Support My Blog

Sunday, August 31, 2025

IKAN TENGGIRI DAN FAKTANYA

IKAN TENGGIRI
adalah sejenis spesies ikan dalam genus Scomberomorus iaitu spesis ikan dari keluarga Scombridae (sama dengan ikan kembung) yang merupakan termasuk dalam kerabat ikan tuna, makerel dan juga ikan tongkol. Spesies tenggiri yang terkenal ada tiga (3) jenis dan ia dilaporkan termasuk Ikan Tenggiri Batang (Scomberomorus commerson) dan Ikan Tenggiri Papan (Scomberomorus guttatus) dan Ikan Tenggiri Bunga (Sila lihat foto diatas). Ikan ini adalah pemangsa pelagik yang kuat, diman spesis ikan ini dilaporkan ia penting dalam perikanan dan sangat disukai oleh ramai peminat ikan terutama di kawasan di Asia Tenggara serta banyak dijual dalam bentuk segar atau ia sudah pun ia di keringkan atau di proses dalam bentuk lain. Penulis blog sendiri sering membeli ikan tengiri segar dipasar walau pun kini harganya agak tinggi dimana ikan ini selalu di masak sebagai Asam Pedas Ikan Tenggiri yang enak idmakan dengan nasi putih. Mengenali akan ciri-ciri umum Ikan Tenggiri dimana ikan ini dilaporkan ia termasuk dalam suku kumpulan dengan habitat yang tersebar luas di kawasan perairan tropika dan subtropika bermula dari Lautan Hindi dan Pasifik Barat Daya hingga kepantai timur Afrika. Sifat khas ikan ini sebagai sejenis ikan yang menjadi pemangsa pelagik yang tangkas dan kuat dalam air sehingga menjadi sasaran yang menarik bagi nelayan untuk mengail atau memancing termasuk dalam aktiviti 'sportfishing'. Pengalaman penulis blog ketika pernah memancing di perairan Mersing dulu pernah beberapa kali bertarung dengan kehebatan menaikan ikan tenggiri yang memang amat menghiburkan. Sebenarnnya ikan ini sangat dihargai dalam perdagangan dan di makan dimana ia sering dimasak atau di proses menjadi berbagai produk seperti ikan kering, keropuk dan bebola ikan atau keropok ikan tenggiri. Resepi Asam Pedas Ikan Tengiri mudah disediakan dan enak di makan. Di kongsikan bahan membuatnya dengan sediakan bahan untuk makan seramai 
4 orang iaitu 5 ketul isi ikan tenggiri segar, serbuk kunyit, garam, 1 labu bawang besar, 6 biji cili padi, 1 biji cili merah, sedikit halia, 1/2 cwn air asam jawa, sedikit kicap, 1/2 cwn air serta sedikit garam. Cara untuk memasaknya dengan menggaulkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam dan kemudian di ketepikan atau ada yang suka menggorengnya dulu. Goreng ikan hingga kekuningan pada kedua2 bahagian dan diangkat untuk di ketepikan. Dalam kuali di tumis bawang besar, halia, cili merah dan cili padi dengan sedikit minyak gorengan ikan tadi hingga sedikit layu.Masukkan air secukupnya,sedikit kicap dan air asam jawa. Seterusnya dimasukkan sedikit garam dan dibiarkan ia mereneh sekejap. Kemudian barulah di masukkan ikan tenggiri dalam kuali dan dibiarkan mendidih dan matikan api. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan sedia di hidangkan. Artikel pada waktu tengahari Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan fakta dan kisah mengenai ikan tengiri untuk bahan bacaan dan rujukkan semua.


Menilai akan fakta khasiat ikan tenggiri ia dilaporkan memang kaya dengan khasiat termasuk Asid lemak omega-3, protein, vitamin D dan mineral penting yang mana ia bermanfaat untuk kesihatan jantung dan otak serta kekuatan tulang. Ia dilaporkan juga akan membantu melawan keradangan dan beberapa jenis kanser. Ikan tenggiri juga merupakan sumber tenaga yang baik dan membantu meningkatkan sistem imunti badan. Beberapa kajian menyatakan jika ikan tenggiri bermanfaat terutama dalam membantu untuk melindungi Jantung dan Otak sebab bahan kandungan omega-3 yang tinggi dalam ikan tenggiri membantu menjaga kesihatan jantung dan menyokong fungsi otak yang optimum. Memang kebanyakan jenis ikan ia adalah Sumber Protein Berkualiti Tinggi dimana kualiri protin ini adalah ia protein penting untuk pembinaan otot, pemulihan tisu, serta penghasilan enzim dan hormon dalam badan. Khasiat ikan ini dilaporkan ia mampu Menguatkan Tulang sebab ikan ini mengandungi vitamin D, Selenium (Se) dan mineral Kuprum (Cu) yang penting untuk penyerapan kalsium dan pemeliharaan tulang yang kuat. Zat-zat penting ini memang terdapat dalam ikan ini yang menjadikan tahap kesihatan pengguna akan terjamin. Ikan ini berkhasiat didalam Melawan Keradangan dan Kanser disebabkan adanya bahan Asid lemak omega-3 dan antioksidan dalam ikan tenggiri dipercayai dapat membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan mengurangkan keradangan. Lebih menarik jika faktanya dimana ikan ini akan Meningkatkan Sistem Imuniti pemakannya disebabkan ada bahan nutrien dalam ikan tenggiri dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, menjadikan badan lebih kuat melawan penyakit. Memang wajar jika dilaporkan ikan yang Mengandungi Vitamin dan Mineral ini memang ia kaya dengan vitamin A, C, dan B1, serta zat besi yang membantu meningkatkan kadar hemoglobin dalam darah dan sel darah merah. Kajian mendapati jika semua orang boleh memakan ikan ini. Ikan tenggiri boleh dijadikan pilihan menu sihat untuk semua peringkat umur termasuk golongan para wanita dalam tempoh berpantang. Seterusnya ia membantu Menurunkan Berat Badan disebabkan ikan ini adalah pilihan yang baik kerana ia rendah kalori tetapi padat nutrien. Dalam pada itu kalangan ibu mengandung sesuai makan ikan ini sebab ia menyediakan nutrien penting yang menyokong kesihatan ibu dan juga proses perkembangan janin bayi. Ada persoalan sama ada betulkah ikan tenggiri tidak boleh dimakan Selalu?. Ini kerana tidak kiralah betapa banyak kebaikannya dimana setiap ia adalah sumber makanan dimana sebaiknya mestilah dimakan pada kadar yang sederhana termasuklah. Meskipun padat dengan pelbagai khasiat, namun adalah tidak digalakkan sesiapa untuk makan ikan tenggiri terlalu kerap disebabkan oleh kandungan merkuri yang tinggi dalam ikan ini. Apa pun berdasarkan Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) ada dua spesis ikan tenggiri iaitu Spanish Mackerel dan King Mackerel tergolong sebagai hidupan laut yang tinggi kandungan merkuri dan perlu dielakkan oleh kanak-kanak, ibu hamil serta ibu yang sedang menyusukan anak. Bagi yang belum tahu bahan raksa (mercury) ini adalah ia berpunca daripada pencemaran alam. Dalam kuantiti yang tinggi, bahan kimia ini boleh menyebabkan keracunan pada sistem saraf manusia. Ikan yang lebih besar dan hidup lebih lama juga didapati mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi dimana bahan kimia ini juga tidak boleh diasingkan daripada ikan kerana ia sudah sebati di dalam daging mereka. Apa pun dinasihatkan untuk makan ikan tenggiri perlu hanya beberapa kali setiap bulan. Pastikan pilih ikan yang kecil saja kerana kandungan merkurinya adalah masih rendah dan pastikan agar jangan lupa untuk jauhinya daripada ibu hamil, menyusu badan dan kanak-kanak.


Dalam portal hmetro di laporkan 'Waspada ikan tenggiri lebih pencemaran merkuri berbanding ikan kembung' untuk di kongsikan faktanya. Media ini laporkan dimana tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' juadah laksa sehingga ada juga warganet mempertikaikan jenis ikan digunakan dalam masakan kegemaran rakyat Malaysia. Ada komen menyindir, ada parodi dan tidak kurang juga berkongsi video cara-cara menyediakan laksa. Kisah bagaimana ada kes 'perang laksa' turut mendapat perhatian Pakar Kesihatan Ibu Hamil dan Janin iaitu Dr Imelda Balchin apabila pegawai perubatan tersebut mengulas dari segi kesihatan mengenai khasiat ikan yang digunakan sebagai pelengkap kuah laksa. Medsos laporkan jika dibandingkan antara ikan kembung dan ikan tenggiri kedua-duanya tinggi khasiat Omega 3. Dilaporkan yang ikan kembung (juga di panggil Indian Mackerel) adalah mudah di dapatkan dan sama juga dengan Ikan Tenggiri(atau di gelar sebagai King Mackerel) dimana kedua-dua ialah ikan laut tinggi khasiat Omega 3 akan tetapi ikan laut yang besar-besar seperti ikan tenggiri ada lebih pencemaran merkuri. Pakar tersbut dakwa bagi ibu yang menyusukan bayi adalah dinasihatkan agar mengelakkan memakan ikan laut yang saiznya besar. Dilaporkan untuk pembentukan otak bayi lebih sihat dimana ibu hamil dan ibu menyusukan bayi dinasihatkan agar elakkan untuk memakan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi kandungan merkuri seperti Shark, Swordfish, King Mackerel, Marlin dan ikan bigeye tuna. Kalangan orang dewasa juga boleh mendapat merkuri toxicity jika makan terlalu banyak ikan yang tinggi kandungan merkuri. Kes seperti 'Mercuri toxicity' boleh menyebabkan kepada masalah saraf (neurological disorders) seperti kehilangan daya ingatan, kemurungan, anxiety dan terketar-ketar. Orang dewasa makan sikit-sikit tidak mengapa tetapi perlu waspada juga dan pilih ikan kembung dalam asam laksa ini dan bukan ikan tenggiri yang di buat laksa. Terdahulu dalam sosmed ada cerita 'perang mulut' yang bermula selepas seorang pengguna Facebook bertanyakan cara-cara untuk memasak laksa. Dalam kes tersebut ada seorang individu membalas komen bahawa laksa Johor diperbuat daripada ikan parang dan ditegaskan supaya jangan jatuhkan martabat orang Johor menggunakan ikan lain. Komen berlanjutan jika penggunaan ikan selayang dan kembung yang harganya murah selalunya digunakan dalam pembuatan laksa di negeri-negeri Utara dan Pantai Timur untuk dinikmati.


