Ada laporan menyatakan 'Nama je ganas tetapi buah naga banyak manfaatnya, antaranya cegah penyakit kronik' sesuai untuk di ryjyk dan disembangkan. Ramai termasuk penulis blog faham jika buah naga mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan dimana kini ia terkenal dengan kulit berwarna merah menyala serta isinya yang manis dan berair menjadikan ia popular dalam kalangan penggemar buah-buahan tropika. Apa pun jika pembaca blog ini diantara orang yang cukup menggemari buah unik ini, maka anda antara insan bertuah. Ini kerana, buah naga mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh. Beberapa kebaikan buah naga yang mungkin tidak anda ketahui dimana yang pertama ia adalah Kaya Dengan Nutrisi dan ia rendah kalori tetapi cukup kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting selain tinggi kandungan serat. Ia didakwa juga mampu dalam Mencegah penyakit kronik dimana radikal bebas adalah molekul tidak stabil yang menyebabkan kerosakan sel dan menyebabkan keradangan dan penyakit. Salah satu cara mengatasinya adalah dengan makan makanan kaya antioksidan seperti buah naga. Antioksidan bekerja dengan cara menuetralkan radikal bebas sehingga mencegah kerosakan sel dan keradangan. Hasil beberapa kajian juga mendapati diet tinggi antioksida dapat membantu mencegah penyakit kronik seperti masalah jantung, kanser, diabetes dan artritis. Buah naga mengandungi bahan Serat Tinggi dimana serat dalam makanan adalah karbohidrat yang tidak dapat dicerna namun memiliki banyak manfaat kepada kesihatan. Sama seperti antioksidan, serat yang terkandung dalam buah naga cukup baik untuk sistem penghadaman manusia selain melindungi tubuh daripada penyakit jantung serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Buah naga boleh dimakan dengan pelbagai cara termasuk dibuat sebagai jus. Ia dilaporkan akan Meningkatkan kesihatan usus dimana usus juga adalah rumah bagi pelbagai mikroorganisme termasuk lebih daripada 400 jenis bakteria yang boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. Buah naga juga kaya dengan prebiotik yang berpotensi meningkatkan keseimbangan bakteria baik dalam usus manusia. Prebiotik adalah sejenis serat khusus yang mendorong pertumbuhan bakteria sihat dalam usus. Apa pun memakan buah naga juga ada caranya iaitu dengan awalnya memeriksa buah terlebih dahulu sama ada ia sudah masak dengan menekan kulit luarnya. Jika kulitnya mengeras, ia tanda buah naga sudah matang. Buah dipotong menjadi dua bahagian dimana cara ini akan memudahkan proses mengupas kulitnya. 3. Jangan takut makan isi bersama bijinya kerana ia mengandungi serat yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan. Selain dimakan terus dimana buah naga juga boleh dinikmati sebagai salad buah, jus, dicampur bersama yogurt atau pun dijadikan smoothie.
Marik bagi penulis blog membaca artikel mengenai 'Kuih Gelopong buah naga' yang menarik disembangkan.
Membaca akan namanya yang pelik dimana juadah tersebut bila dimakan akan ada rasa seakan 'meletup' isi gula melaka sekali gus rasa keenakannya tersebar. APa pun naman Kuih gelopong buah naga ianya barangkali agak asing daripada menu orang ramai akan tetapi kalangan masyarakat Kampar yang menetap di Sungai Besar, Selangor, resipi tradisional tersebut sangat popular dalam menu mereka. Bentuknya bulat-bulat persis onde-onde atau buah melaka dek kerana digaul dengan isi kelapa parut. Cuma yang membezakannya hanyalah warna aslinya daripada buah naga. Cara membuatnya juga mudah iaitu dengan hanya menggunakan bancuhan tepung pulut dan sedikit gandum, kedua-dua bahan itu kemudiannya dicampur dengan air buah naga asli yang dikisar halus. Hidangan kuih gelopong buah naga cukup unik dengan di buat warna merah yang diadun dan auranya seakan-akan membangkitkan ghairah mereka yang melihat lantas tidak sabar untuk menikmatinya. Kuih tradisional kegemaran mereka dimana ada juga yang dakwa mereka tidak menyukai kuih warisan itu, sebab tidak tahu hendak membuatnya. Dilaorkan dimana kuih ini juga menjadi kegemaran semua golongan umur dan kaum di Malaysia khususny di