Ramai mungkin kalangan pembaca blog ini mana belum pernah ujirasa makanan berasaskan bayam ini di namakan iaitu sebagai Sup Sayur Bayam Brazil. Apa pun jika dinilai ia merupakan salah satu jenis makanan sihat yang berkhasiat. Memasaknya juga amat ringkas dan mudah. Bahan-bahan bagi membuat sup ini terdiri daripada 1 paket bebola ikan, sedikit udang segar, cendawan tiram, secekak bayam brazil, lobak merah, jagung muda atau baby corn, sayur sawi, serbuk pati ayam, garam sedikit lada sulah, daun sup dan juga sedikit bawang goreng, sedikit halia (dicincang halus), 2 ulas bawang putih dan 1 biji bawang merah. Cara-cara memasaknya adalah dengan memanaskan sedikti minyak dan tumis bahan cincang halus. Dalam periok yang air dipanaskan dan dimasukkan bebola ikan, carrot dan baby corn. Pada waktu menumis sebaiknya ia dimasukkan semua jenis sayur yang keras dan perlukan lebih masa untuk lembut. Seterusnya di tuang air secukupnya dan masukkan udang, cendawan tiram dan sayur sawi dan kacau sedikit. Ia perlu di masak sehingga mendidih dan kemudian boleh ditabur dengan hirisan daun sup dan di tambah bahan perisa seperti garam, serbuk pati ayam dan sedikit lada sulah. Matikan api dan angkat untuk di hidangkan untuk di makan terus atau di makan dengan nasi panas serta lauk lain.
Bagi penulis blog dimana Resepi Bayam Brazil Goreng Belacan adalah diantara paling favrit untuk makanan berasaskan bayam brazil ini. Makanan ini selain ia mudah disediakan memang sesekali ada di jual di beberapa buah restoren masakan makanan melayu di beberapa lokasi. Apa pun memang enak di makan dengan nassi putih terutama semasa makan tengahari. Bagi membuatnya sendiri di rumah perlu ada bahan seperti Semangkok Bayam Brazil, 6 biji cili besar dan 6 biji cili padi (kalau suka pedas campur cili padi lebih cili), 3 ulas Bawang merah, 2 ulas Bawang putih, sedikit udang kering atau ikan bilis, sedikit belacan, gula, garam , perasa dan asam jawa. Apa pun cara-cara memasaknya dengan menumbuk semua bahan bahan rmuan tersebut didalam lesung sehingga lumat dan sebati. Ada juga kalangan tukang masak yang mengisar sahaja bahan ramuan ini dengan bkender tetapi hasilnya agak kasar sedikit. Panaskan kuali dan di tumiskan bahan ramuan yang ditumbuk tadi. Seterusnya apabila ramuan sudah masak elok maka boleh di masukkan ikan bilis atau udang kering, belacan, perasa, gula garam dan sedikit perahan lemon atau air asam jawa. Ada yang tidak suka rasa masam asam jawa dan tidak perlu membubuhnya dalam masakan. Proses terakhir sekali adalah memasukkan daun sayur bayam brazil kedalam kuali dan dipanaskan sehingga daun bayam brazil masak dan tutup api. Angkat di masukkan kedalam bekas untuk di hidangkan dan sesuai di makan dengan nasi putih.
Kuliner paling akhir dalam sembang mengenai bayam brazil adalah resepi Cucur Bilis Bayam Brazil yang mungkin ramai juga pembaca blog belum pernah ujirasa sebab tidak tahu akan makanan unik ini. DIkampong saya makanan ini di panggil sebagai 'Goreng Tepong Bilis dengan Bayam Brazil' dan pernah di hidangkan kepada perewang di kenduri Majlis Perkahwinan juga. Amat mudah membuat makanan ini dimana bahan di sediakan termasuk Tepung gandum (atau boleh juga gunakan tepung segera), Ikan bilis (dikisar atau ditumbuk halus), Daun Bayam Brazil (diracik halus), Daun kucai atau Daun sup (diracik halus), Air panas, garam dan serbuk perasa. Mudah cara membuatnya iaitu dengan menggaulkan tepung dengan air panas sedikit demi sedikit. Jangan terlalu pekat atau cair diman kena pandai agak-agak sampai menjadi seperti doh. Masukkan semu bahan ikan bilis, daun bayam brazil, daun kucai dan garam serta serbuk perisa kedalam adunan. Apabila sebati boleh di kaup dengan sudu dan bulat-bulatkan dengan tangan. Petua mudah membuatnya dengan membasahkan tangan dengan minyak supaya mudah untuk adunan ini di bulat-bulatkan. Diatas kuali di panaskan minyak masak dan menggoreng dunan seperti biasa. Pastikan ia di terbalikkan didalam kuali untuk masak sekata dan apabila warnya kuning kecolkatan maka boleh di angkat dan di toskan. Masukkan kedalam piring dan sedia di makan. Artikel ini ditulis dalam empat (4) segmen iaitu Part 1, Part 2 Part 3 dan Part 4 yang sesuai dan mesti dibaca keduanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!!...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.