Menarik dalam media lain yang bertajuk 'Ikan Tenggiri mahal, tongkol murah' yang dilaporkan di Terengganu untuk di kongsikan kisahnya. Dilaporkan Rosli yang mana dia menunjukkan ikan tenggiri yang mendapat permintaan tinggi di Komplek LKIM Kuala Besut, Terengganu. Dilaporkan permintaan terhadap ikan tenggiri meningkat sekali ganda selalunya pada Ramadan sehingga ada peraih yang kebiasaannya menjual 30 kilogram (kg) ikan tenggiri kini perlu memenuhi permintaan sehingga 60 kg. Ada beberapa jenis ikan lain turut mendapat permintaan mendadak di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut terutama daripada orang ramai terutama peniaga makanan di bazar Ramadan. Bagi Rosli beberapa jenis ikan yang mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan ialah tenggiri, bawal dan kembung. Harga ikan tenggiri mencecah RM32 untuk sekilogram berbanding hari biasa sekitar RM25 dan berlaku kenaikan hingga RM7 kerana bekalan ikan tidak sentiasa ada tetapi permintaan terus meningkat. Ikan bawal pula akan mencecah RM18 sekilogram berbanding antara RM15 hingga RM16 bagi sekilogram iaitu harga sebelum ini. Ikan kembung pula dijual pada harga RM10 sekilogram dimana diantara jenis ikan kurang mendapat permintaan pada Ramadan ialah ikan aya atau tongkol dan terpaksa dijual dengan harga RM5 sekilogram dan kembung kecil pada harga RM8 sekilogram. Permintaan harga bekalan bahan mentah meningkat mungkin disebabkan faktor lebih ramai orang memilih untuk memasak atau menjalankan perniagaan berasaskan lauk-pauk pada bulan puasa. Bagi kes lain dimana ada seorang lagi peraih ikan Mohd Jefri yang mana pada kebiasaan pembeli yang mahu mendapatkan bekalan ikan segar tenggiri atau bawal datang awal pagi ke situ kerana bimbang bekalan ikan habis. Kompleks LKIM ini dibuka setiap hari seawal jam 4 pagi untuk pemborong dan 7 pagi untuk orang ramai mendapatkan ikan segar sehingga jam 12 tengah hari, bergantung pada bekalan ikan daripada nelayan. Kompleks LKIM itu terkenal dalam ramai kalangan penduduk yang mahu mendapatkan ikan segar kerana nelayan menggunakan bot kecil atau sederhana turun ke laut dan pulang membawa bekalan ikan segar setiap hari. Jika di sesetengah tempat lain yang menggunakan bot besar, nelayan akan bermalam di laut beberapa hari dan ikan disimpan dalam ais sebelum dibawa pulang ke darat.


Dalam portal bharian pula di laporkan bagaimana 'Tenggiri Batu Berhala' amat membahagiakan Ridzuan yang mendapatkannya dengan teknik casting ketika memancing di Laut Rompin, Pahang amat hebat kisahnya. Ahli Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) yang diketuai Presidennya iaitu Ridzuan Ghazali, berjaya dalam membuat tinjauan ke perairan Pulau Batu Berhala bagi menentukan sama ada sesuai untuk penganjuran Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2015. Ia sesuai dengan nama cabaran dan pastinya ikan berparuh seperti layaran dan mersuji menjadi kayu pengukur. Dilaporkan dimana Ridzuan disertai Tye Weng On, Sally Liew, Rozani Abdullah, Mohd Eezaq Ridzuan, Mohamad Nizam Temon dan Zulkifli Mat Jusoh, memulakan ekspedisi seawal jam 8.30 pagi hingga 6 petang dengan menaiki bot kendalian tekong Krill Nazeri, yang begitu arif dengan perairan Kuala Rompin serta lubuk ikan dengan dia menewaskan ikan tenggiri 4.7 kilogram (Sila lihat foto disebelah). Selain itu ada ikan layaran yang memang wujud di Pulau Batu Berhala akan tetapi saiznya agak kecil berbanding di perairan Karang DO, Karang Cha, Karang Merchong dan puluhan karang lain pada jarak 10 batu nautika hingga 35 batu nautika dari Kuala Rompin. Ada pelbagai kaedah pancingan seperti drifting, popping, casting, jigging dan bottom kami lakukan, namun tiada tanda layaran sudi menyambarnya. Layaran atau mersuji adalah ikan berhijrah dari Hemisfera Utara ke Selatan. Mereka singgah sebentar ke perairan Rompin untuk mencari makanan, sekitar Jun hingga Ogos setiap tahun. Dilaporkan yang kajian PeMM turut mendapati ada layaran sudah berkampung di perairan Rompin berikutan banyak makanan di sini. Ini berdasarkan tinjauan sebelum ini, apabila ada layaran bersaiz kecil (anak layaran) menyambar umpan yang kami hulurkan. Walaupun gagal menaikkan seekor pun layaran atau mersuji kali ini, masing-masing terhibur mendaratkan tenggiri selain beberapa kerapu, jenahak dan ikan karang yang lain. Dia yang menggunakan teknik casting, set kekili Shimano Stella 5000 bersama rod G-Loomis menggunakan gewang Jackson Pintail 40 gram, seekor tenggiri seberat 4.7 kilogram dapat saya tewaskan. Selang 30 minit kemudian, sekali lagi saya menerima sentapan tenggiri. Saiz tenggiri yang sama dapat didaratkan menggunakan teknik casting. Rakannya  Rozani yang menggunakan teknik jigging turut mendaratkan tenggiri seberat 4.6 kilogram. Sebanyak empat tenggiri dapat dinaikkan kali ini, yang saiznya sekitar 4.5 kilogram hingga 4.8 kilogram. Spesies lain yang berjaya didaratkan ialah kerapu, jenahak dan ikan kecik melalui teknik apolo. Seuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN TENGGIRI... POPULAR JENISNYA...
BERSAIZ BESAR...RISIKO MERKURINYA...
HARGA MAHAL... BANYAK RESEPINYA...
BACA ARTIKEL... HEBAT FAKTA YANG ADA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 Rabiuawal 1447H).

CEMPEDAK - ANYAMAN SARUNG UNIK

Selamat Hari Kebangsaan 2025 yang ke 68... 
Merdeka!!!....

SARUNG BUAH CEMPEDAK merupakan satu kaedah untuk membalut buah cempedak dengan ianya dianyam daripada daun bertam atau sebagainya. Buah cempedak yang di balut dengan sarung yang dianyam ini akan menjadi cantik warna kulitnya berbelang-belang sehingga menarik minat untuk orang membeli buah cempedak. Tanaman Cempedak pada penulis blog (Artocarpus chempeden syn Artocarpus integer) merupakan sejenis buah tropika bermusim yang popular di tanam di Negara-negara Asia Tenggara seperti di Malaysia. Cempedak merupakan buah dari kelurga Keluarga Moraceae memang natif di Asia Tenggara terutamanya dari Malaysia kerana nama botaninya membawa kepada 'cempeden' atau dekat dengan 'cempedak'. Cempedak selalunya ia ditanam secara monokrop atau secara dusun campuran dengan jenis tanaman lain sebagai dusun bercampur. Terdapat seluas 5,765 hektar tanaman cempedak dengan hasil sebanyak 20,304 metrik tan di Malaysia dimana ia berkurang sebanyak lebih 5,500 hektar berbanding dengan keluasan tahun 2012) begitu juga hasilnya. Kawasan utama tanaman cempedak di Malaysia adalah berada di 
Sarawak (seluas 2,590 ha dengan hasil sebanyak 6,634 mt) diikuti dengan Kedah (seluas 769 ha dengan hasi 3.457 mt) dan juga Johor (seluas 436 ha dengan hasil pengeluaran sebanyak 2,597 mt) berdasarkan laporan oleh Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia (2023). Berdasarkan kajian peribadi penulis blog dimana kebanyakan varieti cempedak yang ditanam adalah jenis tempatan seperti Varieti Paya Jaras (CH26) yang mana anak benihnya dibeli daripada pihak nurseri swasta, bantuan dari Jabatan Pertanian atau rakan sekampong yang menanam cempedak. Walau pun Terengganu tidak tersenarai sebagai negeri yang luas menanam cempedak akan tetapi kalau melalui kawasan Sg. Tong akan jumpa banyak gerai menjual cempedak apabila tiba musimnya. Selain di makan segar selalunya makanan 'Cempedak Goreng' adalah kuliner yang sangat popular di seluruh negara dimana prlanggan akan berbaris untuk membelinya sama ada di pasar malam, pasar tani dan pesta keramaian. Cempedak juga boleh diambil sebagai jus cempedak, buah dalam tin, pes cempedak dan sebagainya (yang kebanyakannya diimport dari luar negara). Lazimnya buah cempedak yang bermusim dan akan menghasilkan buah dari bulan Jun - Ogos setiap tahun bergantung kepada lokaliti. Artikel pada subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sarung buah cempedak yang dianyam dan juga info khasiat buah cempedak untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan semua.


