti perikanan haram di perairan Tanjung Tabu Tabu di Semparna. Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, bot terbabit dikesan dalam Op Pluto Timur 2/2025 yang dijalankan. Pasukan operasi yang menaiki Bot Cenderawasih 09 menghampiri bot yang tiada nombor pendaftaran untuk pemeriksaan bagaimanapun suspek bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut dan memasuki hutan bakau berhampiran. Hasil dari proses pemeriksaan lanjut turut menemukan karang yang dimuatkan ke dalam tiga buah kotak dalam jumlah yang juga mencurigakan yang dipercayai diperoleh secara haram. Apa pun kesemua rampasan kes dianggarkan lebih RM13 ribu.  Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985, dan Maritim Malaysia sedang mengesan dalang di sebalik kegiatan ini dimana pihak Maritim Malaysia memandang serius aktiviti pengambilan sumber marin secara haram yang boleh menjejaskan ekosistem laut. Mereka akan terus kerja dan memperketatkan penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang. Diminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti mencurigakan di perairan agar menyalurkan kepada Maritim Malaysia menerusi talian kecemasan 999 atau Zon Maritim Semporna untuk tindakan segera.


Dalamhmetro.com di laporkan 'Kerang naik ke darat, penduduk serbu Pantai Sura' menarik kisahnya. Di Dungun iaitu lokasi di Pantai Sura di sini menjadi tumpuan penduduk bagi mengutip kerang yang memenuhi persisiran pantai itu sejak semalam. Bagi penduduk, Mohd Syawal Mohd Zam, 29, berkata fenomena itu bukan yang pertama berlaku dan ia adalah saat yang ditunggu penduduk. Setiap kali tiba musim tengkujuh memang berlaku pantai ini dipenuhi kerang yang naik akibat ombak kuat. Dia berjaya kutip kira-kira 100 kilogram kerang yang akan dijual dan makan sendiri. Orang lain bernama Siti Nur Maisrah Ibrahim pula dakwa dia yang tinggal di Kerteh datang ke pantai itu mengutip kerang selepas melihat foto dan video tular di media sosial. Dia bersama beberapa rakan datang ke sini untuk merasai keseronokan mengutip kerang walaupun perjalanan ke sini hampir sejam dimana hanya kutip yang di atas darat kerana takut dengan ombak sangat besar yang berjaya mengutip kira-kira 50 kilogram kerang. Bagi seorang penduduk tempatan lain iaitu Tengku Ahmad Amirul Tengku Hazaid yang turut serta selepas melihat orang ramai memenuhi pantai itu dimana selain untuk diri sendiri diaa juga membantu orang ramai mengutip kerang di pantai menggunakan sauk yang memperoleh kira-kira 150 kilogram kerang. Kerang yang dikutip itu bukan untuk dijual sebaliknya untuk makan bersama ahli keluarga dan dibahagikan kepada jiran. Pihak bomba dan polis juga ada memantau keadaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.


Menarik kisah dalam bernama bertajuk 'Empat ditahan, bergaduh di kawasan ternakan kerang' yang berlaku di Johor Bahru apabila pihak polis menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam pergaduhan di Jeti Ayer Baloi, Pontian. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kesemuanya yang berusia antara 28 hingga 38 tahun ditahan selepas polis menerima maklumat berkaitan kejadian pada 5.37 petang. "Pergaduhan dipercayai berpunca daripada pencerobohan kawasan ternakan kerang. Polis menahan kedua-dua pihak (pemilik kerang dan penceroboh) kerana terlibat dalam pergaduhan berkumpulan. Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak bertindak sendiri dalam apa juga keadaan dan menghubungi pihak polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Artikel ini di tulis dalam lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga maklumat ini berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANAYA KERANG... DI MALAYSIA ADA....

KULITNYA KERAS... ISI LEMBUT DALAMNYA....
ADA ANCAMAN.... KEKADANG ADA BAKTERIA...
DALAM ARTIKEL INI ... ADA BANYAK KISAHNYA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Safar 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...