SEMBANG FAKTA BUNGA KANTAN (PART 1)
POKOK BUNGA KANTAN (Phaeomeria speciosa) apa yang penulis blog faham adalah merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae yang natif di negara kita dan ditanam untuk nendapatkan Bunga Kantan. Tanaman ini banyak ditanam di Perak, Johor, Kelantan, Pahang dan Selangor dengan keluasan sekitar 250 hektar CHE (Anggaran penulis blog berdasarkan Buku Booklet Keluasan Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Penulis blog telah berpeluang melihat bagaimana tanaman kantan ini diusahakan dibanyak lokasi yang ditanam secara komersil. Pokok kantan lazimnya ditanam dikawasan keliling rumah atau dikawasan dikampong. Bunga kantan merupakan sejenis bunga yang banyak digunakan didalam masakan seperti Kuah Laksa Asam, Masak Asam, Asam Pedas, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Belum banyak varieti pokok kantan yang didaftarkan di Malaysia kerana hanya Varieti Kantan Tempatan sahaja yang ada ditanam. Tumbuhan ini merupakan sejenis tanaman dari keluarga Zingiberaceae sama seperti tanaman halia, lengkuas dan dari jenis pokok Herba. Bunga kantan kini merupakan ulam yang penting dalam masakan Tradisional Melayu semenjak dulu kala. Pokok kantan dipercayai berasal dari Malaysia terutama tumbuh meliar di kawasan tanah lembab. Terdapat beberapa usahawan di Batu Pahat, Johor dan di Raub Pahang yang menanam kantan secara komersial terutama untuk bekalan tempatan dan diekspot ke Singapura. Penulis juga pernah menemui temubual usahawan tersebut semasa tinjauan teknologi dan lawatan ke lokasi tersebut. Bunga Kantan mengandungi pelbagai unsur khasiat seperti zat Protein, Vitamins dan serat. Pokok kantan mempunyai akar serabut dimana daunnya lurus dan berupih. Bunga kantan biasanya berwarna merah jambu yang kemerahan dimana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada satu bunga. Setiap jambak mempunyai 240- 345 kuntum bunga tersusun melingkari jambak bunga. Buah kantan bersegi mempunyai 3-5 segi seperti berlian yang selalu mengandungi 150-180 biji benih. Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan penting bagi mengelakkan kawasan yang bertakung air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi penulis dapati kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom atau dari biji benih. Penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil menanam sedangkan dengan biji benih lama untuk berhasil (2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk proses pertumbuhan. Artikel pada malam khamis ini dari kedinginan di Cameroon Highland saya sembang dengan menulis dalam blog "Anim Agro Technology" saya beberapa fakta dan info kisah bunga kantan sebagai bahan rujukkan pembaca semua.
Pokok kantan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah dan pastikan menanan dengan mengelakkan kawasan yang ada risiko berlaku insiden bertakung air. Rizom yang telah dicantas batangnya boleh ditanam kedalam tanah jenis bergambut yang lembab. Tanah yang berpaya, berpasir, tanah liat tidak sesuai untuk penaman pokok kantan. Sebaik baiknya pokok ditanam berhampiran dengan tali air. Di Malaysia belum ada kultivar yang di kenalpasti tetapi kebanyakkannya Kultivar Tempatan. Penanaman pokok kantan menggunakan benih dari Rizom (cara lebih praktikal) atau biji benih (agak jarang di lakukan). Apa pun cara penggunaan rizom ini boleh diambil dari pokok yang telah matang yang telah mencapai ketinggian 15-20 kaki serta telah menghasilkan bunga. Pengambilan rizom dari pokok yang kurang matang tidak digalakkan kerana proses tumbesaran pokok tidak memberangsangkan. Rizom yang baru ditanam hendaklah disiram sehari sekali untuk memastikan keperluan pokok mencukupi untuk mengeluarkan anak pokok yang baru. Selalunya dimana cara penggunaan benih rizom lebih popular kerana mudah serta menjadi pilihan petani. Kaedah ini lebih cepat berhasil sedangkan biji benih lama untuk berhasil ( 2 tahun). Rizom kantan di cangkul dari perdu pokok induk. Pastikan ada 2-3 mata tunas dan akar serabut untuk pertumbuhan. Jarak penanaman