Membuat sarung buah cempedak yang dianyam perlukan kemahiran, kemahhhuan dan bahan yang sesuai. Dalam portal  sinarharian.com dilaporkan dimana 'Sarung buah cempedak terima permintaan tinggi' apabila dilaporkan Abd Ghani meraih kira-kira RM2,000 hasil jualan anyaman sarung cempedak yang setiap satunya dijual pada harga 30 sen (Sila lihat foto disebelah). Kisah dari Setiu, Terengganu dimana ada seorang peniaga kedai runcit di sini meneruskan tradisi menjual sarung buah cempedak yang dianyam menggunakan daun bertam bagi meraih pendapatan sampingan. Bagi Abd Ghani Adam (57) nyatakan setakat ini dia mampu meraih kira-kira RM2,000 hasil jualan anyaman itu sejak ia mula dijual bila musim tiba. Sarung cempedak mendapat permintaan tinggi sepanjang musim buah kerana ia dapat melindungi buah tersebut daripada menjadi sasaran haiwan perosak. Pada zaman dulu sarung cempedak menjadi sumber pendapatan orang tua-tua akan tetapi sekarang sudah tidak ramai lagi golongan muda berminat mewarisi kaedah pembuatannya. Apa pun penulis blog faham jika kalangan orang muda sekarang lebih gemar menggunakan sarung diperbuat daripada plastik atau kertas. Sebenarnya dengan cara penggunaan sarung cempedak daripada daun bertam ada keistimewaan tersendiri sebab ia boleh bertahan sehingga dua musim buah-buahan di kampungnya di Sungai Lerek. Ap apun selalunya alatan tradisional itu kini sudah jarang dijumpai kerana proses pembuatannya agak rumit. Jika hendak membuat sarung cempedak ini memang ia agak susah sebab dia sendiri perlu masuk ke hutan berdekatan Lata Payung di sini untuk mendapatkan bekalan daun bertamProses mengumpul daun ini perlu dibuat dengan cermat kerana ia banyak duri. Setiap satu unit buatan sarung cempedak perlu menggunakan daun bertam yang dianyam menggunakan dua pelepah dimana dia sudah berkecimpung lebih 40 tahun dalam pembuatan alatan sarung cempedak itu. Dia selalu mampu menghasilkan kira-kira 100 hingga 200 anyaman sarung cempedak dalam masa sehari di mana setiap satunya dijual pada harga 30 sen. Dia akan menjual sarung cempedak didepan kedai runcit dan biasanya para pelanggan yang mempunyai kebun akan beli sekitar 50 hingga 100 sarung untuk digunakan. Bagaimana pun pernah anaknya memuat naik gambar alatan ini di media sosial dan kemudian dia ada menerima banyak tempahan daripada pelanggan dari Perlis, Pahang dan sekitar Terengganu.


Merujuk pengalaman penulis blog yang berjaya mencipta Alat Pembalut Putik Cempedak atau ringkasnya APC-2 telah dilaporkan oleh Kumpulan Inovasi Pejabat Pertanian Daerah Mersing yang di ketuai oleh Hj Mohd. Anim bin Hosnan, Alat ini telah mendapat pengiktirafan dari panel Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam Malaysia (AIPA) pada tahun 2000. Ahli Kumpulan ini terdiri daripada Hj Mohd Anim (Ketua), Zahit Hasan, Zani Husin, Aziz, Saiful, Samat , Zul dan juga Yusof. Sila baca dengan pautan (Sila klik disini). Alat ini merupakan sejenis alat yang memudahkan kerja-kerja membalut putik cempedak yang tinggi dengan mudah dan cekap. Publisiti alat ini telah di masukkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 14 Mac 2000 muka hadapan. Alat pembalut putik cempedak yang dikenali APC-2 ciptaan Jabatan Pertanian Johor yang terpilih telah memenangi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Pertanian Malaysia Ogos tahun lalu kini semakin mendapat perhatian ramai. Alat tersebut adalah hasil usaha dan kajian selama kira-kira dua tahun oleh Kelab Jabatan Pertanian Daerah Mersing yang diketuai oleh Pegawai Pertaniannya, Mohd. Anim Hosnan. Mohd. Anim berkata, pihaknya berminat untuk mereka cipta alat tersebut berikutan pengeluaran hasil cempedak milik para petani rendah akibat serangan serangga perosak. Dilaporkan dimana berdasarkan tinjauan yang dibuat kebanyakan para pemilik pokok cempedak tidak dapat membungkus putik cempedak pada had ketinggian melebihi enam kaki, menyebabkan putik-putik yang berada di ketinggian 1.8 meter ke atas tidak dapat dibungkus seperti katanya kepada Utusan di siarkan pada muka hadapan pada 13 Mac 2000. Apa pun berikutan itu kata Mohd. Anim, pihaknya telah berusaha mencipta alat tersebut yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian penyampul, bahagian galah dan bahagian pembalut. Menurutnya, bahagian penyampul yang beratnya kira-kira 400 gram, galah sepanjang 4.5 meter yang diperbuat daripada bahan aluminium seberat 500 gram dan penarik tali sepanjang lima meter. Kata Mohd. Anim, pada bahagian pembalut pula ialah plastik berukuran 30 sentimeter x 40 sentimeter dan pengikat yang terdiri daripada gelang getah. Kini selepas inovasi dilakukan kami dapati APC-2 dapat memudahkan kerja di ladang untuk membalut putik cempedak dan buah-buah lain seperti nangka, mangga, limau bali, belimbing, sukun dan sebagainya,'' katanya. Selain itu katanya alat itu juga dapat mengurangkan kos operasi membalut putik cempedak daripada RM1,340 sehektar kepada RM577 sehektar. Beliau berkata, APC-2 juga berjaya mengurangkan kadar serangan serangga yang selalunya akan mengakibatkan kerosakan buah kepada sembilan peratus sahaja serta mengurangkan kerja meracun putik cempedak yang mana tidak perlu diracun sama sekali. Menjawab satu pertanyaan Mohd. Anim berkata, potensi alat berkenaan amat cerah sekali kerana kini terdapat ramai pekebun yang mengusahakan dusun cempedak atau nangka. Mereka juga pernah menerima banyak permintaan untuk memiliki alat tersebut yang dijual pada harga iaitu RM80 seunit bagi set lengkap dan RM40 seunit bagi set hopper. Alat tersebut kini mendapat sambutan hangat di seluruh negara khasnya di kalangan para pekebun yang memiliki dusun cempedak, nangka dan juga mangga,'' ujarnya. Beliau berkata, antara negeri-negeri yang banyak menempah alat tersebut ialah Pahang, Melaka, Kedah, Sabah, Terengganu, Johor dan Sarawak.


Apakah dia kehebatan dan manafaat buah cempedak untuk kesihatan?. Pada penulis blog dimana bila be
rcakap tentang buah tempatan eksotik ini, cempedak adalah antara buah kegemaran masyarakat Asia Tenggara, khususnya Malaysia. Dengan rasa yang manis dan berlemak, ia menjadi pilihan santapan tak kira waktu atau musim. Apatah lagi jika digoreng dengan tepung beras, tentunya sangat mengiurkan. Cempedak yang disukai ramai kaya dengan khasiat. Pertama ia didakwa 'Baik Untuk Mata' sebab buah ini kaya dengan vitamin A. Jika kita selalu mendengar vitamin A terkandung banyak dalam lobak merah, cempedak juga mengandungi vitamin ini. Ia penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan kornea. Kehebatan kedua diman buah cempedak mampu untuk 'Membantu pergerakan usus' sebab kandungan serat dalam buah ini dapat membantu meningkatkan kesihatan serta pergerakan usus. Biji cempedak juga mengandungi serat. Ia boleh diproses menjadi tepung sebagai alternatif kepada tepung roti. Ada juga yang memakan bijinya yang telah direbus. Kehebatan ke tiga dimana buah cempedak akan menjaga 'Kesihatan Jantung' sebab ada bahan antioksidan, serat dan vitamin C yang merupakan sebahagian daripada kandungan cempedak membantu dalam mengekalkan kesihatan jantung. Potasium yang tinggi pula mampu merendahkan tekanan darah. Vitamin C juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Semua ini membantu meningkatkan kesihatan jantung. Paling jarang di ketahui mungkin bagaimana buah cempedak mampu untuk 'Merawat Malaria' apabila ada beberapa kandungan pada buah dan kulit cempedak seperti Artioindonesianidin dan heteriflavon C didakwa membantu mencegah serta merawat sejenis demam berdarah bawaan nyamuk iaitu malaria. Apa pun kehebatan lain yang ke lima dimana sesiapa makan buah cempedak membantu 'Mengawal berat badan' apabila kajian menunjukkan buah cempedak memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang lama disebabkan kandungan serat yang tinggi. Ini akan membantu mengurangkan rasa ingin makan seterusnya mengurangkan jumlah kalori yang diambil. Walau bagaimanapun, jika anda mengambilnya dengan banyak setiap hari, jangan terkejut pula kalau berat badan anda meningkat. Ia membantu memberikan rasa kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan lain, bukannya menurunkan berat badan. Semuga artikel ini meberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolgy kali ini.  Wasallam!!!...
SARUNG CEMPEDAK...UNIK ANYAMANNYA...
SUKAR DIBUAT...GENERASI MUDA UTAMA...
APC-2 DI CIPTA... PENGALAMAN BERHARGA...
KHASIANT CEMPEDAK...MEMANG HEBAT JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Jamadilawal 1446H).