lokasi tersebut. Sejarah kuih ini adalah salah satu jenis kuih warisan yang asalnya daripada masyarakat Kampar di Kepulauan Riau, Indonesia yang datang berhijrah ke Tanah Melayu sebelum merdeka lagi. Apa pun dilaporkan dimana kalangan nenek moyang dahulu meneroka tanah di kawasan Piket 60, Sabak Bernam dan menetap sampai sekarang. Jadi, masyarakat Kampar memanggil kuih ini dengan 'gelopong', manakala orang Melayu panggil 'Onde-onde'. Jika dilihat cara pembuatannya pun sama sahaja, cuma warna kuih berbeza. Lebih unik, kuih ini menggunakan pewarna asli buah naga sahaja dimana kuih sama dengan warna pandan dan bunga telang. Resipi kuih yang mudah disediakan dengan berintikan gula melaka itu turut dikongsikan untuk dibuat sendiri jika mempunyai bahan yang mencukupi. Bahan-bahannya terdiri dari 500 gram tepung pulut. 2 sudu tepung gandum, 1/2 biji buah naga, Air secukupnya, Kelapa parut, Sedikit garam dan juga gula melaka dipotong kecil. Cara-caranya dengan mengisar buah naga bersama air dan tapis dan kemudian dimasukkan dalam tepung dan uli sehingga boleh dibentuk. Bahan tepung yang telah siap diuli perlu dibulatkan dan diintikan dengan gula melaka. Setelah siap direbus dan adunan terapung, angkat dan tapis. Gaul dengan isi kelapa yang telah dicampur dengan sedikit garam dan ia siap untuk dihidangkan.

Agak unik pengamalan seorang peminat buah naga yang menulis bagaimana 'Makan buah naga, sambil lihat pesawat terbang rendah' untuk disembangkan juga. Buah naga menjadi antara buah-buahan pencuci mulut digemari ramai kerana khasiat dan kemanisan rasanya, apatah lagi buah berasal dari Amerika Selatan itu mudah didapati di pasaran. Di Malaysia khusunya di Sepang terkenal sebagai daerah pengeluar buah daripada spesies kaktus itu, dengan keluasan ladang lebih 800 hektar, sama ada diusahakan petani kecil atau pengusaha besar bagi tujuan eksport. Diantaranya, ladang buah naga HL Dragon Fruit Eco Farm dilaporkan ia menjadi tumpuan bagaimana pengeluaran buah dan sebagai lokasi agropelancongan yang menarik pengunjung dari dalam dan luar negara. Berbeza ladang lain, kawasan tanaman berkeluasan 1.2 hektar milik Hong Long International Group Sdn Bhd ini turut memiliki restoran menyediakan pelbagai makanan dan produk buah naga. Pendek kata produk dari ladang sehingga ke meja makan memang ia semuanya berasaskan buah naga. Bagi seorang pengasas diaitu Eugene Chia dakwa ketika ramai pengusaha menceburi penanaman buah naga di daerah itu, perusahaan dimulakan bapanya, Sam Chia, kira-kira 20 tahun lalu itu meneroka bidang baharu, daripada pertanian tradisional menjadi perusahaan menggabungkan elemen pelancongan dan pendidikan. Kini dia menjadi antara tersenarai dalam lokasi tarikan pelancong di Selangor. Apa pun lazimnya buah naga hanya dilihat di rak pasar raya, di ladang ini, pengunjung berpeluang melihat pokok buah naga dari dekat, selain merasai pengalaman menanam dan memetik buah naga. Ada pelbagai variasi buah naga ditanam di sini, antaranya 'Red Ruby', 'Honey White', 'Yellow King' dan yang terbaru, 'Pink Ruby'. Pengunjung diberi penerangan mengenai penanaman serta keistimewaan setiap variasi. Apa yang menarik bagi menambah lagi keunikan di ladang terletak di Jalan Besar Batu Satu, Sepang itu, adalah struktur buah naga terbesar di Malaysia dibina pada 2020 dan diiktiraf The Malaysia Book of Records. Ia adalah struktur buah naga terbesar di Malaysia dibina pada 2020 dan diiktiraf The Malaysia Book of Records dimana struktur menara setinggi tiga tingkat itu memberi peluang pengunjung menyaksikan pemandangan seluruh ladang yang menempatkan kira-kira 3,000 pokok buah naga itu. Kedudukannya yang terletak kira-kira 26 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga membolehkan pengunjung melihat secara dekat pesawat terbang rendah sebelum mendarat. Apa pun semasa waktu puncak seperti cuti sekolah, pengunjung datang ke sini boleh mencecah sehingga 3,000 orang sehari. Ada yang 'walk in' dan ada yang membuat tempahan. Meraka sudah menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri, jadi ada datang dengan rombongan