disyorkan ialah 2 m x 1 m dalam setiap lubang penanaman. Letakkan rizom bersusun dan pada peringkat awal tutup dengan sungkupan dari rumput atau daun untuk melindungi tunas baru. Sistem tanaman disesuaikan dengan tanaman selingan atau tanaman tunggal. Bagi kaedah tanaman selingan dengan getah ditanam dalam jarak getah 6m x 3m (555 pokok/ha) dan jarak kantan ( 2m x 1 m sebanyak 333 pokok/ha). Jika selingan di kawasan dusun buah2an sebanyak 3,333 pokok/ha dan jika di tanam secara tunggal sebanyak 4,200 pokok/ ha. Pangkas daun kantan yang tua untuk elakkan penyakit dan glakkan pengeluaran bunga kantan. Daun yang dipangkas diletak selari dalam barisan tanaman untuk kawal rumpai dan sebagai sungkupan. Pembajaan bermula dengan CIRP (50 gm/pk) dan 125 gm/pk semasa menanam dan 4 bulan pertama dengan tahi ayam (1 kg/ pk). selepas 5 bulan guna NPK 15:15:17:2 (30 gm/ pk) dinaikkan kepada 70 gm, 100 gm pada bulan ke 7 dan ke 9. Pembajaan selepas 15 bulan sebanyak 0.5 kg/pk setahun di buat 2 kali.
Hasil tinjauan dari kebun komersil dimana selalunya selepas 2-3 minggu maka rizom yang di tanam akan mengeluarkan anak yang baru dan untuk tempoh dalam minggu keempat, penyiraman boleh dikurangkan kerana pokok lebih stabil bergantung pada cuaca. Pembajaan NPK yang tinggi kandungan Nitrogen boleh diberikan untuk menggalakkan tumbesaran pokok dan menjaga kandungan klorofil dalam daun untuk kehijauan pokok. Selalunya dilihat dimana ibu rizom (batang tua) boleh dipotong untuk mengurangkan kapasiti nutrien supaya anak pokok dapat nutrien penuh untuk mengeluarkan lebih anak. Dalam tempoh 4-6 bulan. Pokok kantan lazimnya akan mengeluarkan lebih banyak anak pokok. Apabila pokok sudah berusia 1 tahun maka tahap ketinggian pokok akan mencapai 8-10 kaki. Penggunaan baja NPK yang tinggi kandungan (P) untuk menggalakan tumbesaran pokok dan akar. Dalam tempoh 2 tahun, pokok kantan akan mencapai ketinggian 16-20 kaki. Waktu ini pokok kantan akan mula mengeluarkan bunganya. Baja NPK yang tinggi kandungan fosforus (K) untuk tujuan ia menggalakkan pengeluaran bunganya. Batang muda ini adalah rupa awal bunga kantan. Berbeza dengan anak pokok batang kantan yang lebih tajam dan gelap. Bunga kantan akan tumbuh di celahan batang pokok kantan. Satu batang pokok kantan matang boleh mengasilkan 1-2 batang bunga. Satu rumpun pokok kantan ada dalam 10-15 batang pokok. Apabila sudah hari ke 4-7 hari dimana bunga kantan sudah membesar dan mula mengeluarkan warnanya. Di saat ini bunga boleh di tuai sebelum bunga mulai mengembang. Bunga boleh dituai 4-5 hari sekali. Bunga yang sudah mengembang ini tidak sesuai untuk dijual. biarkan dia jadi hiasan atau dijadikan buah kantan. Car apenjagaan pokok kantan ini mudah. Pokok kantan ini sukar diserang oleh penyakit atau mahluk perosak kerana aromanya yang tidak disenangi oleh mahluk perosak. Hanya perlu berwaspada pada serang kulat dalam tanah dan belum ada musuh perosak dan penyakit yang serious untuk tanaman kantan di Malaysia. Terdapat serangan anai-anai dikawasan yang berpotensi dimana kayu reput ada di ladang. Jika keadaan serious dikawal menggunakan racun chlorpyrifos pada kadar 0.1% bahan aktif. Kawalan rumpai dengan cara manual atau kimia (glyphosate 0.6 ka/ha). Gunakan muncung nozel sesuai semasa menyembur racun rumpai. Pokok kantan dewasa tak perlukan racun kimia untuk kawalan rumpai. Pokok kantan mula berbunga selepas 9 bulan di tanam dan bunga kantan yang matang dipotong sepanjang 30 cm. Pastikan memetik bunga kantan setiap hari (paling ideal) untuk elakkan bunga matang dan elakkan kudup berkembang (Tidak ada kualiti). Potensi hasil bunga kantan sebanyak 14,700 kuntum sebulan/ha (dari 4,200 pokok/ha). Bunga yang dipetik di masukkan dalam bakul dan elakkan dari kena panas matahari. Kajian penulis di Batu Pahat mendapati kemampuan seorang pekerja mahir mampu memetik antara 650-850 kuntum sehari. Bersihkan bunga kantan dari sebarang kekotoran dan asingkan mengikut saiz dan gred. Pastikan bunga kantan di pasarkan segera untuk kekalkan kualiti dan harga.