Saturday, August 30, 2025

INOKULTIF BENIH CENDAWAN

INDUSTRI CENDAWAN
di Malaysia dilapor terus berkembang dimana sebelum ini cendawan pernah digambarkan seperti payung kecil kerana bentuknya yang bercuping dan dilihat ia mempunyai batang pendek. Banyak bentuk cendawan yang ada tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis kulat atau fungus yang boleh dijadikan makanan ataupun herba. Namun bagi penulis blog dimana memang tidak semua spesis cendawan (terutama jenis cendawan liar) ia boleh dimakan kerana ada terdapat juga spesies cendawan yang mengandungi racun. Daripada sejumlah 2,000 spesies cendawan yang tumbuh di seluruh dunia apa yang penulis blog banyak tahu dimana hanya 25 spesies cendawan sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia apa yang di ketahui dimana hanya ada terdapat 7 spesies cendawan yang ditanam untuk dijadikan makanan seharian ataupun sebagai herba dan ubatan seperti cendawan Tiram Kelabu, Jarum Mas, Shiitake, Kukur dan Ling Zhi. Cendawan telah mendapat pengiktirafan sebagai sejenis herba. Beberapa kajian mendapati khasiat memakan makanan cendawan boleh mengurangkan kandungan gula serta ia akan menambah insulin di dalam darah. Selain itu produk cendawan juga bertindak sebagai agen pertahanan tubuh badan kerana didakwa ia juga mampu membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit. Di Malaysia tidak hairanlah permintaan terhadap cendawan semakin meningkat di pasaran dimana penulis blog pernah mengetuai industri pembangunan cendawan di Malaysia ketika bertugas di Jabatan Pertanian dulu. Industri cendawan dilihat ia sangat berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu aktiviti pertanian yang menguntungkan. Istilah '
Edible Mushroom' atau pun cendawan komersil ini merupakan salah satu makanan yang menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Jenis cendawan yang boleh dimakan bukan sahaja boleh dimasak atau boleh diproses untuk dijadikan makanan harian yang menyelerakan. Cendawan turut digunakan untuk pelbagai sejenis makanan yang manfaat seperti herba dan ubat-ubatan moden. Kajian oleh beberapa pusat penyelidikan dalam dan luar negara juga mendapati dimana cendawan mempunyai nilai perubatannya yang tersendiri. Khasiat cendawan adalah berbeza-beza iaitu ia mengikut spesiesnya masing-masing. Berikut adalah antara spesies cendawan yang boleh dimakan dan khasiatnya.  Bagi penulis blog yang sudah menulis hampir 100 artikel mengenai cendawan mendapati kalangan masyarakat ada yang keliru dalam membezakan di antara spesies cendawan yang mana ia beracun dengan cendawan yang selamat dimakan. Bagi mengelakkan keracunan akibat pemilihan cendawan yang salah dimana penggemar cendawan perlu mengetahui dan mempelajari perbezaan keduadua jenis-cendawan ini. Terdapat 2 jenis racun yang terkandung di dalam beberapa cendawan iaitu ‘Amatoxins’ dan ‘Neurotoxin’. Jenis bahan Amatoxins adalah sejenis zat berbahaya yang boleh dijumpai di dalam kulat atau fungus dan terbentuk daripada 8 asid amino (cyopeptida). Jenis bahan Amatoxins pula sebenarnya tidak boleh dimusnahkan dengan air panas. Walaupun telah dimasak dengan suhu yang tinggi tetapi racunnya masih lagi ia berfungsi dan aktif. Racun ini akan mengambil masa selama 24 jam untuk bercampur di dalam darah. Ia lazimnya akan memberi kerosakan terhadap hati dan organ dalaman yang lain. Antara simptom-simptom jika terkena racun ini adalah muntah-muntah, cirit birit, sakit perut, disusuli dengan tekanan darah yang rendah serta dehidrasi. Rawatan yang terbaik adalah membuat dialisis darah secara menyeluruh atau membuat pemindahan hati. Antara spesis cendawan yang mengandungi racun Amatoxins adalah Amanita bisporigera, Amanita phalloides, Amanita verna, Amanita virosa, Conocybe filaris, Conocybe rugosa, Galerina autumnalis, Galerina fasciculate, Galerina marginata, Galerina sulciceps, Galerina venenata, Hypholoma fasciculare, Lepiota brunneoin carnata, Lepiota castanea, Lepiota citrophylla, Lepiota helveola, Lepiota josserandii dan jenis Lepiota subincarnata. Jenis neurotoxin pula adalah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini boleh melumpuhkan sistem pernafasan dan merosak otak sehingga menyebabkan kematian. Jenis racun ini tidak menimbulkan rasa sakit sehingga menyebabkan mangsa tidak mengetahui bahawa mereka telah keracunan. Antara spesis cendawan yang di kaji ia mengandungi racun jenis  ‘Neurotoxin’ ialah Boletus pulcherrimus, Clitocybe aurantiacum, Clitocybe candicans dan Clitocybe dealbata. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya merujuk dengan menulis mengenai hasil kajian oleh MARDI (Bil 18/2020) mengenai benih cendawan pelet kayu satu kaedah alternatif penginokulaisan cendawan yang mungkin ramai tidak tahu maklumat ini dan saya tulis semula bertujuan untuk di jadikan bahan rujukkan semua.


Dalam p
engenalan dinyatakan jika masih ramai yang tidak mengetahui bagaimana penanaman cendawan dilakukan. Ramai yang mengetahui cendawan mudah dicari dan dikutip kerana tumbuh meliar iaitu dicari di kawasan ladang kelapa sawit, ladang getah ataupun di dalam hutan. Adakalanya cendawan dijual di tepi jalan serta pasar tani. Bagi penulis blog jenis cendawan kukur, cendawan susu harimau, cendawan busut dan cendawan volvariella adalah antara cendawan yang boleh ditemui. Bukan semua cendawan boleh diperolehi sepanjang masa kerana pertumbuhan cendawan bergantung kepada faktor seperti persekitaran dan cuaca. Teknologi penanaman cendawan kini semki=kin maju dimana ada jenis yang boleh ditanam dengan cara menggunakan bahan buangan pertanian seperti habuk kayu getah, jerami padi dan hampas tandan kelapa sawit sebagai medium pertumbuhan. Secara tidak langsung dimana cendawan boleh diperolehi dengan mudah dan banyak tanpa menunggu peredaran musim (tanaman tanpa musim). Benih cendawan cendawan yang terdapat di pasaran dihasilkan menggunakan bijirin seperti bijirin gandum yang bertindak sebagai medium pembawa yang mempunyai nilai nutrisi untuk pertumbuhan miselium cendawan. Semasa bertugas dulu di Jabatan Pertaian memang saya terlibat terus dan ada banyak projek membangunkan industri tanaman cendawan termasuk projek menyediakan kemudahan membuat benih cendawan di seluruh negara. Ada pelbagai jenis bijirin seperti sekoi, kaskas, sorgum, biji jagung dan padi sering digunakan sebagai jenis medium pembawa untuk penghasilan benih cendawan. Jerami padi dan hampas kapas tidak terkecuali dalam penghasilan benih cendawan. Namun begitu Jabatan Pertanian ajarkan akan teknologi penggunaan bijirin gandum adalah disyorkan disebabkan mudah diperoleh dan harganya yang lebih murah berbanding dengan bahan lain. Benih cendawan berbentuk bijirin ini akan ia diinokulasikan ke dalam beg medium untuk pertumbuhan cendawan. Penginokulatan benih cendawan ke dalam beg medium memerlukan pengamatan dan kemahiran supaya tidak berlaku pencemaran dan pembaziran. Justeru itu dalam perkhidmatan nasehat kepada pengusaha cendawan dimana satu kaedah penginokulasi yang mudah digunakan dengan menggantikan benih cendawan bijirin kepada benih cendawan dalam bentuk pelet (wood dowel) telah dihasilkan ada di lakukan kajian oleh pihak MARDI untuk di kongsikan.