menaiki bas, termasuk dari luar negara seperti Eropah, Jepun, Korea Selatan dan Arab Saudi. Antara menu dan produk berasaskan buah naga, katanya, ia tercetus selepas ladang milik keluarganya itu menghasilkan buah naga yang begitu banyak, ada kalanya melebihi permintaan. Restoran bertemakan buah naga dibuka di ladang itu yang pertama seumpamanya di Malaysia. Ia menyajikan pelbagai jenis makanan seperti nasi dan mi, minuman sejuk serta pencuci mulut serta produk hiliran daripada buah berkenaan. Antara menu kegemaran nasi lemak buah naga dan roti buah naga, lebih dikenali sebagai Jumbo Dragon Bun. Jika di Cameron Highlands, kita ada nasi lemak strawberi, di sini, kita ada nasi lemak buah naga. 'Signature dish' kami adalah roti buah naga, berwarna merah jambu dan dimasak dengan kari ayam diletakkan di dalamnya. Biasanya para pengunjung melihat secara dekat pesawat terbang rendah sambil menikmati makanan berasaskan buah naga. Turut disediakan kelas menyediakan roti buah naga ini, selain minuman unik, 'Dragon Breath' mesti dicuba dimana hasil maklum balas diterima amat baik kerana tidak terfikir buah naga boleh menghasilkan pelbagai jenis makanan dan enak. roduk hiliran dihasilkan mendapat sambutan baik dan menggalakkan kerana keunikan ditampilkan, seperti enzim buah naga, pes masakan dan kerepek. Istimewanya kerepek dihasilkan 100 peratus daripada buah naga tanpa gula tambahan atau pengawet. Kerangupan dan kemanisan asli daripada buah naga. Dia pernah menerima pelbagai sijil pengiktirafan termasuk Johan Inovasi Pertanian Selangor 2022, pihaknya Eugene mahu mempelbagaikan produk dan perkhidmatan ditawarkan di ladang seperti menambah variasi buah naga, selain aktiviti santai lain di ladang ini bagi memberi lebih banyak pengalaman kepada pengunjung. Ia berotensi penanaman buah naga mampu melonjakkan ekonomi di Sepang dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk.
Berlaku insiden bagaimana 'Cubaan seludup masuk 6 tan buah dari negara jiran gagal' apabila rampasan buah-buahan yang dirampas dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan selanjutnya. Kisah dari Tawau, Sabah dimana ada cubaan menyeludup masuk lebih enam tan buah-buahan ke negara ini gagal selepas berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) dalam Ops Gelora Khas, di perairan laut Simpang Tiga, Pulau Sidam, Sabah. Dalam kejadian jam 6.15 petang itu dilaporkan sepasukan bot ronda PSC 14 mengesan pergerakan sebuah bot jongkong sarat dengan muatan dalam keadaan yang amat mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan. Bagi seorang pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superintendan nyatakan pemeriksaan ke atas jongkong terbabit menemukan beberapa kotak kayu yang ditutup menggunakan kanvas. Hasil pemeriksaan lanjut, mendapati kotak kayu berkenaan mengandungi pelbagai jenis buah-buahan disyaki dari negara jiran cuba dibawa masuk secara haram. Rampasan tersebut membabitkan 3,000 kilogram (kg) buah mangga, limau kasturi 400kg, avokado 2000kg dan buah naga 1,000kg dianggarkan bernilai RM30,600 dipercayai untuk pasaran di daerah ini. Siasatan ke atas juragan tempatan bersama pembantunya masing-masing berumur 20 dan 50 tahun itu juga gagal mengemukakan sebarang permit atau surat kebenaran daripada Jabatan Pertanian untuk membawa masuk buah-buahan berkenaan. Nilai keseluruhan rampasan termasuk jongkong dan enjin berjumlah RM102,600, manakala kes tersebut disiasat mengikut Enakmen Peraturan Kuarantin Tumbuhan (Import dan Eksport) 1981. Kedua-dua suspek ditahan manakala kesemua buah-buahan tersebut dirampas dan dibawa ke Pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut. Rampasan tersebut merupakan kejayaan kedua PPM Tawau selepas mematahkan cubaan penyeludupan buah-buahan dan ingatkan agar masyarakat pesisir pantai dialu-alukan untuk menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui terdapat aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segman iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini Wasallam!!!....
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.