Pokok bunga kantan mengeluarkan bunga sepanjang tahun, namun pada waktu tertentu pengeluaran bunga berkurangan dalam tempoh beberapa bulan. Ketika bunga kantan berkurangan, katanya dia beralih kepada aktiviti lain bagi menampung pendapatan keluarga. Untuk menambah pengeluaran bunga kantan, saya kini berusaha memulihkan pokok sedia ada. Dengan usia pokok lebih 20 tahun, aktiviti sampingan seperti membaja perlu dilakukan secara berjadual. Bagi tujuan untuk menambahkan lagi pendapatan penduduk kampung, dia sedia berkongsi pengalaman mengusahakan kebun tanaman bunga kantan dan mereka yang berminat boleh mencuba projek berkenaan kerana tidak memerlukan modal besar selain penjagaannya mudah. Kebun. tanaman pokok bunga kantan mampu memberi pendapatan lumayan sekiranya diusahakan secara besar-besaran. Harga produk berkenaan di pasaran mencecah RM4 sekuntum terutama pada musim perayaan. Dia sedia bertukar pengalaman dan membekalkan benih kepada mana-mana pihak yang berminat untuk tujuan mengusahakan tanaman berkenaan. Pokok bunga kantan yang ditanam berbeza terutama dari segi saiznya berbanding yang banyak terdapat di kampung. Mereka yang sudah berminat boleh datang melihat projek yang saya usahakan dan dari situ mungkin akan datang minat. Tanaman kantan sesuai dilakukan secara sambilan kerana tidak memerlukan modal besar, sebaliknya mampu memberi keuntungan besar. Penulis blog pernah membuat kajian mengenai nilai ekonomi dan ada mendapati penghasilan kantan untuk 5 tahun sebanyak 742,000 kuntum bunga dan jika purata harga sebanyak RM 0.10/bunga maka pendapatan kasar ladang sebanyak RM 74,200 atau RM 14,840 setahun. Kos pengeluaran sebanyak RM 39,083 (5 tahun) dan pendapatan bersih ladang sebanyak RM 35,117 (5 tahun). Tahun kedua operasi petani akan mendapat pulangan bersih sebanyak RM 4,903/tahun (RM 408/bulan) dan akan manjadi RM 2,926 sebulan pada tahun ke 5 operasi penanaman kantan. Kajian mendapati nilai NPV sebanyak RM 21,234 dimana kadar pulangan dalam (IRR) sebanyak 192.2% dan nisbah BC Ratio sebanyak 1.82. Penanaman kantan adalah mudah dan sesuai di majukan oleh petani yang telah buat kajian pasaran dahului sebelum menanam. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya dan semuaga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...BUNGA KANTAN... MUDAH TANAMNYA...
BUNGANYA CANTIK... MAHAL HARGA...
MENYEDAPKAN MAKANAN...ZAT ADA...
MEMBACA ARTIKEL... RASA BAHAGIA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 738, Strawberry Park Resort,
Cameroon Highland, Pahang,
Malaysia.
(13 Safar 1447H).Bersamaan 7 Ogos 2025.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.