Teknologi penggunaan '
Pelet kayu atau wood dowel' ini adalah salah satu kaedah dimana bentuk dan saiz pelet kayu boleh digunakan dalam penghasilan benih cendawan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun jenis pelet kayu yang digunakan mesti bebas kimia. Penggunaan pelet kayu dilihat sebagai satu alternatif penginokulasi benih cendawan yang mudah dan efisien. Bagi penulis blog ucapkan terimakasih kepada team di ketuai Khairul mengkaji teknologi ini dimana di dakwa jarang sekali pelet kayu yang digunakan sebagai bahan pembawa untuk penghasilan benih cendawan oleh pengusaha cendawan domestik ini di Malaysia. Ini bagi penulis blog mungkin ia disebabkan ketiadaan permintaan dan penghasilan benih cendawan menggunakan pelet kayu pernah di perkenalkan kepada agen pengembangan di Jabatan Pertanian masa itu belum di kaji (2020 - saya sudah bersara). Penghasilan benih cendawan menggunakan pelet kayu ini dilaporkan ia menjadi sebagai teknologi praktikan kepada industri cendawan di Malaysia. Di syorkan agar pelet kayu berkualiti ini perlu direndam dengan menggunakan air suling selama 2 - 3 jam untuk memastikan air meresap masuk ke dalam pelet kayu sehingga kayu lembab. Apa pun yang penting dimana jangkamasa rendaman bergantung kepada kebolehresapan jenis pelet kayu digunakan terhadap air. Apa pun diingatkan dimana jika ada berlaku lebihan air maka ia mesti perlu dibuang sehingga didapati tiada titisan air keluar daripada pelet kayu (diperiksa ia seakan hanya separa basah). Pelet kayu yang separa basah perlu menjalani proses iaitu ia diautoklafkan pada suhu 120 °C selama 20 minit bertujuan untuk membunuh segala patogen atau mikrob didalam medium tersebut. Seterusnya di lakukan langkah diana beberapa agar miselium cendawan induk dari spesis terpilih bersaiz satu sentimeter persegi (1 cm3) bagi setiap satu diinokulat secara aseptik dan dieram selama 7 - 14 hari pada suhu terkawal iaitu sekitar 28 - 30 °C. Segala kerja-kerja ini mesti di lakukan dengan ada ilmu pengetahuan mencukupi dan peralatan asas yang sesuai dan paling penting adalah sanitasi makmal yang optima. Jika berlaku sebarang ancaman seperti pencemaran di sepanjang proses inokulasi ini maka risiko untuk benih cendawan rosak akan berlaku. Pilih jenis cendawan yang hendak di tanam bercirikan mudah di jaga, mempunyai nilai pasaran yang baik dan kurang risiko kena serangan sebarang perosak dan penyakit.


Setelah pelet kayu ini di inokulasikan dengan 1 cm3 miselium cendawan terpilih dan kemudian ia di eramkan pada suhu sesuai makan kemudian p
elet kayu akan ia dilihat dipenuhi dengan miselium cendawan (Sila lihat foto disebelah). Apa pun ketika ini ia berada didalam keadaan kepadatan tinggi boleh diinokulasi sama ada ke dalam bongkah cendawan lain (dimasukkan kedalam beg medium cendawan) atau kedalam batang kayu untuk tujuan ia melakukan proses pertumbuhan cendawan. Ia adalah sebagai 'stok induk' bagi menghasilkan miselium (benih cendawan) yang terjamin berkualiti untuk di kembangan seterusnya menjadi sumber pengeluaran benih cendawan bagi di gunakan sendiri atau di jual di pasaran. Apa pun bagi penulis blog dimana di antara jenis-jenis cendawan yang sering ditanam menggunakan teknologu gunakan batang kayu ialah seperti jenis cendawan shitake, cendawan lingzhi, cendawan kukur (sisir) serta cendawan tiram kelabu. Kaedah inokulasi atau teknologi dengan menggunakan pelet kayu ini bagi penulis blog dilihat ia akan mengurangkan lagi kuantiti penggunaan beg benih bagi setiap bongkah cendawan terpilih yang hendak di tanam. Bagi penulis blog melihat yang teknolgi inovasi MARDI ini akan dapat mengurangkan kadar risiko iaitu ancaman pencemaran yang akan merencatkan perkembangan miselium dan seterusnya pertumbuhan cendawan yang hendak di hasilkan. Di lihat dimana jangkamasa inokulasi bagi sediakan benih cendawan didapati menjadi lebih singkat dan teratur dimana jika gunakan pelet kayu cuma perlukan masa selama 160 - 180 minit sahaja sementara jika menggunakan bahan bijirin akan mengambil mana selama 260 - 265 minit (hampir sekali ganda lamanya untuk 500 unit beg). Dalam temuan lain di laporkan dimana jumlah kos benih untuk setiap suntikan adalah lebih rendah berbanding dengan penggunaan benih bijirin. Kos bagi teknologi guna pelet kayu adalah sebanyak RM3.50 setiap satu beg benih sementara kos gunakan bijirin adalah sebanyak RM10 satu beg benih. Dalam pada itu kajian mendapati di mana harga benih bagi setiap beg cendawan guna pelet kayu adalah RM0.05 (ada 350 g benih dihasilkan) sementara menggunakan bijirin adalah RM0.01 (ada 1,000 benih di hasilkan). Secara amnya dilihat yang cara menghasilan cendawan menggunakan benih cendawan pelet kayu menyamai dengan kaedah konvensional bijirin. Justeru itu bagi penulis blog pemain industri cendawan di Malaysia sesai penggunaan pelet kayu untuk penghasilan benih cendawan dilihat sebagai satu alternatif penginokulasian yang mudah dan ringkas. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
INDUATRI CENDAWAN...BAIK POTENSINYA...
INOKULAT BENIH... PELET KAYU DI GUNA....
TEKNOLOGI MARDI... SAYA BARU JUMPA...
DI TULIS SEMULA... UNTUK PEMBACA SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulawal 1447H).

Friday, August 29, 2025

NYAMOK - KENAPA GIGIT MANUSIA?

SERANGGA NYAMOK (Mosquito)
merupakan sejenis serangga yang penghisap darah untuk tujuan pembiakan. Bagaimana pun nyamok ini juga membawa bersama beberapa jenis virus yang merbahaya dan mengamcam manusia sehingga ada yang boleh membawa maut. Sebut sahaja Demam Denggi Berdarah, Penyakit Zika, Malaria dan beberapa lagi yang dibawa oleh nyamok amat menakutkan. Nyamik yang semulajadi hidup dikawasan panas lembab tropika cepat membiak didalam air dengan kadar pembiakan yang cepat. Pada masa ini nyakok aedes merupakan ancaman nombor satu di Malaysia kerana ia mampu menjejaskan kesihatan terutama dikawasan bandar yang tidak dijaga kebersihan dengan baik. Pelbagai aktiviti kempen menghapuskan nyamoh dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang tahun dan operasi menyembur asap serta racun serangga dilakukan sepanjang masa. Saya yang tinggal lama di Putrajaya akan mendengar aktiviti fogging dan semburan bahan kimia subuh hari sepanjang masa. Ini kerana Putraja adalah antara lokasi dimana kehadiran nyamoj aedes sentiasa tinggi. Memang orang ramai pun tahu jika ada kes demam denggi maka Kemterian Kesihatan akan segera membuat fogging dan kaedah kawalan nyamok yang lain. Penggunaan aerosol spray yang dijual secara komersil tidak mampu membunuh nyamuk yang ada didalam rumah anda. Kawalan tempat pembiakan nyamuk ii perlu dibuat secara kolektif dalam masyarakat kerana kecuaian seorang dua yang tidak mahu melalukannya akan memberi ruang kepada nyamok yang merbahaya untuk terus membiak. Dalam kawasan iaitu perumahan sering dilaporkan berlaku pembiakan nyamok dalam lubang tandas yang tidak digunakan, sinki dan sebagainya tanpa diketahui oleh jiran-jirannya. Bagaimana pun kali ini saya merujuk kepada beberapa penulisan mengenai beberapa jenis tumbuhan yang boleh ditana disekeliling rumah dan komuniti yang didakwa mampu untuk menghalau nyamok. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis fakta penting mengenai nyamok dan tumbuhan dipercayai mampu menghalau nyamok untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Di negara tropikal seperti Malaysia dimana serangga nyamuk sangat kerap ditemui dimana sahaja sama ada di dalam hutan, belukar malahan didalam rumah. Habitat sesuai dimana dengan kekerapan hujan yang tinggi dan ada suhu panas kemudian ia memberikan keadaan yang kondusif bagi nyamuk untuk berkembang-biak. Bagaimana pun kalngan mereka yang tinggal di rumah pangsa yang tinggi atau di kondominium tinggi atau dalam supermarket berhawa dingin agak jarang jumpa nyamok. Mungkin ada kalangan pembaca blog ini sudah lama berkenalan dengan nyamuk akan tetapi ada juga kemungkinan tidak tahu ada beberapa fakta yang tentang nyamok yang tidak pernah ketahui. Asasnya pada penulis blog dimana ada 5 fakta yang pentingdan mungkin agak mengejutkan tentang nyamuk. Pertama dimana saintis buktikan yang hanya nyamuk betina menggigit manusia dimana ada terdapat lebih 3,500 spesis nyamuk di seluruh dunia. Namun tidak semua nyamuk mempunyai selera terhadap darah akan tetapi lazimnya kedua-dua nyamuk betina dan jantan menghisap bunga dan hanya nyamuk betina sahaja akan menghisap darah manusia atau haiwan lain untuk menghasikan telur dan seterusnya proses pembiakan berlaku. Sebenarnya fakta kedua yang perlu diketahui adalah nyamuk lebih suka warna gelap dan tidak suka tempat terang. Kalau ada yang kata hitam mungkin menawan akan tetapi untuk dapat elakkan gangguan nyamuk selalu gunakan warna yang lebih terang. Fakta ketiga adalah dimana selalunya nyamuk lebih suka menghisap darah seorang lebih dari seorang yang lain kerana nyamuk suka menggigit individu yang dia suka. Ada kala nyamok tidak ganggu atau tidak gigit ahli keluarga lain dirumah mungkin ada faktor penarik pada diri individu tertentu. Bahan-bahan kimia atau aroma khas seperti karbon monoksida yang dikeluarkan melalui pernafasan atau asid laktik di dalam peluh individuu tertentu ia boleh menarik minat nyamuk mengigitnya. Apa pun fakta keempat dimana lazimnya serangga nyamuk paling aktif ketika bulan penuh. Kajian saintis mendapati dimana nyamok akan menjadi lebih aktif ketika bulan penoh (full moon) dimana ia mampu aktif sehingga 500% dimalam hari. Fakta kelima dimana agak unik apabila nyamok masih mampu membiak dengan baik dalam satu sudu air kerana ia sudah cukup untuk jejentik hidup. Elakkan ada air bertakung didalam rumah atau persekitaran kerana ia akan menjadikan nyamok bertelur dan membiak dengan cepat apa lagi air yang tiada arus dan jernih. 
Cuaca tropika di Malaysia memang sinonim dengan nyamuk dimana pada musim panas populasi jumlah kehadiran nyamuk di kawasan kediaman semakin banyak lebih-lebih lagi jika ada kolam hiasan. Ini kerana nyamuk habitatnya ia suka membiak di kawasan ada takungan air, semak-samun dan sampah sarap. Apa pun selain mengutamakan kebersihan persekitaran dimana salah satu cara yang mesra alam serta untuk menghalau nyamuk di kediaman adalah dengan cara menanam pokok halau nyamuk yang biasanya mengeluarkan aroma yang dibenci oleh serangga tersebut.


Mungkin masih ada kalangan pembaca blog dan orang awam yang berfikir dimana nyamok menghisap darah untuk dijadikan sumber makanannya. Sebenarnya fakta sebenar adalah dimana nyamok mengigit bukan untuk makan sebaliknya untuk proses pembiakan. 
Nyamuk sering kali dianggap serangga yang mengganggu dimana sahaja dan lebih malang dalam bilik tidur. Suara terbangnya yang bedengung ditelinga dimana ia kemudian senang-senang menghisap darah membuat banyak orang geram dan tidak dapat tidur nyenyak kerana gatal selepas digigit. Nyamuk biasanya tinggal di tempat berair dimana ia membiak seperti didalam air bertakung, pasu tanaman, kolam renang atau tempat sampah ada lopak takungan air. Nyamok akan bertelur di tempat-tempat tersebut menjadikan koloni nyamuk yang banyak. Selalunya bagi dapat bertahan hidup sebenarnya nyamuk memakan nektar dan zat manis yang berasal dari tanaman sebagai makanan. Nah nyamuk juga punya 'hobi' yakni menghisap dan menggigit manusia dan faktur lain yang menjadi alasan tersendiri iaitu mengapa nyamuk sangat suka dengan manusia. Apa pun sebenarnya tidak semua jenis nyamuk menggigit manusia. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC) hanya nyamuk betina yang menggigit manusia. Nyamuk betina menggigit dan menghisap manusia agar ia boleh bertelur. Cara nyamok mendekati manusia adalah dengan dia berkemampuan untuk menhidu bau badan manusia dan bau inilah yang akan kemudian merangsang reseptor di antena nyamuk. Saintis mencuba untuk 'menghilangkan' organ receptor pada nyamok agar tidak menganggu manusia tetapi masih belum dapat caranya. Dalam satu laporan kajian dimana saintis yang sudah berjaya memusnahkan seluruh reseptor pancaindera bau dari nyamuk tetapi kemudian dilihat yang nyamuk tersebut masih ada cara untuk menggigit manusia. Kajian lain dipercayai yang sebenarnya nyamuk telah mengembangkan sistem cara penciuman yang unik sehingga ia memastikan mereka boleh mencium aroma manusia. Secara saintifik saintis laporkan dimana nyamuk boleh mencium bau manusia dengan bahan kimia dikenali sebagai 1-Octen-3-ol dan juga bahan Amina. Apa yang unik dimaa bahan neuron untuk mengesan manusia oleh nyamok  melalui reseptor 1-Ocen-3-ol dan amina bukanlah populasi yang terpisah dengan tabiatnya semulajadi.


Banyak pertanyaan dan persoalan kenapa nyamok suka gigit manusia. Kesan gatalnya tidak terkira bila digigit nyamuk selalu menyebabkan orang marah, terganggu waktu tidur sehingga menyebabkan gangguan kesihatan. Apa yang lebih geram lagi apabila ada individu yang teruk menggaru gatal digigit nyamok sedangkan rakan lainnya langsung tidak diganggu namok sama. 
Nyamuk walaupun saiznya kecil akan tetapi gigitannya bukan setakat membuat mangsa berasa gatal seharian malah ia juga boleh membawa penyakit berbahaya seperti malaria, Zika dan demam kuning. Selalunya apa yang dilakukan mangsa adalah dengan cara menyembur racun aerosol serangga atau cuba menyapu ubat hilangkan gatal atau 'repellent'. Hasil kajian saintis mendapati dimana nyamuk menggigit mangsa disebabkan beberapa faktor dan ia mungkin berubah bergantung kepada spesis nyamuk yang ada di kawasan di mana anda sendiri berada. Apa pun antara punca mengapa nyamuk menyedut darah tidak diketahui sepenuhnya dan hasil kajian itu hanyalah teori sahaja akan tetapi ia boleh dijadikan panduan untuk cuba mengelakkan diri dari digigit. Hasil kajian simpulkan beberapa fakta dan punca dimana nyamok suka fifit manusia. Pertama disebabkan oleh Gas Karbon Dioksid (CO2) yang sentiasa dikeluarkan semasa pernafasan. Dilaporkan tubuh manusia  secara semulajadi mengeluarkan sekitar 2.3 paun (1 kilogram) karbon dioksida sehari dengan menerusi pernafasan. Jadi perlukah manusia berhenti bernafas untuk elakkan gigitan nyamok?. Saintis laporkan dimana nyamuk cenderung untuk memilih orang yang menghembuskan lebih daripada paras karbon dioksida yang standard. Ini bermakna yang mudah terkena gigitan adalah wanita-wanita hamil dan juga mereka yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Faktur kedua nyamok mengigit adalah disebabkan oleh Asid Laktik terutaman kepada individu yang aktif bersukan dan berolahraga. Kajian dapati dimana nyamuk sukakan asid laktik yang dihasilkan tubuh anda ketika bersenam. Asid tersebut dihasilkan menerusi peluh dan ini menjadikan sasaran utama apa lagi kalau ahli sukan sedang kepanasan dan letih. Walau pun aktiviti senaman memang penting namun mungkin kegiatan berlari-lari anak berdekatan sebuah tasik atau kawasan tanah lembap bukan pilihan terbaik untuk elakkan gigitan nyamok. 


Benarkah individu yang mempunyai jenis Darah 'O' lebih di sukai oleh nyamok untuk digigit dan disedut darahnya?. Menarik fakta ini dimana sesuapa sahaja yang ada jenis darah dalam badannya dari kumpulan 'O' memang kurang bernasib baik untuk berdepan dengan gangguan nyamok berbanding dengan individu yang mempunhan kumpulan darah 'A', 'B' atau 'AB'.  memang kumpulan darah dalam badan manusia tidak boleh di tukar dengan jenis darah lain dan mereka berdarah 'O' perlu berhati-hati jika hendak berdepan dengan isu nyamok juga. Penyelidikan yang dilakukan dan di terbitkan oleh Journal
 Entomologi Perubatan di USA menyatakan dimana mereka mendapati nyamuk akan suka sebanyak 83.3% kepada individu dan nyamok lebih berkemungkinan menyedut darah jenis O berbanding jenis A, B atau AB. Paling kurang didengar fakta tentang nyamok adalah ia suka kepada faktur Baka atau Keturunan individu tertentu. Itulah sebabnya ada orang yang senang-senang di gigit nyamok sedangkan ada orang yang bakanya berlainan tidak di kerumini nyamok untuk menyedut darahnya. Walau pun kajian ter[erinci belum dilakukan secara saintifik namun ada kuat kepercayaan bahawa nyamuk mungkin tertarik kepada seseorang disebabkan baka mereka. Itu sebab kalau ada sekumpulan adek beradek atau kerabat di kawasan nyamok pasti kenyanglah nyamok dikalangan kelompok tersebut agaknya. Ia logik kerana kesan gigitan nyamok berlainan antara individu sebab ada yang tiada apa-apa kesan, ada yang gatal, ruam, membengkak dan sebagainya dipengaruhi oleh genetik seseorang juga. Faktur kelima yang agak memeningkan kepala penulis blog apabila di nyatakan sebab ada Bakteria makan nyamuk tidak suka mengigit seseorang. Walau pun fakta ini dianggap bernasib baik kepada individu yang dibadannya ada banyak bakteria akan tetapi cuba bayangkan jika ada individu yang mana banyak jenis bakteria melekat pada kulitnyadimana nyamuk mungkin 'hilang selera'. Keadaan ini meskipun tidak bersih apabila ada selain bakteria seperti bahan-bahan kimia yang melekat dan ia keluarkan bau semulajadi tubuh dimana mungkin ia mampu bertindak sebagai pencegah gigitan nyamuk. Hasil kajian di PLOS dimana ada sekumpulan orang yang kulitnya melekat dengan pelbagai jenis bakteria kurang berkemungkinan digigit nyamuk berbanding mereka yang lebih menjaga kebersihan. Ada pun berkemungkinan individu tidak akan berbau wangi tetapi sekurang-kurangnya anda tidak akan digigit nyamuk. Fakta ke enam adalah mengenai Ibu Hamil lebih disukai oleh gigitan nyamok berbanding orang lain. Dilaporkan kajian pada tahun 2003 dimana kajian dijalankan di bahagian timur Sudan untuk melihat sama ada nyamuk lebih tertarik kepada wanita hamil berbanding wanita yang tidak hamil. Kajian ini buktikan dimana daripada 18 wanita yang terlibat dalam kajian tersebut iaitu 9 orang sedang hamil menarik lebih banyak nyamuk kepada diri mereka lebih-lebih lagi nyamuk yang membawa jangkitan malaria. Ini mungkin disebabkan suhu badan yang meningkat dan bau badan wanita yang berubah ketika hamil disukai oleh nyamok. Fakta terakhir dan ke 7 adalah dimana Jantina dimana hanya nyamuk betina yang menggigit kerana nilai khasiat dalam darah yang disedut membantu menjadikan telurnya. Walaupun nyamuk betina lebih memilih untuk menggigit kaum lelaki juga namun kesan gigitan nyamuk lebih menjejaskan kepada kaum wanita. Kajian ini dapati kaum wanita dilaporkan mengalami bengkak dan gatal-gatal yang lebih teruk berbanding kaum lelaki yang dikatakan lebih mudah terkena serangan nyamuk. Kajian berkait dimana oleh kerana kaum lelaki kebanyakannya berbadan besar maka dilihat nyamuk lebih mudah tertarik kepada mereka. Wallahualam!... Semuga tulisan ini memberi infoo bermanafaat kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
GIGITAN NYAMOK...BUKAN MAKANAN...
UNTUK BERTELUR...MAINKAN PERANAN...
7 SEBAB... GIGITAN NYAMOK DI JELASKAN...
MEMBACA ARTIKEL... BARU TERPERASAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(5 Rabiulakhir 1446H).

Thursday, August 28, 2025

SEMBANG FAKTA IKAN MASIN (PART 3)

IKAN MASIN atau IKAN KERING merupakan satu produk yang sering diambil dikalangan masyarakat di Malaysia kerana ia adalah sejensi makanan asas ikan yang diminati ramai. pa pun sebenarnya ada sedikit perbezaan diantara Ikan Kering dan ikan masin dari segi teknikalnya. Ikan kering (dried fish) adalah merujuk kepada cara pengawetan ikan dengan mana merendamnya dalam air garam dan mengeringkannya. Ia merangkumi kesemua jenis ikan yang diproses dengan cara sebegini. Ikan kering boleh dikeringkan dengan cara dijemur pada panas matahari atau melalui di salai di atas api yang perlahan. Ada juga jenis ikan kering yang tidak masih semasa diproses dan ikan masin (salted fish) yang pastinya masin. Ikan kering biasanya banyak dijual dan dimakan semasa musim tengkujuh dimana apabila para nelayan tidak dapat pergi menangkap ikan di laut kerana ombak besar. Biasanya ikan kering juga dimakan bersama nasi putih atau ubi kayu yang direbus dan dimakan bersama air kopi. Dari segi teknologinya dimana ikan segar memang cepat merosot kesegarannya setelah disimpan melainkan perlu diawetkan. Cara pengeringan adalah kaedah pengawetan makanan yang berfungsi dengan membuang air dari makanan dimana ini akan seterysnya menghalang pertumbuhan mikroorganisma. Pengeringan udara terbuka menggunakan matahari dan angin telah diamalkan sejak zaman kuno untuk mengawet makanan. Air biasanya dikeluarkan oleh penyejatan (pengeringan udara, pengeringan matahari, merokok atau pengeringan angin) akan tetapi pemberian garam yang masin akan lebih sesuai dilakukan didalam proses pengawetan ikan dimana kemudian ia dijadikan ikan kering yang masin. Kadar pemberian garam ini pula akan menentukan kemasinan ikan tersebut untuk ia bertahan lama apabila disimpan. Produk ikan lazimnya akan tahan lama diawet melalui kaedah tradisional seperti pengeringan, disalai dan dimasinkan. Cara tradisional dalam mengawet ikan yang tertua adalah membiarkan angin dan matahari mengeringkannya. Mengeringkan makanan adalah kaedah pengawetan tertua yang terkenal di dunia dimana ikan kering mempunyai jangka hayat simpanan sehingga beberapa tahun. Kaedahnya juga murah dan berkesan di negara beriklim panas yang sesuai dimana kerja itu dapat dilakukan oleh nelayan dan keluarga. Kalangan pengusaha ikan kering ini melakukannya secara tradisional atau komersil sehingga produk yang dihasilkan mudah dibawa ke pasar. Apa pun penulis blog yang minat juga makan ikan kering ini mengetahui bahawa makan ikan kering yang masin boleh mendatangkan masaalah kesihatan. Beberapa petua untuk mengurangkan kadar kemasinan ikan ini boleh dilakukan. Walau puu memang ramai kata lauk ikan masin adalah jadi pembuka selera akan tetapi bila terlalu masin ia bahaya untuk kesihatan. Petua pertama adalah dengan merendam dengan air biasa selama 12 - 24 jam dimana cara ini garam yang sebati dengan isi ikan akan larut dalam air. Syaratnya pula dimana sekurang-kurangnya perlu kena tukar air rendaman sebanyak 3 - 4 kali sepanjang proses rendaman dimana walau pun ia dianggap leceh sebab ia mengambil masa yang lama tetapi hasilnya berbaloi. Anda juga boleh merendam dengan air garam iaitu kadar 2 liter air tambah 1 sudu garam. Biarkan selama 5 -10 minit kerana memang cara ini rasa masin akan kurang dengan lebih cepat kerana masin akan lebih mudah mengalir didalam air masin. Jika masih lagi masin maka pembaca blog boleh ulang sekali lagi proses rendaman dan pastikan selepas direndam toskan. Petua seterusnya adlah dengan merendam dengan air panas kerrana cara ini paling mudah dan cepat untuk kurang rasa masin ikan masin. Namun lelemahannya adalah dimana tekstur ikan akan menjadi lembik dan sangat lembut. Sebaiknya jangan rendam lebih dari 10 minit dan mesti ditoskan betul-betul kering sebelum disimpan atau untuk dimasak. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya sembang dengan menulis dari Bandar Melaka mengenai beberapa kisah ikan kering untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.


Memproses Ikan Masin atau membuat ikan kering atau ikan masin ini ada banyak kaedah dan cara bergantung kepada lokaliti, jenis ikan, kegunaan, peralatan dan juga kos. Walau pun ikan masin adalah sejenis makanan yang digemari ramai masyarakat Malaysia malah di peringkat antarabangsa tetapi permintaan terhadapnya tidak menentu. Proses pembuatan Ikan Masin dimana ikan masin merupakan hasil pengawetan ikan dengan menggunakan garam bagi meningkatkan jangka hayatnya dan ada kebaikan serta kelemahannya tersendiri. Apa pun proses pembuatannya melalui beberapa peringkat utama seperti yang awal adalah proses Pemilihan IkanJenis ikan. Di Malaysia  dimana jeiis ikan yang biasa digunakan termasuk ikan gelama, ikan kurau, ikan tenggiri, ikan kembung dan ikan talangdimana asasnya adalah ikan segar dipilih untuk memastikan kualiti yang baik. Proses berikutnya adalah melakukan pembersihan ikan dengan membuang isi perut dan dibersihkan dengan air tawar untuk menghilangkan kotoran dan lendir. Kemudian di lakukan proses pemeraman dengan garam dimana semua ikan perlu disusun dalam bekas dan ditabur dengan garam secara lapisan. Apa pun lazimnya proses pemeraman biasanya berlangsung antara 12 hingga 48 jam bergantung pada saiz ikan. Langkah berikutnya adalah proses pengeringan dengan menjemur ikan tersebut di bawah cahaya matahari selama beberapa hari sehingga kering sepenuhnya. Apa yang penulis blog tinjau dimana didalam industri moden proses pengeringan juga boleh dilakukan menggunakan mesin pengering untuk mempercepatkan proses ikan tersebut cepat kering, berkualiti dan seragam. Paling akhir adalah Proses Pembungkusan dan Penyimpanan dimana setelah ikan menjadi kering dan ikan menjadi masin perlu dibungkus menggunakan plastik kedap udara untuk mengelakkan serangan serangga atau kulat. Apa pun proses penyimpanan di jalankan di tempat kering dan sejuk bagi dapat membantu mengekalkan kualitinya. Di Malaysia dimana produk ikan masin mempunyai permintaan tinggi di pasaran tempatan dan antarabangsa, menjadikannya produk berdaya maju jika dikomersialkan dengan baik. Usahawan ikan masin perlu tahu beberapa faktur dimana ini membolehkan projek ikan masin berjaya. Pertama perlu mempastikan ada pasaran atau permintaan tinggi ikan masin. Selalunya Ikan Masin di jual dan digunakan secara meluas dalam masakan tempatan dan eksport ke luar negara seperti China, Singapura, dan Indonesia. Pastikan mengira kos pengeluaran yang relatif rendah termasuk proses pengawetan dengan cara dalam menggunakan bahan utama yang murah seperti garam dan tenaga matahari untuk pengeringan. Pengunaan teknologi moden seperti mesin pengering boleh meningkatkan tahap pengeluaran tanpa bergantung kepada cuaca. Lakukan cara pembungkusan yang lebih menarik dan tahan lama dapat meningkatkan nilai pasaran. Berhubung dengan pihak kerajaan dan PembiayaanPelbagai agensi seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menawarkan bantuan untuk usahawan dalam industri pemprosesan ikan. Negara seperti Jepun dan Korea Selatan mempunyai minat terhadap produk ikan masin berkualiti tinggi. Masaalah ketergantungan kepada cuaca untuk pengeringan boleh menjejaskan pengeluaran. Juga ada persaingan dengan produk ikan masin dari negara lain serta isu kawalan kualiti dan kebersihan bagi memenuhi standard eksport. Secara keseluruhannya, ikan masin adalah industri yang berpotensi maju secara komersial dengan strategi pemasaran yang baik dan penggunaan teknologi moden untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran.


Jenis-jenis ikan segar dan ikan masin ada banyak di jual di pasar, pasaraya, pasar malam, pasar tani dan penjaja jalanan. Apa pun selalunya ada pilihan meluas sama ada ingin membeli ikan segar atau ikan masin sesuai dengan keperluan dan tujuan. Selalunya akan terbayang rasa ikan masin yang rangup dan bau aroma yang menusuk kalbu ketika keluarga menggoreng ikan masin di dapur sudah cukup membuatkan diri kita kecur liur. Masyarakat di Malaysia memang gemar memakan ikan masin dek kerana rasa masin dan rangup diselangi bau yang menjemput nafsu makan untuk segera menjamahnya. Penulis blog kongsikan akan jenis-jenis ikan masin mana yang popular di Malaysia dan selalu digunakan dalam masakan yang macam mana. Pertama adalah jenis  Ikan Masin Bulu Ayam dimana ikan masin bulu ayam ni memang kegemaran ramai, bukan saja rasanya rangup malah baunya yang menyengat memang mengundang untuk makan bersama nasi panas!. Bagi penulis blog sudah sering makan ikan masin bulu ayam sejak kecil dulu dikampopng di Muar, Johor dimana ikan masin ini sangat mudah di beli dan di goreng. Memang ramai suka masak ikan masin bulu ayam ini dengan cara menggoreng sambil dicampurkan dengan cili padi dan bawang besar. Dan ada juga yang masak ikan masin bulu ayam ini secara goreng bersambal dan di kampopng ia dijadikan salah satu komponen penting dalam Nasi Ambeng. Kedua yang popular adalah jenis Ikan Masin Talang dimana  isinya yang padat dan banyak membuatkan ia antara menu makanan kegemaran ramai. Kebiasaannya ikan masin talang ini dimasak sebagai menu ikan masin talang masak lemak nenas. Gabungan manis ikan talang bersama rasa masam buah nenas menjadikan ia sebagai menu lazat kesukaan ramai, siapa yang dah cuba pasti nak lagi. Jenis Ikan Masin Tenggiri juga penulis blog suka sebab bila di masak dengan menu betul yang menggunakan ikan masin tenggiri yang di potong dadu atau kecil-kecil kemudian dimasak bersama sayur kailan memberikan nikmat dengan rasa ikan masin tenggiri yang asin cukup menyelerakan. Ikan masin tenggiri ini juga sering dimasak secara goreng yang dicampurkan dengan cili dan bawang. Pendek kata siapa penggemar ikan masin tenggiri ni, semua jenis menu sesuai untuk di masak. Apa pun bagi penulis blog paling gemar dengan makan jenis Ikan Masin Kurau yang cukup terkenal di pasar-pasar pagi, untuk pengetahuan bukan semua orang boleh menangkap ikan kurau ni hanya nelayan yang mempunyai lesen sahaja dibenarkan menangkap ikan ini. Ikan kurau ini dijadikan sebagai ikan masin kerana rasanya lebih padu dan lazat. Apa pun biasanya ikan masin ini dimasak sebagai ikan masin kurau masak cuka, gabungan asin dan rasa cuka akan membuatkan lidah menikmati rasa yang luar biasa. Jenis ke lima adalah jenis Ikan Masin Gelama yang merupakan jadi makanan tradisi zaman datuk dan nenek kita lagi, sebut saja menu ikan masin gelama pasti ramai yang tahu. Ikan masin ini sering dijadikan menu masak goreng asam, goreng bersambal dan juga pulut ikan masin gelama. Apa pun sebaiknya jika minat sangat pun makan ikan masin sebaiknya jangan ambil berlebihan terutama mereka yang ada masaalah kesihatan. Dalam pada itu walaupun ikan masin ni diperkaya dengan vitamin A, B1, C, besi, kalsium, dan protein akan tetapi ingat kesihatan juga kena sebab ia ada risiko mendapat penyakit darah tinggi.


Kemudian menarik laporan bertajuk 'Awas Pesakit Ekzema agar elakkan makan 5 Jenis Ikan Gatal Ini' untuk di kongsikan sebagai fakta menarik. Penting semua pembaca blog anim agro technology untuk mengetahui jenis ikan yang tidak gatal dimakan dan ikan yang tidak boleh dimakan dalam pantang adalah penting buat mereka yang sedang dalam pantang makan. Perlu tahu juga rahsia mengenai berpantang makan seperti ibu-ibu yang sedang berpantang. Apa pun bukan  wanita selepas beranak sahaja yang perlu menjaga aspek pemakanan akan tetapi mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan baru lepas menjalani pembedahan juga digalakkan untuk berpantang. Petua orang tua-tua, berpantang dalam aspek pemakanan ini adalah bagi mengelakkan masalah bentan yang melibatkan simptom seperti kekejangan otot, mengalami demam serta rasa menggigil kesejukan. Dalam kes lain melalui istilah perubatan berlaku Bentan adalah merupakan komplikasi disebabkan jangkitan kuman. Apa pun keadaan tersebut boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom seperti demam, badan berasa lemah, sakit sendi serta pening kepala. Namun bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti ekzema atau gatal kulit mahu pun alahan, mengetahui makanan yang tidak mencetuskan gejala amat penting. Menurut pakar perubatan di mana ada 6 punca utama ekzema termasuk salah satunya adalah amalan mengenal pasti ikan yang tidak gatal dimakan.Dilaporkan mmang ada sesetengah jenis ikan boleh menyebabkan badan menjadi gatal dan perut berangin. Apa pun dilaporkan secara amnya jenis ikan yang boleh dimakan dan tidak menyebabkan kegatalan adalah jenis ikan berisi putih dan tidak mempunyai isi perut hitam. Antaranya adalah Ikan Tenggiri, Ikan talang kering, Ikan gelama, Ikan selar, Ikan jenahak, Ikan merah, Ikan bawal putih, Ikan salmon, Ikan siakap dan ikan kerisi. Perlu tahu jika ada jenis ikan gatal jika dimakan sebab ikan-ikan tersebut dikategorikan sebagai ikan isi hitam yang mempunyai kandungan histamin yang tinggi. Apa pun bagi penghidap ekzema kes ini akan mencetuskan rasa kegatalan pada kulit. Sama juga keadaannya bagi mereka yang berpantang selepas bersalin. Antara jenis ikan tersebut adalah seperti Ikan kembung gatal, Ikan patin gatal, Ikan tongkol, Ikan cencaru, Ikan pari serta Ikan bawal hitam dan Ikan emas. Perlu tahu fakta dimana bagi mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif serta alahan seperti ekzema, buat sementara, elakkan pengambilan ikan yang disenaraikan ini. Sebaliknya pilihlah jenis ikan yang tidak gatal dimakan. Artikel ini ditulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca keduanya dimana di harap ini dapat menambah ilmu pengetahuan pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...

IKAN MASIN.... IKAN SUDAH DI AWETKAN....
TAHAN LAMA... ENAK UNTUK DI MAKAN...
DIPERBUAT... DARI PELBAGAI JENIS IKAN...
BERSELERA....ADA BAIK DAN ANCAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Safar 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...